Bab 28_Gila

Drama Completed 16886

"Awak dengan Jimmy dah makan ke?"

"Belum"

"Korang bukan dari rumah awak ke?..Kenapa tak makan malam dekat sana terus?"

"Jimmy kata dia tak sedap badan..Jadi lebih baik pulang cepat"

"Ohh..Macam-macam pulak dia..Jadi makanan ni nak bawa bilik?"

"Ya..Makan sama nanti"

"Kalau macam tu saya tolonglah,banyak ni nak bawa..Takkan awak nak ulang-alik.."

"Okay"

"Jom"

Sebuah dulang yang dipenuhi makan dipegang lalu ke dibawa ke bilik..
Seusai Arriella membantu Kayla membawa dulang tersebut,dia keluar untuk membiarkan mereka berdua makan bersama..

"Oii..Lapar tak?"

Kayla berbaring di sebelah Jimmy sambil memandangnya..

"Tak.."

"Kenapa? Bukannya awak ada makan malam."

"Kalau aku lapar,aku pasti laparkan kau dan bukannya makanan.."

"Ke situ pulak dah..Saya nak ajak makan ni..Rugi nanti kalau tak makan"

"Kenapa pulak rugi?"

"Sebab makanan yang nak dimakan tu masakan saya"

Jimmy terkejut sehingga dia terduduk melihat Kayla..
Jimmy seakan tak percaya..

"Bila masa kau masak?"

"Masa petanglah"

"Tapi masa tu kau beli barang untuk Kayle"

"Saya balik awallah..Sebelum makanan betul-betul masak,Kayle tiba-tiba called"

"Biar betul?"

"Awak boleh tanya sesiapa je dalam rumah ni kalau tak percaya saya.."

"Kau tak tipukan?"

"Buat apa nak tipu?.Ish,mengarut..Dahlah,tak nak makan tak apa..Saya makan sendiri"

"Tak boleh..Aku nak makan juga"

"Bukan tadi kata tak lapar ke?"

"Itu tadi,sekarang ni lapar"

"Dah tu tunggu apa lagi? Jomlah pergi sofa kalau nak makan"

"Okay"

Jimmy melangkah cepat ke sofa..
Melihat dari makanan yang ada di atas meja membuat dia terlalu lapar dan ini pasti sedap..
Kalau saja Jimmy tercipta sebagai kartun,pasti di matanya sudah terlihat bentuk hati yang berdegup kencang..
.....

"Sedapnya kau masak..Kau ada masuk kelas memasak ke?"

"Tak ada"

"Macam mana kau pandai masak?"

"Nenek ajarkan"

"Wah..Masa tu kau memang nak belajar atau kena paksa?"

"Memang nak belajar"

"Sebab?"

"Hanya suka-suka"

"Ohh..Lain kali masak lagi ya..Sedap sangat masakan kau"

"Okay"

Selepas habisnya makanan mereka,Kayla dan Jimmy membawa bekas makanan mereka tadi ke dapur..
Sekejap saja mereka di dapur setelah membersihkan bekas makanan mereka..

Mereka berbaring bersama di atas katil..
Kayla menutup mulutnya menggunakan tangan kerana dia akan menguap..
Mata Kayla dah layu dan menunggu masa untuk tertidur sendiri..

"Kayla.."

"Hrmm"

"Tak lama lagi dah nak seminggu hukuman kau,lepas ni kau tetap macam ni atau akan kembali macam sebelum ni?"

"Sememangnya saya yang sebelum ni berbeza dengan sekarang ke?"

"Ha'ah berubah..Sekarang kau dah tak kasar sangat dengan aku,lepas tu dah tak kekok guna 'saya-awak'..Kau lebih terbuka dengan aku,banyak bercakap dengan aku dan kau tak selalu marah aku bila aku nak pegang kau terutamanya bila aku nak peluk kau"

"Dah tu?"

"Kalau boleh,aku nak kau tetap macam sekarang.."

"Nanti saya pertimbangkan"

"Okay..Tapi nak peluk juga"

Jimmy menarik perlahan Kayla ke pelukan..
Tidur malamnya akan lebih lena bila dapat berpelukan bersama Kayla..
Nyaman..
~~~~~

"Kayla..Kita ada appointment masa bila?"

"Hari ni selepas lunch"

"Kalau macam tu,kita lunch-lah sama-sama lepas tu kita boleh terus meeting"

"Okay,nanti saya suruh Kayle datang office awak bila dah lunch"

"Meeting kali ni dekat office aku ke?"

"Ha'ah"

"Ohh.. Nanti aku jemput kau sebelum waktu lunch"

"Okay.."
.....

Waktu makan tengah hari telah tiba..
Kayla membawa beg tangan serta fail kerja yang diperlukan untuk mesyuarat bersama Jimmy nanti..
Fail tadi diberikan Shana supaya tak lupa bawa...

Kayla menunggu Jimmy di hadapan pejabatnya sambil duduk di bangku yang ada berdekatan..

"Kayla"

Kayla memandang orang yang memanggilnya..
Seakan tak percaya siapa di hadapannya..
Riak wajah Kayla sedikit berubah ke arah 'tidak suka' pada orang tu..

"Engkau?..Kau nak apa?"

"Jadi kau betul-betul Kayla?"

"Dah tu hantu ke yang kau nampak sekarang?"

"Tak sangka kau boleh jadi macam ni"

"Dah tu? Kau nak apa bertegur dengan aku?"

"Aku nak kembali bersama kau"

"Hah!?..Kau gila?"

"Tak..Ya,aku gila..Gilakan kau"

"Pergi masuk hospital jiwa,aku bukan doktor jiwa"

Kayla sudah melihat kelibat kereta Jimmy..
Dia tidak perlu bercakap dengan orang di depannya.
Dia ingin pantas melarikan diri namun ada tangan menahannya..

"Kayla,jangan pergi dulu..Aku tak habis cakap lagi"

"Kau dah tak ada apa-apa tang dicakapkan dengan aku..Jadi jangan munculkan diri kau lagi depan aku"

"Kenapa? Kau takut kau tak dapat lupakan aku kalau aku jumpa dengan kau lagi?"

"Jangan nak perasanlah,gila..Aku dah lama lupakan kau tapi tak pernah sangka kau akan muncul lagi dan kata nak bersama aku lagi.Kau fikir aku mudah diperbodohkan ke?..Dan aku juga dah kahwin,jadi jangan nak berangan nak bersama dengan aku lagi..Tak malu ke jilat ludah sendiri lepas kau kata dah bosan dengan aku..Sekali lagi kau muncul depan aku,bersedialah untuk aku bertindak kasar"

Dengan kekuatan dan kekasaran,Kayla melepaskan peganggan lelaki itu..
Lelaki yang telah melukakan hati Kayla dan menambahkan kekerasan hati Kayla..

Jimmy tidak tahu keadaan Kayla sekarang,dia hanya sekadar memerhatikan Kayla kalau-kalau lelaki itu nak buat sesuatu pada Kayla..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience