Parut

Romance Series 1974

Panggilan video aku buat di bilik hotel. Sebaik sahaja telefon kami berhubung, aku melihat video di telefon abang Nazri hanya hitam.

"Abang? Mana muka abang ni?" kataku sambil memeriksa rangkaian telefonku.

Kedengaran suara kak Sabariah dalam telefon.

"Ariz... Bukan macam tu lah kalau nak jawab video call."

Ariz Syahzan Nazri, anak ketiga abang Nazri yang berumur dua tahun. Aku nak sangat berjumpa dengan anak buah baru aku ni. Tetapi sayangnya, aku tak dapat nak lihat dia lahir sebab masa dia lahir, aku masih study kat negara ni. Hanya Adam dan Nayla yang buat aku jadi orang pertama yang mendukung mereka sebelum abang-abang aku yang lain. Abang Nariz pula sedang menanti cahaya mata yang kedua. Anak pertama abang Nariz lelaki, tapi lahir kat negara lain sebab time tu kak Geeta dah kerja. Tapi sekarang, kak Geeta dah mohon kerja kat negara sendiri dan bekerja sebagai pengurus hotel lima bintang. Anak pertama mereka, Farhan Nariz. Abang Nazir pula sedang menanti cahaya mata pertama tahun ni. Dah ada nama dah. Kalau lelaki, Hanaf. Kalau perempuan, Hanafiah. Tak sabar rasanya nak balik rumah ni.

"Laa.... Ariz rupanya. Ariz, mana muka Ariz ni, aunty nak tengok."

Video di telefon semakin jelas kelihatan.

"Cakap hai kat aunty Ana. Haiiii"

Ariz tidak berkata apa-apa, hanya melambaikan tangan. Comel sungguh.

"Haha. Comelnya anak buah aunty ni. Kak, mana abang?"

"Abang kat dapur. Masak. Katanya, semua yang akak masak, semua tak kena dengan seleranya."

Aku hanya tergelak.

"Ana tahu dah kenapa. Akak mengandung lagi erhh..."

"Haha. Iya. Ni pun baru je tadi check kat klinik."

"Wahhh... Tahniah kak. Happy Ana dengar."

Dalam aku sibuk ber video call, Lia menyampuk dan mukanya masuk dalam kamera telefonku. Kak Sabariah dan Prisellia dah saling kenal. Setiap kali aku video call, mesti muka dia ada. Roommate aku kan, apa boleh buat.

"Hello kak Ria."

Prisellia panggil kak Sabariah, kak Ria. Kak Ria kekok bila dipanggil sis. Sebab tu lah aku ajar dia perkataan KAKAK.

"Hai Prisellia. How are you?"

"I'm good kak Ria. Send my regards to kids. I love to see them."

"I will. Where are you now?"

"We're on a trip. Celebrating our first place in research."

"Lia!" - Georgia memanggil Prisellia.

"Ok kak Ria. Gotta go."

Akhirnya! Aku dapat juga kebebasan nak video call dengan family aku.

"Sorry kak. Dia pun termasuk dalam video call juga."

"Eh, tak apa lah Ana. Yang penting, semua kawan-kawan Ana baik orangnya dan kami tak lah risau sangat pasal Ana."

"Ok lah kak. Sorry ganggu hari kakak sebab rindu lah dengan family kat situ. Saya nak call yang lain pula."

"Tak pa lah, Ana kan jauh. Kami pun rindukan Ana. Ana cepatlah habis study baru balik sini."

"Ana pun nak sangat balik situ kak. Kalaulah Ana boleh terbang, mesti Ana terbang ke situ sekarang."

Tawa kami berdua memenuhi ruang masing-masing.

"Ok lah Ana. Akak nak tengok dapur. Nanti terbakar, susah pula."

"Haha. Kirim salam kat Adam dan Nayla ya kak. Dengan abang Nazri sekali."

"Nanti akak sampaikan. Ana jaga diri ya. Tetap kuat walau apapun yang mendatang."

Panggilan video ditamatkan. Aku terus beralih mencari nama abang Nazir. Kalau nak call abang Nariz, dia mungkin overseas kot sebab dari pagi tak dapat contact. Maklumlah, dah jadi pilot antarabangsa.

"Hai Ana..." suara riang kak Amirah mengukir senyumanku.

"Hai kak Mira. Apa khabar?"

"Khabar baik. Ana apa khabar?"

"Ana sihat, kak. Berseri-seri muka akak ya."

"Bila nampak Ana, mestilah kena berseri-seri."

"Kak, macam mana baby dalam perut?"

"Sihat walafiat. Baru balik jumpa doktor tadi check up. Akak pergi dengan kak Ria. Ana tau tak pasal kak Ria?"

"Dah tahu dah. Tadi baru je call. Bila akak akan melahirkan?"

"Kalau tak da halangan, pertengahan atau hujung bulan depan."

"Syukurlah. Semoga akak selamat melahirkan."

"Terima kasih Ana."

"Siapa tu?" suara abang Nazir kedengaran.

"Ana. Nah, abang cakaplah dengan dia. Mira dah puas sembang. Abang lagi."

Video call dipindahkan ke abang Nazir. Sekarang wajah abang Nazir jelas kelihatan. Wajah yang aku rindu nak tatap macam dulu. Tapi sekarang hanya mampu tatap di kaca telefon.

"Ana... Apa khabar adik tersayang abang ni?"

"Khabar baik, bang. Abang?" tersedu-sedu aku berkata. Sebaik sahaja wajah abang Nazir kelihatan, air mataku jatuh tanda betapa dalam aku rindu abang-abang aku.

"Ana? Kenapa ni? Ada yang kacau Ana ka kat situ?"

"Tak ada lah. Ana cuma rindukan orang-orang tersayang Ana ni."

"Dah lah. Jangan lah nangis. Nanti bila Ana dah selesai study kat situ, kami selalu menanti kepulangan Ana. Ana terus balik ya. Jangan nak singgah mana-mana pula."

"Ya abang. Ana akan terus balik ke rumah."

Panggilan video ditamatkan. Sekarang, aku beralih ke nama kak Rihana pula.

"Hai kak Ri. Apa khabar?"

"Hai Ana. Khabar baik. Kita selalu je video call. Takkan nak tanya khabar."

"Tak de lah kak. Kita tak tahu kan dalam satu hari ni kita buat apa."

"Ye lah Ana. Ni, akak nak bagitau Ana yang Aisyah, isteri Ajib tu dah meninggal petang semalam."

"Hah?! Meninggal?"

"Iya. Pukul tiga petang kalau tak silap akak."

"Macam mana akak tahu?"

"Ajib tu satu kerja dengan akak. Satu unit dengan akak."

"Ajib kerja jururawat?"

"Iya. Takkan kau tak tahu?"

"Manalah saya tahu kak Ri. Kak Ri pun tau kan yang saya dengan Ajib tu dah tak da apa-apa kaitan."

"Akak tau. Tu lah kau terima tawaran belajar kat situ. Tapi jauh di mata, dekat di hati. Sejauh mana kau pergi, tetap kau akan terkenang si Ajib tu. Akak bukannya tak tau macam mana kau suka kat Ajib tu."

"Tak kan lah sampai macam tu sekali. Kenapa Aisyah boleh meninggal?"

"Dah lima bulan dia menderita kanser otak. Dia dirawat kat hospital ni lah. Semua unit simpati dan kesiankan Ajib."

"Habis tu, Ajib macam mana?"

"Kau ni, dia dah lukakan hati kau, masih juga nak tau pasal dia. Akak tau luka tu masih ada lagi. Cuma Ana ja yang tak bagi nampak."

"Kak, Ana sedang berusaha nak lalukan semua ni kak. Tapi semua ni dah tercatat dalam memori saya kak. Apa saya boleh buat selain kuatkan hati."

"Hmmm... Ye lah. Ajib tak lah sedih sangat. Tinggal dia dan anak dia je lah. Si Latisya tu."

"Anak mereka? Latisya? Bukankah dulu Aisyah pernah keguguran."

"Memanglah pernah. Tapi dah nama suami isteri, takkanlah keguguran tu suatu penghalang nak ada anak lagi kan."

Kalau anak hasil tragedi tu keguguran, maknanya Latisya ni anak Ajib dengan Aisyah lah.

"Ana?! Kau ok tak ni?"

"Ok kak. Kak, saya off call ya. Saya nak rehat."

"Ok lah kalau macam tu. Akak pun nak siap-siap ni syif malam. Kau jaga diri ok?"

Paggilan video ditamatkan. Air mataku jatuh bila mendengar berita yang disampaikan oleh kak Rihana. Perit, tapi aku harus terima sebab ni adalah ujian untuk aku.

***** LAPAN TAHUN YANG LALU *****

"Awak tak payahlah nak kasar sangat dengan Aisyah. Dia tu cuma budak-budak lagi. Awak dah takutkan anak-anak buah awak ni." kataku dengan lembut sambil memujuk Syukri yang sedang menangis.

Saidah hanya berdiam diri dan tidak berkata apa-apa. Dia tahu macam mana rupa pakciknya bila sedang marah. Hari tak terlalu baik hari ni. Selepas ukur baju kat butik, Ajib terus pergi meninggalkan butik lalu cuba untuk mencari Aisyah, atas permintaanku. Sebab Aisyah tak terlalu mahir dengan jalan kat bandar ni. Mataharu terbenam dan malam mendatang. Masih belum ada kelibat Ajib membawa Aisyah pulang. Aku hanya mampu menenangkan mak Ajib.

"Kak, macam mana ni? Dari pagi tadi lagi mereka keluar, takkan tak balik-balik lagi." kata adik mak Ajib yang jelas kelihatan resah dari riak mukanya.

"Akak pun tak tahu nak buat apa. Sebenarnya Ajib ada call tadi. Dia kata Aisyah hilang."

"Apa?!"

Mata adik mak Ajib dengan tajam dialihkan ke arahku.

"Hei, budak. Apa kau dah buat hah?!"

"Aunty, saya tak buat apa-apa pun."

"Habis tu, macam mana anak aku boleh hilang? Bukannya tadi kau dengan mereka ke? Kenapa kau ada kat sini, anak aku tak ada?"

"Aunty, lepas Ajib hantar saya kat butik dan kitaorang ukur baju, Ajib terus pergi dari butik. Saya ikut abang saya balik."

"Arrghh!!!! Mana anak aku, kau perempuan sial?!"

"Minah! Jaga mulut tu! Dia ni budak baik." makcik Yunita akhirnya bersuara.

"Kak masih nak bela dia ni? Ni pembawa sial kak."

"Kalau kau tak nak aku halau kau keluar dari rumah ni, jaga bahasa tu."

Makcik Yunita berpaling ke arahku.

"Sayang, awak baliklah dulu. Nanti kalau ada apa-apa berita, makcik bagitau ya."

Aku menyalam tangan mak Ajib lalu pulang. Dalam perjalanan pulang, aku terserempak dengan Ajib. Dia menghantar aku pulang. Semasa dalam kereta, kami tak bercakap banyak sebab aku tau Ajib sedang serabut sekarang. Selepas aku selamat tiba di rumah, Ajib terus berlalu pergi menuju ke rumahnya.

TIGA HARI KEMUDIAN...

"Ana, saya nak kita putus."

Ayat yang tidak aku jangka keluar dari mulut Ajib. Apa sebenarnya yang terjadi ni? Pipi belah kanan aku cubit dan terasa sakit, tetapi kelibat Ajib tidak bergerak dari hadapanku. Aku tak bermimpi. Masa tu, cafe kakak Syuhadah masih sunyi.

"Awak, kenapa pula tiba-tiba ni? Saya ada buat silap ke? Atau ada tingkah laku saya yang awak tak suka?"

Ajib hanya berdiam diri. Perlahan-lahan, tangan kirinya diangkat dan kelihatan cincin emas tersarung kemas di jari manisnya.

"Apa tu?" soalku tidak puas hati.

"Saya dah nikah dengan Aisyah, petang semalam."

Ayat yang menyentak hatiku. Mataku bulat membesar tanda tidak percaya dengan gurauan Ajib.

"Awak, ni gurau kan. Awak saja nak kenakan saya kan?" aku masih tidak percaya.

"Saya minta maaf. Tapi apa yang awak fikir sekarang ni sebagai gurauan, sebenarnya kenyataan. Saya tahu saya salah sebab saya dah kecewakan awak."

Tamparan aku hadiahkan kepada Ajib sebagai hadiah pernikahan. Tidak cukup dengan itu, teh o yang ada di hadapanku aku simbah ke muka Ajib. Syuhadah terkejut melihat kelakuanku dari jauh.

"Awak bukannya kecewakan saya! Tapi awak dah hancurkan hati dan harapan saya. Sebelum saya hilang kawalan, baik awak keluar dari tempat ni."

Jari telunjuk aku tunding ke arah pintu cafe.

"Awak, sebelum tu, dengarlah dulu penjelasan saya."

"Kalau awak tak nak keluar dari sini, biar saya yang keluar!"

***

Sampul surat berisi kelulusan memohon biasiswa universiti di Boston aku serahkan pada papa. Bila aku buat permohonan? Sebenarnya kak Rihana yang buatkan. Tapi tak sangka permohonan tu lulus. Mama, papa, dan abang-abang aku saling berpandangan. Papa dan mama memberi restu dan dengan restu itu aku melangkah. Tiket penerbangan akan diuruskan oleh abang Nariz. Dalam masa seminggu, aku akan berangkat.

*************

Mengingat hal itu, air mataku membasahi pipi. Sampai sekarang, cinta aku padanya tetap utuh. Mendengar berita kematian Aisyah, aku juga turut bersimpati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience