Bab 2

Action Series 332

Dua buah jet peribadi daripada Pasukan Gerakan Udara PDRM selamat mendarat di pangkalan udara PBB.

Pintu pesawat dibuka lalu kesemua penumpang melangkah keluar daripada pesawat.

"Nampaknya, kita dah kembali ke sini." Kata Farouk sambil melihat keadaan sekeliling.

Kelihatan kawasan itu dijaga oleh tentera pengaman PBB daripada Pakistan. Kawasan sekeliling lapangan terbang dikelilingi pagar dan kawad berdiri.

Ketika melangkah masuk ke dalam bangunan lapangan terbang, mereka melihat ramai penduduk tempatan yang mendapatkan perlindungan daripada PBB daripada kekejaman tentera Ca Sau. Ramai penduduk tempatan yang cedera dirawat oleh doktor dan jururawat sukarelawan daripada luar negara.

Tingkap-tingkap di bangunan itu juga banyak yang sudah pecah dan ditutupi dengan papan kerana diserang oleh tentera Ca Sau. Tentera Ca Sau melakukannya kerana ingin mengancam PBB untuk berundur daripada negara mereka.

Seorang daripada pegawai di sana mengalukan mereka untuk duduk di sebuah dewan sementara menunggu wakil daripada negara lain. Dewan tersebut sudah disediakan dengan kerusi untuk pegawai-pegawai polis yang akan datang.

"Diorang nak bawak kita berperang ke apa sial? Dah macam Black Hawk Down aku tengok." Kata Amirul melihat keadaan di situ.

"Aku dah pernah terlibat operasi kat negara celaka ni. Kau akan hadap benda yang kau takkan lupa sampai kau mati." Kata Farouk yang pernah terlibat dalam misi di Ca Sau sebelum ini (rujuk Rahsia 2).

"Kau sumpahlah tentera kat negara ni lindungi penjenayah? Kerajaan jenis apa yang sanggup bersekongkol dengan penyangak." Lim seperti tidak mempercayai terdapat kerajaan yang sanggup bersekongkol dengan kumpulan penjenayah hanya kerana tamakkan duit.

"Zaman sekarang, duit tu dah dianggap tuhan sampai mereka lupa siapa tuhan yang sebenarnya." Zul tiba-tiba bersuara.

Kata Zul lagi "Kita tidak boleh menjadi hamba kepada kertas, tapi jadilah hamba kepada Tuhan."

"Baik Datuk Seri." Jawab mereka berdua serentak.

Ketika mereka memasuki dewan itu, Farouk tersenyum melihat 5 orang pegawai yang pernah berkerjasama dengan dirinya ketika terlibat dalam misi di Ca Sau.

Mereka ialah Leftenan Jaka dan Dali daripada Polis Republik Indonesia, Timbalan Leftenan James dan Fred daripada Polis Diraja Thailand dan terakhir sekali Ejen MI6 iaitu Ejen Carter.

"Look who's here, everyone. The crazy cop who almost got us all killed." Kata Carter melihat Farouk dan Inspektor Azlan di sana.

"Wow, he's back!" Tambah Fred pula.

Mereka semua bangun daripada tempat duduk mereka lalu menyambut kedatangan rakan lama mereka iaitu Farouk.

"Aiyyow, How are you men?" James terus mendapatkan Farouk yang baru sahaja sampai.

"I am good bro. It's been a while since our mission a few months ago." Jawab Farouk dengan rakan-rakannya itu.

"Wei, siapa diorang ni? Apsal rapat sangat dengan Farouk?" Tanya Lim kepada Amirul.

"Kau ni boleh tahan bangang. Dia kan pernah terlibat operasi kat sini dulu. Ini kawan-kawan dia." Jawab Amirul.

Mereka mula mengambil tempat duduk untuk melepaskan penat setalah seharian di jet peribadi. Farouk pula duduk bersama rakan-rakan lamanya sambil bertukar-tukar cerita.

Sedang asyik berbual, kelihatan beberapa orang pegawai polis dan ejen perisikan daripada negara lain memasuki dewan satu persatu.

Misi yang mereka sedang laksanakan ini merupakan misi rahsia. Kesemua anggota polis, pegawai dan ejen dilarang memberitahu apa-apa tentang operasi ini. Bahkan Farouk hanya memberitahu isterinya jika ini cumalah operasi untuk menumpaskan sindiket dadah.

Di lapangan terbang, pesawat C-130 mendarat di lapangan terbang. Selepas itu, anggota daripada rejiman 20 GGK satu persatu keluar. Leftenan Mazlan dan Kolonel Hamdan ditemui oleh seorang lelaki bersut hitam.

"Good morning, sir. The commanding officer need to go to the hall." Jawab lelaki daripada India itu.

"Roger that." Jawab Kolonel Hamdan.

"Mazlan, kita kena pergi ke dewan. Si botak ni akan tunjuk arah ke dewan tu." Kata Kolonel Hamdan.

"Baik tuan." Jawab Mazlan.

Mereka melangkah masuk ke dalam dewan. Ketika mereka sedang berjalan, mereka dikejutkan dengan bunyi letupan di luar.

It's normal in this country." Ujar seorang tentera Pakistan yang berkawal di sana.

"Tuan, apa jadi kat sini?" Tanya Mazlan melihat keadaan negara ini.

"Sebab tu aku suruh baca surat khabar. Kerajaan diktator tentera kat sini dah lama lakukan penindasan kepada rakyat lepas mereka rampas kuasa dulu. Sekarang, tentera pembebasan rakyat tengah cuba untuk jatuhkan kerajaan ni tapi tak mudah. Tentera mereka sangat kuat dan dapat sokongan daripada kumpulan penjenayah dan pengganas antarabangsa." Jelas Kolonel Hamdan.

Setelah mereka memasuki dewan, Amirul terpandang Mazlan yang memasuki dewan itu.

"Tak silap aku tu Leftenan Mazlan daripada Gerup Gerak khas. Dia ada terlibat dalam operasi untuk tumpaskan penjenayah dekat Johor."

"Ah ye aku tau. Siapa nama penyangak tak guna tu eh? Ru... Ru..." Lim cuba memerah ingatannya.

"Rudy Dilan. Ketua kumpulan militan narkotik dan pemerdagangan manusia." Inspektor Ramesh tiba-tiba mencelah.

"Ha ye. Betul tu. Aku dah lupa banyak nama sejak operasi lepas."

Setelah mereka semua duduk, keadaan dewan itu digelapkan. Seorang lelaki yang memakai kot hitam berjalan ke hadapan.

"Good morning gentlemen, I'm Michael Grimes from the CIA."

Michael mengarahkan seorang lelaki menggunakan LCD bagi menayangkan sesuatu. Terdapat gambar beberapa orang penjenayah dan empat daripada berasal daripada Malaysia. Mereka merupakan Ronnie, Rudy Dilan, Roy dan Pogo.

"The military government of Ca Sau has colluded with a dangerous criminal whose identity is still unknown."

"He also has colluded with several dangerous criminals and terrorists from across Asian countries."

"Most of them are from Japan, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia and Malaysia."

Michael duduk di atas meja setelah berdiri selama beberapa minit. Michael kemudian menyambung.

"He also conspired with the Sinaloa Cartel, the most dangerous cartel in Mexico. So this mission will be very dangerous and high risk."

Kesemua mereka tekun mendengar taklimat daripada Michael serta turut mencatatkannya di buku nota kecil.

*****

Jam 12:00 tengahari, mereka semua bergerak menuju ke sebuah markas operasi khas. Mereka menaiki bas untuk pergi ke sana sambil diiringi pasukan tentera Itali.

Sesampainya di markas tersebut, mereka dibawa ke bilik masing-masing untuk berehat sementara menunggu arahan seterusnya.

"Jadi nilah tempat kita nak membuta ya?" Ujar Inspektor Ramesh melihat dorm dengan beberapa katil tingkat di situ.

"Aduh aku ingatkan dia nak bagi bilik hotel. Ni dah macam bilik pasukan pengaman dah aku tengok." Kata Lim melihat keadaan bilik itu.

"Ada masalah ke jadi anggota pasukan pengaman pada pandangan polis macam kau?" Suara dingin daripada Mazlan kedengaran dari belakang. Mazlan sudah pernah dihantar ke Lebanon di bawah panji PBB selama setahun.

"Eh takde masalahlah tuan Leftenan. Askar ni memang hebat sebenarnya. Takde siapa boleh jadi macam mereka." Mulut Lim tersengih lebar.

"Tak payah nak tuan-tuan dengan aku. Pangkat kita atas bahu sama je. Dua paku juga." Lalu Mazlan pergi ke arah katil sebelum meletakkan begnya di sebelah katil.

"Seram betullah dia ni." Bisik Lim kepada Amirul.

"Esok Aku, Leftenan Mazlan dan Carter akan pergi ke kawasan bandar untuk buat tinjaun. Setiap daripada kita hanya dibenarkan membawa sepucuk pistol sahaja." Kata Farouk di hadapan mereka semua.

"Habistu aku nak buat apa?" Inspektor Ramesh tiba-tiba mencelah.

"Kau duduk diam je kat situ dengan kitorang." Jawab Amirul.

"Inspektor, aku rasa kau lupa sesuatu." Kata Mazlan yang terbaring di atas katil.

"Lupa? Lupa apa kau ni, Leftenan?"

"Solat tolol. Dah pukul 1:30 ni." Kata Mazlan sambil menunjukkan jam di tangannya.

"Oh ya aku lupa. Jom semua yang Islam kita pergi bersujud dulu. Yang non-muslim duduk diam-diam."

Kesemua pegawai polis yang beragama Islam pergi untuk mengambil wuduk dan solat berjemaah bersama. Hanya tinggal Lim dan Ramesh di bilik itu.

"Baiklah Ramesh. Sekarang kita dua je ada. Kita nak buat apa sekarang ni?" Kata Lim lalu menoleh ke belakang namun Ramesh sudah tertidur di atas katil.

"Alah, nama je UTK. Kerja tidur je."

*****

Di kawasan bandar Ca Sau, Farouk, Carter dan Mazlan berjalan bersama dengan mengenakan pakaian serba hitam. Mereka berpura-pura bersiar-siar di kawasan pasar sambil memerhatikan gerak geri tentera bersenjata.

Kelihatan pasukan tentera bersenjatakan AK-47 dan AK-12 sedang meronda dengan wajah yang bengis. Mereka turut bertindak memeras ugut peniaga tempatan.

"Bang!"

Mereka semua tersentak dengan bunyi tembakan. Tentera Ca Sau bertindak kejam dengan membunuh seorang peniaga tempatan yang enggan membayar mereka.

"Fucking hell." Ucap Farouk melihat kejadian itu.

"All these soldier are crazy. They will kill you first before talk with you." Kata Carter pula.

"I thought their supreme leader is already death." Kata Mazlan kepada mereka.

"Patutnya memang tapi mereka lantik ketua baru." Jawab Farouk.

"Speak in a language we all understand, Farouk." Carter tiba-tiba menyampuk.

"Sorry Carter."

Mereka bertiga terus berjalan dan berlagak seperti pelancong bagi mengelabui anggota tentera. Tujuan mereka adalah untuk mencari seorang lelaki.

*****

"Thuf!" "Thuf!" "Thuf!"

Bunyi pukulan beg pukul bergema di dalam ruangan itu tanpa menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

Tangan lelaki itu terus menerus melepaskan tumbukan ke arah beg pukul. Peluh menitik-nitik jatuh dari tubuhnya.

Wajah Ariffin yang tegang dan berparut tampak begitu menakutkan bagi mereka sesiapa sahaja yang melihat. Namun siapa sangka wajah yang bengis itu sedang menitiskan air mata.

"Sial kau!" "Sial kau!" "Sial kau!"

Mulut Ariffin terkumat-kamit memaki hamun seorang individu di dalam sekeping gambar yang ditampal pada beg pukul itu.

Gambar yang sudah remuk itu akhirnya jatuh ke atas lantai. Mata Ariffin menatap tajam ke arah gambar itu dengan wajah yang menakutkan.

"Dah kenapa dengan Sarjan Ariffin tu?" Tanya Lans Koperal Fazlan Jauhari kepada rakannya.

Rakannya melepaskan satu keluhan panjang. "Kau tahukan Ariffin seorang yang baran, pendiam dan menakutkan? Sebenarnya dia dulu bukan macam tu."

"Bukan macam tu? Habistu macam mana?"

Rakannya menjawab "Dulu dia seorang yang lekang dengan senyuman. Seorang yang ramah dan baik hati. Tapi segala-galanya berubah lepas satu kejadian setahun sebelum Ops Tingkat, 5 tahun lepas."

"Apa jadi sebenarnya?" Lans Koperal Fadzlan Jauhari semakin dihurungi tanda tanya.

"Mungkin kau fikir Sarjan Ariffin tu anggota yang tegas dan garang tapi dia ada sejarah."

Rakannya menyambung lagi.

"Sarjan Ariffin merupakan seseorang yang...hilang segala-galanya. Manusia-manusia durjana tu dah rampas segala-galanya daripada dia."

*****

BERSAMBUNG ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience