BAB 4

Horror & Thriller Completed 7323

Malam itu, Ashraf mengalami mimpi buruk pula.

Dia sedang berjalan di sebuah jalan yang tidak diketahuinya. Di kiri dan kananya kosong tanpa ada sebarang benda. Tiada pokok, tiada binatang tiada manusia. Cahaya pun samar-samar sahaja. Dia memanggil ayahnya namun tiada jawapan yang diterima.
Ashraf ketakutan. Dia berlari ke hujung kanan namun tiada sesiapa yang boleh diminta tolong. Dia berlari pula ke sebelah kiri, sama juga keadaannya.

Ashraf buntu ke mana dia harus pergi untuk menyelamatkan dirinya. Dia juga bingung dengan situasi dia berada kini. Apa yang dilihat oleh matanya seakan benar-benar terjadi.

Namun dia mahu tahu apakah yang terjadi disebalik gangguan demi gangguan yang datang sejak akhir-akhir ini.

“Ayah… Abang kat mana??” kata Ashraf dalam nada sayu sambil mengis teresak-esak. Ashraf memandang ke kiri dan ke kanan. Hanya dia seorang di situ.

Tiba-tiba… Ada seseorang sedang berjalan ke arahnya. Namun Ashraf tidak dapat melihat kerana matanya silau disebabkan cahaya yang tiba-tiba berubah terang.

“Siapa di sana? Siapa tu? Beritahulah siapa tu?” soal Ashraf yang gelisah tetapi pada masa yang sama masih mampu menaikkan satu oktaf suaranya. Tiada respon yang diberikan sebalinya ia terus berjalan menghampiri Ashraf yang sedang ketakutan dan kebingungan.

Semakin dekat, semakin jelas.

Ashraf lihat ia merupakan seorang gadis berkebaya hitam lengkap dengankain batik dan sanggul berbunga ro putih diselit disebelah kiri telinganya. Itulah susuk wanita yang pernah dilihat dalam biliknya.

Dia pasti kerana susuk itu sama biarpun wajahnya belum dapat dilihat jelas sejak diganggu awal dahulu.

“Siapa kau? Kenapa kau ganggu aku?” soal Ashraf. Jantungnya berdegup kencang. Wanita ini tidak pernah ditemui dalam keadaanya berjaga. Jadi bagaimana mungkin wanita ini boleh muncul di sini.
“Jangan dekat dengan aku! Pergi !!!” ujar Ashraf lagi apabila ia terus menghampiri.

Kali ini menjelma namun kali ini pula ada darah merah pekat yang meleleh dari mulutnya.
Argh………..tolongggg……..

“Aku tak kenal siapa kau! Pergi! Jangan gangggu aku!” kata Ashraf dengan nada tinggi.

Gadis berkebaya hitam itu tidak mengendahkannya dan terus merapati. Tangganya mencekik leher Ashraf hingga Ashras rasa sukar untuk bernafas. Dan akhirnya sedang dia bergelut, Azan Subu h berkumandang dan Ashraf terus bangun terduduk dengan nafas yang kencang dan peluh membasahi bantal pembaringannya.

Perasaan Ashraf mula bercampur-baur. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena namun dia bimbang itu hanya perasaan takut yang menyelubungi saja. Mungkin gangguan biasa sekali-sekala yang diterima seperti orang lain juga. Perasaan Ashraf tidak keruan.

Ashraf mengumpul kembali kekuatan dan cuba untuk lelap semula. Namun sukar dek kerana fikiran masih melayang tentang mimpi sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience