"Kau nak apa?"
"Kau dekat mana?"
"Dalam biliklah..Takkan dekat sebelah kau.."
"Aku dah nak hantar baju kau.."
"Hrmm.."
"Tu je"
'Tut.Tut.Tut'
Panggilan telah dimatikan..
Tak perlu berkomunikasi lama apabila Kayla ditelefon adik tirinya..
Kayla masih di dalam bilik yang ditempahnya..
Dia juga sedang menunggu baju persandingan..
Untuk elak adik tirinya mengetahui bahawa dia tidak sebilik dengan suaminya,dia bergerak menuju ke bilik sebelah..
Tanpa memberikan ketukan..
Dia segera masuk ke dalam bilik..
Tiada orang?
Mandi ke?
Ya..Pasti mandi..
Air dari bilik air kedengaran bercurahan di lantai..
Jimmy keluar dari bilik air dengan tuala dililitkan di pinggangnya..
Sebelah tangannya menggosokkan tuala di tangan..
Kayla tidak menoleh memandang Jimmy..
Dia fokus memandang skrin telefon sambil menunggu baju persandingan dihantar ke bilik..
"Kau buat apa dalam bilik ni?"
"Aku nak ambil baju persandingan.."
"Ada yang hantar ke?"
"Hrmm.."
"Siapa?"
Jimmy bertanya sambil ke almari baju..
Dia memakai seluarnya di sana..
Tak menghiraukan Kayla yang boleh memandangnya..
"Melly.."
"Adik tiri kaukan?"
"Hrmm.."
"Kau ada berapa adik tiri?"
"Enam.."
"Kau dengan diorang rapat?"
"Impossible"
"Kenapa?"
"Tak perlu tahu.."
"Aku tetap nak tahu.."
"Sebab suami mak aku dan aku berdendam."
"Teruk sangat ke perbuatan papa sampai kau nak berdendam?"
"Lelaki tu dah buat hidup aku merana tanpa mak aku.Dia pulak sedap je bahagia dengan keluarga baru dia.."
"Mak kaukan dah lama pergi,kenapa kau masih ada dendam tu?"
"Kau takkan faham perasaan aku..Dan aku seorang pendendam..So,kau jangan nak cari pasal dengan aku..Kalau tak, aku boleh balas dengan lebih teruk.."
'Tok..Tok..Tok..'
Pintu bilik dibuka dan kelihatan Melly membawa dua pasang baju untuk pasangan suami isteri di dalam bilik itu..
"Kau jangan nak lambat sangat nak pakai baju..Nak mekap lagi.."
"Hrmm.."
Okay..
Tak payah lama-lama..
Kayla dah tutup pintu bilik..
Kayla is always bad mood..
Hrmm..
"Kasar kau dengan dia.."
"Suka hati aku.."
Kayla meletakkan baju milik Jimmy lalu ingin ke bilik air..
"Kau nak pergi mana?"
"Bilik air..Tak boleh ke?"
"Eh eh..Boleh je honey,pergilah.."
"Euww.."
Muka menjengkelkan Kayla menerpa penglihatan Jimmy..
Saja Jimmy nak ambil hati isteri..Haha..
Kayla mengunci pintu bilik air lalu melepaskan pakaiannya..
Dia menukarkan dengan baju berwarna cream yang sudah dipilih pada hari mencari baju pengantin..
Baju itu sesuai sekali dengan badan Kayla..
Kayla kelihatan seksi memakai pakaian itu..
Penggayaan off-shoulder dan belahan panjang dari bawah dress hingga ke paha..
Sungguh menggiurkan..
Kayla memegang hujung dress-nya yang panjang daripada terkena air dalam bilik air tu..
Baju yang tadi dia pakai dilipat rapi lalu dibawa keluar..
"Kay..La"
Jimmy menyebut nama Kayla sambil terpukau..
Kalau dalam kartun,mesti dah timbul bentuk hati dalam mata dia..
Cantiknya makhluk Tuhan depan dia ni..
"Kau nak apa?"
"Tak ada.."
Jimmy mendekati Kayla untuk membawa Kayla ke pelukannya..
"Kau dah kenapa ni?..Jangan peluk akulah.."
"Aku nak peluk dulu.."
"Cukuplah.."
"Kau tersangat cantik dengan gaun ni.."
Kayla terkedu sebentar..
Namun dia cepat menyadarkan diri daripada dibuai pujian Jimmy tadi..
"Otak kau dah senget ke?..Lepaskan aku.."
"Tak nak.."
'Klack'
"Jimmy,Kayla..Opps.."
'Klack'
Arriella tadi membuka pintu bilik pengantin baru itu tanpa mengetuk..
Dia pantas menutup kembali dan pergi ke arah mamanya yang tidak jauh dari bilik pengantin.
"Arriel,sekejapnya kamu panggil pengantin.."
"Nanti Arriel panggil..Tunggu kejap ya.."
"Kamu ni dah kenapa tak panggil je?"
"Tunggu kejap je lagi..Okay?"
"Yelah"
"Lepaskan aku sekarang atau kau nak aku belasah kau.."
"Aku rela dibelasah hanya untuk tengok lebih dekat muka honey aku ni.."
"Kau tak payah nak berjiwang dengan aku.."
'Bukk'
Tendangan perlahan dikenakan ke celah kangkang Jimmy..
Jimmy merasa perit di celah kangkangannya..
Dia melepaskan pelukan dan terduduk menahan sakit..
Kayla tidak merasa bersalah walau sedikit..
Dia hanya berpeluk tubuh memandang Jimmy..
"Kau dah gila ke nak tendang 'adik' aku..Nanti tak dapat hasil anak,kau tahu tak?!"
Jimmy mengeraskan suaranya ketika bercakap kerana kesan kesakitan yang masih dirasainya..
"Masalah kau,bukan aku.."
Mendengarkan jawapan Kayla, membuat Jimmy terasa dan agak marah..
Sikap Kayla tak dapat dia atasi dengan mudah..
Jimmy berdiri kembali dan menghempas tubuh Kayla di atas katil..
Dia tidaklah ingin terlalu kasar..
Hanya membuat Kayla takut padanya..
Jimmy kini berada atas tubuh Kayla...
Kayla hanya menatap tenang tepat pada mata Jimmy..
"Kau sepatutnya hormat dekat aku sebagai suami kau..Aku tahu kau belum boleh terima aku..Tapi aku tak suka kau layan aku macam aku musuh kau..Aku tak rasa aku pernah jumpa kau sebelum kau datang jumpa aku dekat kafe hari tu.. Kenapa kau.."
"Shhh.."
Jimmy menghentikan kata-katanya apabila jari telunjuk Kayla berada di bibirnya..
"Kau tak payah nak pasang muka garang kau..Tak payah nak nasihat aku..Walau aku tak rapat dengan kau,tapi aku tahu kau macam mana yang tak mudah marah orang..Perangai aku,masalah aku..Kau tak suka perangai aku,it's up to you.."
Sekali tolakan..
Kayla mampu melepaskan dirinya yang berada di bawah Jimmy..
Kayla ingin keluar..
Langkahnya terhenti..
Tangannya ditahan Jimmy
"Kau kasar dengan aku sebab aku bukan orang yang mudah marah ke?"
Kayla tersenyum sinis memandang Jimmy..
"Satu benda kau kena ingat..Aku tak nak perkahwinan ni berlanjutan lama..Pasti kau nak tahu sebabnya,kan?..Sebab aku tak nak percaya perkahwinan yang boleh bercinta hingga ke akhir hayat.."
"Tapi perkahwinan hingga akhir hayat tu ada.."
"Ya..Pasti ada..Tapi aku tak nak ambil risiko untuk rosakkan hidup aku..Lepas kau ceraikan aku,kau boleh cari perempuan lain yang lebih baik,lembut dan hormat kau.. Perempuan macam tu,bukan aku.."
"Kayla..Aku tak tahu apa yang kau alami sampai kau tak nak perkahwinan ni.. Tapi aku tak nak ceraikan kau..Aku dah sukakan kau walaupun aku belum cintakan kau.."
"Tak ada sebab untuk kau sukakan aku.."
"Suka dan cinta seseorang tak memerlukan sebab..Kalau bersebab, bermakna itu cuma nafsu.."
"Aku.."
'Tokk..Tokk..Tokk..'
Pintu diketuk oleh mama dan Arriella..
Kayla membukakan pintu tanpa meneruskan ucapannya tadi..
"Kayla dengan Jimmy dah bersiap ke?"
Mama bertanyakan pada Kayla..
"Dah.."
"Pendandan dah ada ni..Nak mekapkan kamu.."
"Okay.."
Mama,Arriella dan pendandan tadi dibiarkan masuk ke dalam..
Share this novel