Akhirnya.....
Selepas menjalani praktikal, melalui graduasi penyerahan lesen dan angkat sumpah, meluangkan masa bersama team medical semasa pengajian selama dua minggu, aku pun bersiap untuk pulang ke tanah air. Bagasi-bagasi aku persiapkan di pintu asrama. Tak habis-habis Lia menangis sepanjang malam sebab takut nak berpisah. Aku pun turut menangis kerana akan merindukan, tapi aku lebih rindukan tanah kelahiranku, keluarga, anak-anak buah, dan....
Sebelum matahari terbit, Daniel telah pun tiba di bawah asrama untuk menghantar aku ke lapangan terbang. Hari ini, kami akan pulang ke negara masing-masing. Trevor orang pertama yang meninggalkan asrama kerana ibunya akan ke India bersama ayahnya. Georgia, Prisellia, dan Anderson telah menempatkan diri mereka dalam kereta Daniel.
Setibanya di lapangan terbang, Daniel menolong kami mengangkat bagasi dan menghantar kami sampai ke gerbang balai perlepasan. Penerbangan pertama ialah Prisellia. Nangis tak henti-henti memeluk kami satu persatu. Seterusnya, penerbangan Georgia ke Jerman. Sempat juga Georgia luahkan perasaan dan serahkan surat cinta kat Anderson sebelum berlepas. Kemudian, Anderson yang akan kembali ke Australia. . Anderson hanya terkebil-kebil menerima surat daripada Georgia. Akhir sekali, giliranku. Penerbangan ke Malaysia yang akan berlepas pukul tujuh tiga puluh minit pagi. Jam di tanganku menunjukkan pukul tujuh sepuluh minit. Daniel mengiringi aku hingga ke gerbang balai perlepasan antarabangsa.
"Lea, I hope we will always be friend and if you change your mind, you know where and when to find me." kata Daniel sambil ketawa.
Ayat Daniel yang membuatkan aku tersentak. Aku hanya tersenyum.
"Bye Daniel. Don't worry, we'll always be friend. You're my best male friend."
"Best MALE friend? Why male friend and not best friend?" soal Daniel hairan.
"Prisellia will be so mad if you take her place. Wherever she is, she might can feel about this."
Daniel gelak besar. Sebelum berpisah, kami berpelukan.
"Always in touch. If you need a listener, you can call me, text me, or voice chat me. Ouh, and voice mail also can."
Lambaian yang mungkin terakhir dari Daniel mengharukan hati. Entah bila lagi kami dapat berjumpa. Sepanjang pengajian, aku selalu ingin tahu siapa sahabatnya yang menjadi peminat rahsiaku dengan selalu menghantar nota semangat, menghantar bunga ros, dan menyelamatkan aku daripada menjadi mangsa buli. Dia seperti bayang-bayang dan sedikit sebanyak membuatkan aku berminat untuk mengenal orang ni. Aku hampir menangkap orang tu, tapi Daniel menolong orang itu melarikan diri.
"You know him very well."
Hanya ayat itu yang menjadi klu tentang siapa lelaki itu.
******************
Kapal terbang yang aku tumpangi telah pun selamat mendarat. Aku melihat sekeliling sambil menanti empat bagasi untuk keluar dari mesin pengimbas. Lucu sekali bila mengingat aku pergi dari negara ni, aku hanya membawa dua bagasi. Tetapi bila pulang, ada dua tambahan bagasi. Bagasi-bagasi yang aku tunggu telah pun muncul. Dengan cepat aku mengangkat keluar. Setibanya aku di pintu utama lapangan terbang, aku melihat tiada sesiapa yang menunggu aku. Sengaja aku tidak memaklumkan kepulanganku kepada keluarga sebab nak bagi kejutan.
Secara tiba-tiba, bahu sebelah kananku ditepuk. Seorang lelaki bertopi hitam dan berbaju seragam kemeja putih berkot hitam, berdiri dihadapanku sebaik sahaja aku memusingkan badan mencari kelibat pemilik tangan itu.
"Welcome back, my beloved sister." ucap lelaki itu.
"Abang!" jeritku.
Aku memeluk abang keduaku, abang Nariz sebaik sahaja wajahnya aku kenal pasti. Orang ramai hanya melihat adegan kami berdua.
"Ya ampun! Beratnya adik abang ni. Makan apa kat sana?"
Selama aku belajar di Boston, abang Nariz la orang yang susah aku nak hubungi. Setiap kali aku ada masa lapang, mesti abang Nariz berada di luar negara. Mungkin sebab jadual penerbangannya berlanggar dengan jadual masa lapang aku. Hanya kak Geeta yang selalu jawabkan panggilan video aku untuk abang Nariz.
"Ni balik ni ada bagitahu mama dengan papa ke?" soal abang Nariz.
"Tak. Saja nak bagi surprise." kata ku.
"Dah jom. Tak payah naik teksi balik. Abang ada bawa kereta. Ni semua ke barang-barang Ana?"
"Ha ah. Semua ni."
"Hui! Ana beli apa kat sana? Hari tu jalan, dua je. Sekarang ni balik, dah jadi empat?" kata abang Nariz, bergurau.
"Ye lah. Kan keluarga kita dah makin besar, kenalah beli ole-ole banyak. Tapi, macam mana abang tahu Ana kat sini? Abang intai Ana yee?"
"Haha. Sebenarnya, abang dah intai Ana sejak tiga hari yang lepas. Abang ada penerbangan ke Boston time tu." kata abang Nariz.
"Tiga hari lepas? Kenapa abang tak call Ana. Boleh lah Ana jumpa abang time kat sana."
"Abang pun nak bagi Ana surprise, tapi Ana ni sibuk sangat. Abang nak jumpa, tapi tak dapat. Sebenarnya abang pun tak tahu kalau Ana balik hari ni. Itupun, abang ternampak Ana kat lapangan terbang pagi tadi. Abang pun nampak kawan-kawan Ana tadi tau. Abanglah pengemudi kapal yang Ana naik tadi." senyum bangga abangku ni.
"Haaa? Patutlah tadi Ana rasa macam terdengar nama abang. Ingatkan Ana berangan, rupanya tak."
***
Aku termenung di luar tingkap sambil memikirkan ayat Daniel.
"I am Jose Santiago."
"And I am Nariz Sullae."
"And we will be your captain today. Please......."
Kenapa aku rasa macam ada nama abang Nariz tadi.
"Errm miss, who's our captain today?" soalku kepada wanita yang berambut perang di sebelahku yang kelihatan kurus dan pucat.
"Jose Santiago and.."
"Dear, you need to sleep. Let me fix your seat." suami wanita tersebut mencelah.
Aku kembali memalingkan wajahku ke arah tingkap.
***
Pipiku dicubit. Sakit!
"Apalah doktor ni. Dah jadi doktor, masih tak pandai nak bezakan khayalan dan kenyataan. So, siapa lelaki yang Ana peluk tadi, ha?"
Dah mula dah menyakat orang ni.
"Yang mana?" soalku buat tak tahu.
"Jangan ingat abang tak nampak."
"Okey lah. Daniel. Kawan baik lelaki Ana."
"Eleh! Kawan baik lah sangat."
"Betullah abang. Dia lah orang yang tolong Ana masa kat sana sampai sekarang, Ana tak boleh lupa jasa dan kebaikannya."
"Hmmmm.... Nampak baik dan sesuai jadi adik ipar abang ni."
"Abang!" aku mencucuk pinggang abang Nariz.
"Haha. Yelah yelah. Dah, abang ambil kereta dulu, Ana tunggu sini. Kata nak surprise mama dengan papa kan."
"Ana nak bagi surprise, Ana pula yang kena surprise."
*****
Aku tiba di rumah tepat pukul tujuh malam. Selepas singgah minum petang di restoran dengan abang Nariz, berkongsi cerita, akhirnya aku sampai juga. Abang Nariz turun dulu, seperti biasa. Berjumpa dengan orang tua dulu baru berjumpa dengan anak bini. Abang Nariz turun dulu. Katanya nak persembahkan kedatangan aku.
Kalau aku tak silap, kak Geeta tinggal dengan mama dan papa sebab baru sahaja melahirkan. Orang tua kak Geeta meninggal dunia semasa aku masih kat Boston. Tahun ni masuk tahun kedua perginya mereka menghadap sang pencipta. Kak Geeta kini sebatang kara kerana kak Geeta merupakan seorang anak tunggal. Saudara mara kak Geeta sama sekali tidak diketahui keberadaan mereka.
"Selamat malam papa, mama." sapa abang Nariz sebaik sahaja tiba di pintu hadapan.
Nariz mendekati papa lalu menyalam tangan papa.
"Nariz! Macam mana flight?" tegur papa.
"Biasa, pa. Tadi terjumpa orang istimewa masa flight tadi." gurau abang Nariz.
"Nariz... Dah balik dah anak mama ni."
Mama keluar dari dapur bersama kak Geeta yang masih bersarung kerana masih dalam pantang. Kak Geeta dilabuhkan ke sofa. Mama mendekati abang Nariz lalu mencium dahinya.
"Macam mana kerja?" soal mama.
"Macam biasa ma. Ni, Riz ada bawa someone special ni." gurau Nariz.
"Hish! Apa cakap macam tu depan bini." tegur mama.
Kak Geeta hanya ketawa.
"Masuklah!"
Abang memberi isyarat. Aku turun dari kereta dan perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah. Aku tersenyum sambil mengalirkan air mata. Mama dan papa kaku melihat kelibatku yang muncul di hadapan pintu rumah. Air mata mama dan papa laju mengalir.
"Ma, Pa. Ana dah bal...."
"Anak mama!"
Belum sempat aku menghabiskan ayatku, mama terus memelukku. Air mata membasahi bajuku. Papa memelukku bersama mama. Abang Nariz duduk bersebelahan kak Geeta untuk memberikan kami bertiga ruang.
"Abang, anak kita dah balik." kata mama kepada papa.
"Abang tahu sayang." jawab papa.
Aku hanya tergelak dalam tangis melihat gelagat kedua orang tua tercintaku.
"Lepas ni, kalau Ana pergi lagi, mama tak bagi." kata mama.
Aku membalas pelukan kedua orang tua yang aku cintai.
"Ana janji, lepas ni Ana tak pergi mana-mana. Ana dekat-dekat sini je."
Selesai berpelukan, kami berkongsi cerita. Mama dan papa terkebil-kebil melihat aku bercerita. Selama lapan setengah tahun aku tinggalkan tempat ni, tinggalkan keluarga dan negara. Abang Nazri menolong aku menurunkan bagasi-bagasi dari kereta. Tidak lama kemudian, kereta abang Nazri dan abang Nazir kedengaran dari dalam ruang tamu. Kelam kabut turun dari kereta sehingga berlanggaran sampai ke pintu. Isteri-isteri mereka dan mama menepuk dahi. Ingatkan dah jadi ayah, dah besar, tapi masih ada lagi kebudak-budakan dalam diri abang-abang aku ni. Yang pertama dah jadi ayah kepada tiga orang anak dan kepada bayi keempat yang akan lahir nanti. Yang kedua pula, dah jadi ayah kepada dua orang anak. Hai.... Abang-abang aku ni, tak pernah kalau tak retakkan ketawaku.
"Ana!" jerit abang Nazri dan abang Nazir.
Mereka berlari mendapatkan aku lalu memelukku macam peluk tiang besi. Aku ni manusialah, sakit tau.
"Eh korang ni salah lah. Dia ni doktor Leana, kan Ana." gurau abang Nariz.
Aku hanya mampu ketawa. Ini yang aku rindukan, bersama keluargaku. Walaupun sudah lama terpisah, tetap sama rasanya bila bersama. Tidak pernah bosan atau jengkel, tetapi syukur tak terhingga kerana mereka adalah anugerah yang sangat terindah yang diberikan kepadaku.
Hari sudah jauh malam. Abang-abang aku dan keluarga mereka bermalam di rumah mama dan papa. Bilik abang Nazri dan abang Nazir sudah dijadikan bilik tetamu sebab mereka masing-masing sudah ada rumah sendiri. Abang Nariz pula tak nak tinggalkan mama dan papa sebab takut tak ada siapa nak jaga mereka nanti. Bilik yang terletak di hujung koridor, bilik yang aku rindu. Di situ semua kenanganku terhambur. Bagasi-bagasi telah dimuatkan dalam bilik. Mama menemani tidurku malam ni.
Selesai membersihkan diri, aku terus menempatkan diriku di sebelah mama yang sudah baring.
"Ma, aunty Yunita apa khabar?" soalku yang memecah keheningan.
"Macam tu je lah. Lepas Aisyah meninggal, agak kesusahan la sedikit sebab adik dia, Aminah, tak nak terima Latisya tu sebagai cucunya sebab dia anggap anak pembawa malang. Kesian mak tengok budak tu" kata mama jelas menunjukkan simpatinya dengan nada yang sedih.
"Mama dengan aunty Yunita okey?"
"Mama dengan dia okey je. Kami still friend walaupun dia selalu nak lari daripada bersemuka dengan mama."
"Kenapa?" soalku tidak berpuas hati.
"Lepas apa yang terjadi antara kamu berdua. Silap kami berdua juga sebab main setuju je tanpa berfikir panjang. Mama ni memang mama tak guna kan."
"Ma....."
"Sepatutnya mama lindungi kamu. Tapi disebabkan mama lebih utamakan persahabatan mama, tanpa sedar mama sudah lukakan anak kesayangan mama ni."
"Ma..... Janganlah macam tu. Semua yang terjadi ni bersebab."
"Ya, mama tahu. Disebabkan itu jugalah kamu pergi selama lapan tahun setengah membawa diri, belajar kat Boston sana."
"Ma... Ana okey kan. Ana dah balik. Biarlah yang lalu tu jadi kenangan dan pengajaran. Sekarang ni, kita fokus kepada masa depan."
Aku memeluk mama lalu tertidur. Selepas seharian perjalanan dan melepaskan rindu, aku terlelap dalam pelukan mama.
Share this novel