Aliya melihat suasana di tepi pantai itu. Hatinya terasa sangat tenang sambil dia bermain dengan pasir, menikmati suasana petang itu.
Tiba-tiba, Aliya melihat ada tangan yang menghulurkan air minuman dalam tin kepadanya. Aliya menoleh dan terlihat Rayyan, suaminya, sedang tersenyum ikhlas.
Lama sudah kita bersama… kamu tetap faham aku. Sungguh beruntung aku jadi isteri mu.
Aliya mengambil tin minuman itu dan mengucapkan terima kasih. Rayyan membalas, “Sama-sama.”
“Abang pergi bertugas lagi nanti?” tanya Aliya kepada suaminya.
“Iya, malam ini,” jawab Rayyan.
Aku kalau boleh, tidak mahu pergi… tapi sebab tugas aku…
Rayyan mengusap kepala Aliya dan Aliya mencubit pipi Rayyan sambil tersenyum manja.
Hari sudah nak gelap,” kata Rayyan. “Ada di kereta.”
“Ok,” balas Aliya.
Aliya melangkah masuk ke dalam kereta. Rayyan menoleh sedikit, mata memandang ke arah laut sebelum menghidupkan enjin.
“Kes tu… yang komplikated tu, dah selesai?” suara perlahan tapi tegas.
Aliya menoleh, memandang wajah tenang di sebelah.
“Dah selesai. Tiga tahun kes tu tersekat. Esok klien datang ambil fail. Lega rasa.”
Dia Selalu ambil berat kerja aku walaupun tugas sendiri sibuk.
Rayyan mengangguk kecil, mata masih fokus ke jalan.
“Bagus… penat otak lepas ni kurang sikit,” kata Rayyan sambil menukar gear, memandu keluar dari kawasan pantai.
Aliya diam sebentar, menarik nafas perlahan.
“Tak juga… ada lagi dua kes besar menunggu.”
Rayyan hanya diam, senyum kecil terbit di bibir. Tangan kanan sempat menyentuh tangan di atas riba.
“Buat perlahan-lahan… jangan paksa diri. Senyum tu masih mahu dilihat setiap hari.”
Aliya menunduk sedikit, dan melihat Rayyan sambil senyum sedikit dan melihat ke depan kembali.
Dia Selalu faham walaupun dia tidak tunjukkan..
Suasana dalam kereta sepi. Hanya bunyi deru angin petang dan ombak di kejauhan menemani perjalanan pulang.
Jam menunjukkan pukul 12.12 malam.
Aliya sedang duduk di sofa ruang tamu sambil memerhati suaminya yang sedang bersiap untuk pergi ke kem tentera.
Aku faham tugasnya… dan dia pun faham tugas aku… em…
Selepas suaminya selesai bersiap, dia mendekati Aliya dan mencium dahi isterinya agak lama, seolah-olah ada sesuatu yang tersirat. Kemudian, dia terus berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta di depan rumah. Dia menghidupkan enjin dan berlalu
pergi, meninggalkan Aliya seorang diri. Namun, Aliya sudah faham suasana itu.
Dia membuka televisyen dan tiba-tiba terlihat satu berita.
Pemberita: “Tuan Jhan Doow, betulkah teknologi yang dibuat oleh syarikat tuan ini boleh membahayakan negara?”
Ketika itu, Jhan Doow sedang turun dari tangga mahkamah untuk menuju ke keretanya. Ramai pemberita dan pengawal peribadi berkumpul di situ kerana dia sedang dituduh membuat senjata haram dan berbahaya.
Aliya yang melihat berita itu hanya berkerut dahi, lalu mematikan televisyen sebelum masuk tidur.
Jam menunjukkan pukul 6.57 pagi. Aliya telah pun sampai di depan pondok pengawal bangunan. Dia menghulurkan kad dari tingkap keretanya dan pengawal itu berkata, “Ok, Puan Aliya, boleh masuk,” sambil membuka penghadang jalan untuk masuk ke bangunan penyiasat persendirian itu.
Setibanya di pejabat, Aliya terus membuka fail kes yang berjaya diselesaikannya.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia memeriksanya.
Kene:
Selesai sudah kau siasat kes tu kan? Kejap lagi aku sampai sana dan bayar kau.
Aliya:
Ok. RM3,000 sebab lama sangat… tiga tahun baru selesai.
Kene:
Ok.
Selepas membalas chat itu, Aliya menunggu kedatangan Kene. Tidak sampai dua jam kemudian, Kene pun tiba dan masuk ke dalam pejabat Aliya.
Aliya melihat Kene yang berdiri di depan mejanya.
Huh… tak pakai baju polis kali ni. Selalunya dia akan tunjuk baju. Malu la tu, tak berjaya selesaikan kes sendiri.
“Nah,” kata Kene sambil meletakkan sampul surat di atas meja. Aliya menyerahkan fail itu kepadanya.
“Ok,” balas Kene lalu melangkah keluar.
Malam itu, jam menunjukkan pukul 8.23. Aliya berada di dapur, sedang mencuci pinggan mangkuk yang digunakan tadi, termasuk kuali yang digunakan semasa memasak. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi menandakan ada chat masuk. Telefon itu terletak di atas meja sebelah tempat dia meletak botol air mineral.
Aliya mengelap tangannya dengan kain sebelum mencapai telefon. Namun, matanya terpaku melihat mesej yang terpapar.
012-654-456
Abang balik sudah. Kerja abang dibatalkan.
Aliya membaca mesej itu dengan dahi berkerut.
Abang? Siapa ni… salah nombor kah? Tapi dia sebut kerja… dan ayat macam ni tak pernah Rayyan guna dengan aku.
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi kereta berhenti di luar rumah diikuti bunyi pintu utama dibuka.
“Assalamualaikum, abang balik sudah. Buatkan abang air,” kata Rayyan.
Aliya yang sedang berdiri tidak jauh dari situ terdiam seketika.
Muka dia… baju dia… style macam ni aku tak pernah nampak. Cara cakap pun… ‘Assalamualaikum, abang balik sudah. Buatkan abang air’… ada unsur nak tunjuk dominan, takut dipandang rendah. Dari aku kenal, tak pernah guna ayat aku, kau, sayang, abang… terutama selepas kahwin. Kalau pun nak guna, selalunya ayat dia… ‘Sayang, tolong buatkan abang air.’ Apa yang terjadi…
Aliya berfikir dalam hati sambil menyiapkan air untuk “Rayyan”.
Selepas itu, dia menghulurkan air itu kepada “Rayyan” yang sedang duduk di sofa.
“Terima kasih, sayangku,” kata “Rayyan” sambil memandangnya. Aliya hanya tersenyum dan duduk sedikit jauh daripadanya.
Kenapa dia jadi macam ni… dia selalu tak macam tu. Tadi pun ayat dia lain. Selalunya dia akan cakap, ‘Terima kasih, tolong buatkan abang air,’ atau ‘Terima kasih.’ Tapi ayat dia tadi macam ada unsur tunjuk kuasa… dan tak tenang.
Malam itu, jam menunjukkan pukul 12.20. Aliya memandang Rayyan yang sedang tidur di sebelah. Dia duduk seketika selepas bangun dari katil. Sebenarnya, sejak tadi dia hanya pura-pura tidur. Fikirannya masih berputar.
Gayanya berubah… tengok saja beg Rayyan masih lagi di atas meja. Rayyan yang aku kenal selalu kemas dan teliti, disiplin tinggi. Dia jarang bercakap, tapi kalau bercakap, selalu ada makna yang dia nak sampaikan. Tangannya kasar… tapi tadi tu, kurang kasar waktu dia memegang tangan aku. Siapa lelaki yang tidur sebelah aku ni… Rayyan kah… atau Rayyan terantuk dan lupa ingatan…
Aliya bangun perlahan dari katil. Dia melangkah ke arah beg yang dibawa “Rayyan” dan membuka zipnya. Matanya terbeliak kecil apabila melihat isinya – senjata ringan sub mesin gun, sepucuk pistol, dan beberapa helai baju berwarna hitam.
Aliya terdiam, tubuhnya sedikit menggigil.
Rayyan yang aku kenal tak akan bawa benda macam ni balik rumah… bagi dia, rumah ini satu kedamaian… dia takkan pernah bawa keganasan masuk ke sini…
Jam menunjukkan pukul 4.32 pagi. Rayyan sedang berkemas, menyusun barang-barangnya dengan pantas. Aliya hanya memerhati dari sofa di depan televisyen.
Sepatutnya hari ini Rayyan balik… sepanjang tiga hari ni, aku perhatikan dia sangat berbeza. Memang muka Rayyan, badan pun macam Rayyan… tapi ada macam garisan halus di leher dia. Garisan tu hanya nampak kalau
tengok dari jarak dekat. Aku perasan waktu dia tidur. Sekarang dia bersiap… aku nak tengok apa dia buat waktu keluar. Selalunya dia akan cium dahi aku lama sikit sebelum pergi.
“Ok, abang keluar dulu pergi kerja. Bye, sayang,” kata Rayyan sebelum terus berjalan keluar, menutup pintu perlahan, menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
Aliya melihat semua itu tanpa kata. Tiba-tiba, air matanya menitis tanpa dapat ditahan.
“Siapa tadi tu… dia Rayyan atau orang lain…” teriak Aliya seorang diri dalam rumah sunyi itu, sebelum tangisannya pecah dan dia menangis semahunya.
Jam menunjukkan pukul 2.10 petang. Aliya masih lagi di rumah. Hari itu dia tidak turun bekerja. Fikirannya masih berselirat, memikirkan apa sebenarnya yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.
Dia duduk termenung di sofa ruang tamu. Matanya menatap kosong ke arah lantai sebelum tiba-tiba hatinya terdetik untuk memandang televisyen. Perlahan, dia mencapai alat kawalan dan menekan butang untuk menghidupkannya.
Skrin tv menyala, dan serta-merta berita tergempar terpampang di hadapan matanya.
“Berita Terkini – Pembunuhan Pengusaha Teknologi Jhan Doow. Pihak polis kini sedang giat memburu suspek utama yang dikenal pasti melalui rakaman CCTV di tempat kejadian…”
Aliya menatap skrin tv itu dengan mata yang membesar. Paparan wajah suspek terpapar jelas – Rayyan.
Tidak… itu… itu Rayyan… macam mana… kenapa muka dia ada di situ…
Tangan Aliya mula menggigil. Badannya terasa lemah seperti hilang tenaga. Nafasnya menjadi tidak menentu. Matanya masih tertumpu pada skrin tv, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat.
Mustahil… itu muka dia… ya Allah… siapa yang ada dengan aku sekarang…
Tubuh Aliya mula bergegar kecil. Air matanya bergenang, menahan gelora emosi yang tiba-tiba melanda.
Di hadapannya, skrin tv masih lagi menayangkan wajah Rayyan, bersama perkataan “DICARI – BERBAHAYA” terpampang di bawah gambar itu.
Share this novel