Bab 3

Action Series 332

Langkah kaki lelaki Mexico itu terus dipercepatkan. Beberapa kali dia menoleh ke belakang untuk melihat individu yang sedang mengejar dirinya.

"Stop, damn it!" Mazlan berusaha untuk menangkap lelaki itu.

Lelaki itu berlari dengan begitu pantas. Pergerakannya benar-benar lincah menyebabkan semakin sukar untuk mendapatkan dirinya.

"Try to catch me if you can." Sinis lelaki itu.

Namun entah dari mana sebuah kereta melanggar lelaki Mexico itu menyebabkan lelaki itu tercampak beberapa meter kehadapan.

"Oops! I hit a running pig." Sinis Carter di dalam kereta.

Farouk segera keluar dari kereta dan mendapatkan lelaki itu yang berada dalam keadaan cedera.

"You are under arrest!" Tangan lelaki itu digari manakala kepalanya ditutup dengan kain berwarna hitam lalu lelaki itu disumbat ke dalam bonet kereta.

"Let's get the hell out of here before the military found us." Kata Carter lalu mereka segera beredar.

*****

Amirul dan Lim berada di sebuah ruangan dan memeriksa beberapa dokumen mengenai suspek-suspek yang sedang mereka cari. Kesemua mereka merupakan penjenayah berprofil tinggi dan sangat berbahaya.

"Ronnie ketua kumpulan The Red Fox dan terlepas daripada beberapa operasi khas. Rudy Dilan, ketua kumpulan perdagangan manusia dan narkotik yang terlepas ketia operasi Hellfire di sebuah pulau di Laut China Selatan. Pogo The Clown, ketua badut yang nama sebenarnya masih belum diketahui. Terlibat dalam Jenayah pembunuhan bersiri dan akhir sekali. anak haram yang dah beduk muka kau. Roy."

Amirul menggulingkan kedua bola matanya ke atas.

Pintu tiba-tiba terbuka. Farouk, Mazlan dan Carter memasuki ruangan itu beriringan.

"Farouk, dapat tangkap ke suspek tu?" Tanya Amirul.

"Dah tapi mat saleh ni langgar dia pakai kereta. Sekarang dia dekat bilik rawatan" Farouk menunjuk ke arah Carter.

"Are you talking something about me?" Tanya Carter melihat Farouk menunjuk ke arah mereka.

Tidak menjawab soalan Carter, Farouk melihat beberapa dokumen berkaitan suspek-suspek yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

"Jadi ayah kau adalah Remy Dilan, abang kepada Rudy?" Tiba-tiba Farouk bertanya.

"Nama tu dah mampus untuk arwah ayah aku. Nama ayah aku adalah Dollah!" Tegas Mazlan.

"Relaks Leftenan. Pihak PDRM sangat menghargai jasa ayah kau yang telah mendedahkan lokasi-lokasi penting sindiket datuk kau dulu. Tapi malangnya, kami gagal lindungi dia." Kata Farouk lagi.

"I will interrogate that guy to get the necessary information. We have to be ready for the next instructions " Kata Carter di sebelah mereka.

*****

Di bandar Sydney, Australia, seorang gadis melayu berhijab duduk di atas kerusi taman sambil menggunakan gincu pada bibirnya.

Gadis itu adalah Suhaila Qarissa ataupun nama samarannya Flori.

(Aku akan gunakan nama dia Qarissa supaya pembaca tidak keliru dengan satu lagi watak bernama Suhaila)

Gincu yang digunakan Qarissa rupanya merupakan senjata yang telah diubah suai. Naluri tajam Qarissa dapat mengesan suatu ancaman yang menyasarkan dirinya.

"Thufff!"

Dengan pantas, dia mengelak daripada terkena tembakan yang hampir mengenai kepalanya. Peluru itu hanya terkena sebatang pokok di belakang kerusi taman.

Di sebalik kerumunan orang ramai, seorang lelaki cuba untuk menembak Qarissa dengan pistol yang dipasangkan silencer dan disorokkan di dalam sebuah beg.

Qarissa bangun dan berjalan menuju ke arah lelaki itu. Lelaki itu kembali melepaskan tembakan namun dengan pantas berjaya dielak oleh Qarissa.

Qarissa yang kini sampai di hadapan wajah lelaki itu bertindak menahan pistol di dalam beg lelaki itu lalu dia menghalakan senjata berbentuk gincu tadi di leher lelaki itu.

"Thufff!"

Hujung gincu itu ditembak dan menembusi leher lelaki itu. Qarissa pergi meninggalkan kawasan itu seakan-akan tidak terjadi apa-apa.

Lelaki itu akhirnya jatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kejadian itu tidak disedari kerana pengunjung taman sibuk dengan aktiviti riadah dan bermain gajet.

"Salah orang kau nak bunuh."

Gadis itu berjalan ke arah kereta hitam di hadapannya lalu kereta itu terus bergerak meninggalkan kawasan itu.

*****

"Where is Zanne? Tell me now!" Gertak Carter kepada suspek yang ditahan.

"Just kill me you son of a b1tch!"

"Thufff!"

wajah lelaki Mexico ditumbuk oleh Carter.

"Don't try to challenge me, damn it!" Kata Carter memberi amaran.

"What if I want to, loser?" Lelaki itu mencabar Carter.

"Gila mamat burito ni. Dia boleh cabar kesabaran Ejen MI6." Ujar Mazlan yang melihat disebalik kaca penghalang.

"Kau tengok apa yang Carter boleh buat. Aku ni dah pernah pergi operasi dengan dia aku tahu dia macam mana sebenarnya." Kata Farouk pula.

"Kenapa? Sadis sangat ke mat saleh ni?" Tanya Mazlan lagi.

"I'm tired of this game. Just tell where's Zanne's hideout!"

Lelaki Mexico itu memuntahkan darah yang terkumpul di dalam mulutnya.

"So, you still refuse to tell us, huh? Okay, let's try another way."

Sebilah pisau kecil dikeluarkan dari dalam baju kot Carter. Tanpa sebarang amaran mahupun ancaman, pisau itu ditikam pada peha lelaki Mexico itu.

"AARGGGHH!"

"WOAHW!" Tercengang mereka semua melihat kesadisan Carter.

"Now tell me! TELL ME BEFORE I PUT THIS KNIFE ON YOUR THROAT!"

*****

Jam 2200

Di sebuah gudang lama, kelihatan beberapa orang samseng yang sedang leka bermain judi.

"There are four tangos at the main entrance and another one on the roof." Lapor Lans Koperasi Fadzlan Jauhari yang memerhatikan lokasi penjenayah.

"Copy that Corporal." Balas Carter.

Lans Koperal Fadzlan Jauhari menyasarkan pengawal di atas atap. Carter, Amirul, Lim dan Mazlan menyasarkan keempat-empat samseng yang sedang leka berjudi.

"Engage!"

Dengan pantas, Lans Koperal Fadzlan Jauhari membunuh pengawal di tingkat atas.

Carter, Amirul, Lim dan Mazlan melepaskan tembakan ke arah musuh.

"Main entrance, clear!"

Dengan pantas, mereka bersama beberapa anggota pasukan khas menyerbu masuk ke dalam bangunan.

Dengan pantas beberapa anggota musuh di dalam bangunan ditembak mati.

"Ground floor, secured. Move to the next floor!"

Pasukan mereka tiba di hadapan sebuah pintu. Dengan menggunakan sejenis bahan letupan, mereka berjaya membuka pintu itu namun muncul tembakan mesingan dari dalam.

Amirul menarik pin bom tangan dan melemparkannya ke dalam "Frag out!!"

"BOOM!"

Dengan pantas, mereka menembak mati musuh yang tersisa.

Pasukan mereka segera menyerbu masuk untuk mencari sebuah pita rakaman rahsia. Selepas menggeledah ruangan selama beberapa minit, akhirnya mereka menemui pita rakaman itu di dalam sebuah peti rahsia.

"Package secured. Now let's get to the RV now!"

Seluruh anggota pasukan khas segera beredar untuk meninggalkan lokasi kejadian. Mereka semua akhirnya hilang di dalam kepekatan malam.

Beberapa buah kenderaan pengganas berhenti di hadapan gudang itu setelah mendapat panggilan meminta bantuan. Mereka memasuki bangunan itu namun...

"BOOM!"

Gudang itu hancur berkecai setelah diletupkan dari jarak jauh oleh Lans Koperal Fadzlan Jauhari.

"Bagus masa untuk aku blah!"

Lans Korporal Fadzlan Jauhari segera meninggalkan posisi lalu beredar dari lokasi tersebut.

*****

Kampung Tasek, Johor.

"Berapa bang?"

"RM13. Tapi takpe. Harini abang belanja."

"Oh, Alhamdulillah terima kasih bang."

Ketika berjalan menuju ke kereta sambil membawa makanan yang dibeli, Suhaila Humairah tiba-tiba ditahan oleh beberapa orang gadis.

"Eh, tengok tu! Cik Ustazah kita ada kat sini." Ujar salah seorang daripada mereka.

Suhaila tidak menghiraukan mereka dan ingin beredar namun mereka semakin cuba untuk menguji kesabaran Suhaila.

"Kesian, muka cantik tapi dah ditebuk tupai. Nanti kahwin jangan minta mahar mahal-mahal ye. Sedar diri tu dah kotor." Sinis salah seorang daripada mereka.

Rakannya kemudian menambah "Eh, dia ni kat suka kat Mazlan yang kerja askar tu. Baguslah sepadan. Ustazah murahan dengan askar anak penyangak. Memang sesuai."

"Yelah. Seorang perempuan murahan. seorang lagi askar anak penjenayah."

Ingin sekali Suhaila menangis mendengar setiap hinaan mereka. Dia hanyalah mangsa keadaan. Kenapa dia pula yang dihukum?

"Korang semua ni memang takde kerja ke?"

Suhaila menolehkan wajah ke arah mereka.

"Umur dah 20 lebih tapi masih menganggur takde kerja. Hidup mengharapkan kekayaan mak bapak. Kau tak rasa malu ke?" Sinis Suhaila dengan tatapan tajam kepada mereka.

"Hei perempuan murah, kau tu..."

"What? Betul apa? Kau nak hina aku pun kau cermin diri kau dulu. Sekurang-kurangnya aku habis belajar sampai dapat ijazah dan ada kerjaya sendiri. Bukannya macam korang yang markah PAI pun G."

Panas hati Gadis-gadis itu mendengar sindiran Suhaila.

"Hei, kau jangan biadap ye! Kau tu tetap perempuan murah perempuan sun..."

"Siapa yang murah!? Siapa yang sundal!?"

Terkejut mereka semua apabila mendengar suara keras dari belakang. Empat lelaki berseragam tentera dan seorang anggota polis muncul di belakang.

"Jangan nak hina orang lain murah kalau perangai korang sendiri macam sundal." Koperal Kamal datang membela Suhaila.

",Kat rumah korang ni takde cermin ke? Sebelum nak menghukum, cermin dulu diri sendiri tu." Ujar Sarjan Ravish pula.

"Eh Kamal, kau tak payah nak bela sangat betina ni lah. Kau tu pun dulu suka buli dia. Dan siapa pula kawan-kawan kau ni? Jangan ingat korang semua pakai uniform kitorang takut eh."

"Eh, siapa kata kitorang nak takutkan korang. Kitorang cuma nak kata, kalau sedar diri suka lepak kelab malam, jangan suka hati nak hina orang lain." Kata Sarjan Detektif Lim pula.

Wajah gadis-gadis itu berubah. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Apa kau mengarut ni? Korang jangan nak buat fitnah eh!"

"Fitnah apa pulak? Mari sini aku tunjuk kat korang semua."

"Fahmi, tunjuk kat diorang sekarang."

Koperal Fahmi membuka sebuah iPad dan membuka sebuah video. Gadis-gadis itu hanya menanti dengan wajah yang nampak panik dan gementar.

"See with your fucking eyes!"

Dalam video itu, jelas kelihatan ketiga-tiga gadis itu sedang menikmati minuman keras di sebuah kelab malam bersama beberapa orang lelaki.

"Sekarang siapa yang murah dan siapa yang sundal?" Sinis Koperal Azman.

Tanpa berkata apa-apa, mereka bertiga segera beredar dari tempat tersebut.

"Tahupun nak tutup mulut. Waktu menghina orang, kemain bising suara kau macam sial." Sindir Kamal melihat mereka beredar.

"Te... terima kasih Kamal sebab tolong aku." Ucap Suhaila kepada mereka.

Kamal tersenyum nipis "Takde hal. Kitorang kebetulan je nak makan kat sini. Lagipun Mazlan yang suruh kitorang tengok-tengok kan kau."

"Mazlan pergi mana? Dia ada operasi ke?" Tanya Suhaimi ingin tahu perkembangan Mazlan.

"Biasalah. Dia kan komando. Tapi nanti dia akan balik jugak."

Kamal tidak boleh memberitahu apa-apa tentang operasi Mazlan kerana dia perlu menjaga kerahsiaan operasi.

Kamal tiba-tiba menyedari ada seseorang memakai jaket hitam memerhatikan mereka semua. Kamal menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

"Suhaila, esok kau kena ke sekolah kan? Pergilah balik dan berehat."

"Oh yelah, aku lupa. Okeylah aku balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Setelah Suhaila beredar, kesemua mereka mendekati Kamal.

"Kitorang semua nampak apa yang kau nampak." Kata Sarjan Ravish.

"Laporkan pada pegawai risik kita, Kapten Hamizan. Aku dapat rasa ada benda tak kena tengah jadi kat kampung ni."

*****

Suhaila yang berada di dalam kereta memandu dengan air mata yang deras mengalir di pipinya.

"Muka cantik tapi dah ditebuk tupai."

"Ustazah murahan dengan askar anak penyangak."

"Mahar jangan mahal-mahal ya, sedar sikit diri tu dah kotor."

Satu persatu ayat-ayat hinaan kembali memenuhi ruan ingatan Suhaila.

Sehina itukah dia pada pandangan orang kampung?

Semurah itukah nilai maruahnya kepada mereka?

Sekotor itukah dirinya kepada mereka?

"Ya Allah, kuatkanlah aku untuk hadapi setiap ujian-Mu ini."

Suhaila membuka buku diari Mazlan yang diberikan kepada dirinya. Satu ayat pada ayat pertama menarik perhatiannya.

"Dikala semua manusia pergi, hanya Allah yang menjadi sandaran aku mengadu. Janganlah fikir kita bersendirian kerana Allah sentiasa."

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience