Rate

6

Romance Series 12280

Rai - Assalamualaikum. Kek ni nak saya hantar ke tadika atau awak nak ambil sendiri?

Megat - Waalaikumussalam. Nanti Cikgu Nur datang sana ambil. Terima kasih.

Rai - Okay. Sama-sama.

“Eyra. Nanti Cikgu Nur yang akan ambil kek ni semua kat kafe. Kau kenalkan Cikgu Nur yang mana satu?”

“Cikgu Nur? Oh… Kenal-kenal. Cikgu paling cantik di tadika tu.”

Dahi aku berkerut. Aku tak nampak pula ada cikgu cantik semasa ambil Haura hari tu.

“Ada yang cantik eh?”

“Eh… Ada. Mesti Dr. Megat tu suka pada dia. Sebab itu dia suruh Cikgu Nur tu yang datang ambil kek kat kafe.”

“Apa kaitannya?”

“Iyalah… Nak Kenalkan dengan kau.”

“Hah? Buat apa nak kenalkan dengan aku pula?”

“Kau kan jiran dia…”

Aku tergelak.

“Lantak dia lah nak suka pada siapa pun. Tak ada kena mengena dengan hidup aku. Tak perlu kenalkan pun tak apa.”

“Laaa… Aku agak saja. Belum tentu betul lagi. Janganlah marah.”

Laa… Aku pula yang kena.
“Mana ada aku marah.”

“Ke… Kau cemburu?”

Cemburu pula?

“Kau ni dah kenapa? Mana ada… Aku tak suka pun pada dia.”

Ding! Ding!

Seorang wanita dalam lingkungan 40-an menolak pintu masuk kafe sambil membawa sejambak bunga ros merah dan putih. Dia kelihatan seperti seorang guru.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Jawab kami serentak.

“Yang mana satu Cik Rai, ya?”

Aku dan Eyra saling berpandangan.

“Saya, Rai. Kenapa ya?”

“Saya, Cikgu Nur. Saya datang nak ambil kek dan juga cupcakes yang Encik Megat tempah.”

Aku ketap gigi sambil memandang Eyra. Eyra tersengih-sengih menahan tawa.

“Sekejap ya, Cikgu. Saya pergi ambil di belakang.” Kata Eyra dan terus berlalu. Nak lari lah tu!

Cikgu Nur hanya mengangguk. Selepas Eyra ke belakang, dia memandangku sambil tersenyum.

“Cik Rai. Ini bunga untuk awak.”

“Sa… Saya?”

Sudah lama aku tak dapat bunga. Pernah dulu seseorang memberi aku bunga tapi aku sudah tidak ingat siapa pemberinya. Teruk betul lah aku ni!

“Iya. Encik Megat minta tolong saya beri pada awak.”

Aku membuka kad ucapan yang terselit pada salah satu kuntum bunga. ‘Happy Birthday, Raisha Medina!’. Eh? Hari ni hari lahir aku ke?

“Cikgu letak kereta di mana? Saya tolong letak dalam kereta ya?” Soal Eyra sambil membawa dua bungkusan plastik.

“Boleh juga. Kereta saya betul-betul hadapan kafe ni.”

Eyra dan Cikgu Nur berlalu keluar dari kafe. Aku masih termangu di situ. Macam mana Megat boleh tahu bila hari lahir aku? Aku tak pernah beritahu dia pun.

“Rai.”

“Hah? Kenapa?”

Eyra menunjukkan kek mini yang sepatutnya Cikgu Nur bawa pulang ke tadika.

“Kek ni… Untuk kau.”

“Hah? Aku salah buat ke? Megat cakap dia nak chocolate indulgence macam yang aku cadangkan pada dia. Apa yang salah?”

“Kau tak salah. Dia pun tak salah. Kek ni pun tak salah.”

Hah? Peninglah!

“Habis tu? Apa yang salah?”

“Yang salah, faham.”

“Hah???”

Eyra tertawa.

“Kek ni… Dr. Megat beli untuk kau. Untuk kau, Raisha Medina. Happy birthday!”
Berkerut dahi aku. “Hari ni berapa hari bulan?”

“Itu lah… Aku cakap kau banyak makan semut, kau marah. Hari ini 15 oktober lah!”

Aku pun lupa hari lahir aku sendiri. Mana ada masa nak ingat. Aku sibuk!
“Kau yang beritahu dia eh?”

“Tak lah. Aku bukan jenis yang akan ingat birthday orang.”

“Habis tu? Mana dia tahu?”

“Emak kau kut yang beritahu dia. Cuba tanya emak kau.”

Tak kan lah emak pula nak beritahu. Emak keluar rumah pun jarang. Siram pokok dan jemur kain pun selalunya muka aku juga yang buat, lagi kan nak bergosip dengan Megat… Memang tidak lah. Sewaktu Megat baru pindah masuk itu ajelah sekali mereka bersembang.

Malam itu…

“Emak. Rai nak tanya sikit, boleh?”

Emak pandang aku pelik.

“Tak pernah-pernah minta izin nak bertanya pun sebelum ni?”

Aku tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal.

“Apa dia?” Soal emak lagi.

“Emak ada beritahu sesiapa bila hari lahir Rai?”

“Satu dunia pun tahu bila hari lahir kamu.”

“Hah? Macam mana boleh tahu?”
Emak tergelak. “Fac lah…”

Betul juga. Kenapa aku tak pernah terfikir nak cari Megat di Fac? Maka, bermulalah misi aku mencari Dr. Megat Raihan di laman muka buku tersebut. Aku cari dari nama penuh sampailah tinggal ‘Raihan’ saja, masih tak jumpa-jumpa juga! Takkan doktor ni tak ada sosial media?

“Di Tik Tok dah cari?”

“Kalau Fac pun dia tak ada… Lagi kan Tik Tok!”

“Eh… Mana tahu… Ustaz-ustaz pun ramai di Tik Tok… Lagi kan doktor yang jadi pengurus tadika.”

“Tapi buat apa aku nak tengok Tik Tok dia pula? Aku nak cari maklumat dia, nak tengok dia friends tak dengan aku di Fac, bukan nak tengok video dia.”

Eyra tersengih. “Betul juga.”

Ding! Ding!

“Selamat datang… Dr. Megat?”

Bila Eyra sebut nama pelanggan tersebut, aku turut menoleh ke arahnya. Dia selalu muncul bila aku sedang fikirkan dia. Macam ada chemistry pula! Hesy… Jangan merepek!

Megat tersenyum kepada Eyra serta menundukkan sedikit kepalanya. Dia terus pergi ke arah kaunter. Lebih tepat lagi, dia pergi ke arah aku sebenarnya. Bagai terpukau aku melihat keindahan tuhan yang satu ini.

“Ehem! Assalamualaikum, Rai.” Megat memberi salam sambil melambai tangannya betul-betul di hadapan muka aku.

“Wa… Waalaikumussalam.”

“Saya terlebih kacak ke hari ini?”

Aku telan liur. Tergamam aku melihat dia. Nak cakap tidak, tapi kenyataan yang dia katakan adalah benar.

“Err… Awak nak pergi mana?”

“Saya nak pergi Bangi. Ada program untuk pelajar universiti kat sana.”

“Oh… Lama ke?”

Entah kenapa soalan itu pula yang keluar dari mulut aku. Biar lah dia nak pergi berapa hari pun. Sepatutnya aku bersyukur, aman sekejap hidup aku tanpa dia.

Megat tersenyum. “Dua hari saja. Kenapa? Takut rindu ke?”

Haa tengok? Kan dia dah salah sangka!

“Tak ada maknanya… Aman sekejap hidup saya.”

Aku nampak Eyra mencebik dari jauh. Sibuk aje!

“Tak aman sebab saya selalu buat hati awak huru hara lah tu…”

Ceh! Perasan betul orang tua ni.

“Perasan! By the way, terima kasih beri saya bunga serta kek hasil air tangan saya sendiri.”

Megat tergelak. Tak tahu lah apa yang kelakar.

“You’re welcome. Okay lah. Saya kena gerak dulu. Takut terlambat. Saya nak beli kopi. Saya nak latte satu.”

Aku segera buatkan kopi untuk nya siap bagi free gift satu muffin chip coklat.

“Muffin?”

“Free gift. Hati-hati memandu.”

Megat tersenyum lagi. Lama-lama cair juga hati aku ni. Sudah lah gigi dia cantik!

“Thank you! Assalamualaikum.”

“You’re welcome! Waalaikumussalam.”

Megat berlalu pergi. Sebelum dia keluar dari kafe, aku nampak dia cakap sesuatu dengan Eyra. Apa lah yang dia cakap tu sampai Eyra tunjukkan ibu jari pada dia.

“Ceh… Suka lah tu Abang Megat datang!”

“Tak ada maknanya lah! Dia datang nak beli kopi. Takut mengantuk kut.”

Eyra mencebik. “Beli kopi konon. Sambil menyelam, minum air. Tersenyum-senyum aku tengok tadi.”

“Dia yang senyum, bukan aku.”

“Eleh… Kau pun sama naik. Siap bagi pesanan khidmat masyarakat lagi. ’Hati-hati memandu.’ Ceh…”

Aku tergelak. “Dia cakap apa kat kau tadi?”

“Rahsia!”

Aku ambil kain lap dan campak ke arah Eyra.

“Amboi… Gara-gara Abang Megat, kau sanggup baling aku dengan kain lap ni ya?”

Aku ketawa geli hati. “Tak nak beritahu, sudah!”

“Dia cakap… Tolong tengok kan Cik Rai saya, ya?”

Aku mencebik. “Iyalah tu…”

“Kau tengok muka aku yang sesuci lebaran ni. Mana pernah menipu!”

“Phuih!”

Eyra ketawa melekek-lekek bila lihat reaksi aku. Sengal punya kawan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience