Aliya sedang mencuci pinggan dan mangkuk apabila tiba-tiba telefon bimbitnya yang diletakkan tidak jauh daripadanya berdering.
Dia melihat ke arah skrin. Terdapat nombor yang tidak dikenali, namun dia tetap menjawab panggilan itu. Dalam fikirannya, mungkin panggilan itu penting.
“Hello,” kata Aliya setelah mengangkat panggilan tersebut.
“Hello,” kata Aliya setelah mengangkat panggilan tersebut.
Dia mendengar suara seorang lelaki bercakap dengan tenang di hujung talian.
“Situasi sekarang… baru balik dari kem tentera. Kereta kena langgar dari belakang, kemalangan dirancang. Ada lima orang bawa pistol pemburu. Satu tewas, dan ambil pistol dan terlefon, ada kenderaan lalu lima belas minit tadi , tapi itu bukan polis. Keluar ikut pintu belakang, jalan terus sampai jumpa pondok.
Suara itu berhenti seketika dan berkata kembali
"Perjalanan ambil masa tiga puluh lima minit ke lokasi pondok."
Selepas itu, talian dimatikan.
Ini suara Rayyan… dan begini caranya bercakap seperti biasa. Tapi dia cakap ada kenderaan mahu datang sini yang bukan polis, dan dia cakap dia baru balik dari tiga hari operasi… jadi siapa yang bersama aku selama tiga hari ini… dan siapa yang membunuh VIP itu…
Aliya segera berlari masuk ke biliknya, mengambil jaket, kemudian dia mencapai pisau di dapur sebelum keluar melalui pintu belakang. Dia terus berjalan menuju ke arah hutan di belakang rumah.
Gelapnya hutan ni… sekarang waktu senja, sudah hampir malam. Apa sebenarnya yang sedang berlaku… terlalu banyak persoalan tentang aku dan Rayyan…
Sambil itu, Aliya melangkah perlahan dan berhati-hati menelusuri hutan yang semakin gelap.
Setelah lama berjalan, akhirnya Aliya tiba di pondok itu dengan keadaan berpeluh dan termengah-mengah akibat kepenatan.
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti seseorang sedang berjalan. Namun, kerana malam begitu gelap dan hanya disinari cahaya bulan, dia tidak dapat mengecam siapa gerangan.
“Jangan dekat… kalau kau dekat, aku bunuh,” kata Aliya dengan suara yang bergetar. Jantungnya berdegup kencang, adrenaline memenuhi seluruh tubuhnya, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Lama sangat…” kedengaran suara seorang lelaki.
“Rayyan… sayang, itu awak?” kata Aliya, lalu dia segera berlari mendapatkan Rayyan dan memeluknya erat. Dalam pelukan itu, Aliya bertanya lagi dengan nada cemas.
“Apa yang sebenarnya terjadi?”
Rayyan, suami Aliya, turut membalas pelukan isterinya. Tangannya mengusap belakang Aliya perlahan, cuba menenangkan wanita itu sebelum dia menjawab.
“Tak tahu… tapi yang kejar kita bukan polis. Dekat CCTV bawah pondok ni ada TV…”
Rayyan menyerahkan sepucuk pistol kepada Aliya dan berkata lagi.
“Guna kepakaran masing-masing. Masuk lorong bawah pondok ni, ada jalan bawah tanah abang buat masa mula-mula tinggal sini. Jalan terus sampai jumpa jalan keluar. Musuh akan sampai dalam empat minit lagi.”
Aliya segera masuk ke dalam pondok.
Matanya melilau mencari pintu yang menghubungkan jalan ke bawah tanah itu.
Sebelum Aliya sempat masuk ke laluan bawah tanah itu, setelah dia menemui pintunya, dia terdengar suara Rayyan berkata,
“Jalan terus… dan kalau dengar apa-apa sepanjang jalan, jangan peduli. Jalan saja.”
Pada masa yang sama, Rayyan sedang memeriksa senapang patahnya yang telah diubah suai menjadi senjata senyap.
Aliya menuruni tangga menuju ke bawah tanah dengan langkah yang berhati-hati.
Abang… kenapa semua ini terjadi? Aku masih tak faham apa-apa. Tapi tadi pun nampak macam abang sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku…
Sampai di bawah, dia melihat sebuah televisyen yang menayangkan rakaman CCTV. Pada skrin itu kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam sedang bergerak di kawasan pondok.
Aku sebenarnya risau… tapi Rayyan cakap jalan saja terus. Aku tak ada pilihan lain. Kalau aku bantu dia pun, aku hanya akan jadi beban kepada dia. Baik aku jalan terus ikut lorong ni dan pergi ke pejabat untuk siasat apa yang sebenarnya terjadi…
Aliya meneruskan perjalanannya. Di dalam lorong bawah tanah itu, terdapat lampu malap yang menerangi laluan, menjadikan suasana di situ suram dan menakutkan.
Sebelum Aliya sempat masuk ke laluan bawah tanah itu, setelah dia menemui pintunya, dia terdengar suara Rayyan berkata,
“Jalan terus… dan kalau dengar apa-apa sepanjang jalan, jangan peduli. Jalan saja.”
Pada masa yang sama, Rayyan sedang memeriksa senapang patahnya yang telah diubah suai menjadi senjata senyap.
Aliya menuruni tangga menuju ke bawah tanah dengan langkah yang berhati-hati.
Abang… kenapa semua ini terjadi? Aku masih tak faham apa-apa. Tapi tadi pun nampak macam abang sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku…
Sampai di bawah, dia melihat sebuah televisyen yang menayangkan rakaman CCTV. Pada skrin itu kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam sedang bergerak di kawasan pondok.
Aku sebenarnya risau… tapi Rayyan cakap jalan saja terus. Aku tak ada pilihan lain. Kalau aku bantu dia pun, aku hanya akan jadi beban kepada dia. Baik aku jalan terus ikut lorong ni dan pergi ke pejabat untuk siasat apa yang sebenarnya terjadi…
Aliya meneruskan perjalanannya. Di dalam lorong bawah tanah itu, terdapat lampu malap yang menerangi laluan, menjadikan suasana di situ suram dan menakutkan.
Aliya terus berjalan di dalam lorong yang suram itu. Sesekali, dia menoleh ke belakang seperti terasa ada seseorang sedang mengekori. Kadang-kadang, dia terdengar suara perempuan memanggil-manggil namanya dari arah belakang.
Setiap kali rasa geramnya memuncak, dia melepaskan tembakan ke arah suara itu tanpa berpaling lama.
Mengacau saja kau… bising, buat ganggu aku.
Adrenalinenya masih tinggi sejak tadi,
membuatkan setiap langkahnya laju dan penuh kewaspadaan.
Tidak lama kemudian, dia sampai di hujung terowong tersebut. Perlahan-lahan, dia keluar dan mendapati bunyi kereta lalu-lalang jelas kedengaran di telinganya. Dia berjalan sambil kadang-kadang berlari kecil menuju ke sisi jalan raya.
Setibanya di tepi jalan,
Aku rasa aku dah sampai pekan ni… kebetulan jaket aku ni ada dompet, boleh la aku naik kereta sapu pergi pejabat aku.
Dia meneruskan langkah hingga tiba di kawasan menunggu kereta sapu dan bas yang menuju ke bandar.
“KK! KK!” teriak beberapa orang lelaki, memberitahu bahawa kenderaan itu akan bertolak ke Kota Kinabalu.
Aliya mendekati seorang pakcik yang sedang memanggil penumpang.
“Tambang pergi KK berapa?” tanya Aliya.
“RM23,” jawab pakcik itu.
“Ok,” balas Aliya sambil menghulurkan wang tambang.
“Penuh sudah, boleh jalan terus,” kata pakcik itu kepada pemandu kereta sapu sambil mengambil duit yang diberikan Aliya tadi.
Setelah sampai di Kota Kinabalu, Aliya berjalan kaki menuju ke pejabatnya.
Selepas lebih tiga jam perjalanan, akhirnya dia tiba di hadapan pondok pengawal pejabat. Aliya hanya tersenyum memandang pengawal yang bertugas, dan pengawal itu turut membalas senyumannya. Namun pada masa yang sama, dalam dirinya masih terasa ketegangan yang belum surut.
Sesampai sahaja di pejabat, Aliya duduk seketika, termenung sambil berfikir. Tidak lama kemudian, dia berdiri dan menuju ke tingkap sebelum menghubungi Kene.
Aliya mendengar bunyi tut...tut... di hujung talian. Tiba-tiba, sebuah van berhenti di hadapan pondok pengawal. Kelihatan beberapa orang lelaki keluar dari van tersebut. Mata Aliya yang memerhati dari tingkap mengecam wajah mereka. Serentak itu, panggilannya bersambut.
“Hello, kenapa call malam-malam ni, ha?” suara Kene kedengaran di hujung talian.
“Laki kau kan pembunuh dalam buruan,” sambung Kene.
Aliya masih diam membisu, matanya terus memerhati lelaki-lelaki yang keluar dari van itu. Dia terpaku apabila melihat salah seorang daripada mereka memiliki wajah yang sama seperti Kene, sambil memegang pistol. Lelaki itu kemudian menembak pengawal di pondok. Rakan-rakan pasukan lelaki itu mula mara memasuki halaman depan pejabat Aliya.
“Kene, kau di mana sekarang?” tanya Aliya dengan nada cemas.
“Aku dekat balai la… kenapa?” jawab Kene tenang.
“Ada orang muka sama macam kau bunuh pengawal depan pejabat aku… kalau kau di balai, jadi siapa depan aku ni?” soal Aliya, suaranya bergetar menahan terkejut.
“Kau mabuk kah?! Tapi… dia bunuh pengawal tu guna muka aku!” kata Kene dari talian, kedengaran seperti terkejut juga.
Aliya segera mematikan panggilan dan terus mengambil gambar lelaki yang memiliki wajah sama seperti Kene. Dia menghantar gambar itu melalui WhatsApp kepada Kene.
Tidak lama kemudian, Kene membalas.
Siapa itu? Aku di balai polis. Aku datang sana, kau lari sekarang, jangan tunggu, lari!
Aliya segera bergegas melarikan diri dari pejabat itu. Namun, dia terdengar bunyi orang sedang berjalan di bawah sedangkan dia berada di tingkat tiga.
Kalau ikut logik… tangga dan lif dekat dengan sini… musuh mesti naik ikut situ…
Aliya memerhatikan sekeliling, mencari jalan keluar lain. Matanya tertancap pada tingkap belakang pejabat. Dia membuka tingkap dan mendapati terdapat saluran paip PVC berwarna putih di luar bangunan.
Aliya memerhatikan sekeliling, mencari jalan keluar lain. Matanya tertancap pada tingkap belakang pejabat. Dia membuka tingkap dan mendapati terdapat saluran paip PVC berwarna putih di luar bangunan.
Dia membuka kasutnya dan membuangnya ke kawasan lain bagi mengelirukan musuh. Perlahan-lahan, dia berpaut pada paip PVC itu dan mula menuruni bangunan. Sesampainya di bawah, dia berlari menuju pagar dan memanjatnya. Dia berhati-hati agar besi tajam di hujung pagar itu tidak mencederakan badannya.
Selepas itu, dengan berkaki ayam, Aliya terus berlari menjauh dari bangunan pejabat. Dalam hatinya, dia tahu… mungkin tiada siapa pun lagi yang tinggal di dalam pejabat itu sekarang.
Share this novel