Jimmy kini sudahpun berada di dalam lapangan terbang..
Dia kini mencari sosok tubuh yang dia rindui..
Di banyak kerumunan manusia itu,akhirnya dia temui sekumpulan orang..
Dia mendekati mereka..
Dia dengan pantas memeluk pemilik hatinya..
"Hai,Sayang"
"Hai juga,Sayang"
"Amboi..Tahulah rindu..Sapalah kitorang yang dekat sini.."
"Haha..Hai korang..Terima kasihlah temankan Kayla jumpa aku.."
"No problem..Lagi pun kitorang tengah free.."
"Jimmy"
Hati Jimmy mula tak tenang..
Itu suara mamanya..
"Mama.."
"Kenapa perempuan ni dekat sini?"
Mama dengan wajah marah ingin mendekati Kayla..
Jimmy dengan pantas menyembunyikan Kayla di belakangnya..
"Kenapa kamu sembunyikan dia?"
"Jimmy tak nak mama apa-apakan Kayla"
"Kamu semua ni bersubahat ke?"
Jelas mama maksudkan Arriella,Danell dan Linzy..
"Tak,ma..Jimmy yang minta diorang temankan Kayla.."
"Berani kamu buat Melly macam ni..Kamu tak jaga hati dan perasaan dia sebab perempuan mandul ni kan.."
"Ma..Jaga mulut mama..Jangan nak cakap bukan-bukan..Jimmy tak nak debat dengan mama..Jimmy tengah penat..Jimmy dengan yang lain pergi dulu.."
Jimmy dengan hati-hati menarik Kayla pergi keluar dari lapangan terbang..
Yang lain turut mengikuti..
Kayla membalikkan kepalanya melihat ke arah Melly..
Dia memberikan senyuman sinis khas untuknya..
Melly yang melihat itu merasa geram sehingga terbentuknya buku lima di tangan..
"Ma..Macam mana ni?..Kalau dibiarkan Kayla tu,nanti rosak tau rancangan kita"
"Tak apa..Biarkan dia bergembira sekarang..Nanti dia takkan gembira selepas kamu kahwin dengan Jimmy"
"Betul ke ni,ma?"
"Ya..Mama janji tapi kamu pun kenalah usaha rapat dengan Jimmy.."
"Okay,ma.."
.....
"Sayang..Saya tinggal sini dulu tau.."
"Eh..Nanti mama marah awak macam mana?"
"Saya tak kisah..Saya tetap nak dengan awak..Menyakitkan hati je dekat sana tu.."
"Alolo..Yelah..Nak saya urut tak?..Regangkan urat awak tu"
"Tak naklah..Takut"
"Takut kenapa?..Saya tak pernah lagi mengurut sampai orang boleh mati"
"Bukan macam tu..Takut ada yang tambah tegang nanti.."
"Eh?.Eh?..AWAK..Otak tu janganlah sampai ke sana.."
"Hehe..Gurau jelah..Tolong urutkan bahu saya,boleh?"
"Semestinya boleh..Duduklah.."
"Okay.."
Jimmy menunjukkan belakang bahunya..
Kayla memulakan urutannya..
"Kejap..Bukan saya ke yang patut urut awak?..Kaki awak sakitkan?"
"Tak apalah..Kaki saya dah okay sikit..Jadi tak masalah kalau saya nak urut awak.."
"Okay..Kalau penat,berhenti tau.."
"Okay.."
.....
"Mana Jimmy?..Kenapa dia tak balik lagi?"
"Tak tahu.."
Arriella menjawabnya pantas..
"Kamu jangan nak menipu,mama tahu kamu ada dengan Jimmy..''
"Memang betul Riella ada dengan Jimmy masa dekat airport tapi lepas kami pergi dari airport,kami berpecah..Tak pun mungkin dengan Kayla.."
"Perempuan tu lagi!!?..Kamu dah gila ke biarkan Jimmy dengan perempuan tu?"
"Gila?..Apa yang gilanya?..Salah ke kalau Jimmy nak jumpa cinta hati dia?"
" 'Cinta hati' dia,kamu kata..Diorang tu dah bercerai.."
"Mama rasa Riella kisah ke pasal tu..Ma,ada orang yang lebih teruk tau dekat sini..Tanpa sedar 'dia' dicurangi..Sebab apa?,sebab sibuk jaga tepi kain orang..Dahlah ma,Arriella penat dengan mama..Riella masuk bilik dulu.."
"Siapa yang kamu maksudkan tadi?"
"Entahlah,ma..Arriella penat.."
Arriella pantas menaiki tangga ke tingkat atas lalu memasuki biliknya..
"Sayang..Kenapa gaduh dengan mama?"
"Biarlah dia..Menyakitkan hati"
"Dia,mama Sayang tau..Tak baik macam tu"
"Lantaklah dia,Sayang..Saya penat nak harap perangai pelik dia akhir-akhir ni..Entah apa yang buat dia jadi macam tu sekali..Sakit otak tau.."
"Haish,Sayang..Tenangkan diri..Jangan cakap bukan-bukan..Apapun mama buat,dia mama Sayang..Tak elok"
"Ck..Yelah.."
"Sayang pergilah mandi dulu.Seharian keluar..Buchuk tau"
"Memandai jekan cakap orang buchuk..Sayang mana ada hidu saya..Saya masih wangi ya"
"Alah..Gurau jelah..Janganlah sensitif sangat.."
"Sayang,jom.."
"Jom ke mana pulak ni?..Bukan Sayang dah keluar ke tadi?"
"Alah..Jomlah teman saya mandi.."
"Tapi saya dah mandi dulu."
"Alah mandilah balik.."
"Boleh tapi kena bagi reward.."
"Ya.Jomlah.."
"Ya,ya.."
~~~~~
Sepasang tangan melingkari pinggangnya..
Kehangatan dapat dirasainya..
"Awak dah bangun ke?"
"Ermm."
"Kita macam ni dulu ya..Saya nak lebih lama macam ni.."
"Okay.."
"Sayang.."
"Ya?"
"Awak masih kerja ke?"
"Ya..Kenapa?"
"Saja tanya..Awak okay ke kerja dalam keadaan awak macam sekarang?"
"Saya okay je..Lagi pun masih senang bergerak buat masa sekarang..Jadi saya nak siapkan sebanyak mungkin kerja yang ada supaya nanti saya taklah risau pasal kerja bila saya tak larat nak bergerak.."
"Okay..Awak kena jaga diri tau..Jangan stress-stress.."
"Ya,awak..Dan awak pun kena hati-hati juga..Takut ada yang curi hati awak tu"
"Ada ke berani nak ambil?"
"Ada..Melly tu.."
"Itu tak perlulah risau..Saya tak berminat dengan dia"
"Hati orang boleh berubah..Sekarang memanglah awak kata tak minat,siapa tahu nanti awak tiba-tiba suka dia.."
"Argh..Itu takkan terjadi selagi awak dengan saya.."
"Betul ke?"
"Ya..Jadi saya sentiasa perlukan awak.."
"Awak kena janji sesuatu dengan saya.."
"Janji apa?"
"Pastikan Melly tak pernah ada peluang untuk dekat dengan awak..Jangan layan dia.."
"Saya berjanji akan buat apa yang awak nak..Awak juga kena janji yang takkan tinggalkan saya dan jangan minta cerai lagi..Saya tak suka"
"Baiklah..Saya janji akan selalu dengan awak dan tak minta cerai dah.."
"Jangan bunuh diri juga..Saya tak nak awak pergi"
"Baiklah..Saya takkan buat macam tu..Okay?"
"Okay.."
"Kita tak nak bangun ke?"
"Tak nak..Masih nak berpelukan dengan awak.."
"Okay-lah.."
Share this novel