Aliya berada di dalam sebuah kedai kasut dan pakaian. Dia sedang memilih-milih kasut yang sesuai untuk dipakai. Namun, dia perasan beberapa pelanggan lain memerhatikannya, mungkin kerana dia berjalan berkaki ayam sejak tadi.
Kenapa semua orang tengok aku macam ni... fikir Aliya sambil menunduk sedikit, cuba menyorokkan kakinya.
Selepas mendapat saiz kasut yang dia mahu, dia terus membayarnya di kaunter dan memakai kasut itu serta-merta. Kakinya terasa lega.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia melihat nama tertera di skrin - Kene. Aliya segera menjawab panggilan itu.
"Aliya, mana kau sekarang? Kami dah sampai di pejabat kau. Kau kena ikut kami sekarang juga, kalau tidak, kau masih dalam bahaya," kata Kene dengan nada tegas.
"Antar lokasi GPS kau sekarang. Aku akan ambil kau," sambung Kene sebelum mematikan panggilan.
Aliya segera menghantar lokasi GPS kepada Kene dan menunggu dengan perasaan berdebar. Tidak lama kemudian, Kene tiba dengan sebuah kereta polis yang sirennya masih berbunyi perlahan. Aliya rasa segan dan malu apabila terpaksa masuk ke dalam kereta polis itu di hadapan orang ramai.
"Kau tahu kan kumpulan yang serang pejabat kau tadi tu? Mereka dari kongsi gelap bulan merah. Kami dah dapat rakaman CCTV mereka," kata Kene sambil memandu keluar dari kawasan kedai.
"Kau perlu berada dalam perlindungan kami sekarang," tambahnya lagi dengan serius.
"Suami kau kini dikehendaki polis kerana membunuh seorang VIP. Tapi kenapa pula kongsi gelap tu cari kau?" soal Kene sambil menoleh sekilas kepada Aliya yang duduk diam di kerusi penumpang hadapan.
Tiba-tiba, telefon Aliya berbunyi. Aliya pun menjawab kerana pada masa itu dia tidak tahu sama ada nombor itu scam atau bukan.
“Hello,” kata Aliya sambil memerhatikan Kene yang sedang menukar gear.
“Aliya, musuh semalam… kongsi gelap Serigala Merah,” kata Rayyan perlahan.
“Iya… dan musuh di pejabat tadi… kongsi gelap Bulan Merah,” balas Aliya di hujung talian.
“Buat cara yang mahir… empat hari dari sekarang, jumpa di pondok tempat kita pernah memancing,” kata Rayyan, suaranya kedengaran tenang tetapi tegas.
“Wajah abang… dikehendaki sebab bunuh VIP Jhan Doow,” kata Aliya, nadanya sedikit bergetar. “Di sini pula… wajah Kene bunuh pengawal pejabat.”
“Faham,” balas Rayyan sebelum mematikan panggilan.
Aliya menatap telefonnya.
Dia masih selamat selepas semua yang terjadi di rumah tadi… syukur Alhamdulillah.kata hati Aliya
“Siapa itu… suami kau kah?” tanya Kene dengan nada ingin tahu.
“Iya… dan dia cakap kongsi gelap Serigala Merah pun buru dia,” kata Aliya sambil memandang Kene.
“Apa… dua kongsi gelap berkaitan dengan kamu, ha?” kata Kene dengan wajah berkerut.
“Mungkin berkaitan dengan VIP itu… siapa musuh VIP itu… dan mungkin kami ini cuma kambing hitam saja,” kata Aliya sambil menatap Kene.
Kene segera menelefon orang yang menjaga saksi. Namun lama panggilannya tidak dijawab.
“Mungkin mereka sudah mati,” kata Aliya perlahan.
Kene terus menghubungi pihak polis lain, mengarahkan mereka pergi ke rumah saksi berdasarkan alamat yang diberikannya.
“Kita pergi sana, Aliya,” kata Kene. “Aku tahu kau pun bekas askar , kan… tapi bersara awal dan masuk penyiasatan,” tambah Kene sambil menukar laluan pemanduan.
“01 ke 02, over!” suara dari radio kedengaran lantang memecah sunyi dinihari.
Kene segera mencapai radio itu dengan tangan kanannya sambil memandu, matanya fokus di jalan gelap di hadapan. “02 di sini!” jawabnya pantas.
“01 kena kepung dan minta bantuan sekarang!!” Suara di hujung talian kedengaran teriak, diselangi bunyi tembakan bersahut-sahutan.
Kene menekan minyak lebih kuat, kereta meluncur laju di jalan raya yang lengang pada jam 4 pagi itu. Aliya di sebelah hanya mampu berdiam, jantungnya berdegup kencang.
Apa yang terjadi sebenarnya… siapa yang menyerang mereka? bisik hati Aliya, menahan getaran takut dalam dadanya.
“Aku suruh team pergi rumah saksi… tapi kena serang pula,” kata Kene dengan suara geram. Tangannya mengetap stereng erat. “Patutlah diam tak angkat call,” sambungnya perlahan, lebih kepada dirinya sendiri.
Selepas hampir satu jam perjalanan dalam debaran, akhirnya mereka tiba di kawasan kejadian – sebuah perumahan sederhana yang kini berubah wajah menjadi medan tempur. Jalan raya dipenuhi kenderaan orang awam yang berlubang-lubang akibat tembakan. Bau asap belerang dan besi panas memenuhi udara dinihari yang sejuk.
Kene dan Aliya segera turun dari kereta. Mata mereka liar meninjau sekeliling. Di kiri dan kanan, kereta-kereta berselerak dengan cermin pecah. Peluru masih berdesing di udara, bunyi tembakan bertalu-talu memecah kesunyian Subuh yang hampir tiba.
Aliya menelan liur. Tangannya segera mencapai pistol Glock yang diberikan suaminya ketika di pondok tadi.Dia menggenggam erat senjata itu, menahan tangannya daripada menggigil.
Ya Allah… kuatkan aku…
Di hadapan mereka, beberapa polis sedang berbalas tembakan dengan penyerang. Kelihatan ada polis yang sudah terbaring berlumuran darah, sementara seorang penyerang terkulai mati tidak jauh dari situ. Namun keadaan masih tegang, dengan letupan kecil kedengaran dari arah lain.
Tiba-tiba, mata Aliya menangkap sesuatu. Tiga individu bertopeng sedang membawa seorang lelaki – saksi kes bunuh VIP itu – keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan rambang menggunakan submesingan, menghujani kawasan itu dengan peluru tanpa arah.
Suasana menjadi semakin kacau. Jeritan anggota polis berselang bunyi tembakan mencipta bunyi ngeri pagi itu. Aliya menunduk di belakang kereta peronda polis yang berlubang, menunggu peluang.
Dia melihat saksi itu diheret masuk ke dalam sebuah van hitam yang menunggu di tepi jalan. Nafas Aliya semakin laju. Tanpa berfikir panjang, dia menghalakan pistolnya tepat ke arah pemandu van tersebut dan menarik picu. Bunyi letupan kecil kedengaran, diikuti tubuh pemandu itu rebah di atas stereng. Enjin van mati serta-merta, menyebabkan kenderaan itu tidak dapat bergerak.
Lima orang penyerang yang masih tinggal segera berlindung di sekeliling van, melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Kene dan anggota polis lain. Cahaya muncung senjata berkelip-kelip menerangi lorong sempit di tepi jalan.
Kene meniarap di belakang tembok rendah bersama dua orang anggota polis. Dia memberi isyarat tangan, matanya tajam menilai arah tembakan musuh.
Tiba-tiba, salah seorang penyerang rebah dengan darah memancut dari kepalanya. Bunyi tembakan senyap bergaung perlahan dari jauh.
“Sniper SWAT!” jerit salah seorang polis dengan nada lega.
Empat lagi penyerang yang tinggal mula panik, tetapi mereka nekad bertindak berani, mara ke hadapan sambil menembak liar ke arah anggota polis. Namun tembakan balas yang teratur dan pantas daripada Kene dan pasukannya menumbangkan mereka satu persatu. Dalam beberapa minit, kesemuanya terbaring kaku di atas jalan berturap.
Aliya menghela nafas lega, menahan air mata yang hampir menitis. Dia melihat saksi itu, yang masih terikat di dalam van, sedang menangis teresak-esak.
Alhamdulillah… akhirnya dia selamat…
Kene menepuk bahu Aliya perlahan sambil matanya masih memerhati kawasan sekitar, memastikan tiada ancaman kedua.
“Kerja bagus,” kata Kene perlahan, suaranya serak akibat adrenalin dan debu mesiu yang memenuhi udara subuh itu.
Share this novel