Bab 5

Action Series 332

Beberapa pengawal yang bersenjatakan AK-47 dan M-16 melakukan tugas kawalan di sekeliling kawasan gudang. Beberapa orang pengawal mengangkut beberapa pakej senjata kimia berbahaya yang tersimpan rapi di dalam peti.

Disebalik semak samun, Lans Koperal Fadzlan Jauhari memerhatikan mereka dengan scope pada senjatanya. Dia masih lagi menunggu arahan untuk melepaskan tembakan.

Anggota pasukan yang lain juga sedang menunggu kebenaran untuk melakukan serbuan. Mereka menunggu isyarat daripada seorang perisik yang berada di dalam bangunan.

Seorang pengawal yang memakai topi dan penutup wajah berjalan menuju ke arah pintu pagar utama. Pengawal itu membuka topengnya dan rupanya dia merupakan seorang penyamar.

ASP Vijay yang menyamar dalam kalangan pengawal meletakkan sebuah beg di tepi pondok pengawal pintu pagar utama. Selepas itu, ASP Vijay terus beredar.

"BOOOM!"

Letupan besar terjadi memusnahkan pintu pagar utama. Cahaya letupan menerangi malam dan dilihat oleh anggota pasukan khas dari atas helikopter.

"That's our signal!" Kata Farouk setelah melihat letupan itu.

"Sniper, shoot to kill."

"Roger, shoot to kill."

Dengan pantas, temabakan dilepaskan ke arah pengawal di atas menara. Beberapa tembakan turut dilepaskan dan mengenai pengawal di atas atap.

Zul, Ariffin, James dan Fred bersama anggota pasukan khas lain berlari ke arah tembok batu sementara Lans Koperal Fadzlan Jauhari kekal di posisi. Mereka meletakkan bom pada tembok itu. Bom itu diletupkan membentuk lubang untuk mereka masuk.

Dengan pantas, mereka menyerbu kawasan gudang dan menembak mati para pengawal.

Helikopter yang terapung di udara menurunkan pasukan ke atas atap gudang. Farouk, Jaka, Dali, Mazlan, Amirul dan Lim turun menggunakan tali bersama anggota pasukan khas. Dengan menggunakan peralatan khas, mereka berjaya membuat lubang pada atap bangunan dengan menggunakan potongan laser.

Kesemua pasukan memasuki kawasan gudang dengan pantas bagi mencari keberadaan Schlange, ketua kepada penyeludup senjata kimi berbahaya.

Pengawal gudang yang tidak bersedia berjaya dilumpuhkan dalam masa yang singkat. Pasukan di bawah juga berjaya menghapuskan semua anggota musuh yanh berkawal.

"Move!"

Mereka menelusuri sebuah koridor yang menuju ke arah pejabat Schlange.

"BANG!" "BANG! "BANG!"

"TAKE COVER!"

Mereka diserang hendap oleh beberapa orang pengawal. Salah seorang anggota pasukan khas terbunuh kerana terkena tembakan.

"BANG!" Pasukan mereka berbalas tembakan.

Kesemua anggota pasukan musuh berjaya dihapuskan. Kini, mereka berjaya sampai di hadapan sebuah bilik yang menjadi bilik Schlange.

Perlahan-lahan, mereka menghampiri pintu ruangan tersebut.

"BAM!"

Pintu terbuka selepas ditendang.
Farouk,Jaka, Dali, Amirul dan Lim memasuki ruangan itu sementara anggota pasukan lain menunggu di luar.

"Clear!" "Clear!"

Namun ternyata bilik itu kosong. Mereka menggeledah ruangan itu namun tidak menemui apa-apa.

Di saat mereka sedang keliru, tiba-tiba terjadi letupan di luar.

"Incoming!" Anggota pasukan khas yang berjaga di luar berlari mencari tempat berlindung.

Rejimen Artileri Tentera Ca Sau melepaskan tembakan ke arah pasukan khas yang berada di gudang.

Schlange bersama dengan Brigadier General Raghav, Komander Rejimen Artileri duduk di atas meja bersama sambil menikmati arak.

"They think they are smart? They were a stupid bunny!" Sinis Schlange sambil meneguk arak.

"Everybody! Take Cover!"

Zul mengarahkan mereka untuk mencari tempat perlindungan dengan segera. Tembakan artileri bagaikan hujan api yang datang membumi haguskan bumi.

Namun semua ini memang rancangan mereka.

"This stupid has show his hand to early. Now we will show what we are hiding."

Carter bersama helikopter yang dilengkapi mesingun M134 terbang menghampiri kawasan artileri dilepaskan.

Mata Schlange membulat melihat tiga buah helikopter menghampirinya.

Dengan pantas, Carted melepaskan tembakan 50 Cal ke arah tentera artileri. Tembakan itu membuatkan mereka kucar kacir.

Dalam masa beberapa minit sahaja, ratusan anggota musuh tumbang terkena peluru. Schlange bersama pengawalnya cuba melarikan diri ke dalam hutan namun anggota pasukan khas yang bersembunyi sudah menunggu mereka.

"Freeze! Hand in the air!" Arah Ramesh yang mengetuai pasukannya.

Kepala Schlange turut disasarkan oleh laser daripada seorang penembak tepat. Penembak tepat itu bukanlah Lans Koperal Fadzlan Jauhari.

Lans Koperal Chen, anggota Gerup Gerak Khas dan anggota bawahan Mazlan menghalakan riflenya ke arah Schlange.

Akhirnya, Schlange dan anak buahnya terpaksa meletakkan senjata. Mereka semua digari sebelum dibawa oleh anggota pasukan khas.

"Datuk, suspek berserta beberapa anak buahnya berjaya ditahan. Status, dua anggota kita terbunuh. 5 Cedera ringan." Lapor Amirul.

"Datuk, carter bagitahu saya unit tinjauan udara mengesan konvoi tentera Ca Sau dan tentera upahan menuju ke arah sini. Kami menunggu arahan, Datuk." Kata Ramesh pula.

"Arahkan anggota kita pasang bahan letupan untuk musnahkan gudang berserta semua senjata kimia. Selepas itu berundur kembali ke markas. Mereka memiliki terlalu banyak kelebihan jika mereka menyerang sekarang. Kita perlu berundur untuk atur strategi baru." Arahan daripada Zul segera dilaksanakan.

Selepas mereka semua beredar, konvoi tentera Ca Sau berserta tentera upahan tiba di hadapan gudang. Tentera-tentera itu memasuki kawasan gudang.

Lans Koperal Fadzlan Jauhari yang bersembunyi disebalik semak samun memerhatikan tentera Ca Sau. Selepas memastikan kesemua tentera sudah memasuki gudang, Lans Koperal Fadzlan Jauhari menekan butang kawalan jauh.

"BOOM!"

Cahaya letupan dilihat dari atas langit.

"Get to the RV, now!"

Lans Koperal Fadzlan Jauhari berlari keluar dari semak samun menuju ke arah Humvee yang sudah menunggunya.

"Lambat betullah kau ni." Bebel Lans Koperal Chen.

"Kalau askar tu lalu kat sini, tak ke jahanam kita kat sini?" Tambah Ariffin pula.

"Sorry lah ek." Kata Lans Koperal Fadzlan Jauhari.

Humvee mereka segera bergerak meninggalkan kawasan hutan tersebut. Begitu juga helikopter yang bergerak pulang ke markas.

*****

"Apa? Sial! Okey takpe. Kita akan pastikan mereka semua terkubur."

Panggilan telefon dimatikan. Ronnie yang berang melepaskan tembakan ke arah cermin.

"Bangsat kau Zul! Tak habis-habis kau dengan menantu kau nak kacau hidup aku!" Bergetar suara Ronnie cuba menahan amarahnya.

"Apa yang kau baran sangat ni, Ronnie?" Rudy Dilan tiba-tiba memasuki ruangan itu.

"Musuh aku, Datuk Faizul sial tu dah hancurkan markas Schlange dan musnahkan senjata kimia dia. Sekarang kita alami kerugian besar!"

Rudy hanya tersenyum kecil "Haihh kau ni. Schlange tu cuma ikan bilis kecil. Mereka masih belum tahu tempat persembunyian Lord Nero. Kita masih selamat. Lagipun tentera Ca Sau akan lindungi kita. Tak payah nak risau sangat."

"Mana Pogo dengan Roy?" Tanya Ronnie.

"Mereka berdua pergi jumpa Jeneral Nicolo dengan beberapa ketua penjenayah lain. Kita akan ada misi besar untuk tumpaskan keparat-keparat tu semua."

"Kau tahu cara untuk kita kalahkan mereka?" Tiba-tiba Rudy bertanya.

"Macam mana? Serang markas mereka? Kita yang mati nanti."

"Bukanlah bodoh. Macam ni." Rudy menceritakan rancangannya.

"Setiap perwira, sekuat manapun mereka, keluarga mereka tetaplah sumber kekuatan utama mereka. Jadi kita mesti dapatkan sumber kekuatan mereka."

"Culik ahli keluarga mereka?" Ronnie cuba meneka.

"Takkanlah kau tak tahu? kau sendiri pernah culik anak Datuk Faizul. Kita mesti dapatkan mereka!"

"Tapi Hanya Datuk Faizul dan Inspektor Farouk yang ada keluarga. Anjing-anjing yang lain tu semua anak yatim piatu."

"Tak semuanya Ronnie. Leftenan Mazlan ada seorang kekasih yang setia menunggu dia."

Rudy menunjukkan gambar seorang gadis dan itu adalah gambar Suhaila Humairah, buah hati Leftenan Mazlan.

"Nampaknya kerja kita akan lagi senang lepasni." Ronnie mengukir senyuman jahat pada wajahnya.

*****

Di kawasan bandar Ca Sau, seorang gadis berhijab berjalan sendirian dengan hoodie yanh menutup kepalanya.

Sebuah jip tentera Ca Sau berhenti di belakang gadis itu.

"Stop right there, young lady!" Arah anggota tentera itu. Gadis itu menghentikan langkahnya.

Kedua anggota tentera itu memiliki niat jahat kepada gadis itu.

"This is a inspection. Take off your clothes now."

Jaket hoodie gadis itu ditanggalkan dan dijatuhkan ke atas tanah.

"All of them!" Bentak anggota tentera itu.

Tangan gadis itu kelihatan bergerak ke hadapan tubuhnya namun tiba-tiba gadis itu berpaling ke arah mereka.

"Bang!" "Bang!"

Dua das tembakan menembusi tubuh dua anggota tentera itu.

Gadis itu menanggalkan penutup wajahnya dan dia adalah Qarissa ataupun nama samarannya, Flori.

Gadis itu mendekati salah seorang tentera yang masih bernyawa sebelum dia berkata...

"The flower of death is coming."

Flori mendekatkan wajahnya ke wajah anggota tentera itu. Anggota tentera itu mengigil ketakutan. Flori pun memberikan kata-kata penutupnya dalam bahasa Melayu.

"Sesiapa yang melihat mata aku ini tidak akan pernah melihat hari esok."

Pisau di tangan gadis itu dikeluarkan dan dihalakan ke arah leher tentera itu sebelum gadis itu mengambil nyawa tentera itu tanpa sedikitpun belas kasihan.

BERSAMBUNG...

fuhhhhh siap jugak akhirnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience