Rate

7

Romance Series 12280

Sunyilah pula bila tak ada kawan gaduh kat rumah sebelah. Itulah orang kata… Bila jauh bau bunga, bila dekat bau tahi! Sekejap, ada kaitan ke?

“Ada…”

“Hah? Ada apa?”

Aku rasa aku cakap dalam hati saja. Takkan dia dengar kut?

“Dengarlah!”

Aku pandang Angah.

“Rai bukan cakap dalam hati. Tapi bermonolog sendiri secara lisan dengan suara yang agak perlahan.”

Tudiaa! Peguam syarie ni siap terangkan lagi. Cakap sajalah dengar, bukannya aku tak faham!

Aku garu kepala. “Angah tak kerja ke hari ni?”

“Tak… Ambil cuti.”

“Tak sihat ke?”

“Sihat…”

“Dah tu?”

“Penat bercakap kat mahkamah.”

Aku ingatkan abang aku seorang ni tak tahu erti penat bila bercakap.

Tiba-tiba, angah baling kusyen tepat kena kepala aku. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Apa salah aku? Aku terus pandang dia.

“Angah dengarlah.”

“Hesy…!”

Dia ni… Ada deria keenam ke apa?

“Rai tak pergi kafe ke?”

“Tak… Nak rehat.”

Masam saja muka angah.

“Dah kenapa buat muka macam tu?”

“Baru nak pergi kafe. Buat-buat beli kopi.”

“Pergi ajelah. Eyra kan ada. Bukan kafe tak buka pun…”

“Yes!”

Angah terus tersenyum. Peliklah dia ni! Dah kenapa dengan abang aku seorang ni? Selalu dia malas nak keluar kalau cuti. Kalau teringin sangat nak kopi, dia akan paksa aku buat di rumah. Buang tabiat ke?

“Nak pergi mana?”

“Pergi kafe. Beli Eyra.”

“Hah?”

“Eh, Beli kopi.”

Dahi aku berkerut. Takkan lah dia orang ni ada apa-apa hubungan kut? Setahu aku, Eyra tak minat sangat dengan angah sebab suka sakat dia. Melainkan…

“Zafeyra…!”

“Assalamualaikum. Ya, Cik Rai? Boleh saya bantu?”

“Waalaikumussalam. Semalam, abang aku ada datang ke sini?”

“Abang kau yang mana satu?”

Eh… Dia buat-buat tanya pula!

“Si peguam tu lah…”

Eyra tersengih.

“Oh… Ada. Kenapa?”

“Dia buat apa?”

“Beli kopi lah.”

“Pandai pula kau buat kopi?”

“Setakat kopi O kaw yang dia minta tu, pandailah aku buat. Kalau latte tu mana aku reti.”

Aku pandang tepat pada mata dia.

“Betul… Aku tak tipu…”

“Bukan kau tak suka ke abang aku yang peguam tu? Selalu kalau datang rumah aku, ada si peguam tu… Kau merungut tak sudah. Semalam aku tak ada terima sebarang mesej atau panggilan rungutan pun daripada kau.”

Eyra ketap gigi.

“Bila aku cakap yang aku tak suka dia? Lagipun, bukan dia tak bayar pun, kan dia bayar. Nak merungut buat apa?”

Aku kecilkan mata sambil pandang dia.

“Jadi, kau suka dia lah?”

“Suka.”

“Hah?!”

“Eh…”

Ceh! Pandai dia orang berlakon depan aku ya? Entah-entah angah tu pun sama macam dia. Aku syak… Dia orang suka sama suka!

“Tapi Eyra… Abang aku tu dah berumur. Dia 34 tahun tau! Bukan 24 tahun! Aku ulang… 34 tahun!”

“Hesy… Kau ni! Tak payah lah cakap kuat-kuat. Aku dengarlah.”

Dengar rupanya. Tapi dia buat macam aku tengah bercakap sorang-sorang aje!

“Abang aku dah tua, Eyra.”

“Aku tak kisahlah. Kau dengan Dr. Megat tu? Tak apa pula?”

Hah?! Apa kaitan dengan aku pula?

“Kenapa dengan aku?”

“Kau dengan Dr. Megat… Beza 10 tahun tau! Dia lagi tua dari Along kau.”

Betul juga! Umur Along sekarang 36 tahun. Eh? Tapi apa kaitan dengan aku pula?

“Apa masalahnya? Aku bukan bercinta pun dengan dia.”

“Sekarang memang lah belum. Tapi… Coming soon!”

Hesy! Nak juga dia menang.

“Tak adanya lah…”

“Kau tak suka ke kalau aku jadi kakak ipar kau?”

Aku jeling Eyra. Aku bukan tak suka… Dia kan kawan aku sekali gus merangkap pekerja aku. Kalau dia kahwin dengan abang aku, dia dah jadi kakak ipar aku. Pangkat dia dah lain. Macam mana aku nak arah-arah dia buat kerja di kafe? Kalau aku nak mengadu tentang adik beradik aku, takkan aku nak cerita pada dia? Mestilah nanti dia cerita pada abang aku. Hah! Macam sekarang ni, aku nak cerita pada siapa tentang dia dengan angah? Hesy! Mana boleh simpan sorang-sorang. Nanti aku stress tau!

Ding! Ding!

Aku dan Eyra pandang ke arah pintu serentak. Megat yang baru saja melangkah masuk terkejut melihat kami berdua.

“Err… Assalamualaikum. Saya datang salah masa ke?”

“Waalaikumussalam. Nak pesan apa?” soal aku tanpa menjawab soalannya.

“Macam biasa. Coffee latte satu.”

Aku terus mengambil cawan untuk membuat air yang dipesan. Manakala Eyra pula mengelap meja yang diduduki Megat. Suasana sepi seketika sebelum Megat memecah kesunyian.

“Rai. Eyra. Kau orang bergaduh ke apa?”

Aku meletakkan kopi di atas mejanya dengan berhati-hati. Kemudian, aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan nya.

“Megat. Saya nak tanya awak. Kalau kawan baik awak sendiri nak kahwin dengan kakak awak, awak setuju tak? Awak tak kisah?”

Megat memandang Eyra yang berada tidak jauh dari situ. Kemudian, dia memandangku semula.

“Saya minta maaf, saya tak dapat nak jawab soalan tu sebab saya tak ada adik beradik.”

“Hesy… Bagi ceramah motivasi panjang lebar tu boleh. Minta jawab soalan ringkas tak boleh pula.”

Nak minta pendapat pun susah! Aku terus bangun meninggalkan dia yang kelihatan terpinga-pinga. Aku tak tahu lah kenapa aku emosi sangat. Allah nak bagi cuti agaknya.

“Aku balik dulu lah.”

“Iyalah. Balik tu terus ambil wudhu. Biar lari syaitan-syaitan yang menghasut tu.” Pesan Eyra.

Eh dia ni… Saja nak cari fasal lah tu! Entah-entah, badan dia yang banyak syaitan. Nak cakap aku pula. Aaarrrggghhh! Angah tu pun satu. Tak ada orang lain ke? Kawan aku juga dia nak suka. Bunga bukan sekuntum.

“Memanglah bunga bukan sekuntum. Dan sekuntum bunga yang dipilih tu tak sama dengan kuntuman bunga yang lain. Mesti ada keistimewaan yang ada pada dia dan hanya angah seorang yang nampak.”

Tak fasal-fasal aku bergosip dengan abah tentang angah di gazebo luar rumah. Selepas abah pulang dari masjid, aku terus ajak abah bersembang di luar. Siap rasuah air kopi dengan keropok lekor lagi.

Aku mencebik. Iyalah tu…

“Kadang kala, Allah tak beri apa yang kita nak sebab bukan semua yang kamu suka itu baik untuk kamu. Dan bukan semua yang kamu tidak suka itu tidak baik untuk kamu. Faham maksud abah?”

Aku mengangguk perlahan. Tapi masih membisu.

“Kamu bayangkan. Kalau angah pilih perempuan lain. Kita tak tahu perangai dia macam mana. Belum tentu kamu boleh ‘sekepala’ dengan dia. Kalau Eyra… Sudah tentu ‘sekepala’ dengan kamu.”

Aku tarik nafas berat. “Tapi abah… Dia pekerja Rai. Tak sedap lah nanti Rai nak arah-arah dia buat itu ini. Macam mana kalau angah ajak dia pindah rumah lain? Siapa pula nak kerja dengan Rai?”

Abah tertawa. Entah apa yang kelakar.

“Sewaktu kerja, anggap saja dia pekerja macam sekarang ni. Suatu masa nanti, kalau dia tak kahwin dengan angah sekali pun… Dia tetap akan berkahwin juga dengan orang lain. Kamu pun macam itu juga. Sampai masa, jodoh kamu tiba, kamu pun akan berkahwin juga. Hah! Abah rasa macam dah dekat saja jodoh kamu.”

Ah sudah! Tak fasal-fasal sebut fasal jodoh aku pula. Tiba-tiba…

“Assalamualaikum, Pakcik.”

Hesy… Mamat ni lagi. Kacau betul! Tak ada orang lain ke?

Abah tersenyum pandang aku sekilas sebelum menjawab salam.

“Waalaikumussalam… Megat. Panjang umur. Ada apa?”

Hesy… Abah ni…

“Kenapa? Baru lepas mengumpat saya ke? Saya nak bagi buah mangga ni.”

Abah tertawa. “Tak adalah… Jemput duduk. Jom minum kopi yang Rai buat ni. Masih hangat lagi.”

Megat pun duduk menghadap abah. Aku terus bangun tanpa memandang dia.

“Rai masuk dulu lah Abah. Nak sambung buat kerja.”

“Hah iyalah.”

Entah apa yang mereka sembangkan sampai pukul 11 malam baru abah masuk ke dalam rumah. Sesekali terdengar suara mereka tertawa bersama. Amboi… Bukan main lagi. Seronok ya? Mujur, abang-abang aku ada kerja. Kalau tidak, mesti mereka dah turut serta. Kalau dah semua berkumpul, lagi lambatlah mereka masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience