Bab 8

Action Series 332

Di atas sebuah kapal kargo, dua buah helikopter Mil Mi 24 tentera udara Ca Sau mendarat di atas pad helikopter. Dua orang kru kapal kargo mengangkat dua buah kotak kayu yang berisikan dua orang tebusan.

Suhaila Humairah dan Aulia Syakira yang terikat di dalam kotak tidak dapat melakukan apa-apa. Mereka berdua mendengar suara mesin helikopter dan juga suara perbualan di dalam bahasa asing. Di dalam hati, mereka berdoa agar mereka di selamatkan.

Keadaan mereka berpeluh kerana berada di dalam kotak kayu untuk satu jangka yang agak lama. Kini mereka akan dibawa dengan helikopter ke lokasi yang mereka sendiri tidak tahu di mana.

Apakah yang akan terjadi kepada mereka?

*****

"Oh my god." Ucap Carter perlahan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila keadaan markas porak peranda. Mayat bergelimpangan di mana-mana. Kebakaran terjadi di sana sini.

Jelas telah terjadi serangan besar-besaran di tempat ini.

Helikopter mendarat di atas pad helikopter sebelum mereka semua berlari keluar. Malang sekali mereka terlambat. Tiada apa lagi yang hidup di sini.

"Bangsat!" Mazlan menyepak serpihan besi di sebelahnya.

Jaka melihat sebuah trak pikap yang terbalik. Terdapat tulisan pada trak pikap itu iaitu Cartel De Sinaloa (C.D.S.).

"Bajingan kartel!" Jaka menendang trak itu dengan kuat.

Ternyata, Kartel paling berbahaya di dunia turut berada di sini.

Mereka memeriksa satu persatu mayat namun tiada lagi yang bernafas.

"Apa patut kita buat sekarang, Datuk?" Soal Kolonel Hamdan.

"Aku...aku tak tahu."

Mula timbul rasa putus asa dalam diri mereka. Markas mereka telah hancur, semua alat komunikasi tidak berfungsi dan mereka terkandas di tempat ini.

"Sir! Look at this!" Tiba-tiba Fred memanggil mereka semua.

Mereka segera berkumpul. Pada dinding banguna, tertulis sebuah koordinat lokasi.

"Mereka cabar kita untuk serang mereka." Kata Ramesh dengan suara tegang.

"Nampak gayanya mereka dah kejutkan harimau yang tengah tidur." Tambah Mazlan.

"So, What are we waiting for?" Carter pula bersuara.

"Takkan kita nak biarkan mereka semua mati sia-sia, tuan." Giliran Ariffin pula bersuara.

"Kita harus menuntut bela. Mereka telah mencari masalah dengan orang yang salah!" Jaka bersuara dengan lantang.

"Ingat sumpah kita!"

Zul yang dari tadi berdiam akhirnya bersuara

"Tunggu apa lagi?"

Mereka semua menganggukkan kepala masing-masing.

Dengan pantas, mereka meluru ke bilik senjata. Mereka mengambil seberapa banyak senjata dan peluru yang ada. Semua perlengkapan dan aksesori dibawa.

Tangki helikopter kini sudah diisi penuh. Kesemua anggota yang tersisa memasuki helikopter dengan segala perlengkapan yang mereka bawa.

"Aku dah hubungi Vijay. Dia akan bantu kita masuk dari dalam." Kata Farouk kepada yang lain.

Helikopter mereka terbang menuju ke koordinat yang diberikan.

"Kau pasti ini bukan perangkap?" Tanya Azlan yang merasa tidak sedap hati.

"Aku kenal Ronnie macam mana. Ini adalah permainan dia dan kita adalah pemain. Sial macam mana sekalipun dia, Ronnie tak pernah main kotor." Farouk menarik slide pistol sebelum meletakkannya di sarung pistol.

*****

Ronnie dan Rudy duduk bersama sambil menghisap rokok di ruang tamu itu.

"Apa ni lepaslah!"

Kedengaran suara dua orang wanita yang diseret oleh dua anggota tentera Ca Sau.

"Nampaknya barang kita dah sampai." Rudy tersenyum sinis.

Suhaila Humairah dan Aulia Syakira dibawa ke hadapan mereka. Tubuh mereka bergetar ketakutan.

Penutup mata mereka dibuka dan mata mereka membulat melihat lelaki di hadapan mereka.

"Kita bertemu kembali, Aulia Syakira Binti Datuk Seri Faizul Rashid." Ronnie menghampiri Aulia.

"Wah, wah nampaknya barang second hand aku ada kat sini. Nasib baik kau tak mengandungkan anak aku." Rudy tersenyum lebar melihat Suhaila yang ketakutan.

"No! No! Tak! Lepaskan aku!" Aulia meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Apa yang kau nak lagi? Lepaskan aku! Aku merayu!" Suhaila mula menangis.

"Eh semaklah tudung korang ni!" dengan pantas tudung mereka berdua ditarik kasar menampakkan rambut panjang mereka.

"Binatang!" Jerit Suhaila dengan linangan air mata.

"Ya memang aku binatang. Aku ni anjinh gila. HAHAHHAHA!" Rudy ketawa terbahak-bahak.

"Bring them to the cage!" Arah Ronnie kepada dua orang anggota tentera tadi.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Mereka berdua meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Sia-sia sahaja. Diorang bukan faham Bahasa Melayu pun."

Sekarang yang tinggal hanyalah menunggu kedatangan pasukan-pasukan khas yang akan datang bila-bila masa sahaja.

Pogo The Clown dan Roy memasuki ruangan itu.

"Nampaknya koranh dapat tangkap umpan." Kata Roy yang memasuki ruangan itu.

"Tentera Ca Sau, Tentera upahan dan anggota Kartel Sinaloa dah berkumpul. Kita akan tengok betapa hebatnya mereka untuk hadap kita semua!" Ronnie tidak sabar melihat mayat musuh-musuh mereka.

"Aku tak sabar untuk Ariffin datang ke sini. Aku memang dah nantikan benda ni sejak bertahun-tahun lepas!" Kata Pogo The Clown pula.

"Kau kata kematian dia akan jadi sangat epik. Apa yang epiknya kalau setakat mati kena tembak atau kena kerat?" Tanya Roy.

Pogo The Clown tersenyum sinis. Lalu dia memanggil seseorang.

"Masuk sekarang ."

Seorang gadis berjalan perlahan memasuki ruangan itu. Mata mereka terbeliak. Gadis di hadapan mereka masih sangat muda.

Gadis itu adalah Puteri Nuha Maisarah, anak perempuan kepada Sarjan Ariffin Adli yang selama ini disangka telah terkorban sejak beberapa tahun yang lalu.

Wajah gadis itu masih cantik dan manis walaupun sedikit berubah mengikut peredaran umurnya. Namun wajah gadis itu bagaikan manusia tanpa perasaan. Penampilan gadis itu turut berubah. Kepalanya tidak lagi ditutupi tudung. Auratnya dibiarkan kelihatan.

"Kau dah sedia untuk bunuh musuh kau?" Tanya Pogo.

Gadis itu menjawab sepatah "Sedia tuan."

Pogo ketawa terbahak-bahak. Rudy, Ronnie dan Roy turut merasa seram dengan tingkah laku Pogo.

"Permainan bermula."

*****

Di sebuah istana lama, kelihatan ratusan tentera Ca Sau berkubu di kawasan itu bersama beberapa tentera upahan dan anggota kartel Sinaloa.

Kawasan di sekeliling istana dikelilingi oleh tembok tinggi dan menara pengawal. Dua buah kereta kebal T-62 dan T-64 buatan soviet.

Terdapat beberapa trak pikap dan jip tentera yang dilengkapi mesingan bersiap sedia untuk bertempur. Beberapa post pemeriksaan tentera juga terdapat di sana dengan dikawal beberapa orang tentera lengkap bersenjata.

"Ketat betul kawalan kat sini. Boleh ke kita rempuh." Amirul merasa sedikit ragu untuk menyerang.

Farouk, Amirul dan Mazlan sedang melakukan tinjauan.

"Kau ingat ini susah? Kau tak tahu apa aku dengan geng-geng aku buat masa operasi dekat negara ni dulu." Balas Farouk.

"Jadi apa rancangan kau?" Tanya Mazlan.

"Kau tengah bercakap dengan sifu. Sekarang kita akan serbu dengan plan yang aku buat."

*****

"Nama saya Aulia Syakira, graduan UITM, pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan. Lepas habis belajar, saya berkahwin dan uruskan syarikat arwah ibu."

Aulia dan Suhaila yang dikurung dengan kaki dirantai salinh berkenalan di dalam sel penjara.

"Awak dah ada anak?" Tanya Suhaila.

Aulia menggelengkan kepalanya "Saya keguguran."

"Innalillahiwainnalillahirajiun. Maafkan saya Aulia. Tapi kalau saya boleh tahu kenapa mereka culik awak?" Tanya Suhaila ingin tahu.

"Mungkin sebab suami saya. Dia polis pangkat Inspektor. Mungkin nak jadikan saya tebusan." Jelas Aulia.

"Siapa nama awak pula?" Giliran Aulia bertanya.

"Nama Saya Nurul Puteri Suhaila Humairah. Saya kerja sebagai Ustazah dekat Johor Bahru. Saya masih bujang dan belum berkahwin." Jelas Suhaila.

"Oh awak ni anak dara lagi lah ye?"

Senyuman Suhaila tiba-tiba terpadam. Wajahnya berubah menjadi sedih.

"Eh kenapa dengan awak ni? Saya salah tanya ke?" Aulia mula merasa serba salah kerana takut jika soalannya menyinggung hati Suhaila.

"Saya bukan anak dara. Saya perempuan kotor. Saya dah tak suci."

Kata-kata Suhaila membuat Aulia sedikit bingung. Suhaila menyambung lagi kata-katanya.

"Saya dah kena sentuh dengan lelaki yang kita jumpa tadi. Dia dah musnahkan hidup saya. Dia dah rampas harta paling berharga dalam hidup saya. Semuanya sebab dendam!" Air mata Suhaila turun deras membasahi kedua belah pipinya.

"Maafkan saya Suhaila. Saya tak patut tanya soalan tu pada awak." Aulia merasa serba salah. Dia risau telah melukakan hati Suhaila.

"Tak...takpe. Maafkan saya. Saya masih trauma dengan apa yang jadi pada saya dulu." Suhaila mengelap air matanya.

"Tapi nampaknya trauma kau akan jadi lebih teruk, Suhaila."

Tersentak mereka melihat Rudy bersama lapan orang tentera Ca Sau memasuki sel tahanan mereka.

"Apa yang kau nak lagi, Rudy? Tak cukup lagi ke kau dah musnahkan hidup aku? Kau tak takut Tuhan ke?" Suhaila bersuara dengan lantang.

"Apa yang aku nak? Senang je. Apa yang aku nak ialah kau!"

"Aku?"

Serentak itu, tentera Ca Sau itu terus menerkam Suhaila.

"Eh apa ni! Kau nak buat apa ni?!"
Suhaila meronta-ronta ketika dia dipegang oleh tentera Ca Sau.

"Aku nak buat benda tu lagi dengan kau!"

Kata-kata Rudy bagaikan panahan petir yang menyambar Suhaila. Dia tahu apa yanh dimaksudkan oleh Rudy.

"Tak! Lepaskan aku! Lepaskan! Aku tak nak!" Gadis itu meronta-ronta melepaskan diri.

"Hei lepaskan dia!" Aulia cuba membantu namun dia juga turut dipegang oleh tentera Ca Sau.

"Sekarang kau tengok aku main dengan budak mi!" Terbahak-bahak Rudy ketawa.

Dari luar sel, suara jeritan, raungan dan tangisan Suhaila jelas kedengaran. Rudy benar-benar telah kehilangan kawalan.

Di luar, seorang tentera Ca Sau membawa sebuah kotak senjata dan pergi ke tingkat atas. Sebuah RPG-7 dikeluarkan. Tentera itu tersenyum sinis.

Tentera itu adalah ASP Vijay yang sedang menyamar. Pintu pagar utama dilihat dari jauh dan dia turut melihat seorang tentera Ca Sau yang membawa motosikal sedang menuju ke tempat ini.

"Misi Bermula."

*****

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience