Bab 52_Berkelah

Drama Completed 16886

Mereka membuat keputusan untuk pulang dahulu..
Kerana ada hati yang terbakar di sana..

Mama Jimmy nak tenangkan diri..
Dia masih sukar terima dengan apa yang berlaku.

Jimmy sekarang sudah bebas daripada mama dan Melly..
Mengenai papa, papa tidak pulang ke rumah..
Dia menghilangkan diri sementara.

Melly pula pulang semula ke rumah Kayla bersama keluarga dia..
Di rumah dia dileteri soal perkara bodoh yang dia buat dengan papa Jimmy..

Yang lainnya,mereka membuat hal mereka sendiri..
Tugas diorang dah selesai..

"Sekarang masalah kita dah habis.. Tenanglah saya"

"Masalah mama papa tu macam mana?"

"Itu lantak diorang nak buat apa.. Bukan masalah saya sebab saya cuma nak awak"

"Ish dia ni, itu mama papa awak tau.."

"Tak apa.. Dah diorang buat saya ni macam mainan, biarlah diorang rasa pula macam mana rasa sakit tu.."

"Situasi awak dengan mama papa awak berlainan tau.. Awak ni kena paksa cerai lepas tu berkahwin dengan Melly, hal mama papa tu CURANG "

"Saya tak nak kisah.. Kalau diorang nak bantuan, barulah saya tengok keadaan diorang tu.. Awak ni dah pergi klinik ke?.. Ada temu janjikan?"

"Dah.."

"Kalau macam tu, jom ikut saya.."

"Pergi mana?"

"Pergi somewhere.. Mana boleh bagi tahu.."

"Ada-ada jelah awak ni.. Tak penat ke?.. Semalam awak dahlah lewat balik, lewat tidur.. Tak penat?"

"Penatlah, takkanlah tak"

"Dah tu, kenapa masih nak ke sana ke sini.. Awak rehatlah dulu..Saya risau tau awak tak cukup rehat.. Saya ni bukannya larat nak angkat awak pergi hospital kalau jadi apa-apa"

"Alah, dekat je awak.. Nanti sampai sana, saya rehatlah.. Asalkan awak ikut saya pergi tempat tu.."

" Tak jauhkan?"

"Tak.."

"Okay, jom"

Kayla kini mengikuti kemahuan Jimmy ke sesuatu tempat..

Dia masih tertanya-tanya mereka akan ke mana..

"Okay, Sayang.. Kita dah sampai.."

"Tempat apa ni?"

"Tempat kita berehatlah.."

"Tepi tasik?"

"Ha'ah.. Saya dah siapkan tempat untuk kita tau.."

"Haish awak ni.. Penatkan diri je tau.."

"Sekali-sekala je ni awak.. Jomlah kita duduk sini.."

"Okay.."

Mereka berhadapan dengan tasik yang indah..
Mereka duduk di tanah beralaskan tikar dan terdapat beberapa makanan yang menepati selera Kayla..

Jimmy berbaring di sebelah Kayla..

"Awak, baringlah sini.."

"Mana?"

"Di paha saya.."

"Tak payahlah,nanti kaki awak sakit.. Kepala saya ni bukannya ringan.."

"Come on, awak.. Nak romantik,romantik ni.."

"Alala.. Yelah.. Meh saya baring.."

"Silakan"

Kayla melihat-lihat suasana di tasik tersebut..
Tanpa sengaja melihat sepasang manusia yang dia kenal..
Entah apa dibuatnya di sini..

Salah seorang daripada pasangan manusia tersebut turut terpandang Kayla..

Orang tersebut tersenyum hambar, manakala Kayla tersenyum nakal..

Kayla menggunakan isyarat tangan memanggil pasangan tersebut..

"Dating, nampak?.. Dah official-ke?''

"Mana ada dating.. Saja je ni keluar"

"Yelah tu.. Kenapa mesti dia, ada jekan orang lain"

"Sis, kau cemburu ke aku keluar dengan Shana?"

"Ada ke aku kata aku cemburu?.. Tak adakan.. Ni korang keluar berdua ni, ada yang korang sembunyikan.."

"Mana ada sis.. Tak adalah nak sembunyi-sembunyikan dengan sis"

"Hey, jangan nak tipu kakak kau ni.. Aku tahulah korang ada something"
"Buktikan?"

" 'Hai, Baby.. You ada masa tak petang ni?.. I rasa nak spend time dengan you-lah.. Lagi pun kakak I kan dengan suami dia nanti'.. Tu je bukti aku ada"

"Kau curi dengar ya.."

"Mana ada.. Terdengar je.. Siapa suruh nak sembunyikan daripada aku,kan dah terbongkar.."

"Hrm.. Ni korang buat apa dekat sini?"

"Saja berkelah.. Jimmy yang nak ke sini.. Ni kalau aku tak pergi sini dengan dia, selagi tulah dia tak nak rehat.. Eh, jangan tukar topik.. Korang dah official ke?"

"Mestilah, dah.."

"So sampai bila nak couple?"

"Entah"

"Eh dia ni.. Korang couple sebab main-main ke serius ni?"

"Tak terfikir lagi nak serius.."

Wajah Kayla menjadi serius..
Dia baru saja ingin bergembira atas hubungan mereka berdua..
Malah mereka seakan berbuat main dalam berhubungan..

"Okay.. Suka hati koranglah.. Jom sini,duduk.. Ada makanan sikit ni.."

"Kau okay ke, sis?.. Aku nampak perubahan muka kau tu."

"Dahlah.. Duduklah sini.. Shana, ambil je makanan yang kau nak makan.."

Kayle perasan apa yang buat wajah Kayla berubah tu..
Dia merasakan perangai kakaknya semakin comel bila mengandung ni..

Kayle meramas rambut Kayla sambil duduk di sebelah Kayla..

"Hei, rambut jangan main ae.. Aku tendang kau nanti"

"Nak tendang aku dengan perut besar kau tu ke?"

"Kenapa?.. Kau fikir aku tak boleh nak menendang lagi ke?"

"Yelah tu.. Dah lama ke korang dekat sini?"

"Lebih kurang setengah jam mungkin.. Korang?"

"Baru sampai.."

"Melly.. Kamu tak malu ke nak buat semua ni?.. Kenapa nak malukan papa mama macam ni?.. Mana harga diri kamu ni?"

"Harga diri Melly dah lama hilang bila mama lahirkan Melly.. Sakitlah telinga Melly ni dari kecil orang mengata Melly ni ANAK HARAM.. Sakit hati dengarnya.."

"Jangan ungkit benda lama.. Jangan nak jadi macam Kayla.. Kamu ni tak tahu beruntung ke mama papa dah besarkan kamu.."

"Tak.. Sebab Melly tak dilahirkan sebagai anak sah.. Melly anak luar nikah.. Anak yang hina bagi orang luar.. Dan Melly penat bila mama papa terlalu controling Melly.. MELLY TAK SUKA!"

"Sejak bila kamu jadi macam ni!?.. Sejak bila kamu pandai tidur dengan lelaki liar!?"

"Dah lama.. Sejak sekolah menengah"

"Kurang ajar.."
'PAP'

TAMPARAN daripada papa mengena di pipi Melly..
Melly tidak memberikan riak sedih..
Malah memberi riak kosong..

"Puas!.. Puas hati papa tampar Melly!?.. Oh ya.. Ada seorang lagi yang papa patut tampar.. Iaitu Ery.. Ery pun dua kali lima je dengan Melly.."

"Melly!" Ery terkejut mendengar pengakuan Melly..
Dia sudah sedaya-upaya menyimpan rahsia itu..

"APA MAKSUD KAMU MELLY!?.. JANGAN NAK TAMBAHKAN PANAS HATI PAPA!"

"Melly kata Ery ni sama je macam Melly.. Dia pun tidur dengan lelaki liar sampaikan pernah mengandung tapi dia gugurkan.."

"Ery.. Betul ke?"

"TAK!!. MELLY TIPU!" Ery cuba untuk memalsukan kebenaran..

"MELLY TAK TIPU!. MELLY SENDIRI TEMANKAN ERY GUGURKAN KANDUNGAN DIA.."

"DIAMLAH, MELLY.. JANGAN MENUDUH AKU!"

"AKU MASIH ADA SIMPAN REKOD PENGGUGURAN BAYI KAU.. KAU NAK AKU TUNJUK BARU NAK MENGAKU KE?"

"CUKUP, MELLY.. CUKUP.. AKU TAK NAK DENGAR LAGI.."

"APA NAK JADI DENGAN KAMU BERDUA NI!?.. TAK CUKUP PELAJARAN MORAL KE?.. KENAPA KAMU JADI LIAR MACAM NI?"

"MUNGKIN SEBAB KITORANG NI ANAK HASIL HUBUNGAN TERLARANG.. DAN INILAH HASILNYA.."

"PAPA DAH KATA, JANGAN KAITKAN PERKARA LAMA.."

"TAPI ITU HAKIKATNYA,PA.. PAPA TAK BOLEH MENYANGKAL LAGI.. DAN PAPA JUGA TAK MERASA BERUNTUNG ADA ISTERI DAN ANAK SAH.. NAK JUGA CURANG.. NI KARMA!"

"CUKUP!!.. DIAM.. MAMA TAK NAK DENGAR APA-APA LAGI.. SEMUA SENYAP.. Mama nak tanya kamu, Melly.. Kenapa kamu nakkan Jimmy?.. Kenapa kamu kata kamu sukakan Jimmy tapi kamu jadi scandal papa dia?"

"Itu kemahuan Encik Eris, papa kepada Jimmy.. Dia tak nak bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat.. Dia yang nak sangat Melly kahwin dengan Jimmy supaya kalau Melly mengandungkan anak dia lagi, orang pasti ingat itu anak Jimmy.."

"Kenapa kamu ikut rancangan dia?.. Itu semua kerja gila.."

"Sebab Melly nak rasakan berada di tempat Kayla.. Melly nak rebut tempat Kayla di hati Jimmy.. Dari kecil sampai besar ni, Kayla selalu dapat apa yang Melly nakkan.."

"Kamu tak sedar ke selama ni mama papa berusaha lebih untuk bagikan kamu kesenangan, pendidikan.. Apa yang tak cukup lagi?.. Apa yang kamu cemburukan sangat dengan Kayla tu?"

"Kayla lebih cantik daripada Melly.. Kayla ada pekerjaan yang banyak menguntungkan.. Kayla dapat populariti lebih daripada Melly.. Kayla dapat Jimmy tanpa berjumpa sebelum kahwin padahal Melly dengan Jimmy kawan waktu kecil yang sangat rapat.. Kayla dapatkan orang yang pernah Melly jadikan idola.. Kayla mejangkaui semua yang Melly inginkan.."

"Benda tu dah takdir.. Kamu tak boleh nak ubah kenyataan.. Tapi mama papa dah berusaha bagikan kasih sayang untuk kamu semua.. Kamu tak rasa ke semua tu?"

"TAK!!.. Sebab mama papa penting kerja bukannya Melly.. Kesenangan semua tu tak menggembira Melly.. Kasih sayang mama papa tu tak ada pun jejak di hati Melly.. Sebab tu jugalah Melly mula menjinakkan diri dalam hubungan seks.."

"Memang anak tak tahu beruntung.. Kamu memang dah biadab.."

"Same like you.."

"Apa maksud kamu!?"

"Kalau mama tak ada affair dengan papa, Melly takkan lahir dengan cara yang salah.. Melly akan hidup tanpa orang mengata buruk.."

"Itu semua sebab Kayline.. Kalau dia layan papa, papa takkan cari orang lain untuk bersenang-senang.."

"Dan kenapa mama murahan sangat ikut papa siap minta lenjan!?.. Kenapa!?.. Papa juga salah sebab tak fikirkan Kayline yang penat jaga anak.. Nak ikutkan sangat nafsu kuda.. Dahlah.. Melly penat nak bergaduh.. Baik Melly keluar je dari rumah ni.. Rumah ni bermasalah untuk Melly.."

Melly memasuki biliknya dengan pantas..
Dia mengemaskan beg bagasinya dengan memenuhi beberapa baju di dalamnya..

Dia berangkat cepat keluar dari rumah..
Mungkin dia tidak akan kembali ke rumah ini lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience