bab 6

Action Series 101

Rayyan sedang menunggu di tepi sungai, tempat yang pernah menjadi lokasi santainya bersama Saiful pada suatu masa dahulu. Dulu mereka hanya memancing ikan, mengisi masa lapang tanpa banyak bicara. Tapi hari ini lain. Hari ini ada agenda yang lebih berat dari sekadar kail dan umpan.

pada masa yang sama hatinya berkata-kata..

Siapa yang bersama isteri tiga hari tu… dan kenapa mereka guna Waja aku untuk bunuh VIP itu?

Lamunan Rayyan terhenti apabila terdengar satu suara dari belakang.

"Assalamualaikum," sapa Saiful dengan nada tenang.

Rayyan berpaling. Riak wajahnya berubah sedikit — bukan kerana Saiful semata, tetapi kerana lelaki itu datang bersama tiga orang lagi: Malik, Hamzah dan... Tuan Azmer.

"Tak sangka kau bawa tetamu," kata Rayyan sambil mengatur wajahnya kembali neutral.

Tuan Azmer melangkah ke depan, pandangannya teguh.

“Kami percaya kau, Rayyan. Sebab kita pernah bersama dalam operasi tangkap ketua ajaran sesat dulu,” katanya, tegas.

Rayyan mengangguk perlahan. “Terima kasih sebab masih percaya pada saya.”

“Apa rancangan kau sekarang, Rayyan?” soal Malik, sambil membuka kotak rokoknya. Bunyi api dinyalakan kedengaran jelas dalam suasana sunyi tepi sungai itu.

Rayyan menarik nafas, kemudian menjawab dengan nada yakin.

“Aku akan mulakan perang dengan geng kongsi gelap. Yang buru aku tu Serigala Merah. Yang buru Aliya pula... Bulan Merah. Aku tak pasti kalau dua geng ni bekerjasama atau tak, tapi aku akan anggap mereka satu entiti. Dan semalam aku dapat peta... lokasi tempat yang mereka rancang nak bawa isteri aku selepas culik. Tapi misi mereka gagal.”

Dia memandang semua yang hadir — tenang, tapi mata itu menyimpan bara dendam yang tidak padam.

“Senjata ada?” tanya Saiful, memecah diam.

Rayyan terdiam. Aku tak terfikir langsung pasal senjata… fikirnya.

“Macam biasa,” celah Hamzah sambil mengangkat bahu. “Kita beli di sempadan. Lepas tu kita terus ke lokasi yang kau cakap tu.”

“Ok. Jom,” ujar Tuan Azmer, pendek tapi penuh maksud.

Mereka berlima mula bergerak, meninggalkan tempat memancing yang suatu masa dulu jadi kenangan tenang — kini menjadi titik mula kepada sebuah perang bayangan yang tidak semua akan pulang darinya.

Setelah tiga jam menempuh perjalanan di jalan tidak berdaftar, Rayyan dan kumpulannya akhirnya tiba di sebuah kawasan terpencil yang dikelilingi hutan lebat. Mereka berlima — Rayyan, Hamzah, Malik, Tuan Azmer dan Saiful — keluar dari kenderaan pacuan empat roda yang mula berdebu dek tanah merah sepanjang jalan tadi.

Beberapa lelaki bersenjata kelihatan sedang berbual dan menyusun kotak-kotak kayu di tepi sebuah pondok usang. Ada di antara mereka memegang senjata berat; situasi itu nyata bukan urusan biasa.

Seorang lelaki bertubuh tegap, lengkap bersenjata M4, menghampiri mereka dengan pandangan tajam.

"Kau yang telefon tadi?" tanyanya sambil menyandar sedikit ke belakang.

Rayyan mengangguk. “Ya. Saya. Awak ada senjata Uzi lima, bom tangan, bom asap, bom pemedih mata – semua sepuluh, dan juga pisau Rambo?” dan satu sniper semi automatik??..

Dan silence kata Malik kepada lelaki itu..

Lelaki itu memandang Rayyan dari kepala hingga ke kaki sebelum tersenyum nipis. “Ini bukan tempat jual mainan, kawan. Tapi aku suka cara kau cakap – nada kau tunjukkan kau dah biasa dengan urusan macam ni.”

“Jadi, ada duit?” Lelaki itu menyoal tanpa melengahkan masa.

Rayyan mengeluarkan sampul coklat dari dalam jaket kulitnya dan menyerahkannya. “Lima ribu. Termasuk peluru, kan?” katanya sambil mengangkat sebelah kening.

Lelaki itu membuka sampul, mengira sekilas dan mengangguk puas. “Cukup. Ikut aku.”

Dia membawa mereka masuk ke pondok yang kelihatan seperti stor senjata lama. Bau besi dan peluh memenuhi ruang sempit itu. Di dalamnya, terdapat pelbagai jenis senjata dan kelengkapan letupan yang disusun rapi — satu pemandangan yang menggugah adrenalin.

Dua jam kemudian, setelah teliti memilih dan memastikan semuanya berfungsi, Rayyan dan rakan-rakannya keluar semula dengan beg taktikal

Tanpa membuang masa, mereka kembali ke dalam kereta dan mula bergerak semula ke destinasi yang telah dirancang — satu lokasi terpencil yang dicatat dalam peta milik seorang penjahat yang telah Rayyan soal siasat malam semalam.

Mereka telah tiba di kawasan yang dimaksudkan dalam peta itu, namun mereka sengaja tidak turun betul-betul di lokasi sasaran. Sebaliknya, mereka memilih lokasi yang lebih tinggi sedikit untuk memerhati dahulu dari kejauhan.

“Tugas kita jelas,” ujar Tuan Azmer dengan nada tenang namun tegas. “Rayyan, Saiful—kamu dalam Kumpulan A. Hamzah, Malik—kamu Kumpulan B. Aku akan cari ruang untuk posisi penembak tepat.”

“Baik, bergerak sekarang… Go! Go!” laung Saiful, memberi semangat.

Rayyan segera berlari bersama Saiful, langkah mereka pantas tetapi terjaga. Bunyi tapak kaki diselaraskan agar tidak mencipta gema yang boleh menarik perhatian. Namun, hanya beberapa meter sebelum sampai ke zon operasi, mereka ternampak kelibat beberapa lelaki yang kelihatan seperti anggota kongsi gelap.

Tapi ini bukan kongsi gelap biasa… senjata mereka terlalu berat…

Tiba-tiba, bunyi suara kedengaran di telinga Rayyan—melalui earphone kecil yang dipasang sejak awal operasi.

“Dalam 20 orang semuanya,” suara Tuan Azmer tenang, dihantar kepada seluruh pasukan melalui saluran komunikasi.

“Kalau mahu mara, Kumpulan A datang dari kiri. Kumpulan B dari kanan,” arah Tuan Azmer dengan strategi jelas.

Tiga minit berlalu dalam senyap yang menegangkan.

“Kumpulan A bersedia,” lapor Rayyan melalui mikrofon.

“Kami pun sedia, Kumpulan B,” balas suara Malik dari earphone Rayyan.

“Aku tembak dahulu, kemudian kamu mara,” kata Tuan Azmer dengan nada yakin.

Tiba-tiba—Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Lima das tembakan dilepaskan dari posisi tinggi. Lima individu musuh tumbang serentak.

Serentak itu juga, Rayyan dan Saiful mara dari kiri, manakala Kumpulan B menyerang dari kanan. Asakan mereka pantas dan teratur.

Tempat itu serta-merta bertukar menjadi medan tempur kecil. Serangan hanya berlangsung selama sepuluh minit—namun cukup untuk menumbangkan semua musuh yang ada. Mayat bergelimpangan, senjata bertaburan. Namun, seorang daripada mereka masih hidup—tercedera parah di kaki.

Saiful segera menghampiri lelaki itu, Uzi diacukan tepat ke wajahnya.

“Siapa ketua kamu?” tanya Saiful, nadanya keras.

Penjahat itu menggigil. Tangannya menekap luka berdarah di kakinya.

“Geura… ketua kami,” jawabnya dengan suara bergetar.

Geura… siapa dia? Kata Saiful dengan muka mencari jawapan

Rayyan melihat musuh itu dan pada masa yang sama hatinya berbisik

Kamu semua datang menentang cinta aku dan Aliya tapi kamu lupa aku yang tentukan siapa datang dan pergi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience