bab 9

Action Series 101

Aliya membelek fail kes pembunuhan seorang VIP berprofil tinggi. Matanya tajam meneliti setiap helaian, manakala fikirannya mula membentuk teori-teori awal.

“Mungkin dalam pasukan Kene sendiri ada pengkhianat… Macam mana pihak kongsi gelap boleh tahu ada saksi? Mungkin aku patut sertai Rayyan. Kalau aku terus ikut arahan Kene, dia akan terus siasat orang-orangnya sendiri. Itu cuma bertahan, bukan menyerang. Dan aku tak pasti nyawa aku mampu bertahan selagi kes ini terus dibiar tergantung. Pemburuan perlu bermula. Ini jalan buntu…”

Aliya menarik nafas panjang. Matanya merenung kosong ke luar tingkap pejabat.

Aku akan ke tempat yang Rayyan maksudkan lebih awal. Tapi… kalau saksi ini mati, kes ini akan terus tergantung begitu sahaja. Kecuali… aku paksa Kene siasat Encik David Deen — pesaing kepada VIP Jhan Doow. Mereka berada pada tahap dan pengaruh yang hampir setara.”

Sebaik Kene melabuhkan duduk di kerusi pejabatnya selepas selesai menyemak laporan kematian anggota kongsi gelap yang berlaku tengah hari tadi, Aliya bersuara tegas.

“Aku rasa kau patut siasat Encik David Deen. Mungkin dia tahu lebih daripada yang kita jangka.”

Kene memandang Aliya sambil menggeleng perlahan.

“Aku rasa kita takkan dapat berjumpa dengan dia. Untuk masuk dan temui dia, kita perlukan alasan yang kukuh. Tambahan pula, Perdana Menteri sendiri tidak membenarkan sesiapa menemuinya buat masa ini. Dia berada di hotel mewah dan sedang membuat persediaan untuk pertemuan rasmi.”

Aliya bersandar dan memandang Kene tajam.

“Ini bukan sekadar kes biasa. Ini kes tahap tinggi. Dan aku rasa... ada orang dalam pasukan kau yang mengkhianat,” katanya tanpa berselindung.

Nada suara Kene naik sedikit. Dia berdiri dan menghentak tangan ke meja.

“Kenapa kau cakap macam tu?”

Aliya hanya senyum nipis. Wajahnya tenang, suaranya tetap lembut namun mengandungi sesuatu yang mendalam.

“Sebab itu aku tak suka rapat dengan orang. Aku boleh baca ketakutan dalam ayat mereka. Sekarang, kau bercakap dengan nada dominan — itu petanda kau takut aku mengganggu kedudukan kau. Kau takut aku pandang rendah pada kau. Tapi aku bukan musuh kau, Kene. Tapi kalau kau terus begini... makin jelas yang kata-kata aku tadi ada kebenarannya.”

Kene terdiam. Wajahnya berubah, seolah-olah sedang memproses sesuatu yang berat dalam fikirannya.

“Kau nampak, kan?” sambung Aliya. “Kita tak ada jalan lagi. Satu-satunya pilihan yang tinggal ialah Rayyan. Kalau aku ikut dia, kes ini mungkin selesai kurang daripada setahun.”

Kene hanya diam. Perlahan-lahan dia duduk semula, tenggelam dalam keheningan fikirannya sendiri.

Tiba-tiba, pintu diketuk. Seorang anggota polis muncul di muka pintu dan memberi laporan tergesa-gesa.

Tuan! Kami terima laporan berlaku kejadian tembak-menembak. Kemungkinan besar melibatkan geng kongsi gelap.”

Aliya berpaling semula ke arah Kene. Matanya serius.

“Kan aku dah cakap… Kita hanya mampu bertahan. Sedangkan nyawa aku, saksi, dan juga kau — semuanya dalam pertaruhan.”

Aliya berdiri tegak sambil memerhati Kene yang sedang melangkah perlahan menuju ke pintu pejabat. Wajahnya serius, suaranya lantang menahan langkah itu.

"Kalau kau bukan salah seorang pengkhianat," katanya tajam, "kau kena bentuk satu pasukan untuk serang balas. Dan pastikan mereka terdiri daripada orang yang betul-betul kau percaya. Kita berdua sedang dalam bahaya, Kene. Kita terperangkap dalam kotak yang mereka cipta. Dan buktinya jelas — dua kali berturut-turut kau hanya bertindak selepas terima laporan. Bila kau nak melawan balik?"

Kene terhenti. Dia berpaling, matanya bertemu pandangan Aliya. Terdapat keraguan dalam sorotannya, namun tekadnya mula mengukuh.

“Aku tak akan pergi sendiri,” balasnya. “Aku akan arahkan anggota aku uruskan. Dan ya — aku akan bentuk pasukan aku sendiri. Aku akan hubungi atasan aku sekarang.”

JAM 7:10 MALAM
BILIK GERAKAN KHAS

Suasana dalam bilik gerakan itu tegang namun teratur. Paparan taktik digital menyala di skrin besar. Fail-fail bersusun di meja, manakala pegawai-pegawai keselamatan sibuk menyemak data terakhir. Inspektor Zulkifli berdiri di hadapan, memberi taklimat dengan suara tegas.

"Ini adalah Gulai, dan ini pula Geura." Jarinya menunjuk ke dua gambar individu di atas paparan skrin. “Mereka bukan ketua utama kumpulan kongsi gelap, tapi masing-masing ketua kawasan yang sangat berpengaruh. Kini, kita bentuk pasukan serangan berdasarkan permintaan Sarjan Kene.”

Beberapa anggota mula mengangguk, memahami seriusnya misi ini.

“Misi kita jelas — tangkap atau hapuskan mereka berdua sebelum mereka sempat bergerak lebih jauh.”

Zulkifli kemudian menoleh ke arah lelaki tegap berbadan sasa yang berdiri di sisi.

“Perkenalkan, ini ketua unit SWAT kita — Encik Rahman Adam. Tapi kalian boleh panggil dia ‘Dame’.”

Dame memerhati satu per satu wajah dalam bilik itu. Matanya tajam, suaranya dalam dan penuh keyakinan.

“Jam satu pagi nanti kita bergerak,” katanya ringkas. “Lokasi dijangka tempat persembunyian Gulai. Semua, sila bersurai dan bersedia.”

Aliya tersenyum nipis sambil matanya tertumpu pada meja kerja Kene. Di sebalik tenangnya wajah, fikirannya berkecamuk. Banyak yang sedang dipertimbangkan, terlalu banyak yang belum pasti. Dan seperti biasa, kata hatinya berbisik... tajam dan jujur.

Aku sendiri tak pasti sama ada Kene itu pengkhianat ataupun tidak. Kadang-kadang dia kelihatan seperti mangsa keadaan. Tapi kalau dia terus menentang setiap cadangan aku… itu sudah cukup sebagai bukti untuk aku faham siapa dia sebenarnya.”

Perlahan-lahan Aliya melabuhkan duduk, seolah-olah cuba mengukuhkan tekad yang makin bergolak dalam dada.

Sekarang, dengan pasukan yang dibentuk oleh Inspektor Zulkifli, pergerakan Kene menjadi semakin terbatas. Mereka sudah mula bermain secara taktikal… dan aku juga akan bermain. Aku akan tunggu. Empat hari lagi. Selepas itu, aku akan sertai Rayyan.”

Aliya mengangkat wajahnya, memandang keluar ke langit malam yang kelam dan penuh tanda tanya.

Saksi itu… biarlah Tuhan tentukan nasibnya. Jika dia selamat, itu takdir. Jika tidak — dunia ini memang tidak pernah adil.

Aliya menutup mata sejenak. Wajah Rayyan terlintas dalam mindanya, bersama segala kenangan dan kepercayaan yang pernah terbina.

“Rayyan sayang... aku harap kau mampu bertahan dengan dugaan ini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience