BAB 11

Horror & Thriller Completed 7323

“Sumpahan Gadis Ayu berlaku 300 tahun dahulu ketika keluarga saya datang ke tanah ini dan merogol anak gadis di sebuah kampung. Seorang gadis yang mati terseksa batinnya telah bersumpah barang siapa lelaki yang merogol gadis di kampong itu akan musnah dan binasa. Bahkan melakukan seks dengan gadis Ayu maka maut menantinya”

“Pada mulanya dia tak percaya. Selepas merogol gadis Ayu, lelaki itu mengambil sebuah bantal dan terus menekan muka gadis Ayu itu. Ditekannya kuat-kuat sehingga gadis itu tidak lagi bernafas.Biar pun meraung meminta tolong tapi tak diendahkan.”

“Apa yang ayah katakan ini? Jadi cerita tahyul yang ayah selalu ceritakan itu benar terjadi?” soal Ashraf.

Ayahnya mengangguk. Air mata mula memenuhi matanya.

“Benar Ashraf. Tapi disebakan sumpahan itu juga benar, lelaki yang merogolnya sudah membuat perjanjian syaitan dengan keluarga gadis itu. Dia perlu dibiarkan hidup dan roh gadis itu boleh terus bersamanya sehingga mati.”

Ashraf dan tetamu yang lain menggelengkan kepala. Ada yang beristighfar.

“Ini semua kerana dia sudah tidak tahan sakit yang dideritai selepas memperlakukan gadis Ayu sebegitu rupa.”

“Selepas itu, keluarga gadis Ayu sengaja menyusahkan keadaan. Setelah lelaki itu mati, roh gadis Ayu masih berkeliaran dan mencari tuan. Kini dia mahu mencari tuan baru”

“Apa maksud ayah? Adakah saya akan menjadi tuan barunya? Tak. Tak mungkin!”

“Kamu trpaksa terima. Ayah sudah menggunakan dia untuk melariskan perniagaan kita. Dan dia kini menuntut bela!”

“Saya tak mahu!”

“Sudahlah tu Ashraf. Mungkin Ustaz Mansor boleh membantu.” Kata Pak Ali memujuk kedua-duanya agar tidak terus hanyut dalam emosi.

“ Perkara ini boleh diperbetulkan. Janganlah risau. Serahkan semuanya kepada Allah yang maha Esa. Kita kena berusaha dan tawakal. Insha Allah.” Ustaz Mansor cuba menyakinkan semua.

Ustaz Mansor memagar dan memulihkan keadaan rumah itu. Namun banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengusir saka yang sudah lama bersama dengan keluarga Ashraf.

*************

Sejak dipulihkan oleh Ustaz Mansor tempoh hari, sudah tiga minggu Ashraf dan ayahnya dapat mendiami rumah banglo ini dengan aman.

Namun, satu malam, Ashraf terdengar ada pegerakan di luar tingkap bilik. Oleh kerana teringatkan kisah lalu, ashraf menjenguk ke luar. Kiri dan kanan Ashraf pandang tetapi tiada apa di situ.

Entah datang dari mana, tiba-tiba ada kelibat melompat dihadapannya. Pada masa yang sama ayahnya menjerit dari dalam bilik.
Ashraf terkejut dan panik lalu bergegas melihat ayahnya. Sayang apabila tiba di muka pintu, wajah ayahnya sudah kebiruan seperti dicekik. Lodahnya terjelir keluar. Ketika itu terasa bagaikan jantungnya gugur ke bumi.

Ashraf fikir Gadis Ayu yang pernah hadir itu tidak akan datang mengganggunya lagi. Tidak. Ashraf bakal menerima segalanya selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience