BAB 8

Horror & Thriller Completed 7323

Ashraf tidak mahu fikir jika bunyi pelik itu datang dari makhluk halus pula. Kerana dia tidak mempercayai perkara tahyul.

Batang penyapu diangkat ke atas. Dia siap sedia untuk menghayunkan. Semakin dekat, semakin batang kayu penyapu itu diangkatnya tinggi.

Slrppp... Slrppp...

Bunyi pelik itu makin jelas di telinga Ashraf. Sesampainya di pintu dapur, Ashraf masih belum nampak apa-apa kelibat yang menyebbabkan bunyi pelik yang didengarinya. Dia yakin pencuri itu ada di sebalik set meja makan di tengah dapur.

Dengan penuh hati-hati, Ashraf berjalan prlahan dan menghayunkan batang kayu penyapu.

“Ayah...”

Ayahnya segera berhenti dan menoleh ke arahnya. Ketika itulah Ashraf menjerit dan menutup mata.

Wajah ayahnya bukan seperti biasa dia lihat. Lain dan jauh beza! Dengan lelehan darah di tepi bibir dan comot. Bukan seperti biasa.

Ashraf kembali membuka matanya. Namn kelibat ayahnya sudah tiada di situ. Dia takut. Apa yang sebenarnya terjadi kepada ayahnya.

Aneh. Yang tinggal di sebalik meja makan itu hanyalah pinggan berisi nasi yang sudah berterabur di atas lantai.
“Kemana pula ayah ni?” kata Ashraf sambil menggaru-garukan kepalanya.

Ashraf melihat di bawah meja juga. Tiada apa-apa yang menyorok di situ. Maka Ashraf bangun dan menoleh untuk ke ruang tamu.

Tiba-tiba, wajah gadis berkebaya merah menjelma. Dari cantik dan tersenyum di belakangnya dari tadi kini beransur bertukar rupa menjadi hodoh. Ashraf terkejut dan menjerit sekuat hati. Bagaimana gadis itu boleh berada di dalam rumahnya?

Nasib baiklah tiba-tiba terpancar cahaya yang datang dari luar rumah. Mungkin itu cahaya dari kenderaan orang yang memandu melepasi banglonya. Silauan cahaya itu membuatkan susuk wanita itu terhenti merapati dan menghilang. Habis menggigil satu badan.
Apakah susuk yang saya lihat tadi? Hantu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience