"Kau dah sampai airport ke?" Danell menelefon Jimmy dahulu..
"Ha'ah..Korang Tak payah datanglah..Aku nak pergi jumpa Kayla dulu..Nanti Aku balik rumah.."
"Okay..Nanti kita jumpa.."
"Ya"
Jimmy masuk ke dalam kereta..
Dia meminta setiausahanya membawakan kereta untuk dia gunakan..
"Tuan..Tuan nak saya hantarkan tuan?"
"Tak perlu..Aku nak jumpa orang..Kau baliklah dengan yang lain"
"Baik,tuan..Selamat jalan.."
"Ya.."
Jimmy memulakan pemanduan pergi ke pejabat Kayla..
Sebelum itu,dia menghubungi Kayla..
Berulang kali Jimmy menelefon Kayla..
Arriella tidak memberitahu soal Kayla tidak dapat mengangkat panggilan..
"Mana Kayla ni?..Boleh pulak tak angkat call..Busy sangat ke?..Ni dia dekat mana sekarang?"
"Eh.."
'SSSSRRRRTTTT....'
.....
Kayla baru saja sampai ke bilik kerjanya..
Pengecas telefon disambungkan di kabelnya..
Telefonnya kini boleh dihidupkan..
Buka saja telefonnya..Dia mendapat banyak panggilan daripada Arriella dan Jimmy..
Dia mendail nombor telefon Jimmy dahulu..
Baru saja ingin menekan panggilan..
Panggilan masuk daripada Jimmy tiba..
"Hello.."
"Hello..Ini isteri Encik Jimmy ke?"
"Ya,saya.."
Suami?..Amboi,dia dah cerailah ..
"Suami puan kemalangan..Telefon serta dompet suami puan kami jumpai berdekatan tubuhnya..Ambulans akan tiba tidak lama lagi dan akan dihantar ke Hospital *****,harap puan akan datang ke hospital.."
"Baiklah..Terima kasih.."
"Sama-sama,puan.."
Panggilan terputus..
Tersentak Kayla mendengar berita buruk tadi..
Tanpa sedar air mata mengalir..
Dadanya merasa sesak..
Dia akan sampaikan berita ni pada Arriella..
"Arriella.."
"Kayla..Kenapa menangis ni?"
"Jimmy.."
"Kenapa Jimmy?..Dia buat apa sampai awak nangis?"
"Jimmy..Jimmy kemalangan.."
"Kemalangan,bukan dia dengan awak ke?"
"Tak..Dia tak ada dengan saya..Awak datanglah dengan yang lain di Hospital *****..Ambulans tak lama lagi sampai.."
"Awak dekat mana?''
"Saya dalam pejabat..Ada orang call guna phone Jimmy.."
"Okay..Saya pergi hospital sekarang..Awak kalau nak pergi,pergi dengan Kayle ya.."
"Ya..Saya pergi dengan Kayle.."
"Nanti kita call lagi ya..Saya nak beritahu yang lain.."
"Baiklah.."
Kayla mengesat air matanya sebelum keluar dari bilik kerjanya..
"Shana..Hari ni tundakan semua appointments..Aku ada hal nak buat.."
"Baik,bos.."
Kayla kini menuju ke bilik Kayle..
"Sis.. Kenapa mata kau merah?..Sis menangis ke?"
"Ya..Jom pergi Hospital *****..Jimmy kemalangan.."
"Eh..Dia bukan baru balik dari outstation ke?"
"Betullah tu..Entah macam mana boleh kemalangan.."
"Okay..Jom gerak.."
.....
Kayla dan Kayle sampai dulu sebelum yang lain..
Mereka berjumpa dengan orang yang menyelamatkan Jimmy..
"Terima kasih,encik.. Dah selamatkan suami saya..Boleh saya tahu apa yang jadi?"
"Tadi orang ramai nampak suami puan mengelak dari melanggar anak kecil yang tiba-berlari di tengah jalan..Semasa mengelak,suami puan terlajak hingga ke pembatas jalan dan termasuk laluan sebelah..Pelanggaran antara kereta pun berlaku.."
"Ada mangsa lain ke masa kemalangan ni?"
"Ya,ada..Tapi hanyalah luka ringan seperti kepala berdarah,kulit tercalar dan beberapa anggota badan yang terluka..Suami puan yang mengalami luka teruk..Semoga suami puan tidak hilang ingatan kerana ada hentakan kuat"
"Ya..Baiklah.."
"Puan..Saya minta maaf.. Salah saya sebab tak jaga anak dengan baik..Saya minta maaf sangat.." Seorang wanita mengatakan maaf kepada Kayla..
"Tak apa..Jadikan ini pengajaran.."
Kayla menayangkan senyuman walau sedang bersedih..
"Encik,bolehkah kalau encik tunggu sebentar lagi..Saya ingin encik ceritakan hal ni kepada keluarga suami saya.."
"Boleh,puan.."
Kayle melihat kakaknya yang terlalu risau..
Dia tak nak kakak dia stress sangat pasal ni..
"Sis.. Duduklah dulu..Jangan stress sangat.."
Kayla melihat Kayle lalu duduk di sebelahnya..
Dalam sepuluh minit berlalu..
Keluarga Jimmy akhirnya sampai..
"Amboi..Perempuan ni pun ada..Berani pulak tu nak datang.."
"Mama..Jangan cari gaduh,boleh tak?..Biar jelah Kayla nak datang..Tak salah pun.."
"Apa hubungan dia dengan Jimmy?"
"Dia business partner Jimmy..Puas,ma?..Jangan buat Arriella yang cari gaduh dengan mama.."
"Suka sangatlah kamu menangkan perempuan tu.."
"KAYLA,ma..Nama dia KAYLA,bukan PEREMPUAN.."
"Peninglah layan kamu ni.."
"Arriella pun pening layan perangai mama yang sakit hati dengan Kayla.."
"Ma,Riella..Cukup..Kita dalam hospital ni..Hormat orang lain.."
Kayla menghiraukan mereka..
Dia lagi risaukan Jimmy yang berada dalam bilik ICU..
"Puan,inikah keluarga Encik Jimmy?"
"Ya.."
Encik tadi berdiri lalu mendekati keluarga Jimmy..
Dia menerangkan apa yang terjadi..
Setelah memberitahu itu,dia meminta untuk pergi pulang..
Arriella mengambil tempat di sebelah Kayla..
"Kayla..Macam mana tadi pergi klinik?..Semua okay?"
"Okay je.."
Share this novel