"Amacam?" Tanya Rudy sambil menghirup kopi.
"Serangan kita dah dilancarkan. Sekarang, masa untuk misi tangkap." Jawab Ronnie.
"Aku tak sabar nak tengok bangsat-bangsat sial tu semua mati di tangan aku. Dah bertahun-tahun aku nantikan semua ni!" Rudy tersenyum sinis.
Orang-orang mereka di Malaysia sudah bergerak untuk menculik ahli keluarga anggota pasukan khas. Mereka sudah merancang sebuah strategi baru untuk menyambut kedatangan musuh-musuh mereka.
*****
"Where is your boss and what are you all planning?" Seorang pegawai penyiasat cuba menyoal siasat badut yang ditangkap tempoh hari.
Namun tiada sebarang jawapan daripada badut itu. Solekan pada wajahnya sudah dicuci menampakkan wajah sebenarnya.
"Badut tu diam macam takde mulut je." Ujar Amirul yang melihat dari kaca penghalang.
"Dah lebih sejam dan dia masih belum buka mulut. ke dia ni bisu?" Ramesh mula bengang melihat badut itu masih belum berkata apa-apa.
"Kau tahu apa latihan yang aku terima masa Kursus Asas komando dulu?" Tiba-tiba Mazlan bersuara.
"Tak tahu!" Jawab mereka semua serentak.
"Ahh polis macam korang memang takkan faham. Masa kursus asas komando, kami perlu larikan diri dan bersembunyi dari kejaran komando senior. kalau tertangkap, kami akan diseksa supaya kami bocorkan maklumat." Cerita Mazlan sambil mengenang latihan yang diterimanya dulu.
"Lepastu apa kena mengena?" Lim rupanya memang tidak berminat.
"Disebabkan kau ni bangang aku tak boleh cerita banyak. Sekarang aku akan tunjuk macam mana aku kena balun dengan senior aku dulu."
Mazlan berjalan memasuki bilik soal siasat sambil meregangkan jari jemarinya.
"Let me handle this Motherfucker, bro." Kata Mazlan kepada ejen tadi.
Mazlan menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan badut itu. Senyuman ramah diberikan sebelum dia memulakan sesi soal siasat.
"Where is your boss hiding?"
Namun tetap tiada walau sedikit suara yang keluar dari mulut badut itu. Nampaknya, Mazlan perlu mengeluarkan rupa sebenarnya.
"Wow gilalah dia ni!"
Terlopong mulut mereka melihat Mazlan menggigila di dalam bilik soal siasat. Dia bagaikan sedang dirasuk.
"woi halang dialah! Mati suspek tu! Arah Farouk. Secara spontan, Amirul dan Lim berlari masuk ke dalam bilik soal siasat.
"Woi berhentilah! Kau nak dia mati ke?" Amirul dan Lim memegang lengan Mazlan.
"Huh, sekarang kau rasakan penangan daripada juara kejohanan silat peringkat kebangsaan tiga tahun berturut-turut ni." Mazlan mengelap peluh di dahinya.
Lelaki yang digari di atas kerusi tadi didukkan kembali ke kedudukan asal.
"Now, you need to choose. Help us or be our target for our shooting training."
Akhirnya lelaki itu mengangguk dan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
"Bersiap sedia semua. Malam ni kita makan nasi lauk kambing hitam." Farouk melangkah ke arah bilik operasi untuk satu lagi operasi baru.
*****
Malaysia
Kuala Lumpur...
Aulia Syakira melangkah masuk ke dalam pejabat syarikatnya. Pagi ini, dia sepatutnya menghadiri mesyuarat di Shah Alam namun dibatalkan atas alasan tertentu.
Namun ketika berada di pintu, Aulia disambut dengan pemandangan yang mengejutkan.
"Astaghfirullahalazim apa dah jadi ni??"
Terbeliak mata Aulia melihat pengawal keselamatan yang sudah mati ditembak oleh seseorang.
Aulia yang ketakutan cuba melarikan diri namun tiba-tiba, seseorang menyerang dirinya dari belakang. Aulia cuba melawan namun wajahnya ditekup dengan kain. Perlahan-lahan, wanita itu akhirnya pengsan.
"Bagus, sekarang serkup dan ikat tangan dengan kaki dia."
Kedua tangan dan kaki Aulia diikat manakala kepalanya diserkup dengan guni. Tubuhnya dimasukkan ke dalam sebuah kotak kayu. Aulia dilarikan oleh mereka ke pelabuhan.
Johor Bahru
Kampung Tasek...
Ustazah Suhaila Humairah sibuk membawa beberapa kotak yang disusun rapi di bonet kereta.
"Aduhh penatnya aku harini."
Ketika ingin menutup pintu bonet kereta, dua orang lelaki menyerang Suhaila secara mengejut.
"Eh, apa ni!? Tol...ummphh!"
Belum sempat meminta tolong, mulut Suhaila ditutup dengan kain. Gadis itu meronta-ronta cuba melawan namun gagal.
Mata dan mulut gadis itu diikat dengan kain begitu juga dengan kedua tangan dan kakinya. Tubuh gadis itu diangkat sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kotak kayu. Suhaila terus cuba untuk melepaskan diri.
"Eh sial betullah minah ni!"
Satu dos ubat bius disuntikkan ke tubuh Suhaila sehingga gadis itu tidak mampu lagi untuk bergerak. Pintu kotak kayu ditutup dan diangkut ke dalam lori.
"Bagus. Sekarang, kita akan buat komando tu menyesal sebab cuba lawan bos kita."
*****
Farouk, Amirul, Lim, Ramesh, Mazlan, Jaka, Dali, James, Carter, Zul dan Kolonel Hamdan menyiapkan peralatan senjata masing-masing untuk misi serbuan malam ini.
Ariffin, Lans Koperal Fadzlan Jauhari dan Lans Koperal Chen berserta beberapa anggota pasukan khas lain turut menyiapkan peralatan mereka.
Lans Koperal Fadzlan Jauhari sempat melihat ke arah Ariffin yang mengisi peluru di dalam magazine. Namun aura Ariffin terlalu menakutkan. Wajahnya kosong bagaikan manusia tanpa perasaan.
"Are you guys ready for the party tonight?" Soal Carter sambil mengangkat senjatanya.
Zul yang memasukkan magazine peluru di dalam senjata menjawab "We are ready."
"Good but We have guests tonight."
Di sebalik pintu, muncul seorang lelaki berseragam taktikal hitam. Dia adalah Inspektor Azlan, rakan kepada Farouk.
Farouk tersenyum nipis "Nampaknya kau pun datang balik ke sini?"
"Dah kena panggil, aku datang jelah." Jawan Azlan bersahaja.
Mereka yang kini telah bersiap sedia sepenuhnya berlari menaiki helikopter yang akan membawa mereka ke lokasi musuh.
Selepas mendapat kebenaran daripada menara kawalan, helikopter itu berlepas menuju ke lokasi musuh.
Dari jauh, seorang lelaki memerhatikan helikopter yang bergerak meninggalkan kawasan markas. Mulutnya mengukir senyuman jahat. Rancangan jahat mereka kini kian menampakkan hasilnya.
*****
Helikopter-helikopter mereka terbang rendah di sekitar kawasan perkampungan lama. Lampu helikopter dihalakan ke segala arah. Namun tiada kelibat musuh kelihatan.
Akhirnya mereka memutuskan untuk turun menggunakan tali.
Setelah mereka semua turun, mereka berjalan perlahan dalam kumpulan untuk menyerbu satu persatu rumah.
"Clear!" Laung Ramesh dari jauh.
Amirul, Lim dan Mazlan memecahkan sebuah pintu sebelum menyerbu masuk ke dalam.
"Clear!" Laung Lim.
Lans Koperal Fadzlan Jauhari dan Lans Koperal Chen memerhatikan kawasan sekeliling dengan menggunakan scoope pada senjata mereka dari atas atap sebuah rumah batu. Namun tiada sebarang pergerakan di kawasan itu.
"Takkan kita salah tempat pulak." Ujar Farouk yang tidak menemui sesiapa di lokasi itu.
"Incoming!"
Sebuah roket RPG-7 tepat mengenai salah satu helikopter mereka menyebabkan helikopter itu terhempas.
"Take cover!"
Tembakan tiba-tiba muncul dari arah semak. Mereka semua segera mencari tempat perlindungan.
Salah seorang pengganas melepaskan tembakan ke arah Amirul namun Mazlan melompat dan menolak Amirul daripada terkena tembakan mesingan.
"Berlindung sial."
Aksi saling berbalas tembakan terjadi di antara mereka. Beberapa anggota pasukan khas sudah terkorban. Namun mereka tetap mencuba untuk bertahan.
M134 pada helikopter cuba memberikan perlindungan kepada pasukan khas namun tembakan dari musuh juga terlalu kuat.
"We need to get the hell out of here!" Kata Carter diiringi bunyi letupan.
"Retreat! All retreat!" Arah Zul kepada anggota yang lain.
Ariffin segera berlari ke belakang kerana asakan musuh yang terlalu kuat dengan perlindungan tembakan daripada Lans Koperal Fadzlan Jauhari.
Satu tembakan RPG-7 mengenai kedudukan mereka namun mereka sempat mencari perlindungan.
Helikopter terbang rendah agar kesemua anggota dapat masuk ke dalam.
"All retreat! Get to the bird!"
Dengan pantas, mereka berlari memasuki helikopter sambil kru melepaskan tembakan bagi menahan serangan musuh.
Selepas kesemua anggota pasukan khas memasuki helikopter, mereka segera berundur dari lokasi itu. 9 anggota pasukan khas terbunuh manakala Ariffin cedera pada pipinya kerana terkena bahan letupan.
"Operation fail." Kata Carter perlahan.
Zul menghentakkan kakinya ke lantai helikopter kerana marah. Rupanya, semua ini memang rancangan mereka.
"Nampak gayanya Datuk, kita kena hadap mulut puaka si Michael tu." Kata Kolonel Hamdan.
"Sial lah. Ini kali pertama aku gagal dalam misi serbuan."
Juruterbang helikopter cuba menghubungi markas namun tiada respon.
"1-1, this is dragon 0-2, over."
Tiada sebarang respon daripada markas. Langsung tiada.
Mereka semua saling berpandangan antara satu sama lain. Timbul rasa tidak sedap hati.
Adakah sesuatu yang buruk telah terjadi?
*****
BERSAMBUNG...
maaf untuk segala kekurangan
Share this novel