Rate

4

Romance Series 12280

Sedang aku membebel sendiri di dalam hati sambil jemur baju, aku tak perasan pula ada yang memerhati aku dari jauh. Tiba-tiba sudah ada depan mata.

“Ehem! Assalamualaikum, Rai.”

Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik aku tak campak kain ni pada muka dia.

“Waalaikumussalam. Ada apa?”

“Saja tegur. Tak boleh ke?”

“Saya tengah tak ada mood ni. Baik cakap nak apa?”

Megat menggaru kepalanya.

“Sorry. Saya nak bagi kek batik ni.”

Megat menghulurkan satu bekas tupperware kepada aku.

“Terima kasih. Buat sendiri ke beli?”

“Sama-sama. Saya buat sendiri. Awak masih suka kek batik tak?”

Masih suka? Maksud dia apa?

“Suka.”

Megat tersenyum. “Saya tahu. Kalau tak cukup beritahu. Ada banyak lagi kat rumah saya.”

Terjongket kening aku mendengarnya. Pelik!

“Macam mana awak boleh tahu?”

“Sebab boleh.”

“Hesy… Megat Raihan!”

Megat tertawa. “Saya suka lah awak panggil nama penuh saya. Cuba panggil lagi. Rasa macam isteri pula yang panggil.”

Aku menjulingkan mata. Tak kuasa aku nak layan orang tua ni.

“Pergilah cari isteri.”

“Tengah cari lah ni.” Kata Megat sambil tersenyum memandang aku.
Hesy…

Aku masih terfikir-fikir apa yang Megat katakan tadi. Macam mana dia boleh tahu aku suka kek batik? Tapi, sesiapa pun suka makan kek batik. Siapa saja yang tak suka kan? Dia macam tahu segalanya tentang aku. Dr. Megat Raihan ni… Sesuatu sangat!

“Bukan semua orang suka makan kek batik…”

Selepas tolong emak jemur baju, aku terus ke kafe. Kafe buka pukul 10 pagi, tapi pukul 9 pagi aku dah terpacak kat sini. Aku siap tolong buat kerja yang sepatutnya Eyra yang buat. Lap meja, susun kerusi, menyapu dan mop lantai. Eyra hanya perlu lap cermin pintu masuk sahaja. Untung betul dapat majikan macam aku ni.

“Siapa saja yang tak suka?”

“Orang yang tak suka makan makanan yang manis lah. Macam kopi juga. Bukan semua orang sukakan air kopi. Kalau suka pun, ada citarasa yang berbeza. Ada yang suka air kopi tanpa gula. Ada yang suka cappuccino, caramel macchiato dan lain-lain. Bukan semua orang suka kopi latte macam kau dengan Megat. Eh? Kau orang ada persamaan lah. Dua-dua suka minum latte!” terang Eyra panjang lebar.

“Kena cari pasangan yang kontra dengan kita. Kalau semua sama, nanti bosan lah!”

“Aku cakap kau dengan dia, dua-dua suka minum latte. Itu saja. Aku tak ada cakap fasal cari pasangan kena ada banyak persamaan pun. Kenapa tiba-tiba kau kaitkan dengan isu ‘cari pasangan’ ni?” Kata Eyra sambil tersenyum sinis.

Aku mengetap gigi. Geram! Ah! Dia saja nak jerat aku! Macam lah aku tak faham maksud dia tadi. Sepatutnya, dia tolong aku cari jawapan, bukan pusing-pusing ayat untuk jerat aku.

“Rai. Pukul 12 nanti… Boleh tak… Kau tolong jemput anak saudara aku dekat tadika? Abang aku tak ada. Outstation.” Kata Eyra sambil tersengih-sengih.
Begini lah nasib aku kalau abang dia ada kerja diluar. Aku pula kena ambil anak sedara dia pulang dari tadika. Isteri abang dia sudah meninggal setahun yang lalu. Eyra pula tak pandai memandu. Aku anggap saja ini sebagai pertolongan kepada anak yatim. Dapat juga aku pahala.

Tepat pukul 12 aku sudah sampai di hadapan tadika. Aku saja datang awal. Takut nanti kalau dia menunggu lama, dia balik jalan kaki pula. Budak ni bukan betul sangat, sama macam makcik dia, Eyra.

Tak lama kemudian, ramai ibu bapa yang hadir untuk menjemput anak masing-masing. Ada dua guru wanita yang sudah menunggu di pagar. Murid-murid pun sudah berbaris dalam satu barisan panjang. Seorang demi seorang murid di lepas kan balik bersama ibu atau bapa mereka. Tapi, aku tak nampak kelibat anak sedara Eyra. Betul ke budak ni pergi sekolah? Aku mendekati guru tersebut.

“Assalamualaikum. Maaf, cikgu. Anak kepada Encik Emran mana ya? Saya tak nampak pun dia.”

“Waalaikumussalam. Cik ni siapa ya?”

“Saya Rai. Encik Emran outstation. Jadi, penjaga dia minta tolong saya untuk ambil anak Encik Emran, Haura.”

“Oh… Haura ada di kelas. Dia menangis tak nak beratur. Dia kata tak ada siapa yang akan jemput dia pulang.”

“Dia seorang di kelas?”

“Tak lah. Ada pengurus kami tolong tengok kan dia.”

Aku garu kepala yang tak gatal. Satu hal pula kena pujuk budak kecil ni. Budak ni kalau merajuk, boleh tahan lama.

“Boleh saya masuk?”

“Boleh. Mari saya tunjuk kan kelas ya.” Kata guru tersebut. Muda-muda guru tadika disini. Entah-entah lebih kurang aku saja umurnya.

Aku mengikuti guru tersebut sehingga sampai di pintu kelas. Haura sedang duduk sambil menangis tersedu-sedu. Ikut perangai siapa lah ni? Dan pengurus dia pula… Megat? Macam mana aku boleh lupa yang dia ni pengurus tadika?!

“Encik Megat. Penjaga Haura dah sampai.”

Megat memandang aku dengan agak terkejut.

“Rai?”

“Megat?”

“Encik Megat kenal dengan Cik Rai?”

Wajah guru tersebut juga agak terkejut. Entah kenapa aku merasakan ada api cemburu pada wajah dia.

“Kenal. Kenal sangat.”

Kenal sangat? Ceh!

“Saya nak jemput Haura. Eyra minta tolong saya jemput dia.”

“Anak Eyra ke?”

“Eh, bukan. Anak saudara dia. Ayah Haura, Encik Emran pergi outstation harini. Ibu Haura kan dah tak ada.” Terang aku.

Megat mengangguk. “Saya tak tahu pula. Tak ada siapa beritahu saya.”

Aku memandang guru tersebut. Dia jadi serba salah. “Maaf, Encik Megat. Saya terlupa nak inform.” Kata guru tersebut.

“Haura… Jom! Acik Rai hantar Haura balik. Lap air mata tu.”

Haura masih tak berganjak. Hesy… Budak ni tau…

“Tak cantik lah princess kalau menangis. Haura kan nak jadi princess.”

Satu… Dua… Tiga…

“Iyah… Nanti Acik Rai buatkan pavlova. Acik Rai kira sampai tiga. Haura tak bangun juga… Acik tak nak buatkan pavlova.” Kata aku lagi.

Cepat-cepat Haura bangun. Megat dan guru tersebut hanya memerhati sambil tersenyum melihat Haura. Sempat dia bersalaman dengan Megat.

“Cikgu Megat. Haura balik dulu.”

Megat tersenyum. “Okay. Hati-hati balik. Kalau Acik Rai bawa kereta laju-laju, esok beritahu Cikgu Megat tau?”

Megat memandang aku sekilas sebelum perhatiannya kembali kepada Haura yang berada dihadapannya. Aku buat tak tahu saja. Mesti dia nampak aku memandu secara berbahaya pada malam tempoh hari. Dah tentu-tentu lah dia nampak, kan dia follow belakang kereta aku.

Haura mengangguk. “Cikgu Megat. Mak ngah kata Cikgu Megat nak kahwin dengan Acik Rai. Betul ke?”

Berkerut dahi Megat mendengarnya. Guru perempuan yang berdiri di situ turut memandang aku. Aku lagi terkejut. Eyra ni memang nak kena! Dia ajar anak sedara dia cakap bukan-bukan! Dan jawapan Megat pun… Macam dah tak ada jawapan lain!

“Cikgu Megat okay saja kalau Acik Rai tak kisah.” Jawab Megat sambil tersenyum tanpa memandang aku.
Kalau dibiarkan lebih lama, entah apa pula soalan yang akan ditanya. Sama macam makcik dia. Banyak cakap!

“Haura… Sudahlah. Jom balik. Acik tak nak buatkan pavlova karang.”

Terkedek-kedek kanak-kanak itu berlari ke arah aku.

“Tak baiklah rasuah budak-budak. Buat pavlova tu lebih sikit. Saya nak rasa juga.”

Ceh! Tadi kata rasuah. Tapi dia nak juga.Tak malu.

“Tengoklah…” Kata aku acuh tak acuh.
“Saya balik dulu Cikgu. Assalamualaikum.” Kata aku lagi sambil bersalaman dengan guru perempuan tersebut.

Aku melangkah pergi bersama Haura selepas mereka menjawab salam. Baru beberapa langkah, aku terdengar suara guru perempuan tadi.

“Cik Rai tu girlfriend Encik Megat ke?”

“Bakal isteri.”

Saja lah tu cakap kuat-kuat nak bagi aku dengar. Hesy… Megat Raihan!!!
Sampai saja kafe, aku bungkuskan pavlova untuk Haura seperti yang dijanjikan. Pavlova di kafe ni memang aku yang buat. Kata Eyra, dia dah cuba buat banyak kali tapi tetap tak jadi. Jadi, aku lah yang kena buat. Aku tak tahu lah siapa bos, siapa kuli.

“Nah! Dah pergi balik. Suruh Mak Ngah hantar balik.”

Sebaik saja bungkusan bertukar tangan, Haura mencari Eyra di dapur.

“Mak Ngah. Tolong hantar Haura balik rumah, boleh?”

“Eh? Dah sampai? Jom!”

Eyra memimpin tangan Haura ke kaunter hadapan.

“Rai. Aku hantar Haura balik sekejap eh?”

“Pergilah. Jangan ajar dia cakap bukan-bukan pula.”

“Hah? Aku ajar apa?”

“Kau jangan buat-buat tak tahu eh. Dah lah tadi dia pergi tanya Megat, betul ke dia nak kahwin dengan aku? Malu aku tahu tak?”

Eyra tertawa geli hati. “Haura… Kan Mak Ngah cakap ini rahsia antara kita.”

Muka Haura terus masam. “Haura nak tahu aje betul ke tidak.”

Eyra ketawa melekek-lekek. Tak guna betul!

“Habis tu dia jawab apa?”

Aku ketap gigi.“Kau pergilah hantar Haura ni cepat!”

“Mak Ngah, jom balik. Haura takut. Acik Rai nak jadi hulk.”

“Jom. Jom. Mak Ngah pun takut.” Kata Eyra sambil tertawa lalu menarik tangan anak saudaranya.

Hulk?! Hesy! Anak saudara dengan makcik, sama saja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience