Bab 23_Peluk

Drama Completed 16886

"Kenapa tu?"

"Nenek nak kita dinner sana esok.."

"Oh..Okay.."

Jimmy mencium Kayla dengan sekejap..
Jimmy akhirnya memakai bajunya..
Kayla pula mengemaskan rambutnya sebelum mereka ke ruang makan untuk menyantap makan malam..
.....

"Kerja kamu macam mana,Kayla?..Semua okay ke?"
Tanya papa..

"Semua okay.."

"Papa dengar kamu dengan Jimmy ada buat kerjasama,betul ke?"

"Betul.."

"Siapa yang mulu dulu nak buat kerjasama?"

"Jimmy"

"Kamu mulakan kerjasama nak buat apa dulu?"

"Tambah cawangan baru.."

"Kamu pula Kayla, tak buat cawangan baru ke?..Takkan dekat sini je?"

"Tak tambah..Satu cawangan dah buat sakit kepala.."

"Ni mesti sebab cara kerja kamu cemerlang..Papa selalu dengar orang puji company kamu.."

Mendengar itu,Kayla tidak berkata lebih-lebih dan membalasnya dengan senyuman kecil..

Setelah perbicaraan itu,mereka kemudiaannya mengakhiri makan malam dengan senyap..

Kini Kayla berada di ruang dapur sambil mencuci pinggan yang mereka gunakan untuk makan sebentar tadi..
Dia tidak keseorangan di ruang dapur kerana ada Arriella dan Jimmy bersama..

Arriella berada di sebelah Kayla sambil mengelap pinggan-pinggan yang baru dicuci oleh Kayla..
Jimmy berada di meja makan sambil melihat telefon bimbitnya menunggu Kayla siap..

"Kayla.."

"Hrmm.."

"Awak boleh masak?"

"Boleh.."

"Apa yang awak pandai masak?"

"Benda simple je yang aku pandai masak.."

"Boleh tak nanti awak masak?..Saya naklah rasa masakan awak..Mesti sedapkan.."

"Nak masak apa?"

"Masak apa-apa yang awak nak masaklah.."

"Tengoklah nanti.."

"Saya tunggu masakan awak nanti.."

Sejak tadi,Jimmy mencuri dengar perbualan diorang..
Dia juga berfikir masakan Kayla pasti sedap..Walau dia sendiri tak pernah makan air tangan isteri dia sebelum ni..

'Tak nak..Nak yang tu'

'Tak boleh..Ni akak yang punya..'

'Nak yang tu..'
Terdengarlah tangisan kedua beradik tu..
Berebut benda apa lagi ni..

"Haih dua anak ni..Asyik gaduh je..Saya tengokkan diorang sekejap..Nanti saya datang balik.."

"Tak payahlah..Nanti aku siapkan semua.."

"Boleh ke macam tu?"

"Tak apa.."

"Kalau macam tu saya pergi tengok diorang tu.."

"Ya.."

Arriella dengan kelajuan pantas datang kepada anaknya yang menangis tu..
Menenangkan kedua anaknya..

Jimmy menghentikan kegiatan di telefonnya lalu mendekati Kayla..

Dia memeluk Kayla dari belakang..

"Awak nak apa ni peluk-peluk dekat sini?''

"Kenapa?..Tak boleh ke nak peluk?"

"Nanti orang lain nampaklah.."

"Biarlah..Lagi pun kita suami isteri..Normalkan kalau suami nak peluk isteri dia sendiri.."

"Mengadanya awak.."

Kayla melepaskan pelukan Jimmy dan memberikan tuala bersih pada Jimmy..

"Nak buat apa ni?"

"Baik awak tolong saya lapkan pinggan ni dan cepat siap..Saya nak masuk bilik dah ni.."

"Boleh tapi kena bagi ganjaran.."
Tiba-tiba idea cantekk datang pada waktu yang tepat..

"Ganjaran apa pulak ni?"

"Kau kena biarkan aku peluk kau"

"Boleh tapi malam ni je"

"Okay,deal..Jangan cancel pula.."

"Ya.."

Kayla layankan jelah apa Si Jimmy ni nak..
Kecuali soal hubungan badan..
Perkara tu memang dia hindarkan buat masa ni..
.....

"Sekarang dah boleh peluk..Tak boleh tolak.."

"Ya.."

Sesampainya mereka dalam bilik,Jimmy langsung menangkap tubuh Kayla untuk dipeluk..
Nyamannya..

Sepanjang malam itu,Kayla ditemani dengan pelukan dan kehangatan daripada Jimmy..
Tidurnya terlalu lena dan seakan membuat dia rehat secukupnya..
Dan akan memberikan aura positif keesokannya..

Jimmy yang tidak tidur lagi mengamati wajah isterinya yang sungguh terlena..
Dia tersenyum melihat wajah tenang Kayla yang seakan tidak mempunyai sebarang masalah dilalui..
Saat seperti ini saja dia mampu menatap puas wajah Kayla kerana Kayla selalu mengelak bila Jimmy ingin menatap wajahnya..

Tangannya naik ke wajah Kayla dan diusap lembut kulit mulus Kayla..
Jimmy turut mendaratkan ciuman di dahi Kayla..

Mengelak Kayla terganggu dari lenanya,Jimmy berhati-hati bila menyentuh Kayla..

Setelah lama menatap wajah Kayla,akhirnya Jimmy tertidur sendirinya tanpa sedar..
Pelukan mereka tidak terlepaskan..
~~~~~

Keesokan paginya..
Jimmy terbangun lebih awal berbanding Kayla..

Awal pagi,sudah dapat menatap wajah tersayang..
Saat-saat yang takkan terlupakan..

Hatinya sungguh bahagia bersama Kayla..
Masa akan datang,pasti dia akan meluluhkan hati keras Kayla dan akan menjaga hati itu dengan sebaik mungkin..
Dia tidak akan meninggalkan atau membiarkan Kayla pergi dari hidup dia..
Kayla kini menjadi harta berharganya yang harus sentiasa dijaga,diperhatikan dan dihargai..

Kayla menunjukkan tanda yang dia akan bangun..
Jimmy kekal dengan posisinya yang menatap Kayla..

Kayla bangun lalu duduk..
Melihat jam di tangannya,mengetahui jam masih awal untuk bersiap..
Dia duduk diam sebentar untuk memastikan dia sedar secara 100% sedar..

Jimmy memegang lengan Kayla,Kayla pantas menoleh..

"Masih awal ni..Jom peluk lagi"

Jimmy tak puas-puas lagi nak peluk isteri kesayangan dia ni..

Kayla tanpa banyak alasan langsung berbaring kembali di sebelah Jimmy..

Jimmy mengeratkan pelukan dan membiarkan Kayla sangat rapat dengan tubuhnya..

"Kayla.."

"Hrmm.."

"Sambung tidur ke?"

"Tak.."

"Kenapa kau mengelak dari hubungan badan?"

"Mengelak dari mengandung"

"Kenapa?"

"Tak sedia nak jadi mama"

"Kenapa?"

"Sikap aku masih tak berubah lebih baik.."

"Okay-lah..Nak tak sambung tidur?..Mengantuk lagilah.."

"Nak.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience