Setelah selesai sesi berpeluakn,mereka memutuskan bersiap untuk kerja..
"Kayla"
"Hrmm"
"Hari ni aku hantar kau pergi kerja lagi,boleh?"
"Boleh"
"Ada meeting lunch tak hari ni?"
"Tak ada.."
"Kita lunch samalah kalau macam tu"
"Okay"
Sekarang sudah berada di perusahaan yang dijaga Kayla..
Jimmy memarkir sebentar di hadapan bangunan itu..
"Nanti pukul 12.30 tengah hari,aku sampai sini..Jadi turunlah sebelum waktu tu.."
"Okay..Aku.."
Kayla berdiam dulu..
Kena fikir ayat yang bagus..
"Kenapa diam?"
"Kalau saya buat 'ni',awak jangan gerak-gerak''
"Kau nak buat apa? Kau nak rogol aku ke?"
"Ish,memang taklah..Saya tak gila ya"
"Dah tu kau nak buat apa?"
"Shh..Sekarang pandang depan jangan pandang aku"
"Okay"
Jimmy menurut kata-kata Kayla..
Kayla berhati-hati mendekati wajah Jimmy dan....
Cup
Sebuah ciuman mendarat di pipi Jimmy..
Membulat mata Jimmy dibuatnya..
Dia sangat terkejut.
"Kayla"
Jimmy memandang Kayla seakan tidak percaya apa yang baru terjadi..
"Bye,saya pergi dulu"
Jimmy ditinggal pergi..
Tapi akhirnya Jimmy tersenyum..
Dia berharap itu petanda yang Kayla akan terus berusaha menerima dia..
.....
"Bos.."
"Hrmm"
"Ada syarikat nak buat kerjasama..Syarikat ni bukan syarikat yang kita selalu buat kerjasama"
"Syarikat siapa?"
"Encik Jimmy,pemilik Syarikat J.Car Sdn. Bhd"
"Eh?"
"CEO syarikat tu suami bos"
"Dia nak buat kerjasama apa?"
"Membina cawangan baru di beberapa tempat di negeri luar"
"Menurut pandangan kau,kerjasama ni berbaloi atau tidak?"
"Sangat berbaloi.."
"Sebab?"
"Ia menguntungkan dua pihak..Bos akan mendapat client baru lalu menambah pendapatan baru dengan itu syarikat bos akan lebih berkembang"
"Macam 'ada udang disebalik batu' je"
"Pasti ada.Sebab bos akan nampak seperti apa cara suami bos bekerja..Dan kalau ada hal outstation,bos dansuami akan pergi bersama tanpa aku"
"Nak lari dari kerja ke?"
"Mana ada,bos..Itukan pendapat aku je"
"Dah dah..Pergi sana"
"Eh,ni..Kerjasama ni nak setuju ke tak?"
"Setuju"
"Okay,bye,bos"
Setelah menyelesaikan kata,Kayle keluar dari ruangan kerja Kayla itu..
.....
"Kak,kita nak kerja mana ni?"
"Tak tahulah..Kawasan sini macam tak ada kerja yang boleh nak buat"
"Penat arr macam ni.Sabar,tu je kita mampu.."
"Ni kalau bukan sebab mama papa tu gaduh dengan Kak Kayla,tak payah kita macam ni''
''Nak buat macam mana lagi,diorang dah gaduhkan..Kita yang muda ni manalah dapat nak cakap apa-apa bila diorang gaduh..Tak pasal-pasal kita yag kena marah"
"Kak Ery tu kenapa arr suka cari pasal dengan Kak Kayla..Aku nampak Kak Kayla tak ganggu orang pun"
"Cemburulah tu tengok Kak Kayla dapat kahwin keluarga kaya..Kau macam tak tahu keinginan Kak Ery tu..Diakan suka lelaki kaya lagi-lagi yang handsome..Abang Jimmy tukan handsome"
"Ck..Tak fahamlah aku dengan perangai perempuan ni"
"Aku yang perempuan ni un bukannya faham sangat"
.....
"Bos,pergi mana?"
"Lunch"
"Dengan suami?"
"Ya"
"Tak mengajak"
"Nak jadi nyamuk ke?"
"Uuu..Tak nak..Takpe,kitorang yang single ni akan makan bersama,kan Shana?"
"Aikk..Saya pulak?"
Kata PA kepada Kayla itu..
"Yelah..Kau dengan akukan single,jadi volehlah kita makan sama..Kalau kau dah berpunya,memang taklah aku nak makan dengan kau"
"Ohh..Okay-okay"
"Okay-lah.Korang nak makan bersama aku okay,jangan buat benda lain pulak"
"Amboi-amboi bos ni,suka fikir bukan-bukan..Aku takkan buat yang bukan-bukanlah.."
"Sekadar mengingatkan..Bye"
"Bye,bos"
Tinggallah Kayle bersama Shana di ruang hadapan blik kerja Kayla..
"Shana,jom teman lunch..Laparlah"
"Boleh tapi awak kena belanja saya"
"Belanja air kosong jelah"
"Ih..Kedekut.Tak naklah teman"
"Alah kau ni..Jomlah aku belanja"
"Tak naklah,saya boleh minum air kosong je"
"Tadi gurau jelah..Jomlah,aku belanja makan."
"Janji?"
"Ya,janji..Macam budak-budaklah kau ni"
"Alah,yang macam budak-budak ni jugalah teman awak makan"
"Mengada ae"
"Hehe"
.....
"Hari ni,kau nak makan apa?"
"Tak tahu"
"Dah tu,kita nak makan mana?"
"Ikut awak jelah"
"Betul ni?"
"Ya"
"Okay"
Jimmy memulakan pemanduannya..
Dalam lima minit kemudian,Kayla seakan nampak dua orang yag dia kenali..
"Awak.Berhentikan kereta"
Jimmy menghentikan keretanya di pinggir jalan lalu bertanya kenapa pada Kayla..
"Saya keluar kejap.."
Kayla mendekati dua orang itu manakala Jimmy mengekori Kayla..
"William dan Ellyn"
Share this novel