"Hoi! Leana! Kau ni memang tak guna kan." jerit Joshua dari jauh.
Lelaki itu menghampiri diriku dengan nafas yang bengis.
"Kau nak apa lagi? Dah lah kau sabotaj aku, sekarang kau nak apa lagi?" kataku sambil memberanikan diri.
Joshua merentap rambut aku yang terikat kemas. Aku mengerang kesakitan. Kami menjadi tontonan ramai di sekolah Syuhadah terus berlari mendapatkan cikgu berdekatan.
Dalam waktu yang sama, Ajib dan abang Nazir sudah menunggu aku di depan pintu pagar sekolah. Syuhadah melihat kelibat abang Nazir dan Ajib di luar pagar dalam kereta lalu menukar langkahnya berlari ke arah pagar sekolah.
Syuhadah
Ish! Apa pula nama abang Leana yang satu ni? Eh, tu kan abang Ajib?
"Abang Ajib! Dan.... errrrr... Abangnya Leana! Leana dalam bahaya sekarang!" jerit Syuhada dari dalam pagar sekolah.
Nazir hanya memerhatikan Syuhadah dengan muka hairan, tetapi tidak bagi Ajib. Baru sahaja Nazir memalingkan kepalanya ke arah Ajib untuk bertanya, Ajib sudah pun menutup pintu kereta lalu berlari mengikut Syuhadah. Pintu pagar sekolah bagai nak di rempuh. Nasib baik pakcik pengawal tu kenal dengan Ajib.
Aku masih bertarung dengan rentapan tangan Joshua di rambutku. Kini rambutku kusut masai seperti orang yang tinggal di hutan bertahun-tahun akibat bergelut dengan Joshua. Tangannya aku tepis berkali-kali, namun tidak cukup untuk melepaskan genggamannya. Orang ramai hanya memerhati aku dan Joshua yang menjadi bintang utama saat itu. Rambut aku ditarik lalu badanku dibuang ke taman sekolah. Kepalaku terhentak kuat di meja batu taman sekolah sehingga berdarah. Joshua baru sahaja nak menginjak perutku, namun dia terhenti bila suatu tendangan dari belah kirinya menolak muka dan seluruh badannya tersungkur ke tanah. Aku melihat kelibat Ajib yang berbaju kemeja kuning pucat berdiri menggenggam penumbuk membelakangi aku. Aku rasa pandangan aku semakin kabur dan akhirnya aku pitam. Suasana ku menjadi gelap dan aku dah tak sedar apa yang sudah terjadi.
"Hoi! Kau dah kenapa Joshua? Nak tunjuk kat dunia yang kau ni lelaki? Yang pukul pompuan. Lelaki dayus? Macam tu?" jerit Ajib sambil menggenggam penumbuk.
"Eh, Ajib. Yang kau nak sibuk hal aku kenapa?" kata Joshua sambil menahan kesakitan.
Abang Nazir tiba di lokasi dan melihat aku tebaring tidak sedarkan diri.
"Ana! Ana bangun! Ana!" jerit abang Nazir sambil menepuk kasar pipiku.
Joshua menyerang balas Ajib namun Ajib sempat mengelak sehingga membuatkan Joshua hilang imbangan badan lalu membuka langkah dengan laju ke arah abang Nazir dan aku yang tidak sedarkan diri. Namun, muka Joshua ditampar oleh abang Nazir sehingga Joshua berpaling dan tersungkur ke arah kanan. Joshua mengerang kesakitan.
"Kalau jadi apa-apa kat adik aku, mati kau!" ugut abang Nazir sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah Joshua.
Joshua hanya tergamam ketakutan. Pandangannya dilarikan ke arah Ajib.
"Eh, Ajib! Kau nak menyibuk pasal aku dengan Ana ni kenapa? Kau sukakan Ana ke? Ke kau ni boyfriend Ana?" soal Joshua sambil mencabar Ajib.
"Kalau kau nak tau, Ana ni!.... " Ajib kelu sebaik sahaja abang Nazir menjerit namanya.
"Ajib! Kita bawa Ana ke hospital sekarang!" arahan abang Nazir.
Abang Nazir mendukung aku seperti bayi lalu menempatkan aku di tempat duduk belakang. Kepalaku dibaringkan di atas riba abang Nazir sambil menekan luka di kepalaku dengan sapu tangannya lalu mengarahkan Ajib untuk memandu keretanya. Ajib lah orang pertama yang memandu kereta abang Nazir.
"Ajib, abang bukannya nak marah kamu. Tapi, abang cuma rasa belum waktunya yang sesuai untuk kamu bongkar status kamu depan khalayak ramai. Lebih-lebih lagi kat sekolah kamu berdua. Banyak pelajar yang kenal kamu berdua. Takut nanti mereka fikir yang bukan-bukan sebab kamu berdua tunang di usia yang muda." panjang lebar abang menjelaskan.
"Baiklah, bang. Saya faham." Ajib mengangguk tanda setuju.
*** HOSPITAL SWASTA ***
Aku dikejarkan ke hospital berdekatan lalu dibawa ke ruang kecemasan. Seorang doktor bersama tiga orang jururawat memeriksa akan keadaanku.
Selang beberapa minit, doktor yang merawat aku keluar dari ruang kecemasan.
"Bagaimana keadaan dia doktor?" kata abang Nazir dengan nada yang cemas.
"Maaf. Boleh saya tahu, encik ni siapa kepada pesakit?" soal doktor Faruz yang merawat aku.
"Saya abang dia. Boleh saya tahu bagaimana keadaan adik saya?"
"Begini encik. Buat masa ni, adik encik masih belum sedarkan diri. Adik encik mengalami gegaran otak yang kuat. Mungkin sebab dia terhantuk pada benda keras lalu terkejut. Sebab tu adik encik pitam. Buat masa ni, kami cadangkan untuk membuat CT scan bagi mengelakkan apa-apa kerosakan pada bahagian kepala." jelas doktor panjang lebar.
"Buat apa saja doktor. Asal adik saya dapat diselamatkan."
"Baiklah. Sebelum tu, saya nak minta tandatangan persetujuan encik dahulu."
Abang Nazir hanya mengikut doktor tersebut lalu menandatangani sehelai kertas yang dihulurkan oleh jururawat tersebut.
**** TIGA HARI KEMUDIAN ****
Hari ni abang Nariz yang temankan aku. Pada hari pertama aku di hospital ni, Abang Nazir yang temankan aku. Selepas Abang Nazir, abang Nazri. Dan hari ni ialah abang Nariz sebab kedua-dua abang aku sekarang sibuk meeting dengan klien. Maklumlah sorang tu Interior Designer, sorang lagi intern abang Nazri sebagai Interior Designer. Abang Nariz je yang lain, masih menuntut pengajian sebagai pilot.
Ajib pun ada datang juga. Setiap lima jam dia datang bertanya keadaan aku. Tetapi dia tidak menemani aku waktu malam atau berdua-duaan dalam bilik hospital. Dia selalu datang dengan mak dan ayah dia.
Aku tidak mengalami apa-apa kecederaan teruk di bahagian kepala. Hanya gegaran otak sahaja yang membuatkan aku tidak sedarkan diri selama satu hari. Doktor sahkan yang aku boleh keluar hari ni. Tak sabar rasanya nak keluar dari kandang ni. Asyik inject air je masuk dalam badan. Abang Nariz membantu aku kemas baju.
Share this novel