Prolog

Horror & Thriller Completed 7323

Nama saya Ashraf. Dulu keluarga saya antara orang paling kaya di kawasan ini. Tapi bila bahan mentah untuk perniagaan kami iaitu kayu gaharu sudah sukar ditemui di sekitar kawasan dan terpaksa mengimport dari luar yang memakan kos yang tinggi, kekayaan keluarga saya semakin menyusut.

Syarikat keluarga saya terpaksa ayah saya jual pada Kamal, musuh ketat ayah dalam perniagaan yang sudah lama mencari alasan untuk membunuh segala kehidupan kami sekeluarga.

Bukan sahaja syarikat saya sahaja yang kena jual, tapi rumah saya turut dibelinya. Ibu dan adik saya lari. Saya tinggal keseorangan. Ayah pula menjadi separuh gila melihat keruntuhan empayar perniagaannya. Hancur begitu saja dan apatah lagi tewas kepada musuh ketatnya itu. Kami hamper merempat tapi mujurlah ada rakan ayah yang sempat membantu menyelamatkan rumah banglo ini.

Jika tidak, saya dan ayah pun tidak pasti mahu ke mana lagi dalam situasi genting begini.

Tapi itu tak cukup buat Kamal. Dia tahu kalau dia tak bunuh saya, saya akan menuntut bela apabila saya ada peluang nanti. Ketika itulah Kamal tahu tentang rahsia keturunan saya iaitu rahsia sumpahan gadis Ayu.

Nama saja sumpahan tetapi ia merupakan saka dalam keturunan kami. Jika semua ini tak berlaku, saya juga tidak akan tahu akan rahsia ini. Rupanya ayah juga mengetahuinya dan menerima saka ini dan lebih teruk lagi menggunakannya untuk memajukan perniagaan.

Barulah saya tahu apa yang berlaku dalam keluarga saya. Rupanya semuanya mengamalkan syirik untuk Berjaya. Kali pertama saya mendapat tahu apabila saya mendesak ayah menceritakan semuanya, saya hanya mampu terdiam dan duduk terperosok di sudut bilik ayah. Sungguh saya tak sangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience