Tentera Ca Sau berkerumun di lokasi pembunuhan anggota tentera mereka. Anggota Kor Polis Tentera menangkap gambar di lokasi kejadian.
Mata mereka membulat melihat kepala salah seorang anggota tentera yang sudah terpisah dari tubuh diletakkan di atas jip tentera. Keadaan itu benar-benar mengerikan.
Mereka semua tertanya-tanya, siapakah dalang disebalik pembunuhan mengerikan ini?
*****
Semua pegawai penyiasat sibuk melaksanakan tugas untuk mencari lokasi ketua utama kumpulan jahat ini. Beberapa maklumat yang berjaya didapatkan diperiksa dengan teliti.
""Are you sure our mission will be successful?" Tanya Ejen Michael kepada Zul, Carter dan Kolonel Hamdan.
"We are very confident of defeating them, Michael. Give us some time..."
Belum sempat Kolonel Hamdan menghabiskan kata-katanya, Ejen Michael menyampuk.
"We don't have time, Colonel! I want the intelligence report by tomorrow. Don't let our mission fail because of you guys. If we fail, you can say goodbye to the rank on your shoulders." Kata Ejen Michael sebelum meninggalkan mereka.
"I hate this guy." Carter menjeling tajam ke arah Michael.
"Does he think we're not doing our job? I don't even get enough sleep!" Bebel Zul pula.
Dari jauh, Amirul dan Lim melihat kejadian itu.
"Gila sombong Ejen Michael tu." Ujar Lim.
"Macamlah kita ni tak buat kerja. Kita yang selama ni buat serbuan. Dia? Dok santai je dalam pejabat." Bebel Amirul pula.
"Srrkk." "Srrkk."
Lampu di markas itu tiba-tiba bermasalah sebelum tiba-tiba kesemua lampu terpadam.
"Eh apa tengah jadi ni?" Terkejut Amirul apabila kesemua lampu terpadam.
"Blackout ke?"
Kesemua pegawai penyiasat berdiri dari tempat kerja mereka selepas bekalan elektrik terputus. Beberapa pengawal pergi ke arah ruangan bekalan tenaga untuk melakukan pemeriksaan.
Mazlan yang berada di dalam dorm terkejut apabila bekalan elektrik terputus. Dia mencapai lampu suluh di atas meja dan keluar dari biliknya. Entah kenapa, Mazlan merasakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi.
Beberapa pengawal pergi ke ruang janakuasa elektrik untuk memeriksa sebarang kerosakan. Namun mereka tidak menyedari ada sesuatu yang sedang menanti mereka.
Ariffin turut berlari ke arah ruang janakuasa elektrik. Dia yang pernah bekerja sebagai seorang juruelektrik sebelum menyertai PDRM ingin membantu membaiki sistem janakuasa elektrik.
"ARRGGHHH!"
Terkejut Ariffin mendengar suara teriakan dari dalam ruang janakuasa. Dengan menggunakan lampu suluh serta sepucuk pistol, Ariffin memasuki ruang janakuasa elektrik.
"Astaghfirullahalazim!"
Betapa terkejutnya Ariffin melihat mayat-mayat pengawal yang terbaring di atas tanah. Terdapat beberapa dart yang tertancap pada mayat mereka.
Ariffin cuba melihat dengan lebih jelas. Ariffin seakan-akan mengenali corak pada dart itu tetapi di mana?
"Tak...Tak mungkin!"
Deria Ariffin yang sensitif mengesan adanya ancaman di dalam bilik itu.
"Pang!"
Ariffin berjaya mengelak daripada terkena serangan kapak. Dengan pantas, dia menyerang individu yang menyerang dirinya.
Kapak di tangan penyerang berjaya dijatuhkan dan lelaki itu berjaya ditumbangkan oleh Ariffin.
"Kau... budak-budak pogo!"
Penyerang itu memakai kostum dan topeng badut.
Leher baju badut itu dicengkam. Ariffin tahu anak buah Pogo The Clown kebanyakannya berasal dari Malaysia. Pistol ditodong ke kepala badut itu.
"Mana bos kau sial?" Tanya Ariffin.
*****
"Contact at 6!"
Farouk bersama Jaka, Dali, James dan Fred melepaskan tembakan ke arah beberapa badut yang menyerang mereka dengan menggunakan crossbow.
Panah crossbow yang digunakan oleh badut itu telah disapu dengan racun saraf menjadikannya lebih berbahaya.
Pistol di tangan Farouk tidak henti-henti memuntahkan peluru jenis 9×9 milimeter. Salah seorang pengawal di sebelahnya terkena panah tepat di kepala.
"Fuck! aku kena bunuh setan-setan ni semua!" Kata Farouk dengan penuh amarah.
"Sialan. Kita jumlah sama mereka." Kata Jaka pula.
Beberapa pengawal keselamatan segera berlari masuk ke dalam bangunan markas untuk memberikan bantuan. Namun dari luar, terdapat seseorang yang memerhatikan mereka.
Seorang lelaki bertopeng rusa memerhatikan pintu pagar utama dengan menggunakan teropong. Dia mengeluarkan RPG-7 dan menghalakannya ke arah pintu pagar utama.
"Boom!"
Letupan itu memusnahkan pintu pagar serta pusat pemeriksaan tentera.
Sebuah lori yang dipasangnya DSHK buatan Rusia memasuki perkarangan kawasan markas. Seorang pengganas bertopeng rusa menembak dengan membabi buta ke arah seluruh pasukan pengawal.
Beberapa pengganas yang bersenjatakan AK-47 keluar dari lori dan menyerang pengawal di sekeliling mereka.
"Bang!"
Tembakan daripada Lans Koperal Fadzlan Jauhari tepat mengenai kepala pengganas yang menggunakan DSHK. Tembakan seterusnya dilepaskan ke arah pemandu serta pengganas yang cuba menghampiri bangunan markas.
"Cubalah hadap! Serangan dari dalam dan luar. Serangan ni mesti dapatkan lemahkan kekuatan mereka." Ujar Roy yang duduk di atas kerusi lipat.
"Sekarang kita akan dapat lumpuhkan kekuatan mereka." Kata Pogo The Clown pula dengan topeng badut.
"Siapa target kau, pogo?" Soal Roy sambil menikmati wain.
"Sarjan Ariffin Adli. Polis yang dah jadi penyebab abang aku digantung sampai mati." Kata Pogo The Clown dengan penuh rasa dendam.
"Tapi aku takkan bunuh dia sekarang. Aku dah rancang benda ni bertahun-tahun. Dia tak tahu tentang satu kebenaran yang selama ini aku sembunyikan. Kematian dia nanti akan menjadi kematian yang sangat dramatik." Kata Pogo The Clown lagi.
"Kau pula. Siapa target kau?" Soalan dibalas soalan. Kini giliran Pogo The Clown pula bertanya.
"Inspektor Amirul. Pegawai narkotik yang jadi penyebab empire aku di Malaysia musnah!" Jawab Roy.
Kedua pasang mata ini melihat dari jauh keadaan markas yang porak peranda kerana diserang. Tujuan mereka bukanlah untuk menewaskan musuh mereka tetapi hanya sekadar untuk memberikan amaran jika sesuatu yang besar akan terjadi.
*****
Zul, Carter dan Kolonel Hamdan bersembunyi disebalik dinding untuk mengelak serangan panah. Selepas serangan panah reda, Zul dengan pantas keluar dan menembak mati kedua badut yang menyerang mereka.
"Nice shot Assistant Commissioner." Ujar Carter melihat kebolehan Zul walaupun sudah berusia.
"We gotta go now!" Kata Kolonel Hamdan pula.
Mereka segera berlari dari kawasan itu. Kesan anak panah serta mayat pengawal dan badut yang bergelimpangan menghiasi perjalanan mereka di sepanjang koridor.
Mazlan bersama Ramesh berada di luar berbalas tembakan dengan pengganas bertopeng rusa. Mereka yang bersenjatakan pistol mengalami sedikit masalah untuk melawan pengganas yang menggunakan AK-47.
Amirul dan Lim berlari sambil membawa empat laras AR-15 . Ketika Amirul sampai di luar, dia terkejut dengan apa yang dia lihat.
"To...topeng rusa??"
Topeng rusa yang menghantui hidupnya selama bertahun-tahun kini kembali muncul dengan ancaman yang lebih besar. Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah anak buah kepada Roy.
"Woi cepatlah polis Maharaja lawak kena reject! Kau ingat kitorang boleh bertahan dengan pistol je ke?"
Panggilan daripada Mazlan mengejutkan Amirul daripada lamunannya. Dengan pantas, dia mencampakkan kedua Raifal itu kepada Mazlan dan Ramesh.
Tembakan dari Mazlan yang merupakan seorang tentera elit berjaya menumbangkan beberapa musuh. Ramesh yang merupakan anggota polis elit juga tidak mahu mengaku kalah. Dia menembak mati beberapa pengganas yang cuba menghampiri barisan pertahanan mereka.
Namun, mereka perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan Amirul.
Amirul melepaskan tembakan dengan air mata yang mengalir dari kedua belah matanya. Mulutnya terkumat-kamit mengucapkan sesuatu.
"Ini untuk abah aku!"
Seorang musuh ditembak mati.
"Ini untuk Umi aku!"
Seorang lagi musuh ditembak mati.
"Ini untuk kehidupan aku yang kau hancurkan!" Amirul tiba-tiba berteriak. Dia berdiri dan melepaskan tembakan dengan lebih kuat.
"Woi tunduklah! Kau nak kena tembak ke?" Kata Ramesh yang berlindung disebalik sebuah trak.
"Aduh trauma masa silam dia datang balik pulak!" Lim sudah mengagak ini akan terjadi.
Lans Koperal Fadzlan Jauhari ingin menembak seorang pengganas namun pengganas itu ditembak terlebih dahulu oleh seseorang.
Lans Koperal Fadzlan Jauhari memandang ke tepi. Wajahnya bertukar kelat. Lans Koperal Chen turut melepaskan tembakan dengan raifal miliknya.
"Sorry bro itu aku punya." Kata Lans Koperal Chen dengan tersenyum sinis.
Lans Koperal Chen turut membidik seorang musuh namun Lans Koperal Fadzlan Jauhari membunuh musuh itu dahulu.
"Sorry bro. Itupun aku punya jugak."
Tiba-tiba, kesemua pengganas menghentikan tembakan. Mereka semua segera beredar dari lokasi itu.
Farouk yang bertahan di dalam turut merasa hairan apabila badut-badut yang menyerang mereka tiba-tiba melarikan diri.
"Apa...Apa benda yang tengah jadi ni?"
Zul, Carter dan Kolonel Hamdan turut merasa hairan melihat badut-badut itu melarikan diri sedangkan mereka jauh lebih ramai.
Keadaan kembali menjadi tenang. Serangan pada malam itu berhenti dengan ratusan mayat bergelimpangan di mana-mana.
Apa rancangan penjahat-penjahat ini sebenarnya?
*****
"What the fuck is going on here?" Ejen Michael terkejut melihat keadaan di markas itu.
"I am just leave you guys for a couple of minutes and this is what happened? Is this how you lead your men?"
Zul, Carter dan Kolonel Hamdan tidak membalas kata-kata Ejen Michael.
"Useless. Fucking useless!" Kata Michael sebelum beredar.
"I wanna kick this guys ass." Kata Carter.
"We are the one who fight all of that Motherfucker. How about him?"
Kata Zul pula.
Beberapa anggota forensik sibuk membungkus mayat-mayat pengawal yang terkorban.
Beberapa pengawal membawa seorang badut yang ditangkap oleh Ariffin. Mereka akan menyoal siasat lelaki itu untuk mendapatkan maklumat penting.
Farouk, Ramesh, Amirul, Lim, Mazlan, Jaka, Dali, James dan Fred berkumpul di kafeteria. Wajah mereka semua tegang seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Serangan kali ini hanya sekadar amaran sahaja."
Farouk mengeluarkan ipad san menunjukkan beberapa gambar. Badut-badut itu telah menconteng dinding dengan cat merah iaitu
"The End Is Near!"
"Mereka nak bagi ancaman kepada kita supaya kita berambus dari sini." Ujar Farouk lagi.
"Berambus? Kita takkan berambus selagi mereka semua tak ke tali gantung. Itu janji aku masa mula-mula datang ke sini." Mazlan berkata dengan penuh rasa semangat.
"Bersemangat betul kau ye, Komando." Sinis Lim.
"Diam Cina."
"Aku tak rasa mereka akan berdiam diri lagi. Kita perlu sentiasa berjaga-jaga. Kita masih belum tahu rancangan jahat mereka tetapi kita akan tumpaskan mereka. Ingat, sebagai pelindung kepada negara, kita akan tumpaskan setiap cubaan untuk menggugat kedaulatan negara kita."
*****
BERSAMBUNG...
siap juga akhirnya
Share this novel