Bab 12_Ros Biru

Drama Completed 16886

"Kau tak malu ke ikut aku dekat sini?"

"Buat apa nak malu,akukan tengah teman isteri aku.."

"Aku tahu kau nak temankan aku..Tapi sekarang ni aku dekat tempat barangan perempuan tau.."

"Biarlah..Ke kau yang malu ni aku ikut kau sampai ni?"

"Tak adanya aku nak malu.."

"Kalau macam tu,teruskan je apa yang kau nak buat.."

"Hrmm.."

Kayla berada di barisan barangan tuala wanita..
Itu yang dia tanya Jimmy malu atau tak..

Tadi Kayla nak beli barang sendiri,tapi Jimmy nak sangat ikut..
Ni yang tengah teman Kayla ni..
.....

"Banyaknya kau beli barangan mandian ni..Kau tak sesuai dengan barang Arriella bagi ke?"

"Ada je yang aku sesuai..Tapi aku nak ganti balik apa yang kakak kau bagi dekat aku.."

"Buat apa nak ganti?..Arriella okay jelah nak bagi barang dia.Setakat barang mandian macam ni,ada je stok dia tu.."

"Apa yang aku ambil,aku akan ganti semula.."

"Okay,ikut suka kau jelah..Eh,aku pergi tempat lain ae..Nanti aku datang dekat kau.."

"Hrmm.."

Entah ke manalah Jimmy nak pergi..
.....

Sebaik saja Kayla sampai di hadapan kaunter pembayaran..
Dia melihat Jimmy yang sudah memegang plastik sederhana besar..
Dah siap membeli rupanya..

Mereka kemudiannya kemasukan barang-barang tadi lalu masuk ke kereta..

"Sebelum balik ni,kita singgah somewhere dulu,okay?"

"Kau nak pergi mana?"

"Aku ada nak beli something..Sekejap je,tinggal nak ambil.."

"Lama?"

"Sekejap je.."

"Yelah.."

"Kalau macam tu kita gerak sekarang.."

Mereka berdua berada di dalam kereta Jimmy..
Kereta Kayla masih dekat rumah dia..
.....

"Kayla,ni untuk kau.."

"Untuk aku?"

"Ya.."

"Buat apa bagi aku bunga?"

"Saja.."

"Apa maksud kau dengan bagi aku bunga ros biru?"

"Nak tahu sebabnya?"

"Apa?"

"Cinta kau seperti mustahil untuk dicapai..Tapi aku akan pastikan nanti bunga biru bertukar bunga merah.."

"Perasan sangat.."

"Kau tunggu je nanti..''

"Tsk.."

"Kau tahu maksud bilangan bunga ni?"

"Sempurna?"

"Yup..Aku akan sempurnakan cinta aku dekat kau.."

"Ck.."
.....

"Hai Aunty Kayla.."

Kayla baru sahaja keluar dari bilik tidur Jimmy..
Jimmy tengah jumpa Arriella nak bagikan barangan ganti daripada Kayla..

"Hai.."

"Aunty boleh tolong Rissa?"

"Tolong apa?"

"Tolong ikatkan rambut,please?..Rissa dah cuba ikat tapi tak kemas.."

Kayla memandang rambut budak kecil berumur 5 tahun itu..
Dah mengembang macam baru kena renjatan elektrik..

"Okay, boleh..Jom masuk bilik dulu.."

"Okay aunty.."

Kayla membawa Rissa masuk ke bilik..
Mendudukkan Rissa di katil..

Kayla dengan lembut menyikat rambut Rissa sebelum dia menocangkannya..
Rambut Rissa panjangnya hingga pinggang dia..
Sebab tu Kayla mudah nak tocangkan..

"Kenapa Kayla nak bagi balik?"

"Dia kata apa yang dia ambil,dia akan ganti.."

"Berhati-hati sangatlah Kayla ni..Dia mungkin tak nak menyusahkan orang.."

"Susahkan apanya?.. Setakat benda ni,kau boleh beli semula.."

"Dia tak nak susahkan aku untuk beli semula..Takpun,dia sebenarnya tak suka berhutang budi..''

"Macam-macam ae spekulasi kau.."

"Aku perempuan ya..Banyak fikir perkara complicated.."

"Hrmm..Lantaklah..Aku nak tengok Kayla tu dulu..''

"Yelah"

"Rissa..Dah siap.."

"Terima kasih,Aunty Kayla.."

"Sama-sama"

"Rissa sukalah gaya ni.."

"Baguslah.."

"Tadi aunty nak pergi mana?"

"Pergi bawah.."

"Jom kita pergi sama..Rissa nak belajar dekat bawah.."

"Okay.."

'Klack'

Jimmy membuka pintu bilik..
Dua pasang mata melihat tepat ke arahnya..

"Rissa.."

"Uncle,cantik tak rambut Rissa?"

"Cantik.."

"Aunty Kayla buatkan tau.."

"Wah..Suka dengan apa yang aunty buat?"

"Suka sangat.."

"Sekarang Rissa nak pergi mana ni?"

"Nak bawa aunty pergi bawah..Tadi aunty kata nak pergi bawah.."

"Okay..Hati-hati"
.....

"Kayla.."

Jimmy melingkarkan tangannya di pinggang Kayla dari tepi..
Kayla duduk melihat komputer ribanya membiarkan saja Jimmy memeluk dia..

"Nak apa?"

"Tak ada..Saja nak peluk.."

"Hrmm.."

"Tadi kau pergi mana?"

"Bila?"

"Dengan Rissa?"

"Ruang tamu"

"Oh.."

Jimmy melihat skrin komputer Kayla itu..
Sepertinya projek besar..

"Dah lama ke kerja businesswoman?"

"Ya.."

"Adik kau kerja apa?"

"Businessman.."

"Tak pernah aku jumpa atau dengar cerita pasal korang berdua.."

"Kitorang cuma berurusan dengan orang yang sama.."

"Kenapa?"

"Elak kerugian tiba-tiba.."

"Tapi setiap projek, memang client yang sama?"

"Bukan satu company je yang kitorang berurusan.."

"Oh..Okay.."

"Kayle.."

"Apa?"

"Kayla macam mana dekat sana?..Baik?"

"Baik je"

"Kamu balik ni,lama ke?"

"Tak.."

"Kamu nak tidur sini?"

"Ya.."

"Yelah..Kamu pergilah rehat..Bilik kamu memang dah dikemaskan.."

"Okay.."

Kayle balik ke rumah warisan Kayla yang ditinggal oleh mama mereka berdua..
Tetapi sekarang dah penuh dengan anak beranak pencurang dalam ni..
Dia dan Kayla punya perangai tidak jauh beza..
Apatah lagi perangai terhadap bapa mereka..
Kayle merehatkan badannya di bilik yang dia dulu dia selalu jadikan tempat tidur..
Namun sekarang,sungguh susah dia tidur di biliknya sendiri..
Hanya kerana adanya keluarga berbahagia itu..
Semua perkara di rumah ini mampu mengimbau masa lalu yang telah berlaku lebih sedekad lalu..

"Apa Kayle buat balik sini,bang?"

"Dia rindu nak baliklah tu..Kan dia nak jumpa Kayla tadi.."

"Ingatkan dah lupa jalan balik.."

"Ayang..Jangan cakap macam tu,kalau Kayle dengar boleh jadi masalah nanti.."

"Kayla dengan Kayle tu sama je..Keras kepala,hati batu.."

"Dah dahlah tu,ayang..Dengar nanti apa yang ayang cakapkan..Dah.."

"Yelah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience