Bab 60_ Kay Jackson(TAMAT)

Drama Completed 16886

Bertahun sudah berlalu..

"Daddy Kayle.."

"Hei.. Anak daddy datang sinilah.. Datang dengan siapa ni?"

"Dengan papa.. Mummy Shana mana?"

"Dekat dalam.. Dengan adik-adik''

"Nak ikut.."

"Jom tapi bawalah papa dulu.."

"Papa, jom ikut Daddy Kayle.."

"Jom"

Jimmy menemani anaknya yang merasa keseorangan menemui adik-adik sepupunya di rumah Kayle..

Kayle membiarkan anak buahnya bermain dengan anak-anaknya..

"Kau okay tak?.. Akhir-akhir ni kau jarang bawa Kay pergi sini"

"Aku sibuk kerja.. Kay dengan sepupu dia tempat mak aku.. Lagi pun takkan aku nak selalu bawa Kay dekat sini.. Nanti susahkan kau dengan Shana.."

"Apalah sangat nak disusahkan.. Kay tu bukannya orang luar pun.. Aku dengan Shana okay je nak layan Kay tu.. Anak-anak kitorang pun suka kalau Kay pergi sini.."

"Nanti aku selalu bawa dia pergi sini.."

"Duduk dulu.. Kita borak-borak.."

Kayle membawa Jimmy duduk..

"Kau tak terfikir nak bagi Kay, mama ke?.. Tak nak bagi Kay, kasih sayang seorang ibu?"

"Tak.. Aku tak pernah fikir untuk itu.. Biarlah aku je yang besarkan Kay.."

"Kau janganlah terlalu fikirkan kakak aku.. Kesian Kay tak ada mak.."

"Tak.. Aku tak nak terima orang baru.. Hanya Kayla jadi isteri aku.. Tak ada yang lain.."

''Kay macam mana?.. Nak biarkan dia macam tu je?"

"Aku boleh jaga dia.. Aku masih mampu.. Nanti kalau aku kahwin lain, aku mungkin buta hati.. Aku tak fikirkan perasaan Kay dan melebihkan isteri aku.. Dan aku tak dapat pastikan dia betul-betul sayang Kay.."

"Kau boleh pupuk isteri kau untuk sayang Kay.. Aku kesian juga tengok kau siang malam kerja, jaga Kay sorang-sorang.. Kalau ada isteri, bolehlah juga dia ringankan tugas kau.."

"Aku rela macam ni.. Aku takkan terima orang lain.. Hanya Kayla dalam hati aku.. Dengan macam ni juga, bolehlah aku tumpukan perhatian aku pada Kay.."

Shana membawakan dulang berisi teko dan cawan..
Tidak lupa biskut untuk dimakan bersama..

"Awak.. Kalau Jimmy dah tak nak tu, janganlah paksa.. Boskan cinta mati Jimmy.." Shana menyampuk memenangkan tindakan Jimmy..

"Tapi kesiankan Kay yang tak ada mak.. Jimmy pula penat kerja lepas tu nak jaga Kay.."

"Jimmy sanggupkan jaga Kay.. Kalau penat sangat, mesti ada yang tolong jaga.. Contohnya saya dan kakak dia.."

Kayle tidak mampu berkata apa lagi..
Perkataannya sudah ditentang Shana..

"Jangan risau, Kayle.. Kay akan sentiasa baik dengan aku.."

"Yelah.."

"Ma, Melly pergi kerja dulu.."

"Yelah, hati-hati pergi kerja.."

"Ya, ma.. Ada nak pesan apa-apa?"

"Belikan barang dapur sikit.. Untuk makan malam.."

"Okay.."

"Malam ni balik awal sikit.. Kay, David dengan yang lain datang sini"

"Datang sini?.. Semua ke?"

"Yelah.. Takkan mama papa diorang tak datang.."

"Okay.. Nanti Melly balik awal.."

"Yelah.."
.....

'Yeah.. David kalah..'
'Kelvin, jaga-jaga.. Harimau Kay dah datang'
'Arghhh.. Lari.. Ada harimau'
'Mana nak lari?.. Harimau dah datang'

Kay dan sepupunya bermain kejar-kejaran sebagai harimau dan mangsa..

"Hati-hati.. Nanti jatuh.."

"Nyam.. Papa dah kena makan.."

"Amboi.. Papa pula jadi mangsa harimau kecil ni.."

"Papa dah kalah.. Lari, masih lapar"

Kay membawa papanya main tiba-tiba..

Mereka sekarang berada di rumah Kayla..

"Suka-suka je dia bawa main.."

"Macam tulah, nek.. Dekat sana pun macam tu.."

"Nenek nak tanya ni tapi janganlah masukkan dalam hati"

"Tanya apa, nek?"

"Kamu tak terfikir nak cari pengganti?"

"Tak.."

"Kenapa?"

"Jimmy rasa tak perlu.. Jimmy masih boleh jaga Kay seorang diri.. Jimmy tak nak terima orang baru"

"Tak apalah kalau macam tu.. Nenek cuma fikirkan kamu yang penat jaga Kay"

"Taklah.. Jimmy tak penat jaga Kay.. Lagi pun Kay ikut perangai mama dia.. Selalu cuba untuk tak menyusahkan orang.. Walau pun kadang dia tu cepat marah.."

Jimmy masih ingat akan perasaannya pada Kayla..
Juga masih teringat akan janji yang dia buat pada Kayla..
Kayla takut kalau anak mereka mempunyai ibu tiri yang tidak baik..
Dia juga takut kalau mendapat isteri yang tidak menyayangi anak mereka..

"Mari ke ruang makan.. Kita makan malam dulu.. Suruhlah anak-anak tu berhenti main"

"Yelah.."

Jimmy memanggil anaknya dan anak buahnya sekali..

"Hrmm.. Dah-dah.. Nanti sambung main.. Kita pergi makan dulu.."

"Alah, pa.. Nak main lagi.."

"Kay.. Kita makan dulu.. Nanti baru sambung main.."

"Hrmm.. Yelah"

Pada hari kelahiran Kay Jackson..
Kayla menghadapi komplikasi kelahiran kerana kedudukan bayi yang sonsang..
Kayla juga mengalami pendarahan yang banyak..
Ditambah lagi Kayla yang kelelahan menahan sakit..
Kematian Kayla membuat Jimmy hampir putus asa..
Namun dengan adanya Kay, Jimmy kembali bersemangat..
Terima kasih kepada keluarganya dan keluarga Kayla yang sanggup menolong dia dalam membesarkan Kay..

Kayle dan Shana berkahwin setahun selepas kematian Kayla..
Setahun sebelum perkahwinan mereka itu, Kayle cuba menerima kenyataan dia kehilangan Kayla..
Shana antara orang yang paling banyak membantu dan memberi dukungan untuknya..
Sekarang, mereka sudah mempunyai dua anak dan bakal muncul yang ketiga..

Sudah lapan tahun berlalu sejak kepergian Kayla..

Keluarga Jimmy sudahpun berbaik..
Keluarga mereka semakin meriah bila ada Kay dan anak baru daripada Linzy dan Arriella..
Mengenai papa, dia hilang khabar dan entah ke mana..
Mereka tidak merisaukan soal papa..

Keluarga tiri Kayla..
Mereka juga baik-baik saja..
Nenek masih dengan sakitnya namun tetap terjaga..
Mama papa juga baik-baik saja..
Melly dan Ery sudah berbaik dengan keluarganya..
Jeremy, Ellyna dan William yang lulus persekolahan melanjutkan pelajaran mereka..
~~~~~

"Selamat ulangtahun kelahiran, Kay Jackson.. Anak papa yang tersangat kacak ni.. Malam ni kita ada majlis untuk Kay.."

Kay merenung melihat Jimmy bila mengatakan itu..

"Kenapa tengok papa? Muka monyok je.. Tak suka hadiah papa?''

"Bukan.. Kay nak sesuatu boleh"

"Cakaplah.. Papa cuba tunaikan.."

"Nak pergi kubur mama, boleh?.. Kay tak pernah pergi tempat mama"

Terkedu Jimmy mendengarnya..
Tak sangka Kay akan meminta seperti itu..

"Boleh.. Kita nak pergi bila?"

"Sekarang.."

"Jom, kita pergi.."

"Okay.."

.....

"Ni kubur mama.."

"Bersihnya kubur mama.. Papa ke yang bersihkan?"

"Ya.. Kadang-kadang Daddy Kayle yang tolong bersihkan.."

"Akhirnya dapat juga Kay datang sini.. Hai mama.. Kay datang jumpa mama.. Kay rindu mama.. Hari ni dah lapan tahun mama pergi.. Mama gembira tau dekat sana.. Nanti Kay jumpa mama dengan papa.. Tunggu tau, ma.."

Jimmy terharu dengan sikap Kay..
Terlalu muda untuk berfikiran seperti itu..
Dan masih polos..

"Mama pasti tunggu kita.. Mustahil mama tak tunggu"

"Kay percaya.."

~~~~~TAMAT~~~~~

Tamat sudah cerita ini.
Terima kasih telah sudi baca cerita ini..
Semoga menikmati jalan ceritanya..
Jangan lupa baca cerita seterusnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience