*Novel ini merupakan sambungan daripada empat novel sebelum ini. Baca sekurang-kurangnya novel "Rahsia" dan "pengintip" agar anda dapat memahami jalan cerita dengan lebih mudah. Tapi penulis akan cuba untuk membuat jalan cerita ini lebih mudah difahami.
*Maafkan aku jika anda mengalami kesusahan untuk memahami jalan cerita.
*****
"Tahniah atas penganugerahan darjah kebesaran yang diterima, ACP Datuk Seri Faizul Rashid."
Zul hanya menunduk dan tersenyum atas ucapan tahniah daripada pegawai-pegawai polis lain setelah dirinya secara rasmi mendapatkan gelaran Datuk Seri.
"Terima kasih. Tapi saya rasa ramai lagi pegawai yang layak dapat gelaran ni atas pengorbanan mereka demi negara. Saya harap dengan anugerah ini dapat memberikan semangat kepada saya untuk memberikan komitmen yang terbaik bagi menjalankan tugas." Ucap Zul dengan senyuman di wajahnya.
Ketika sedang berbual dengan pegawai-pegawai lain, seorang pegawai tinggi polis memasuki pejabat mereka.
Kesemua mereka memberikan tabik hormat kepada pegawai atasan mereka itu.
"Assalamualaikum Datuk Seri Faizul Rashid. Macam mana awak harini?" Tanya SAC Dato' Seri Rizwan.
"Waalaikumussalam, Dato'. Alhamdulillah saya sihat. Allah dah kurniakan kesihatan dan rezeki yang baik kepada saya." Jawab Zul dengan senyuman di bibir.
"Alhamdulillah baguslah tu. Tahniah atas penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri. Tak sangka awak boleh dapat gelaran ni." SAC Dato' Seri Rizwan tersenyum bangga.
Namun Zul tetap cuba untuk merendah diri "Saya ni tiada apapun sebenarnya. Kalau Allah tak izinkan saya takkan dapat anugerah ni."
"Oh ya Zul. Cuti awak dah habis kan? Awak ingat dengan operasi baru awak tu?"
Zul menjawab "Saya tahu Dato'. Saya dah siap sedia untuk operasi baru ni. Saya dah hubungi pegawai polis dan juga tentera yang akan terlibat dalam operasi ni. Insyaallah, kalau tiada apa-apa masalah kami akan terbang ke Ca Sau (negara fiksyen) sekali lagi."
*****
"Abang ada operasi lagi ke?" Aulia Syakira, isteri kepada Inspektor Farouk duduk dengan wajah yang sedih. Tangannya dipegang oleh sang suami.
Aulia Syakira merupakan anak perempuan kepada Zul dan Farouk pula merupakan suami Aulia. Mereka merupakan watak utama dalam novel 'Rahsia'.
"Abang terpaksa. Dah ramai pegawai polis terkorban. Abang perlu pergi sebab ini arahan daripada Kerajaan Malaysia." Jawab Farouk sambil menatap wajah s
isterinya.
Tambah Farouk lagi "Abang pun dah tiga minggu cuti sebab kecederaan teruk haritu. Sekarang dah tiba masanya abang kembali bertugas. Kalau Aulia sayangkan abang, Aulia doakan abang akan kembali dengan selamat. Lepas balik nanti, abang janji akan bawak Aulia bercuti. Kita akan spend time masa sama-sama."
Aulia memberikan jari kelingking"
"Janji?"
Farouk tersenyum "Janji."
Lalu jari mereka berdua disatukan. Kedua suami isteri itu akhirnya berpelukan.
"Aulia sayangkan abang."
"Abang sayangkan Aulia juga."
*****
"Macam mana ni weh? Aku lupa bawak dompet!" Amirul panik menyedari dompetnya tertinggal di rumah.
"Aduh. Aku ada lima ringgit je ni. Tulah kau order nasi kandar Lamb Shank dah kenapa? Buat malu je." Bebel Lim yang duduk di depan.
"Ahh kau. Kau pun tak bawa dompet nak mengata orang. Dasar Cina bukit."
Ketika mereka berdua sedang bertikam lidah, seorang anggota polis datang menemui mereka.
"Assalamualaikum tuan, saya Sarjan Kamil daripada Bukit Aman. Datuk Faizul nak tuan berdua jumpa dia esok. Dia kata dia dah cuba call tapi tak dapat." Jelas anggota polis itu.
"Memanglah tak dapat. Telefon kami off. Aku nak minta tolong sikit boleh? Aku nak pinjam dua ratus. Nanti aku bayar empat ratus. Minta maaflah aku lupa bawa dompet." Amirul tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Macam-macam hal lah tuan ni. Nanti saya bayar. Yang penting esok tuan kena jumpa Datuk Faizul. Dia ada benda nak bincang dengan tuan."
*****
Kem Sri Iskandar, Mersing, Johor.
Leftenan Mazlan, anggota pasukan komando GGK sedang melihat gambar gadis pujaan hatinya iaitu Suhaila Humairah.
Mazlan berniat ingin memperisterikan Suhaila namun keadaan masih belum mengizinkan. Emosi Suhaila masih belum stabil. Dia mengalami PTSD setelah diperkosa oleh Rudy Dylan, penjenayah yang dikehendaki kerajaan Malaysia beberapa minggu lepas. Akibatnya, gadis itu sering mengalami mimpi buruk dan sering meracau-racau ketika tidur.
Pertemuan terakhir mereka berakhir dengan Suhaila yang jatuh pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
"Haih, bilalah aku boleh masuk meminang dia ni. Lepas kejadian tu dia alami trauma yang teruk."
"Aku harap aku dapat halalkan dia dan biarlah aku jaga dan rawat setiap luka yang dia alami."
Tiba-tiba, pintu biliknya dimasuki oleh seorang anggota tentera.
"Komando, Assalamualaikum tuan." Anggota itu memberikan tabik hormat. Mazlan turut berdiri dan membalas salam serta memberikan tabik hormat.
"Tuan, Kolonel Hamdan nak tuan jumpa dia sekarang tuan." Jawab anggota tentera itu.
Mazlan terus berjalan menuju ke bilik Kolonel Hamdan. Setelah sampai, pintu diketuk dan salam diberikan.
"Mazlan, aku dapat panggilan daripada PDRM kau dan beberapa pegawai tentera lain akan terlibat dalam operasi khas antarabangsa di sebuah negara. Aku rasa kau pun dah tahu kan?"
Mazlan menjawab "Dah tuan. Tuan ada hubungi saya haritu."
"Bagus. Permohonan kerajaan Malaysia telah diluluskan oleh PBB untuk masuk ke negara tu. memandangkan negara tu berada di dalam konflik, misi ni agak berbahaya. Tapi ini sahaja peluang kita untuk dapatkan Rudy Dilan."
Mazlan hanya mengangguk "Saya faham tuan."
"Bagus, nanti kau siap-siapkan barang-barang kau untuk terbang ke Ca Sau. Kerajaan tentera negara tu bersekongkol dengan beberapa kumpulan penjenayah dan pengganas salah satunya Rudy. Jadi aku harap misi ini akan berjalan lancar."
*****
Seorang anggota polis mengikat kedua tangannya dengan kain untuk melatih buku limanya.
Wajahnya dan tubuhnya yang penuh dengan parut sudah cukup menggambarkan betapa banyaknya operasi yang dia terlibat.
Anggota polis itu melangkah menuju ke arah dinding. Selepas itu, dia melepaskan beberapa tumbukan pada dinding batu itu.
Tidak disangka, dinding batu yang keras itu retak dan hancur sedikit demi sedikit. Kesan darah mulai terlihat pada dinding itu namun anggota polis itu tidak menghiraukannya.
Anggota polis itu bernama Sarjan Ariffin Adli. Dia merupakan bekas anggota STAFOC sebelum unit khas tersebut dibubarkan oleh kerajaan Malaysia.
Ariffin merupakan watak utama dalam novel 'Apartmen Badut'.
Dua anggota polis lain tiba-tiba datang daripada belakang. Ariffin segera menghentikan pukulannya apabila menyedari kehadiran dua anggota polis itu.
"Assalamualaikum Sarjan, kita ada arahan baru daripada IGP."
"Tak perlu jelaskan. Aku tahu." Kata Ariffin dengan suara tanpa nada.
Lalu Ariffin memandang ke arah mereka dengan tatapan wajah yang dingin.
"Walau beribu peluru datang menghinggapi aku, aku tidak pernah berhenti mara berjuanh demi negara."
*****
BERSAMBUNG...
Maaf kalau anda mengalami kesukaran untuk memahami jalan cerita.
Share this novel