BAB 5

Horror & Thriller Completed 7323

Seminggu sudah berlalu. Seperti biasa balik saja ke rumah Ashraf terus masuk ke bilik tidur. Dan tidak ada lagi gangguan seperti yang Ashraf alami seperti minggu lepas. Saya mula lega sedikit. Mula mempercayai ini cuma gangguan sementara.

Selepas selesai mandi dan solat, Ashraf duduk di birai katil. Membelek semua mesej yang masuk dalam peti simpanan telefonnya. Selepas beberapa ketika meneliti dan membaca akhirnya Ashraf mengantuk juga dan dia pun baring di katil. Mencari posisi yang selesa untuk tidur.

Tapi, malam itu sebelum melelapkan mata, Ashraf terdengar bunyi tapak kasut persis seperti ada orang sedang berjalan.

Tap! Tap! Tap!

"Siapa tu?"

"Apalagi yang terjadi ni! Aku nak tidur!" Kata Ashraf sendirian dari atas katil.

Mulanya Ashraf fikir mahu mengabaikan saja dan terus melelapkan mata. Tak mahu berfikir apa-apa kerana mata memang sudah mengantuk benar. Tapi fikiran Ashraf mengatakan sebaliknya. Tak mampu menahan rasa ingin tahu. Sudahnya Ashraf mengalah dan bangun dari pembanringannya di katil.

Telinga masih mencari arah bunyi tapak kaki itu. Ashraf fikir kalau dia cuba lelap sekali pun bunyi itu tak akan pergi selagi tak tahu dari mana datangnya. Bunyi asing itu datangnya dari arah bilik ayahnya. Tikus? Soalnya sendirian.

Tiba-tiba bunyi derap tapak kaki itu hilang. Ashraf cuba tenangkan hati.

Tapi hati Ashraf pasti itu bukanlah gangguan tikus. Kuat mengatakan bukan tikus kerana ia adalah bunyi derap kaki! Tak mungkin bunyi tapak kaki tikus yang kecil itu boleh menghasilkan bunyi yang cukup kuat! Tidak mungkin.

Apatah lagi dengan pintu bilik ayahnya yang tertutup rapat. Tak mungkin bunyi itu mampu keluar dengan kuat.

Lalu, Ashraf mahu menenangkan diri dan berjalan menuju ke dapur untuk mengambil air minuman.

Semasa berjalan di lorong kecil menuju ke dapur, Ashraf terus mematikan langkah. Dalam samar cahaya, Ashraf sedar dan waras tentang apa yang di lihat di depan mata kini.

Ashraf terkejut besar. Fikirnya sudah tidak ada gangguan lagi setelah hidupnya selama seminggu lalu. Ternyata ia meleset.

Ashraf ternampak ada seorang wanita sedang berdiri di hujung jalan sempit itu menuju ke dapur itu.. Dada Ashraf mula berdebar-debar. Mujurlah objek itu menghilang daripada pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience