“Ashraf...”
“Bangun Ashraf sayang. Aku ada di sini. Hee….hee…” satu suara memanggil nama Ashraf ketika dia sedang tidur nyenyak. Namun kini tidurnya terganggu dengan panggilan itu. Dia bangun dan duduk.
“Siapa? Ayah ke tu?” ujar Ashraf.
Suara itu ketawa pula. Meremang bulu roma Ashraf dibuatnya. Dia pelik. Dari mana pulak datangnya suara itu.
“Ayah…” panggil Ashraf lagi. Tak mungkin ada orang lain dalam rumahnya. Hanya mereka berdua sahaja yang ada.
Ashraf bangun menuju ke bilik air. Pintu bilik air ditolak. Tiada sesiapa di dalam. Tapi air shower mandi terpasang. Lalu ditutupnya dahulu air shower sebelum melangkah keluar. Air menitik di kepalanya menyebabkan Ashraf terkejut.
Hatinya berdebar dan perasaannya gelisah.
Kali ini kakinya melangkah ke ruang tamu pula. Kipas terpasang. TV juga terpasang. Tapi tiada sesiapa pun yang kelihatan di situ. Ashraf semakin pelik. Kenapa semuanya dalam keadaan terpasang. Tak mungkin ayahnya akan buat begitu.
Kemudian dia ke bilik ayahnya pula. Pelik juga. Ayahnya tida di dalam bilik. Bilik air juga sudah diperiksa namun tiada siapa di situ.Ke mana pula ayahnya telah pergi.
“Ayah… Ayah kat mana?” soal Ashraf lagi.
Tiba-tiba, Ashraf terdengar bunyi yang pelik datang dari arah dapur. Ashraf cuba menangkap bunyi apakah yang didengarinya namun buntu. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah dapur. Lampu juga sengaja dibiarnya tidak dipasang. Ashraf fikir ada pencuri yang menceroboh rumahnya.
Ketika kakinya melangkah ke dapur, Ashraf sempat mencapi batang penyapu yang diletakkan di belakang pintu.
Batang penyapu itu digenggam erat dengan kedua-dua belah tangannya. Dia sudah siap sedia mahu menghayunkan batang penyapu itu kepada pencuri yang menceroboh rumah miliknya.
Hatinya berdebar. Bunyi pelik yang datang dari dapur itu seperti orang sedang makan dengan lahapnya. Dia berasa pelik. Benarkah pencuri yang menceroboh rumahnya. Kenapa pula bunyi begitu?
Perlahan-lahan Ashraf menghampiri ruang dapur. Dilihatnya ayahnya sedang duduk bertinggung di tengah dapur dan tunduk.
“Ayah... Ayah buat apa tu?” Soal Ashraf. Sahlah bunyi pelik itu datang dari ayahnya.
Ayahnya yang sedang melakukan sesuatu berhenti. Dia masih membelakangi Ashraf. Apabila dia berpaling, Ashraf terus menjerit melihat ayahnya.
Share this novel