Watak mengikut novel

Action Series 332

Bahagian ini aku buat untuk memperkenalkan setiap watak dan musuh-musuh mereka supaya pembaca tidak keliru ketika membaca cerita ini kerana cerita ini menghimpunkan watak dari empat novel berbeza karya Penulis misteri.

Novel: Rahsia dan Rahsia 2

1. Datuk Seri Faizul Rashid (Zul)

Watak utama novel rahsia. Dia merupakan bekas pegawai polis perisik dengan tugas utama, menumpaskan kumpulan The Red Fox pimpinan Ronnie. Dia memiliki seorang anak perempuan bernama Aulia Syakira. Di dalam novel rahsia, Zul memisahkan diri dari keluarga selama lebih 22 tahun kerana misi yang perlu dijalankan.

2. Inspektor Farouk

Anak buah sekaligus menantu kepada Zul. Farouk merupakan pegawai narkotik yang ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai keterlibatan pegawai polis korup dalam sindiket The Red Fox. Farouk berkahwin dengan anak perempuan Zul iaitu Aulia.

3. Aulia Syakira

Anak perempuan kepada Zul dan isteri kepada Farouk. Seorang wanita cantik yang mengalami sedikit tekanan kerana mengalami keguguran kerana dipukul oleh musuh kepada bapanya.

4. Inspektor Ramesh

Anggota Unit Tindakan Khas yang tegas dan mengikuti protokol. Dia merupakan pesaing kepada Farouk dimana mereka berdua sentiasa cuba menjadi yang terbaik.

5. Lans Koperal Fadzlan Jauhari

Penembak tepat Unit Tindakan Khas. Seorang penembak yang tembakannya jarang tersasar. Dia menyertai UTK kerana cuba untuk melupakan kisah cintanya yang bertepuk sebelah tangan. Matanya seperti seekor helang yang mampu menangkap setiap pergerakan dari jauh.

6. ASP Vijay

Pegawai polis perisik daripada Cawangan Khas. Penyamarannya tidak pernah gagal dan dia sentiasa memberikan elemen kejutan kepada musuh.

7. Inspektor Azlan

Pegawai Narkotik yang juga merupakan sahabat kepada Farouk. Mereka bersama-sama menyertai PULAPOL selepas menamatkan pelajaran di UiTM.

8. Ejen Carter

Ejen MI6 yang berasal dari Britain. Meskipun orang British, dia sering bercakap dalam loghat Amerika kerana ibunya merupakan orang Amerika. Carter merupakan bekas anggota SAS yang mengalami PTSD kerana dia pernah menjadi satu-satunya anggota SAS yang terselamat dalam satu operasi.

9. Leftenan Jaka

Pegawai polis POLRI. Meskipun sudah berusia hampir 50 tahun dia masih kuat menjalankan tugas. Sering bercakap dalam bahasa Indonesia, Jaka tetap cuba memberikan kerjasama dengan pegawai polis Malaysia.

10. Leftenan Dali

Junior kepada Leftenan Jaka. Anggota baru dalam POLRI yang turut terlibat dalam operasi bersepadu.

11. Timbalan Leftenan James

Pegawai Polis Diraja Thailand. Masih sangat muda dan sangat bersemangat dalam menjalankan misi yang diberikan oleh kerajaan.

12. Timbalan Leftenan Fred

Rakan baik kepada James. Fred menyertai polis kerana kisah silamnya yang pernah kehilangan ahli keluarga disebabkan oleh penjenayah.

13. Ronnie

Watak antagonis utama. Seorang penjenayah berbahaya yang sangat bijak dalam mengatur strategi jahatnya agar dia sentiasa satu langkah dihadapan pihak berkuasa. Setelah menghilangkan diri, Ronnie menyusun strategi baru untuk satu rancangan jahat.

Rantai Cinta

1. Leftenan Mazlan Idris

Mazlan merupakan seorang pegawai tentera daripada Gerup Gerak Khas. Mazlan merupakan anak kepada Remy Dylan, abang kepada penjenayah berbahaya iaitu Rudy Dilan. Mazlan perlu melindungi orang yang dia sayangi.

2. Nurul Puteri Suhaila Humairah

Seorang ustazah yang mengalami PTSD kerana diperkosa oleh Rudy Dilan. Rudy melakukannya kerana ingin membalas dendam kepada Mazlan. Akibatnya, Suhaila mengalami trauma yang panjang dan dia sering meracau-racau ketika tidur. Namun Suhaila tetap berjuang melawan traumanya dan setia menunggu kepulangan bakal suaminya, Mazlan.

3. Koperal Kamal

Kamal merupakan anggota Kor Risik Diraja. Dahulu dia merupakan musuh ketat kepada Mazlan dan dia sering membuli Suhaila. Markah SPM Kamal juga hanya layak sijil dan kerjanya hanyalah berkeliaran di kawasan kampung dengan motosikal miliknya. Namun setelah ibunya meninggal dunia, Kamal membawa diri ke Port Dickson lalu menyertai Tentera Darat Malaysia. Dia mencuba nasib menyertai Gerup Gerak Khas namun gagal ketika menyertai kursus.

4. Sarjan Ravish

Anggota Kor Risik Diraja dengan wajah dingin dan menyeramkan. Aura yang dibawanya mampu menggerunkan setiap mata yang memandang.

5. Koperal Azman

Anggota Kor Risik Diraja yanh dihantar untuk membantu Mazlan.

6. Koperal Fahmi

Sahabat baik Koperal Azman dan juga salah satu anggota Kor Risik Diraja.

7. Sarjan Mejar Detektif Lim

Bekas anggota tentera yang menyertai PDRM selepas menamatkan khidmat di Rejimen Renjer Diraja.

8. Kolonel Hamdan

Ketua Cawangan Gerup Gerak Khas dan pegawai atasan kepada Mazlan. Dialah yang membawa Mazlan masuk ke dalam GGK selepas melihat kebolehan Mazlan dalam bidang ketenteraan.

9. Rudy Dilan

Mastermind dan antagonis utama. Dialah dalang disebalik setiap kejadian yang terjadi. Ketua kepada organisasi militan jenayah yang dikehendaki oleh negara-negara Asia Tenggara. Rudy merupakan bapa saudara kepada Mazlan yang berdendam dengan bapa kepada Mazlan, Remy Dilan yang telah melarikan diri dan mengubah namanya. Sejak hari itu, Rudy bersumpah akan menghapuskan setiap zuriat yang lahir dari darah daging Remy Dilan.

Pengintip

1. Inspektor Amirul

Pegawai polis yang sering terlibat dalam operasi perisikan. Amirul memiliki masa lalu yang kelam apabila ahli keluarganya dibunuh di depan matanya sendiri.

2. Inspektor Gan Lim Chen

Salah seorang pegawai perisik dan merupakan pesaing kepada Farouk. Dahulu dia merupakan pembuli kepada Amirul ketika di sekolah menengah dan Universiti. Namun akhirnya mereka menjadi sahabat baik selepas beberapa operasi yang disertai bersama.

3. Bunga Suhaila Qarissa (Flori)

Disebalik wajah jelita dan jawatannya sebagai seorang guru, Qarissa merupakan seorang pembunuh bersiri yang sering menyasarkan penjenayah-penjenayah berprofil tinggi. Dia memiliki masa lalu yang agak tragis apabila ibu dan bapa tirinya dibunuh dan dia pula diculik, dikurung, diseksa dan di perkosa beratus kali sehingga membuat gadis ini mengalami tekanan mental. Kisah Suhaila akan ditulis dalam novel tunggal mengenai dirinya yang akan datang.

4. Roy

Seorang bekas kelasi kapal menjadi ketua kepada organisasi militan narkotik dan penjualan senjata api secara haram. Seorang yang bijak mengatur strategi dan tidak memiliki belas kasihan walaupun sedikit. Dialah yang telah membunuh ibu bapa Amirul dan Qarissa serta menculik Qarissa selama berbulan-bulan.

Apartment Badut

1. Sarjan Ariffin Adli

Seorang bekas anggota pasukan khas sebelum unit khas tersebut dibubarkan oleh kerajaan. Ariffin memiliki masa lalu yang menyedihkan apabila anak perempuannya mati diperkosa oleh seorang badut pembunuh. Sejak hari itu, Ariffin menyimpan.perasaan dendam yang begitu berat di dalam hatinya.

2. Koperal Ivan

Merupakan anggota Senoi Praaq yang begitu mahir bermain senjata tajam. Dia hanya memiliki satu mata kerana tercedera dalam satu operasi. Koperal Ivan merupakan orang asli dan memiliki seorang kekasih. Namun kerana dia hanyalah orang Asli dan hanya menamatkan pelajaran di tahap Sijil Pelajaran Malaysia, cintanya bertepuk sebelah tangan.

3. ACP Zamri

Pegawai atasan kepada Ariffin di IPD Shah Alam. Dia pernah terlibat dalam operasi di apartment tempat persembunyian badut pembunuh.

4. Inspektor Faizul

Pegawai unit operasi khas. Inspektor Faizul merupakan pegawai yang pernah terlibat dalam operasi bersama Ariffin dan ACP Zamri.

5. Pogo The Clown

Seorang badut gila yang tidak memiliki belas kasihan. Namanya hanya diungkapkan dalam novel Operasi Black Horn. Dialah yang telah memperkosa dan membunuh anak perempuan kepada Ariffin. Pogo juga pernah bertindak gila dengan mengurung kedua anak perempuannya selama bertahun-tahun. Pogo pernah ditahan namun dia berjaya melarikan diri setelah dibantu oleh Rudy Dilan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience