“Ayah tidur ke tu?” tanya Ashraf perlahan.Bahu ayahnya ditepuk perlahan-lahan.
“Kenapa ni?” Tanya ayahnya apabila Ashrafmenepuk lembut bahunya.
Ashraf sudah kelihatan seperti orang yang ketakutan.
“Ayah ke masuk dalam bilik saya tadi? Sebab saya rasa seperti ada yang masuk ke bilik masa saya sedang tidur. “ katanya.
Ayahnya melihat ke jauhan sebelum menggeeng kepala.
Ashraf pelik.
“Ada tarik selimut dan tampar kaki saya tak tadi?” Tanya Ashraf. Peluh mula merenik di dahi dan lehernya. Dia ketakutan.
Sekali lagi ayahnya menggelengkan kepala. Ashraf mula tak sedap hati.
“Mana ada. Ayah kan tengah tidur tadi.Tak mungkin lah ayah akan masuk ke bilik kamu.” Balas ayahnya menggeleng kepala.
“Habis siapa yang tarik selimut? Bukan sekali dua ayah.”
“Kamu bermimpi agaknya tu. Sudahlah. Kembali semula ke katil kamu dan tidur. Jangan ganggu ayah lagi.”
Ashraf terus bangun dan menghayunkan langkah menuju ke biliknya.. Ashraf memerhatikan sekitar biliknya. Sunyi sepi dan gelap. Memang tiada sesiap adi dalam biliknya itu selain dia.
Rasa tidak puas hati mendorong dirinya untuk mengintai ke bawah katil. Ketika dia sedang tunduk memeriksa di bawah katil, Ashraf melihat wajah seorang gadis berkebaya hitam sedang merenungnya.
Ashraf panik dan terkejut.Dia terus bangun dan melompat ke atas katil. Namun gadis itu hilang serta merta.
*********************
Ashraf yang masih terkejut dengan apa yang dilihatnya semalam terus demam keesokkan harinya. Ayahnya juga pelik melihat Ashraf tiba-tiba jatuh sakit seperti itu setelah berkelakuan pelik malam tadi.
“Saya pasti apa yang saya nampak semalam tu ayah.Tak mungkin saya bermimpi. Saya masih sedar dan belum tidur ketika itu. Saya tak tipu,” katanya sambil merenung mata ayahnya minta agar dipercayai.
Ayahnya yang baru saja memerah tuala basah di sinki terus meletakkan ke dahi Ashraf. Kepalanya digeleng-geleng. Tak sangka anak lelakinya lemah semangat begitu.
“Sudahlah tu. Ayah percayakan kamu. Jangan difikirkan sangat. Kalau tak, kamu akan tambah sakit. Ayah juga yang risau nanti. Adalah lebih baik kamu berehat saja...”kata ayahnya memujuk Ashraf supaya berehat.
Sejak tadi, Ashraf sedaya mungkin menerangkan apa yang terjadi tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sedang menggeletar menahan panas dalam badan. Timbul rasa kasihan pula pada satu-satunya anak yang masih ada disisinya.
Tidak mahu menghampakan ayahnya, Ashraf mengangguk lalu memejamkan matanya untuk tidur.
Share this novel