“Morning, Lady boss!”
“Assalamualaikum! Morning!”
Eyra tersengih. “Waalaikumussalam, bos…”
Zafeyra adalah satu-satunya kawan dan juga pekerja aku. Kafe aku ni kecil sahaja. Cukuplah dua orang pekerja. Hanya aku dan dia. Macam tajuk novel lah pula.
“Lambat bos datang hari ni?”
Nama pun kawan, selamba saja dia perli aku.
“Aku kan bos…”
“Iyalah… Aku ni kuli saja…”
Aku tertawa. “Eleh… Aku tak pernah anggap kau macam tu pun. Kau aje yang selalu cakap macam tu.”
Eyra hanya tersenyum membenarkan kata-kata aku.
“Kau lambat pergi mana tadi? Kejar ayam ayah kau ke? Terlepas lagi?”
“Tak lah… Aku pergi hantar makanan kat rumah jiran baru aku.”
“Dah ada orang sewa ke sebelah rumah kau tu?”
“Ha’ah. Baru aje semalam pindah masuk rumah tu.”
“Lelaki? Bujang? Sado?”
Dahi aku berkerut. “Ha’ah. Mana kau tahu?”
Eyra menekup mulut dengan kedua tapak tangannya.
“Si kacak tu ke jiran baru kau?”
“Siapa?”
“Encik Megat!”
“Eh?! Mana kau tahu nama dia?”
“Semalam… Aku ada pergi ke kedai Pak Karim. Kebetulan masa tu, si kacak tu tengah bersembang dengan Pak Karim. Aku pun curi-curi dengar lah. Dia kata nama dia Megat, baru pindah kat kampung kita ni. Tak sangka pula dia menyewa kat sebelah rumah kau. Ya Allah, Rai…! Bertuahnya kau! Boleh lah aku singgah rumah kau setiap hari lepas ni.”
Aku mencebik. “Sebelum ni tak pernah nak singgah pun?”
“Sebelum ni tak ada pemandangan yang indah kat sebelah rumah kau, sekarang dah ada.”
“Ceh! Indah lah sangat… Tak guna punya kawan! Pergi buat kerja, aku potong gaji kau nanti.”
Eyra ketawa sambil mencapai kain untuk mengelap meja. Sebelum ni, singgah rumah aku sekejap pun susah. Mungkin sebab angah selalu menyakat dia, itu yang dia malas nak datang rumah aku. Angah pun satu. Kerja nak kenakan orang saja. Tak penat ke bercakap di mahkamah tu? Sampai kat rumah pun dia nak berhujah juga?
Ding! Ding!
“Selamat datang ke kafe kampung yang paling popular di kampung ini. Encik nak pesan apa?”
Pelik pula Eyra menyambut pelanggan pada petang ini. Selalunya, dia cuma akan cakap ‘selamat datang!’. Tak pun, dia tak cakap apa-apa sehingga pelanggan tersebut yang bersuara dahulu.
Aku duduk di sebelah kaunter sambil mengira stok di kafe. Aku mengintai pelanggan tersebut di sebalik rak di hadapan aku. Seorang lelaki memakai topi serta berpakaian sukan dan duduk membelakangkan aku. Baru lepas bersenam lah agaknya. Lepas bersenam, singgah makan pula. Apa lah! Mana nak bakar kalori macam tu? Tapi badan dia dah cukup fit, mustahil kalau dia tak tahu tentang kalori. Eh? lantak dia lah! Yang aku nak sibuk dengan kalori dia tu dah kenapa?
“Psst…! Weh… Si kacak order kopi latte.”
“Siapa? So?”
“Tu jiran baru kau lah! Kau buat lah kopi. Aku mana reti buat kopi. Late lagi aku nak pandai.”
Aku jeling Eyra dan dia hanya tersengih-sengih. Rosak betul bahasa rojak dia. Aku menuju kearah rak yang menempatkan cawan kaca. Bau aroma biji kopi yang menyegarkan membuatkan lelaki itu memusingkan kepalanya untuk mencari arah bau kopi tersebut.
Sedang aku leka membuat air yang di pesan dengan penuh teliti, tiba-tiba rasa seperti ada mata yang memerhati setiap tingkah laku aku. Bila aku pandang hadapan, anak mata kami bertaut. Macam ada arus elektrik dalam matanya. Oh tidak! Apakah perasaan ini?
“Kopi siap!”
Eyra menghantar air tersebut ke meja pelanggan.
“Jemput minum, Encik Megat.”
“Eh? Macam mana awak boleh tahu nama saya?”
Eyra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak kan dia nak beritahu yang dia curi-curi dengar semasa di kedai Pak Karim semalam? Memang tidak lah!
“Err… Bos. Bos saya yang beritahu. Cik Rai.”
“Oh… Okay, terima kasih.”
“Sama-sama. Kasih di terima.”
Megat tersenyum sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tak sangka pekerja wanita tersebut boleh cakap begitu. Megat menyisip air kopi yang masih panas itu dengan berhati-hati. Sedap juga hasil air tangan Rai ni. Latte art pada air kopi ni pun cantik. Jadi, betullah apa yang Puan Normala kata tentang Rai dan bukan semata-mata mahu memuji anaknya untuk di pandang elok oleh orang lain.
Jam sudah menunjukkan tepat pukul 6 petang. Sudah hampir satu jam Megat duduk di kafe, tetapi masih belum ada tanda-tanda yang menunjukkan dia mahu pulang. Rai memandang Eyra yang sudah siap mengemas di bahagian dapur.
“Eyra.”
“Ya?”
“Kau pergi beritahu mamat tu… Yang kafe kita dah nak tutup.”
“Kau lah pergi cakap.”
“Eh? Kau lah! Kan kau suka sangat tengok muka dia. Pergilah.”
Eyra menggaru kepalanya sambil menuju kearah meja lelaki tersebut. Aku hanya memerhati dari meja kaunter pembayaran.
“Minta maaf, Encik Megat. Cik Rai suruh balik.”
Rai menepuk dahinya sendiri. Tak guna punya staf! Aku pula yang kena! Megat terus memandang aku.
“Kedai kami tutup pukul 6 petang, Encik Megat. Bukan saya saja-saja nak halau encik.”
Megat tersenyum sambil menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.
“Saya minta maaf, ralit sangat buat kerja di telefon sampai tak perasan dah satu jam duduk di sini. Ingatkan buka sampai malam.”
“Dalam kampung ni, bila malam sunyi sikit. Rugi buka sampai malam. Kebanyakkan kedai runcit saja yang buka sampai malam.”
Megat mengangguk faham.
“Lagipun… Bahaya buka malam-malam. Kami ni… Duaa-dua perempuan. Bujang pula tu. Selalunya, mat-mat motor saja yang suka lepak tepi jalan. Takut nak balik malam-malam, nanti dia orang kacau.” Sambung Eyra pula.
“Oh… Rai balik naik apa?”
Tak sempat aku buka mulut, Eyra dah tolong jawab kan.
“Rai naik kereta. Saya jalan kaki. Rumah saya sebelah kafe ni saja. Sepuluh langkah dah sampai.”
Aku hanya tersenyum dan mengangguk mengiyakan kata-kata Eyra.
“Rai. Boleh tak kalau saya nak tumpang kereta awak? Malas pula saya nak jogging sampai rumah.”
“Apa pula tak boleh… Rai kan sebelah rumah Encik Megat saja. Boleh. Boleh. Encik duduk dulu. Kami nak close sale.”
Bulat mata aku pandang Eyra. Dia ni memandai saja tau! Hesy… Eyra jelir lidah tanda mengejek aku. Sajalah tu nak kenakan aku. Kalau abang-abang aku tahu ni, habis aku jadi bahan ketawa mereka.
Lima minit perjalanan ke rumah, terasa bagai lima jam. Akhirnya, sampai juga di rumah.
“Terima kasih, Rai. Bila free nanti, saya belanja awak makan.”
“It’s okay. Small matter aje lah. Tak perlu balas balik. Dah nak masuk waktu maghrib ni, Encik Megat tak pergi masjid ke?”
“Pergi. Pergi. Panggil saya ‘Megat’ saja tak perlu ber ‘encik’. Kita kan jiran.”
“Encik Megat kan lagi tua dari saya, takkan saya nak panggil nama saja? Macam tak elok pula.”
“Kalau macam tu panggil ‘abang’ lah.” Jawab Megat sambil tersengih-sengih. Dasar lelaki!
“Okay, saya panggil ‘Megat’. Saya masuk dulu lah. Assalamualaikum.”
Naik merah muka aku bila dia suruh panggil ‘abang’. Megat tertawa perlahan. Selepas menjawab salam, dia pun melangkah pulang ke rumahnya. Nasib baik abang-abang aku tak ada di rumah. Kalau tidak…
“Haaa… Dating dengan Megat eh…?”
“Eh? Rai tak nampak pun kereta Along?”
Baru saja melangkah masuk dah kena soal.
“Kereta Along kat bengkel. Along tumpang Kak Mel tadi.”
Kak Mel tu tunang Along. Lemah lembut orangnya. Macam ustazah pun ya.
“Kenapa Megat balik sekali dengan Rai?” Soal Along lagi.
“Dia minum kat kafe tadi. Lepas tu dia malas nak jogging balik sampai rumah. Itu yang dia tumpang kereta Rai.”
“Bukan Rai yang offer nak hantar dia balik?” Soal Along sambil tersengih-sengih. Nak kenakan aku lah tu!
Aku menjulingkan mata.“Eee…! Tak ada kerja lah orang nak offer dia. Kalau boleh, tengok dia pun tak nak!”
Aku terus berlalu masuk ke dalam bilik. Aku masih boleh dengar Along gelakkan aku.
“Tak baik benci-benci orang. Lama-lama nanti, tersuka pula!” kata Along lagi.
“Diam lah!” aku terus tutup pintu bilik. Along beriya-iya ketawakan aku. Hesy!
Malam itu, aku tak keluar bilik kerana sibuk menyiapkan design poster pelanggan-pelanggan tetap aku. Antaranya masjid-masjid besar yang berdekatan dengan kampung aku. Jadual bertugas serta penceramah-penceramah jemputan pada setiap minggu pun kena design juga sebab mereka nak paparkan pada skrin LED masjid tersebut. Senang orang nak tengok. Sedang aku edit gambar-gambar penceramah, tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Pengerusi Masjid Kg.Busut - Assalamualaikum, maaf ganggu, Cik Rai. Ada lagi satu gambar tertinggal. Nanti tolong masuk kan sekali gambar Dr. Megat Raihan ni di bahagian penceramah jemputan ya. Terima kasih.
Bulat mata aku melihat gambar tersebut. ‘Dr. Megat Raihan’? Megat tu ada pangkat doktor? Jadi, dia bukanlah pengurus tadika yang biasa. Tapi kenapa dia uruskan tadika pula? Kalau kolej ke… Universiti ke… Kenalah dengan gelaran doktor tu. Ini tadika kut. Tadika!
“Kau biar betul?!”
“Betul lah… Esok kau tengok gambar dia yang pengerusi masjid tu bagi pada aku.”
Tak tunggu lama, aku terus telefon Eyra. Dia pun terkejut sama macam aku.
“Kenapa tak hantar saja gambar dia pada aku?”
“Eh… Mana boleh. Ini amanah. Mana boleh beri sesuka hati pada orang lain.”
“Eleh… Kau dah tahu dia doktor, itu yang kau tak nak bagi kan? Kan? Kan?”
“Mana ada!”
Share this novel