Kesemua mata tertumpu pada skrin di hadapan mereka. Sebuah rakaman menunjukkan satu pertemuan rahsia antara beberapa orang penjenayah berbahaya.
"Eh, itukan..." tiba-tiba mulut Farouk bersuara.
Di antara mereka, empat orang penjenayah Yang mereka cari selama ini berada di dalam video tersebut. Mereka semua mengenakan jubah hitam namun wajah mereka masih jelas kelihatan. Di hujung meja, terdapat seorang lelaki memakai topeng emas dan dikawal dua pengawal bersenjata.
Kelihatan terdapat sebuah kad rahsia yang disimpan di dalam sebuah carrying case. kad itu disimpan oleh beberapa pengawal dan dibawa pergi. Rakaman itu berakhir dengan mereka semua mengelar telapak tangan mereka sebagai bentuk sumpah setia mereka.
"They are planning something." Ujar Carter.
"But, what card is that?" Soal Mazlan yang melihatnya.
"That's why we have to investigate. They have evil plans that we won't be able to foresee."
"What's our next move, Carter?" Tanya Zul pula.
""We need to wait for information from the intelligence unit. After that, we will move on to further action, sir."
*****
Ariffin berjalan sendirian di koridor menuju ke biliknya. Dia sempat berselisih dengan anggota pasukan keselamatan yang mengawal kawasan markas ini. Beberapa orang ejen menyapanya namun tidak ada balasan mahupun senyuman dibalas oleh lelaki dingin itu.
Pintu dibuka dan dia terus menuju ke arah katilnya. Beg yang diletakkan di tepi katil dicapai sebelum zip beg itu dibuka.
Sekeping gambar keluarga diambil. Kelihatan Ariffin bersama isteri dan anak perempuannya bergambar bersama. Gambar itu diambil tiga bulan sebelum kematian isterinya kerana penyakit kanser.
Gambar itu ditenung lama sebelum tiba-tiba air matanya menitis ke atas gambar itu. Ariffin teringat akan peristiwa kelam yang telah merampas senyumannya dan mengubah Ariffin menjadi dirinya yang sekarang.
*****
Beberapa tahun yanh lalu...
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
"Setelah mendengar hujahan daripada kedua belah pihak dan daripada bukti yang ada, mahkamah mendapati bahwa pihak pembelaan gagal membuktikan sebarang keraguan pada hujahan pihak pendakwaan. Maka dengan ini, kamu Azril Ahri Bin Megat di dapati bersalah melakukan pembunuhan pada tarikh dan tempat seperti yang dibaca ketika pendakwaan tadi dan kamu dijatuhi hukuman gantung sampai mati dibawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh."
Azril, seorang pembunuh bersiri yang dikenali kerana sikap kejamnya dibawa keluar dari perkarangan mahkamah dan diiringi anggota pasukan khas menuju ke arah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam untuk dibawa ke penjara.
Salah seorang anggota yang membawa Azril adalah Ariffin. Ariffin merupakan anggota polis yang bertanggungjawab memimpin serbuan ke kediaman Azril dan memberkas penjenayah kejam itu.
Selepas tugasnya selesai, Ariffin memandu kereta untuk pulang ke rumahnya. Setelah kematian isterinya, Ariffin tinggal bersama anak perempuannya, Puteri Nuha Maisarah, gadis cantik berumur 13 tahun.
Namun ketika pulang ke rumah, Ariffin mendapati pintu rumahnya terbuka. Ariffin yang lengkap dengan seragam melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Assalamualaikum."
"BUKK!!"
Kepala Ariffin dipukul dengan kayu. Sempat dia melihat dua orang badut yang menatap ke arahnya sebelum perlahan-lahan dia akhirnya pengsan.
"Splashhh!"
Ariffin akhirnya tersedar. Dia yang masih berseragam polis terikat di atas kerusi.
"Wekey-wekey, Sarjan kita dah bangun."
Beberapa orang badut berdiri di hadapannya.
"Korang ni siapa? Oh aku tahu, korang ni anjing si Azril ya? Bos kau tu dah nak arwah dekat tali gantung. Kalau kau nak bunuh aku, marilah! Aku tak takut."
Bergema ruangan itu dengan bumi gelak tawa badut-badut tersebut.
"Siapa kata kitorang nak bunuh kau? Kau tahu tak, ada benda yang lebih teruk dari kematian?"
Tiba-tiba kedengaran suara pergelutan dan jeritan seorang gadis. Mata Ariffin membulat. Anak gadisnya diseret oleh badut-badut durjana itu.
"ADIK!" Jerit Ariffin melihat anak perempuannya diseret oleh badut-badut itu.
"Abah! Tolong adik abah!" Maisarah yang masih lengkap berbaju sukan sekolah meronta-ronta untuk melepaskan diri.
"HAHAHAHAHA hari ini kau akan tengok aku jadi menantu kau abah!" Dengan kasar tudung sekolah pada kepala gadis itu ditarik kasar.
"Sial! Kalau kau dendam dengan aku, kau bunuh aku. Bukan anak aku. Dia tak bersalah!"
Bunyi gelak tawa mereka semakin kuat.
"Macam yang kau cakap tadi, kau tak takut mati. Jadi daripada buat kau mati, apa kata kitorang buat kau menderita seumur hidup kau."
Tubuh Sarah dibaringkan di atas meja. Kedua tangan dan kakinya dipegang erat oleh badut itu. Dengan kasar, baju dan seluarnya ditanggalkan oleh badut durjana itu.
"Sekarang kau tengok aku kahwin dengan anak kau! HAHAHAHAHAH!"
"SIALLL!"
*****
"Sarjan?"
Ariffin segera terbangun. Rupanya dia tertidur tadi. Jam menunjukkan jam 12:00 tengah malam.
"Sarjan, ada taklimat daripada Ejen Michael untuk operasi baru. Unit Perisikan dah dapat kesan lokasi gudang musuh."
"Baiklah. Aku datang nanti."
Farouk berjalan masuk ke dalam dorm sebelum dia mengetuk kuali dengan senduk untuk membangunkan Inspektor Ramesh yang masih lena.
"Dey Pundek kau dah gila ke?"
"Bangunlah bodoh kita ada operasi."
Amirul dan Lim berjalan dengan wajah "malas" menuju je bilik operasi. Begitu juga Mazlan yang berada di dalam tandas.
"Mission apa pulak malam-malam ni sial? Aku tengah mengantuk ni?" Bebel Lim dengan mata kuyu.
"Aku baru je bermimpi kahwin dengan puteri raja. Tengok-tengok dah dibangkitkan dari alam fatamorgana." Amirul menggosok matanya yang kuyu.
Mazlan yang berada di hadapan mereka merasa jengkel dengan tingkah laku kedua pegawai polis itu.
"Kau dua orang ni betul-betul polis ke? Dah macam raja lawak kena reject dah aku tengok."
Dua pegawai polis Thailand, James dan Fred yang tadinya tertidur segera dibangunkan oleh Carter dengan cara yang begitu ramah.
"SPLASHH!" Air disimbah kepada mereka berdua.
"Arggh, What the hell man?"
"Wake the hell up now. We have a mission. Don't be a sloth, James."
"BANG!"
Dua pegawai polis Indonesia, Jaka dan Dali terjatuh dari katil mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan ke udara.
"Wahai saudara serumpun, sila bangun daripada lena anda." Kata Zul dengan pistol di tangannya.
Selepas mereka semua berkumpul, Ejen Michael muncul di hadapan mereka.
"Goodnight, Gentleman. Forgive me for disturbing your rest time. Tonight, we have an operation."
Sebuah pelan bangunan gudang ditunjukkan kepada mereka. Terdapat gambar seorang lelaki sepanyol dengan tatu kala jengking pada lengannya.
"This Motherfucker name is Schlange. One of the most wanted person in Interpol and CIA. He is the leader of the Cobra group and he is suspected of illegally supplying biological weapons to the Ca Sau military. Tonight, we're going to attack the warehouse where he's hiding."
Selepas taklimat diberikan, mereka semua segera menyiapkan peralatan senjata masing-masing. Operasi kali ini memerlukan jumlah anggota yang ramai kerana lokasi kawasan yang agak luas.
Baju kalis peluru dipakai oleh mereka. Senjata-senjata canggih dipasang dengan aksesori lengkap. Helmet balistik dipakai untuk melindungi kepala mereka.
Selepas semua persiapan selesai, Amirul, Lim, Farouk, Carter, Jaka, Dali dan Mazlan berserta anggota pasukan khas lain berlari ke arah 5 helikopter Black Hawk US Army yang akan membawa mereka melalui udara. Inspektor Ramesh, Ariffin, Lans Korporal Fadzlan Jauhari, Zul, James dan Fred pula akan menggunakan jalan darat dengan menaiki kenderaan berperisai. Tepat Jam 0200, kesemua kenderaan bergerak.
"Permission to take off, sir."
"Permission granted, Lieutenant."
Helikopter itu mula terapung dan akhirnya terbang ke arah lokasi musuh.
Pintu pagar besi dibuka oleh tentera PBB yang berkawal. Kesemua kenderaan berperisai bergerak menuju ke lokasi musuh.
*****
Kuala Lumpur, Malaysia.
Aulia, isteri kepada Farouk bersama kawan baiknya iaitu Mei Yin sedang menikmati hidangan di sebuah restoran mamak. Meskipun seorang yang kaya, Aulia gemar membeli makanan di mamak atau gerai berbanding restoran mewah.
"Apa khabar dengan suami kau kat operasi tu?" Tanya Mei Yin.
"Biasalah. Mesti aku lost contact dengan dia. Katanya operasi benteras pengedar dadah."
Aulia memang tidak diberitahu mengenai operasi suaminya kerana operasi itu adalah operasi rahsia. Farouk hanya berkata operasi ini hanyalah operasi berkaitan dadah di Thailand.
"Aulia, kau okey ke?"
Aulia terdiam seketika. Bola matanya menatap tajam ke arah Mei Yin.
"Kau dah sembuh ke dari kesedihan kau lepas kau keguguran dulu?"
"Kenapa kau tanya?" Dingin saja suara Aulia.
"Aulia, aku ni kawan baik kau. PA dan staff kat company kau selalu bagitau yang kau selalu sangat ambil ubat untuk depression dan anxiety. Bukan tu je, diorang selalu dengar kau menangis sendirian dalam tandas dan dalam pejabat kau."
Aulia hanya terdiam sejenak.
"Tipulah kalau kata aku tak bersedih. Impian aku untuk dapatkan zuriat hilang macam tu je. Aku masih cuba terima segalanya tapi...entahlah. aku tak tahu aku mampu atau tak untuk hadap semua ni tapi aku tetap kena teruskan hidup aku. Takpelah, aku akan cuba untuk sembuh. InshaAllah aku akan pulih sepenuhnya suatu hari nanti." Aulia memberikan senyuman manis kepada Mei Yin.
Mei Yin Tersenyum bahagia "Aku bangga ada kawan macam kau, Aulia."
Tiba-tiba telefon bimbit Mei Yin terbuka kerana terdapat e-mel yang dihantar kepadanya. Aulia terkejut melihat gambar pada wallpaper telefon Mei Yin.
"Ins... Inspektor Ramesh?"
"Alamak. Errmm sorry Aulia aku nak ke tandas jap." Dengan pantas Mei Yin bangun sebelum berlari ke arah tandas.
Aulia menggelengkan kepalanya. Rupanya sahabat sehidup sematinya ini sedang dilamun cinta dengan pesaing suaminya.
"Haih, all the best sahabat."
Tanpa disedari, seorang lelaki berbaju hitam sedang memerhatikan dirinya dari jauh. Mulutnya tersengih sebelum dia berkata
"Kau akan menyesal Farouk."
BERSAMBUNG...
Share this novel