bab 8

Action Series 101

Geura bukanlah ketua kongsi gelap Serigala Merah seperti yang disangkakan ramai, tetapi menurut maklumat yang aku terima, dia adalah ketua kawasan ini — kawasan Palaui-Palaui dan sekitarnya.

“Dia ni bukan calang-calang orang,” kata Tuan Azmer sambil meletakkan sekeping gambar lelaki berwajah bengis itu di atas meja berdebu. Mereka berada dalam salah satu bangunan kosong yang sudah lama terbiar. Dindingnya retak, cat mengelupas, dan hanya bunyi kipas berkarat sesekali berderit — namun ketegangan mereka dikejutkan oleh suara ketawa perempuan yang entah dari mana datangnya. Sayup, misteri.

“Dia ni kawal kawasan besar, dan dia ada banyak penjaga. Jauh lebih ramai daripada penjaga VIP,” ujar Tuan Azmer sambil memandang seorang demi seorang: Rayyan yang duduk menyandar, Malik yang memerhati gambar itu dengan teliti, Saiful yang diam membisu, dan Hamzah yang bersilang tangan sambil mengetap bibir.

“Kita kena cipta perang kongsi gelap. Kita perlu keluarkan dia,” ujar Rayyan perlahan, bibirnya meleret senyum yang tidak sampai ke mata.

“Aku buat ink, macam tatu simbol Serigala Merah tu,” kata Malik. “Lepas tu kita cipta suasana tegang... kasi mereka berperang sesama sendiri.”

“Rasanya... untuk buat mereka berperang, kita perlu cipta satu kes berat,” balas Tuan Azmer, nada suaranya datar tapi penuh maksud.

“Bunuh saja,” kata Rayyan dengan nada tegas dan wajah sedikit serius, renungannya menembus dinding masa depan.

Demi kamu, sayang. Asalkan kita dapat bersama dengan aman lagi, abang sanggup...
kata hati Rayyan

“Ok. Siapkan semua,” arahan Tuan Azmer disambut anggukan.

“Nanti kita buat rondaan... pastikan pelan ni berjaya.”
Langit malam pun kian gelap, seolah turut merestui permulaan kepada sebuah peperangan bawah tanah yang tidak akan ada pulangnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Cahaya jingga matahari yang semakin tenggelam membias di cermin sisi kereta, mencipta suasana gelap yang perlahan-lahan menelan dunia. Malik, yang duduk di tempat pemandu, menjeling seketika ke arah dashboard sebelum menekan pedal minyak sedikit.

"Jam 7.30 malam sekarang," katanya tenang, matanya terus menghadap jalan yang makin sunyi.

Di kerusi penumpang hadapan, Tuan Azmer duduk diam sambil memerhati keadaan luar. Di bahagian belakang, Rayyan, Hamzah dan Saiful duduk rapat, masing-masing dalam diam mempersiapkan diri untuk apa yang akan berlaku.

"Just like GTA, ha," ujar Rayyan sambil tersenyum sedikit — senyuman yang menyembunyikan niat yang lebih gelap.

"Aku keluar sekarang... buat kacau. Pastikan kamu park dekat-dekat saja," sambung Rayyan sambil memakaikan topeng separuh muka. Namun, yang paling ketara — lengan bajunya sengaja dinaikkan, menonjolkan tatu bulan merah, simbol penuh provokasi yang hanya musuh tahu maksudnya.

Rayyan melangkah keluar dari kereta dan memerhati sekeliling — matanya tajam mencari lokasi pasukannya yang sudah sedia parkir berdekatan. Kemudian, dengan langkah pasti, dia berjalan mendekati sekumpulan lelaki yang sedang melepak — ahli kongsi gelap Serigala Merah.

Tanpa memberi amaran, Rayyan mengangkat senjata jenis Uzi dari jaketnya dan melepaskan tembakan bertubi-tubi.

Tak sempat yang lain mengelak — tiga orang tumbang serta-merta. Seorang lagi rebah ke tanah, meraung kesakitan. Rayyan berjalan pantas ke arah lelaki yang cedera itu, menggenggam penumbuk dan menghentak tepat ke mukanya.

Darah memercik, dan lelaki itu mengerang kesakitan sambil melihat Rayyan

Rayyan kemudian menggulung lengan bajunya lebih tinggi, memastikan tatu bulan merah itu kelihatan jelas — mesej terbuka kepada seluruh kongsi gelap: perang sudah bermula.

Tanpa menunggu lebih lama, dia berlari semula ke arah tempat pasukannya menunggu.

Kereta yang dipandu Malik terus meluncur laju, meninggalkan kawasan itu dengan pantas, seperti bayang-bayang yang datang hanya untuk menghantar amaran maut.

Tuan Azmer yang duduk di depan hanya menoleh sedikit ke belakang, melihat Rayyan yang sedang duduk diam sambil mengatur nafas. Bibirnya terukir senyum kecil.

"Macam GTA la..." katanya tenang.

Rayyan hanya membalas dengan senyuman nipis — tidak perlu kata, hanya isyarat bahawa misi pertama telah bermula.

Kereta yang mereka naiki tadi telah pun diparkir jauh dari lokasi insiden, di sebuah kawasan terpencil yang sunyi dilingkari pokok dan bangunan terbengkalai. Langit malam menebarkan kesepian, hanya diterangi lampu jalan yang malap dan kelip-kelip sesekali muncul dari celah semak.

Tanpa banyak bicara, mereka meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki di sepanjang tepi jalan. Uzi disorok kemas dalam beg karung yang disandang bergilir, dan masing-masing menukar jaket — terbalikkan bahagian dalam keluar, satu taktik penyamaran yang pernah mereka latih dalam misi terdahulu.

Kereta-kereta mula berlimpasan laju, kebanyakannya jenis mewah dan gelap — milik kongsi gelap, jelasnya. Bunyi hon yang tajam, tayar menjerit di selekoh, dan... sesekali bunyi tembakan kedengaran dari kejauhan — jelas tembakan ke langit, mungkin sebagai isyarat atau hanya sekadar tunjuk kuasa.

“Emm... nampaknya misi kita berjaya,” kata Saiful perlahan. Dia menoleh ke belakang melihat Rayyan yang masih berjalan tenang, wajahnya serius.

Rayyan hanya membalas dengan anggukan kecil.
* Tiga nyawa untuk satu peringatan... dan ini baru mula *

Setelah tiga kilometer mereka meredah senyap malam, akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan yang benar-benar sunyi — seolah terasing dari dunia.

“Kita bermalam dulu di sini,” kata Tuan Azmer. Suaranya rendah namun tegas, penuh ketelitian seperti biasa.

Saiful merebahkan tubuh ke dinding konkrit sebuah pondok terbengkalai. “Rasanya kita ni dah macam pelarian di negara sendiri, hahaha…” katanya, cuba menceriakan suasana meskipun nadanya dibalut kepenatan.

“Aku keluar sekejap cari makan,” kata Malik, mengangkat beg kecilnya. Hamzah bangun dan mengikutinya tanpa banyak bicara.

Langkah mereka berdua hilang dalam kabus malam yang mula merayap perlahan-lahan.

“Siapa mahu berjaga dulu?” soal Tuan Azmer sambil menoleh ke arah Rayyan dan Saiful. Suaranya tenang, tapi terselit sedikit rasa berjaga-jaga. Malam masih pekat, dan Malik serta Hamzah belum kembali dari misi ringkas mencari bekalan makanan.

“Aku dulu,” balas Rayyan ringkas. Dia bingkas bangun dan melangkah keluar dari bangunan gelap dan lembap itu — hanya diterangi cahaya bulan yang sayup menembus langit berawan.

Angin malam berdesir perlahan, membawa bau besi karat dan rumput liar. Rayyan berdiri tegak di luar, matanya menyisir kawasan yang dikelilingi semak samun dan bangunan tinggal. Derap kecil di celah rumput kadang-kadang menarik perhatiannya — sekali sekala kelihatan bayang samar manusia.

Namun sukar dipastikan… penagih dadah? Orang sesat? Atau hanya bayang fikirannya sendiri?

Dia tetap berdiri tenang.

Aliya… sabarlah. Lepas abang tahu siapa dalangnya, kita akan balik macam biasa. Abang janji.

Rayyan genggam tali beg karungnya, dan matanya terus awas memerhati malam. Dalam kelam, dia bukan sekadar menjaga keselamatan pasukan — dia juga menjaga janji yang bersisa di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience