Rate

9

Romance Series 12280

Aku pandang Megat yang sedang menikmati aiskrim di hadapan aku. Dah tua-tua pun suka makan aiskrim. Kalah aku yang muda ni. Adik aku pun satu… Kenapa lama sangat duduk kat kedai buku tu?

“Awak nak sikit ke?

“Hah? Apa?”

“Aiskrim ni. Awak nak sikit ke?”

Ceh! Dia ingat sweet ke nak kongsi aiskrim dengan aku?

“Tak nak lah. Manis sangat.”

“Nak rasa sikit tak?”

Aku menggelengkan kepala beberapa kali.

“Betul ni? Rasalah sikit. Sedap tau!”

Megat menyuakan aiskrim cawan dia betul-betul di hadapan muka aku. Nak tak nak terpaksalah aku menjamah sedikit aiskrim tersebut.

Megat tersenyum.“Eleh… Mahu tapi malu…”

Hesy! Dia saja nak kenakan aku tau!

“Tak ada maknanya lah! Awak makan manis-manis ni. Tak risau ke kena penyakit kencing manis? Awak kan dah tu… Berumur.”

Nak cakap tua… Takut kecil hati pula. Orang tua kan sensitif. Terpaksa lah cakap berlapik sikit.

“Nak cakap saya dah tua lah tu. Umur saja tua, fizikal saya muda lagi.”

Aku mencebik. Memang betul pun apa dia cakap. Umur 38 tahun bagi seorang lelaki, bukan lah tua mana pun. Kalau kahwin, masih boleh dapat zuriat lagi kalau Allah izinkan.

“Lagipun… Bukan selalu saya makan makanan yang manis-manis. Jarang sangat. Tiap-tiap tahun saya buat pemeriksaan kesihatan tau! Awak tu hah…”

Aku pandang Megat. “Saya? Kenapa?”

“Saya tak pernah nampak awak bersenam. Sesekali kena keluar bersenam juga. Bagi keluar peluh. Barulah sihat.”

Eh… Diia nak nasihat aku pula.

“Hari-hari peluh saya keluar tau! Saya jemur kain tu, awak ingat tak keluar peluh ke?”

Megat tertawa. “Iyalah…”

“Betul lah!”

“Iya… Perempuan mana pernah salah.”

“Hesy…”

Megat tertawa lagi.

Pakcik ni memang suka kenakan aku tau! Nasib baik handsome!

“Rai. Saya nak tanya sikit. Boleh?”

“Hmm… Apa?”

“Kenapa awak tak suka Eyra jadi kakak ipar awak?”

Aku menghela nafas panjang. Sebenarnya, aku dah malas nak isukan topik ni. Malas dah nak ambil kisah antara Angah dengan Eyra. Lantak lah dia orang nak bercinta ke nak putus ke…

“Sebab… Dia kawan baik saya dan juga pekerja saya. Apa-apa masalah ke luahan hati ke apa, mesti saya cerita pada dia. Cuba awak bayangkan…"

Megat berikan sepenuh perhatiannya pada aku saat ini tanpa mencelah. Bagus pula dia kali ini. Boleh menjadi pendengar yang setia.

“Bayangkan kalau dia betul-betul jadi kakak ipar saya. Kalau saya nak mengadu, tak puas hati ke apa fasal adik beradik saya, saya nak cerita pada siapa? Tak kan saya nak cerita pada dia? Mesti lah nanti dia cerita pada abang saya kan?”

Megat mengangguk setuju.

“Haa… Sebab itulah…” Sambung aku lagi.

“Awak kena cari seorang pendengar setia yang lain lah.”

“Awak ingat senang ke? Saya dengan Eyra tu kawan sejak sekolah tadika lagi tau! Siapa yang nak ganti tempat dia?”
“Saya.”

Aku pandang Megat atas bawah. Boleh percaya ke dia ni?

“Berapa lama sangat lah awak duduk sebelah rumah saya tu? Setahun saja kan? Lepas setahun? Tak kan nak cerita dalam telefon? Mana puas nak cerita!”

“Kalau macam tu… Jadikanlah saya pendengar setia awak untuk forever.”

Maksudnya apa? Forever?

“Hah? Forever? Mana lah boleh… Nanti kalau awak dah berkahwin, tak kan saya nak cerita masalah saya pada awak juga? Masa tu pun nanti… Awak dah tak ada masa nak dengar masalah saya. Iyalah, mestilah nak layan isteri, kena jaga hati dia. Mana boleh berhubung dengan perempuan lain. Gila ke apa?”

Megat tertawa lagi. Aku tak tahu lah apa yang kelakar. Mudah terhibur betul pakcik ni.

“Kalau macam tu… Awak jadilah isteri saya. Saya akan setia mendengar semua kata-kata yang keluar dari mulut awak.”

“Manalah bo… Hah?! Apa awak cakap?! Isteri?!”

Megat tersenyum sambil mengangguk. Pakcik ni tengah melamar aku ke apa sekarang ni? Biar betul? Mimpi ke? Mesti dia nak kenakan aku lagi.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi.

“Halo? Assalamualaikum. Kak Rai. Akak kat mana? Yan dah siap ni.”

Selepas Yan telefon, kami terus berangkat pulang ke rumah. Kata-kata Megat masih bermain di kepala aku. Aku yakin dia hanya nak mengenakan aku saja. Tak kan lah dia betul-betul sukakan aku macam yang Biha katakan. Dia doktor kut! Aku ni? Tak ada apa yang nak di banggakan kalau berkahwin dengan seorang Raisha Medina. Merepek betul!

Tapi malam itu…

Megat - Jangan terburu-buru buat keputusan. Buat solat istikharah dulu. Take your time. I'm always here waiting for you.

Ah doktor ni…

Rai - Awak buat lah dulu solat istikharah.

Dia suruh aku buat. Dia buat lah dulu.
Megat - Saya dah lama buat.

Rai - Dah dapat petunjuk ke?

Aku nak tahu juga petunjuk macam mana yang dia dapat.

Megat - Mestilah dah.

Rai - Apa petunjuknya?

Megat - Rahsia.

Hesy… Malas aku layan orang tua ni. Mesej dia aku biarkan tak berbalas. Menyakitkan hati saja! Cubalah jawab betul-betul. Ini tidak, ada saja jawapan dia yang menyakitkan hati. Bencilah! Patutlah tak kahwin-kahwin lagi!

“Raisha Medina!”

Apalah mak aku nak malam-malam ni? Aku baru nak baring.

“Iya mak…!”

“Sini sekejap. Pakai tudung sekali.”

Aduhai… Aku rasa kat rumah ni, mak hanya nampak aku seorang saja. Sebab nama aku saja yang selalu emak sebut. Yang lain tu? Halimunan lah kut!

“Ada apa, em… Eh? Awak buat apa kat sini?”

Aku turun saja di dapur, elok saja Megat sedang duduk bersebelahan dengan ayah sambil minum kopi. Sejak bila dia orang jadi kawan mengopi ni? Kat rumah aku pula tu!

Megat tersengih-sengih. “Minum kopi.”

“Dah tak ada tempat lain ke nak minum kopi? Kenapa kat rumah saya pula?”

Emak mencubit tangan aku.

“Apa lah cakap dengan tetamu macam tu? Sini duduk.”

Megat tersenyum.

“Tak apalah, makcik. Bila kita ada, dia benci. Bila dah tak nampak depan mata, baru dia tercari-cari.”

Eh… Bila masa pula aku cari dia?

“Orang perempuan… Memang macam itu… Kalau suka pun, dia tak terus mengaku suka. Bila kita dah tak ada depan mata, baru dia terhegeh-hegeh kejar kita.”

Eh? Ayah ni nak menambah-nambah pula. Tak fasal-fasal dengan emak sekali naik angin.

“Abang ni nak mengata saya ke?”

“Laaa… Kan kita tengah bercakap fasal Rai. Yang awak nak terasa ni kenapa?”

Aku duduk menghadap emak dan ayah. Aku rasa pertarungan kali ini akan di menangi oleh emak. Perempuan… Mana pernah salah!

“Iyalah… Dah Abang cakap tadi ‘orang perempuan’. Saya pun perempuan juga. Mestilah saya terasa.”

Ayah pandang aku dan Megat silih berganti. Aku mencebik pandang ayah. Megat pula hanya tersenyum.

“Iyalah-iyalah… Abang minta maaf. Abang salah cakap.”

See? Kan aku dah cakap. Perempuan mana nak kalah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience