Setelah tidur di bilik akibat menelan ubatan, Ashraf dikejutkan oleh Pak Ali.
"Ashraf bersiap dulu, ada ustaz nak berjumpa dengan kamu dan ayah. Dia akan membantu untuk memulihkan semangat kamu berdua dulu dan melihat rumah kamu ni."
Dalam keadaan masih mamai dibawah pengaruh ubatan yang ditelan, Ashraf gagahkan juga badan dan berjalan ke ruang tamu. Di situ sudah menunggu tiga orang lelaki. Ustaz Mansor dan dua pembantunya.Ayah juga masih taks edarkan diri di situ.
Setelah bersalaman dan duduk, Pak Ali menceritakan kembali apa yang terjadi mengikut cerita yang dia cerita kepadanya pagi tadi. Walau pun banyak diam saya sempat menyampuk untuk menguatkan lagi cerita tentang apa yang terjadi.
Ustaz Mansor dan dua orang pembantunya membacakan ayat suci al quran dan memberikan air penawar untuk saya. Sejam kemudian saya semakin baik tapi masih lagi demam.
"Saya sudah melihat rumah tersebut. Memang ada sesuatu yang tinggal di sini. Buat masa ini saya juga tak mampu berbuat apa-apa selain memagar rumah tersebut. Kemungkinan besar makhluk ini sudah lama bersama dengan keluarga kamu Ashraf.
"Astaghfirullah. Apa makhluk tu? Saya tak pernah alami hal ini sehinggalah sekarang. Hanya ayah yang mampu menjawan soalan ni.."
"Sabar. Kuatkan semangat. InshaAllah tak jadi apa-apa. Saya akan pulihkan ayah kamu dan kembali lagi esok untuk memulihkan rumah itu." Beritahu Ustaz dengan tenang.
Ayah Ashraf kini sudah mula membukakan matanya. Perlahan-lahan.
“Apa kamu semua buat di sini?”
“Sabar. Ayah pengsan di belakang rumah tadi.” Kata Ashraf membantu ayahnya duduk.
“Jadi tunggu apa lagi? Kamu semua boleh balik!” Tiba-tiba suaranya meninggi. Semua yang ada di situ saling berpandangan.
“Apa yang terjadi ni ayah? Mereka telah membantu kita. Apa yang ayah cuba sembunyikan?”
“Aku tak ada apa-apa nak sembunyi. Kamu tu jangan nak memandai!”
“Tolonglah ayah. Ceritakan apa yang terjadi. Takkan ayah sanggup lihat saya diganggu selalu benda yang tak masuk akal ni. Ceritakan pada Ustaz ni. Supaya di aboleh membantu kita.”
“Aku kata aku tak mahu!” Ayahnya menjegilkan mata.
Ashraf segera melutut dan merayu. Tapi ayahnya tetap teguh tidak mahu menceritakan hal sebenar. Sehinggalah Ashraf menangis dan merayu.
Entah bagaimana hati ayahnya lembut dan mula menceritakan hal sebenar.
Share this novel