bab 4

Action Series 101

Setelah Aliya masuk ke dalam bawah tanah, Rayyan menutup pintu itu dengan besi sebelum meletakkan lantai papan di atasnya dan menutup pula dengan tikar yang diperbuat daripada buluh. Selepas itu, dia berjalan masuk ke dalam hutan, menunggu musuh datang. Tidak sampai sepuluh minit, beberapa lelaki muncul sambil membawa submesingan dan pistol.

Rasanya ada sepuluh orang waktu aku tengok CCTV sebelum ini... dan ada dua orang berada di rumah. kata hati Rayyan

Rayyan berjalan perlahan ke arah kiri dalam beberapa meter, matanya tajam memerhatikan musuh yang sedang memeriksa pondok itu. Dia menarik nafas perlahan, menenangkan degupan jantungnya sebelum mengangkat crossbow ke paras bahu. Tangannya pantas menekan bolt pertama masuk ke rel.

Dia tahu panah ini – senyap, tajam, dan cukup kuat untuk menumbangkan musuh dengan sekali tembakan jika tepat di tempat yang betul.

Tanpa membuang masa, dia melepaskan anak panah pertama. Seorang musuh rebah serta-merta, bolt menembusi tengkuknya. Dalam gerakan pantas, Rayyan memasang bolt kedua dan ketiga, menembak berturut-turut. Dua lagi musuh tumbang – satu dengan anak panah tertanam di dada, seorang lagi di bahagian leher.

Yang lain mula tercari-cari punca serangan, wajah mereka jelas panik sambil cuba bersembunyi di sebalik pokok dan semak tebal.

Dari cara mereka... ini bukan gaya profesional. Sebab mereka ikut laluan yang aku buat... siapa sebenarnya mereka ni? kata hati Rayyan

Sambil menyeberangi laluan jalan kecil dalam hutan itu, dia maju beberapa meter ke hadapan, mencari ruang untuk mengelirukan mereka kerana musuh sedang mara ke tempat dia berada tadi.

Dia berjalan perlahan-lahan sebelum menarik nafas dan mengangkat crossbow-nya. Dengan pantas, dia memasang anak panah kedua dan melepaskannya tepat ke dada seorang musuh, lalu segera memasang anak panah ketiga dan menembak seorang lagi di bahagian leher. Kedua-duanya rebah tidak bergerak.

Dia segera menarik keluar dua bolt baharu dari sarungnya dan memasang kembali crossbow itu, bersedia untuk tembakan seterusnya.

Selepas itu, dia bergerak pantas ke kiri beberapa ratus meter, langkahnya begitu senyap di atas tanah hutan yang lembap, membuatkan musuh mula ketakutan dan teragak-agak. Kini, lima orang sudah tewas, tinggal lima lagi.

Aku hafal laluan sini... sebab hutan ini tempat aku memburu.kata hati Rayyan

Dia naik ke kawasan tanah tinggi sedikit dan meniarap. Sebenarnya, sejak serangan pertama tadi, dia hanya berpusing-pusing di sekitar pondok itu. Dia menarik nafas perlahan sambil memerhatikan kawasan di mana dia menewaskan dua musuh tadi. Dia melihat tiga orang musuh sedang berada di situ, manakala dua orang lagi berada berhampiran pondok.

Dengan tenang, dia mengangkat crossbow dan melepaskan satu anak panah tepat ke dada salah seorang musuh berhampiran pondok, sebelum dengan pantas memasang bolt kedua dan menembak seorang lagi di bahagian tengkuk. Kedua-duanya rebah tanpa sempat menjerit.

Mereka berpecah sekarang.

Rayyan bergerak ke belakang beberapa meter sebelum ke kiri beberapa meter lagi dan kembali ke jalan kecil itu. Pergerakan ini akan memaksa musuh masuk lebih jauh ke dalam hutan. Sebenarnya, dia sedang mencari musuh ketiga kerana dua orang lagi sudah dia ketahui kedudukannya.

Akhirnya, dia menemui orang ketiga itu. Dengan pantas, dia mengangkat crossbow dan melepaskan satu anak panah tepat ke dada lelaki itu. Musuh tersebut jatuh terjelepok tanpa sempat bersuara. Kini, dua musuh terakhir hanya berdiam diri, sedar mereka tinggal berdua sahaja.

Rayyan terus mencari peluang. Dia mengambil seketul batu dan membalingnya ke arah lain. Serta-merta, musuh menembak ke arah bunyi tersebut. Tanpa membuang masa, Rayyan memasang semula anak panah dan melepaskannya tepat ke leher salah seorang musuh dan dengan cepat dia memasang satu lagi anak panah dan melepaskannya tepat ke leher musuh serta-merta mengakhiri permainan itu.

Rayyan menghampiri musuh yang telah tumbang. Dia bergerak berhati-hati, bimbang jika lelaki itu hanya cedera. Perlahan-lahan, tangannya meraba tubuh musuh tersebut sebelum menarik submesingan yang disandangnya. Matanya tertumpu pada lengan kiri lelaki itu.

Ada tatu - imej serigala berwarna merah dengan tulisan 'Dengan darah kita bersatu'.

Ini kongsi gelap... tapi kenapa mereka memburu aku? Padahal aku tak pernah ada urusan dengan mereka...
kata hati raya berkata

Rayyan menghela nafas perlahan. Dia menghabiskan hampir tiga jam memeriksa setiap mayat musuh lain. Matanya meneliti setiap poket, senjata, dan tanda yang ada pada mereka. Namun, tiada satu pun memberikan jawapan yang jelas tentang motif sebenar serangan itu.

Tiba-tiba, suara seseorang kedengaran dari walkie-talkie yang diambilnya dari salah seorang musuh.

"Sini selamat. Over," kata suara penjahat itu di corong kecil itu.

Rayyan tersenyum nipis. Dia menggenggam submesingan baru yang diperolehnya sebelum bangkit perlahan.

Dua orang lagi tinggal di rumah...

Dengan langkah tegas, dia bergerak pantas meninggalkan kawasan itu, tekadnya hanya satu - kembali ke rumah dan selesaikan semuanya.

Rayyan memerhati sekeliling rumah itu untuk memastikan tiada lagi musuh lain selain dua orang yang berada di dapur rumah tersebut.
Mereka bersenang-lenang di rumah aku... iya...
kata hati Rayyan

Dia menghampiri tingkap di ruang tamu yang boleh nampak terus ke dapur. Perlahan-lahan, dia menghalakan muncung submesingunnya sebelum melepaskan tembakan. Dua orang musuh itu rebah serta-merta, namun seorang daripadanya hanya cedera - cukup untuk Rayyan mendapatkan maklumat.

Tanpa melengahkan masa, Rayyan masuk ke dalam rumah itu dan memeriksa musuh yang sedang mengerang kesakitan. Dengan kasar, dia menolak tubuh lelaki itu ke sofa sambil mengacukan senjatanya tepat ke kepala.

"Apa rancangan kamu malam ini?" soal Rayyan dengan suara yang datar tetapi tajam.

"Aku tak mahu cakap... aku sanggup mati daripada beritahu kau," jawab penjahat itu sambil menahan sakit.

Rayyan menghampirinya dan bersuara perlahan, "Semua mereka sudah mati... tinggal kau seorang saja. Apa yang aku nampak, kau tak ada jalan keluar. Dengan kaki cedera macam ni... tak susah untuk aku bunuh."

"Buatlah apa kau mahu buat... aku tak akan beritahu," balas penjahat itu dengan suara bergetar menahan takut dan sakit.

Rayyan menunduk sedikit, lalu menekan kuat luka lelaki itu dengan ibu jarinya. Teriakan kesakitan bergema di dalam rumah, membuatkan lelaki itu menggelupur bagai separuh nyawa. Rayyan hanya tersenyum kecil.

Selepas itu, dia berjalan ke dapur dan mengambil sebilah pisau.

Aku akan guna ini untuk menakutkan dia. Kalau terpaksa... aku akan siat kulit dia. Yang penting, dia bagi tau apa yang aku mahu... demi mu, Aliya... abang sanggup masuk kawasan gelap ini, untuk kita hidup aman kembali.
kata hati Rayyan

"Pisau ini... ada gunanya... harap maklum," kata Rayyan sambil menunjukkannya kepada musuh itu. Mata lelaki itu membesar, jelas ketakutan.

"Ok... ok... aku cakap... Kami... kami culik isteri kau dan paksa kau menyerah kepada kami... itu saja yang aku tahu," jawab lelaki itu tergagap-gagap.

"Tak cukup," balas Rayyan tegas. Dia mendekatkan pisau itu ke kaki musuhnya.

"Ok... ok... Saya dapat arahan dari chat... dan ada duit masuk ke dalam akaun bank saya. Jadi, saya bawa kumpulan sendiri untuk misi ni. Ada juga diberikan alamat dan peta... untuk ke tempat lepas kami culik isteri kau... itu saja yang saya tahu..." katanya lagi, nadanya penuh takut.

"Telefon," arah Rayyan.

Lelaki itu menghulurkan telefonnya dengan tangan menggigil. Rayyan mengambilnya sebelum pergi ke mayat seorang lagi musuh di dapur, lalu mengambil telefon bimbitnya dan menyerahkannya kepada lelaki yang cedera itu.

"Kau call polis... sekarang," arah Rayyan.

Penjahat itu terpinga-pinga, namun tetap menekan nombor kecemasan dan bercakap dengan operator polis. Selepas panggilan dibuat, Rayyan melangkah keluar dari rumah itu dan berjalan perlahan menuju ke pondok tempat dia menyorok sebelum ini. Waktu itu, fajar hampir menyinsing.

Dia mengeluarkan telefon Nokia lama yang diambilnya sebelum ini dan mendail satu nombor. Talian bersambung.

"Aliya, musuh semalam... kongsi gelap Serigala Merah," kata Rayyan perlahan.

"Iya... dan musuh di pejabat tadi... kongsi gelap Bulan Merah," balas Aliya di hujung talian.

"Buat cara yang mahir... empat hari dari sekarang, jumpa di pondok tempat kita pernah memancing," kata Rayyan, suaranya kedengaran tenang tetapi tegas.

"Wajah abang... wanted sebab bunuh VIP Jhan Doow," kata Aliya, nadanya sedikit bergetar. "Di sini pula... waja Kene bunuh pengawal pejabat."

"Faham," balas Rayyan sebelum mematikan panggilan.

Aku mula rindu Aliya... tapi aku kena selesaikan masalah ini dulu...
kata hati Rayyan

Sambil berjalan menuju ke pondok itu, dia mendail satu nombor lain dan menunggu. Tidak lama kemudian, suara lelaki itu kedengaran di hujung talian.

"Saiful... kau percaya aku?" soal Rayyan.

"Iya... aku percaya," jawab Saiful tanpa ragu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience