Balik dari kafe, aku nampak kereta Megat sudah ada di halaman rumahnya. Tak tunggu lama, aku segera ke sana.
“Assalamualaikum!”
Senyap.
Tidur ke apa mamat ni? Mana elok tidur lepas asar. Buka pintu pun lambat. Besar sangat ke rumah Nek Som ni sampai kena tunggu beberapa minit baru sampai ke pintu?
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam! Sekejap!”
Pintu dibuka. Dan sekali lagi aku nampak badan sasanya.
“Aaarrrggghhh!!!” Aku jerit sambil menutup muka dengan kedua tapak tangan.
“Sorry! Sorry! Sekejap.”
Megat masuk kembali ke dalam rumahnya. Tak lama kemudian, dia keluar kembali.
“Awak ni! Tak malu betul lah! Orang dah pesan kalau keluar pakai baju. Susah sangat ke pakai baju?!”
Terkejut Megat. Mulut Rai macam bertih jagung. Dia baru buka pintu dah kena marah.
“Saya minta maaflah… Awak yang datang semasa saya tengah mandi. Bila saya mandi saja, awak datang. Bila awak datang saja, saya tengah mandi. Bukan nampak aurat pun. Kan saya dah pakai seluar. Tutup pusat lagi.”
Manalah aku tahu dia tengah mandi.
“Memang lah. Tapi…”
“Tapi apa? Tak kan awak tergoda kut dengan badan orang tua macam saya ni?” Soal Megat sambil tersenyum sinis. Rai menggumam perlahan.
“Ingat saya tak ada taste ke?”
“Dah tu? Tak payahlah nak marah sangat. Jangan marah-marah. Nanti cepat tua. Saya jarang nak marah-marah. Tengok muka saya ni, macam sebaya awak kan?”
Megat sengaja mahu menyakat Rai. Dia suka tengok muka Rai merah bila marah dan malu. Rai terus melangkah untuk pulang. Merajuk lah pula. Baru tegur sikit dah merajuk. Tetap tak berubah.
“Raisha Medina! Awak datang ke sini untuk bagi salam saja ke?”
Aku berpaling. Aku terlupa sudah apa tujuan asal aku ke sini tadi. Aku patah balik ke rumahnya.
“Nah! Siang tadi kata suruh buat lebih.”
Aku menyerahkan sebungkus plastik jernih yang berisi pavlova.
“Wah… Awak bagi betul-betul lah. Lain kali boleh lah saya request yang lain pula.”
Aku menjulingkan mata. “Dah lah. Saya nak balik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Megat sambil tersenyum melihat Rai yang semakin lama semakin jauh dari rumahnya.
Macam mana lah Rai boleh lupa tentang dia? Sedangkan dulu mereka boleh dikatakan rapat sewaktu di UKM. Tamat saja pengajian Rai di sana, mereka terus terputus hubungan. Bukan dia tak cuba untuk mencari tahu tentang Rai. Puas dia menghubungi nombor Rai, tetapi tidak aktif. Dia menyangkakan Rai sengaja tidak mahu menghubunginya kerana segan untuk berkawan dengan orang yang tua sepuluh tahun dari dia pula tu. Tetapi bila melihat Rai yang sekarang… Jelas yang Rai memang tidak mengenalinya langsung. Ada hikmah dia kesini. Dia tidak menyangka ternyata Raisha Medina ada disini. Sebelah rumah pula tu! Tidak sia-sia dia membuat solat istikharah sebelum membuat keputusan untuk ke sini. Percaturan Allah itu yang terbaik!
“Kamu ke mana Rai? Kereta dah lama sampai, tapi tuan kereta tak reti-reti nak masuk rumah.”
Aku tersengih. “Pergi… Rumah… Tu…”
“Tu siapa?”
“Rumah…”
Kalau aku cakap rumah Megat Raihan, agak-agak kena marah tak ya?
“Siapa?!”
“Me… Megat.” Tergagap aku menjawab.
“Buat apa pergi sana? Kamu jangan buat bukan-bukan, Rai.”
“Tak lah… Siang tadi, Megat nak pavlova. Itu yang balik dari kafe, Rai terus hantar.”
“Oh… Ingatkan saja pergi rumah dia. Kalau saja-saja nak pergi, tak payah. Tunggu halal dulu.”
“Hah? Halal?”
“Iyalah… Menikah dulu. Emak suka dengan Megat tu. Hormat orang. Walaupun dia tu ada jawatan pengurus tadika, dia tak sombong.”
Aku mencebik. Boleh tahan tinggi juga emak aku berangan. Gajah pun boleh terbang!
“Dia tu bukan pengurus biasa, emak. Megat tu ada pangkat doktor tau! Emak jangan nak berangan lah nak jadikan dia menantu. Kita dengan dia, tak sekufu!”
Bulat mata emak. “Doktor? Jadi, dia Dr. Megat Raihan lah?”
Aku mengangguk sambil mengunyah cucur udang yang baru siap emak goreng.
“Kita kena panggil dia doktor lah?” soal emak lagi.
“Ha’ah. Tapi dia tak bagi panggil dia doktor. Dia kata panggil Megat saja.”
“Hah tengok! Bagus orang macam tu, Rai. Dia merendah diri. Elok lah tu! Pergi hantar cucur ni pada dia.”
“Eh, emak ni… Dah maghrib, emak. Orang tu dah pergi masjid agaknya.”
Dan dan nak hantar cucur udang bila tahu Megat tu ada pangkat doktor.
“Iya ke?”
“Iya… Rai nak mandi dulu lah.”
Cepat-cepat aku menghilangkan diri ke bilik. Buatnya emak aku pergi tengok kereta Megat ada lagi, aku juga kena paksa hantar cucur udang tu pada orang tua tu. Semakin hari, semakin pelik pula Dr. Megat Raihan ni. Betul ke dia kenal aku? Entah-entah dia tipu. Dia kan suka kenakan aku.
Aku nak tanya Biha, hilang pula nombor dia. Aku tak ada ramai kawan, dalam kelas dulu pun aku rapat dengan Biha saja. Biha pun sekarang dah jadi pensyarah juga di UKM. Aku saja masih duduk dalam kampung ini. Emak tak bagi aku kerja jauh-jauh. Tak tahu lah kenapa. Nasib baiklah tuhan anugerahkan otak yang bergeliga ini kepada aku. Boleh lah aku buat macam-macam jenis perniagaan yang bukan dalam bidang pengajian aku dulu.
Aku lihat gambar profile Megat pada nombor whatsappnya. Aku bukan jenis yang senang berborak dengan mana-mana lelaki. Dengan Megat ni lain. Macam dah kenal lama. Tapi aku tak kenal dia. Atau aku pernah hilang ingatan? Tak kan lah… Ini bukan macam cerita dalam novel.
Bila tengok lama-lama muka Megat ni… Not bad juga. Dia nampak macam sebaya aku saja. Good looking! Handsome pun boleh tahan. Kalau kahwin dengan dia pun, orang mesti tak tahu yang aku kahwin dengan orang tua. Eh?! Apa aku merepek ni?! Aku campak telefon ke atas tilam. Boleh gila aku lama-lama macam ni!
Bip! Bip!
Megat - Assalamualaikum, Rai. Saya nak tempah cake and cupcake, boleh?
Macam tahu-tahu saja aku tengah fikir fasal dia. Panjang umur. Yang penting, bukan mesej saja-saja. Business is business. Menyampah ke benci ke tolak tepi.
Rai - Waalaikumussalam. Boleh. Nak order kek apa? Cupcake nak berapa?
Megat - Awak suka kek apa? Cupcake apa yang sedap? Cupcake untuk 50 orang murid saya.
Dia yang nak order kek, dia tanya aku pula suka kek apa. Macam yang Eyra kata…
Rai - Everyone has their own taste. Kalau saya… Saya suka cake chocolate indulgence. Chocolate cupcake, okay?
Lima minit kemudian…
Megat - Okay. 1 mini cake chocolate indulgence and 50 pcs chocolate cupcake.
Rai - Okay. Nak bila?
Megat - Lusa.
Rai - Okay. Thank you for your order.
Megat - You’re welcome.
Lusa? Tapi malam ni baru beritahu? Cerdik… Cerdik… Nasib baiklah aku dah biasa buat. Dan nasib baik juga cupcake yang dia nak tu, Eyra dah pandai buat. Nanti tak adalah aku buat seorang. Jadi, esok buka kafe separuh hari saja. Lepas tu, boleh buat tempahan dari Megat pula. Malam itu aku tidur dengan nyenyak sehinggalah diganggu dengan mimpi yang sudah lama tidak muncul menyapa lenaku.
Petang tadi, aku menjalani sesi temuduga di sebuah syarikat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Aku memandu kereta seorang diri dalam kepekatan malam. Hujan pula turun dengan lebat membasahi bumi seperti tiada tanda-tanda akan berhenti. Sepatutnya, aku sudah sampai di rumah kedua orang tuaku pada pukul 10 malam. Tapi disebabkan hujan yang sangat lebat, penglihatanku menjadi terbatas yang menyebabkan aku memandu dengan perlahan. Lampu jalan pula jarang-jarang ada. Hanya doa yang menjadi peneman supaya selamat sampai. Mataku mulai mengantuk. Pelbagai jenis gula-gula sudah aku telan, begitu juga dengan air. Dari air mineral semulajadi sehinggalah minuman berkafein, masih juga belum mampu menghilangkan kantuk. Semakin lama, pandanganku semakin kabur. Dan…
PINNNNN!!!!!!
“Aaarrrggghhh!!!”
Berpeluh-peluh seluruh tubuhku. Mimpi rupanya. Terus terduduk aku. Sudah lama aku tak mimpi buruk macam ni. Sebelum ni aku pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selepas kejadian itu, aku kerap mimpi macam ni berulang-ulang kali. Sampai emak bawa aku pergi jumpa ustaz. Entah apa ustaz tu baca, terus aku tak pernah mimpi lagi macam tu. Tak kan nak kena pergi jumpa ustaz lagi kut?
“Eyra, aku nak close sale sekejap. Jangan lupa tengok resepi. Sukat bahan tu, betul-betul. Jangan ada yang terkurang. Nanti tak fasal-fasal jadi cupcake orang diet pula.”
“Okay lah tu… Sihat sikit budak-budak tadika tu!”
“Memanglah… Tapi pelanggan tak ada request macam tu, tak payah nak memandai pula nak buat.”
“Kalau terrrr… Tak apa kan?”
Hesy… Nasib baiklah dia kerja dengan aku. Kalau dengan orang lain… Dah kena halau agaknya.
“Tak ada terrrr… Aku dah pesan awal-awal ni. Take notes.”
“Tapi kalau…”
“Kalau kau sengaja buat… Aku potong gaji kau!”
Eyra tergelak. “Iyalah…Iyalah… Garang betul Cik Rai kita hari ni. Kau ada masalah ke?”
“Tak adalah. Malam tadi aku mimpi kejadian yang sama lagi.”
“Excident tu?!”
Aku mengangguk.
“Emak kau tahu?”
Aku menggeleng pula.
“Kalau aku beritahu emak aku, silap haribulan… Kau seorang yang kena handle kafe aku ni. Kau tahu lah emak aku punya risau tu macam mana.”
Padahal aku terlibat dalam kemalangan jalan raya tu berlaku pada tujuh tahun lepas.
Share this novel