Ashraf semakin tidak selesa. Apa yang telah berlaku dalam banglo ini?
DIa pula tidak bermimpi atau mengalami halusinasi. Dia pasti gadis berkebaya hitam itu sama seperti mimpi aneh dan menakutkan yang pernah dia alami sebelum ini
Ashraf berasa bingung. Siapa patut Ashraf tanya dan apa yang patut dia buat untuk mengatasi gangguan ini?Ayahnya?
Alangkan pntu diketuk tadi tidak dibukanya. Malah kelakuan ayahnya semakin pelik dan setiap kali dia cuba bertanya pasti ayahnya mahu mengelak dan kahirnya dirinya juga yang dimarahi.
Ashraf kembali ke bilik dan membaca beberapa ayat alQuran yang terlintas di fikiran sebelum saya melelapkan mata. Keesokkan harinya Ashraf bangun dan bersiap seperti biasa. Tentunya kejadian yang berlaku semalam menghantui fikiran dan dia tidak bercadang untuk terus lama berada dalam rumah itu dan terus melangkah keluar untuk ke pejabat.
***************************
Beberapa malam kemudian Ashraf kembali mengalami mimpi ngeri.
Setelah mandi dan solat, Ashraf pun ke katil untuk baring. Entah kenapa. Banyak perkara yang bermain di mindanya dan dia sendiri sudah penat mahu memikirnya satu-satu.
Tidak lama, Ashraf pun memutuskan untuk tidur saja. Harap tiada lagi yang mengganggu dan menakutkannya seperti malam sebelum ini. Mungkin beberapa minit terlelap, Ashraf dapat rasakan ada sesuatu yang asing berhampiran dengan saya. walaupun berat mahu membuka mata tapi saya yakin ia ada dis itu .
Ketika itu dapat merasakan ada seorang sedang memerhatikan dan jantungnya berdegup kencang sehinggalah dia terbangun daripada tidur.
Sebaik terjaga, perasaan Ashraf kuat menyuruh agar saya ke bahagian kiri bilik tidur. Tiba-tiba terpandang satu susuk yang pernah dilihatnya sebelum ini. Gadis berkebaya hitam! Susuk itu betul-betul berdiri berdekatan kaki katil!
Terkaku melihat wanita itu, Ashraf tidak dapat bergerak. Mulut juga terkunci rapat. Seperti dia sedang menyerah diri kepada makhluk tersebut. Ashraf buntu untuk memikirkan langkah yang seterusnya.
Dia tidak mampu bergerak sedangkan susuk gadis kebaya merah itu semakin menghampiri saya. Ketika itulah saya berasa sangat takut sehingga tidak mampu membuka mulut kecuali terus berdoa supaya selamat sambil menggigil ketakutan.
Berdoa dalam hati sahaja kerana suara juga rasa tersekat di kerongkong. Saya mencuba berkali-kali tapi tetap juga tidak mampu membaca sepatah ayat alquran. Hanya dalam hati saya mampu menyebut Allah tanpa henti.
Mata juga sudah saya tutup rapat sebaik wajah gadis itu merapati muka saya. Terlalu ngeri bagi saya untuk melihat dan menghadapinya ketika itu.Apabila mata dibuka. Susuk itu telahpun tiada.
Share this novel