Bab 44_Baby

Drama Completed 16886

DUA BULAN BERLALU...

Perkahwinan antara Jimmy dan Melly belum dilaksanakan..
Melly dan Jimmy asyik menundanya atas hal kerja..
Sekarang Jimmy berada di luar negara kerana menguruskan kerjanya..

Kayla bahkan hampir terbiar kerana kerjanya yang banyak..
Melly pula menguruskan pekerjaannya dan selalu didesak oleh bosnya untuk kerja setiap hari dan lebih masa untuk menyiapkan lebih banyak makanan diawal waktu kerja..
Kerana itulah badan dia menjadi lenguh akibat kerja berterusan..

"Danell,hari ni Jimmy balik..Siapa nak jemput ni?..Aku telefon Kayla,tak dapat pula.." Arriella menjumpai Danell untuk menanyakan itu..

"Kenapa Kayla tak jawab?"

"Tak tahu..Dah berpuluh kali aku call..Aku risau dia terjadi apa-apa.."

"Dia ada adikkan,mungkin ada dengan adik dia.."

"Kita tak boleh fikir macam tu je..Takutnya kalau adik dia tak dengan dia.."

"Apa kata kau pergi je pejabat Kayla tu..Tanya dia dekat mana"

"Aku tak berani nak pergi seorang diri.."

"Aku tak boleh nak teman..Linzylah tak boleh,heboh nanti ada model pergi sana.."

"Dah tu macam mana?"

"Suami kau?"

"Dia awal lagi dah jalan.."

"Anak kau?"

"Pergi sekolahlah.."

"Haish.. Tak apa..Sayang,sini kejap.."

"Kenapa?" Linzy mendekati suami dan adik iparnya..

"Awak boleh temankan Arriella pergi pejabat Kayla?"

"Hrmm..Boleh.."

"Tak busy-kan?"

"Tak.."

"Okay-lah..Korang berdua hati-hati.."

"Okay.."

"Sis..Jimmy dah kahwin lagi ke?"

"Belum..Kenapa?"

"Rasanya dah nak empat bulan korang cerai..Mak dia belum buat persediaan kahwin ke?''

"Dah tapi Jimmy dengan Melly asyik menunda..Tu yang sampai sekarang tak kahwin.."

"Baguslah tu..Alang-alang tundalah lagi sampai lima bulan lagi.."

"Haha..Nak tunggu apa sampai lima bulan lagi?"

"Tunggu sis-lah.."

"Hei..Masa tu aku tak larat nak bergerak.."

"Aku ada..Aku cempung sis masuk dalam dewan perkahwinan tu lepas tu turunkan sis depan mama Jimmy tu..Biar dia tahu Kayla itu SIAPA"

"Amboi-amboi..Nak cempung konon..Entah-entah kau jatuhkan aku nanti.."

"Hehe..Gunalah kerusi roda kalau macam tu.."

"Tak nak,tak nak..Kalau boleh secepatnya diorang kahwin..Bolehlah aku batalkan diorang kahwin selagi aku masih larat nak jalan jauh.."

"Bahaya sis nak batalkan perkahwinan sekarang..Kalau tiba-tiba Melly tu mengamuk nak belasah sis,sis boleh masuk hospital tau.."

"Alah..Nanti pandailah aku jaga diri aku.."

"Haish,sis aku ni.."

"Dahlah..Aku masuk klinik dulu..Kau jangan call aku pulak nanti..Phone aku habis cas.."

"Yelah,sis.. "
.....

"Maaf,boleh saya tanya apa tujuan puan berdua ke sini?"

"Kami nak jumpa Kayla.."

"Puan Kayla?..Maaf,puan berdua ada buat appointment-kah?"

"Tak ada.."

"Apa hubungan puan berdua dengan Puan Kayla?"

"Saya bekas kakak ipar dan dia bekas biras Kayla.."

"Baiklah,saya akan bertanya dahulu pada pembantu peribadi Puan Kayla.."

"Baiklah.."

Pelayan kaunter tersebut mengambil gagang telefon..

"Cik Shana.. Di sini ada dua wanita yang menggelarkan diri sebagai bekas kakak ipar dan bekas biras bos..Apakah boleh saya hantarkan ke tingkat atas?"
"Baiklah,Cik Shana.. Saya akan sampaikan pesanan cik..Terima kasih.."

Gagang telefon kini diletakkan..

"Maaf,puan berdua.. Pembantu peribadi Puan Kayla tidak pernah berjumpa dengan puan berdua kerana dia meminta puan berdua tunggu sebentar di ruangan menunggu.."

"Baiklah.."

"Saya hantarkan puan berdua.."

Pelayan memberikan jalan di mana ruangan menunggu berada..

"Apakah puan berdua ingin minum?..Saya akan sediakan"

"Ya..Terima kasih.."

Pelayan mengundur diri pergi ke pantri..
Pelayan itu menyiapkan minuman dengan segera lalu meninggalkan Arriella dan Linzy untuk meneruskan pekerjaannya..

"Maaf,adakah puan berdua yang ingin menemui Puan Kayla.."

"Ya" Jawab Arriella..

"Saya Shana,PA Puan Kayla.."

Shana melihat dalam ke muka Arriella..
Dia ingin mengesan sesuatu..

"Cik Shana,kenapa pandang saya macam tu?"

"Rupa puan ada iras Tuan Jimmy..Pasti puan adalah kakak Tuan Jimmy.."

"Ya,saya kakak Jimmy.."

"Kalau boleh saya tahu,kenapa nak jumpa Puan Kayla?"

"Kami nak tahu keadaan dia,sebab bila ditelefon dia tak angkat.."

"Keadaan Puan Kayla baik..Sekarang Puan Kayla bersama Encik Kayle pergi ke klinik..Selepas ke klinik,mereka akan makan tengah hari lalu kembali ke pejabat.."

Shana mengeluarkan telefonnya lalu mendail telefon Kayle..

"Encik Kayle"

'Eh..Dah kenapa kau ber'encik' dengan aku ni?..Demam ke?"

"Tak,Encik Kayle..Di pejabat ada tetamu..Kakak dan kakak ipar Tuan Jimmy.."

'Cis..Aku fikir kau demam tadi..Diorang nak apa?'

"Bertanyakan soal bos..Kenapa bos tak angkat telefon?"

'Phone dia habis bateri..Kenapa?'

"Tidak ada apa-apa..Mereka sampaikan berita Tuan Jimmy akan balik hari ni.."

'Yelah,nanti aku bagi tahu bos..Ada benda lain lagi ke?'

"Sekejap.." Shana ingin bertanyakan sesuatu dahulu..
"Ada perkara lain lagi yang puan nak beritahu?..Telefon Puan Kayla habis bateri kerana itu tidak dapat angkat panggilan"

"Minta Kayla call semula kalau dapat.."

"Puan minta bos call semula kalau dapat.."

'Okay..Tu je kan?'

"Itu saja.."

'Okay..Aku off..Bye,Baby..Muka tu cover pinky.'

"Encik Kayle.."

Aduhai..
Masa ni juga dia buat Shana tersipu malu..

"Ini nombor telefon saya..Nanti kalau puan nak berjumpa dengan Puan Kayla,terus berurusan dengan saya secara langsung.."

"Baiklah..Kami pergi dulu"

"Silakan.."

Shana menghantar Arriella dan Linzy hingga di pintu..
Setelah itu,Shana pergi ke kaunter pertanyaan..

"Kalau puan berdua tadi datang lagi,terus hantar ke tingkat atas"

"Baik,cik"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience