JATUHNYA MELAKA....

Fantasy Completed 89

DI PELABUHAN MELAKA...

"Kota ini semakin sunyi...Aku akan mengalami kerugian jika peperangan ini berterusan" ujar seorang jejaka berpakaian seperti seorang bangsawan dengan keris tersisip di sampingnya bersama busana yang berwarna merah.

"Dharma sudah lama kita tidak berjumpa ini aku Agus!?!"kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.

"Agus.... Bagaimana kau bisa ada di Melaka"tanya pedagang yang bernama Dharma.

"Aku kini laksamananya Inderadewa "balas Laksamana Agus Jaya Angkasa.

"Oh...Agus sekarang perniagaanku semakin merosot akibat perang ini kau tahu"kata Dharma dengan suaranya yang lemah.

"Dengan itu aku ada tawaran buatmu kawan..."balas Laksamana Agus Jaya Angkasa.

"Baik aku mendengar"kata pedagang itu dengan suaranya yang semakin riang.

"Baik beritahu kami di manakah lokasi yang terbaik untuk kami mendarat"tanya Laksamana itu dengan senyuman sinis

*************

HARI KELIMA....

"Temenggung...adakah mereka sudah berundur "tanya Laksamana Raden Zainal.

"Rasanya tidak...."kata Temenggung Tun Ali.

Tiba tiba kelihatan seorang pendekar berlari dalam keadaan cemas.

"Dato' laksamana! Dato' Temenggung! orang Inderadewa sudah mendarat di pantai seberang.Kubu kita di sana berjaya dihancurkan.Mereka juga telah berjaya menawan Masjid Agong Melaka dan jambatan buat seberang sungai Melaka"ujar pendekar itu dalam keadaan cemas.

"Sialan ! lekas bergerak ke Masjid!?!"kata Laksamana Raden Zainal.

Mereka segera menunggang kuda menuju ke perkarangan masjid.Kelihatan orang orang Inderadewa telah meletakkan seorang penembak tepat di pinggir sungai Melaka.

"POW!"suara bedilan istinggar kedengaran.Orang Inderadewa dan Aceh Pasai sudah memanfaatkan sungai sebagai kubu mereka.Menjadi sukar untuk menyeberang untuk menyingkirkan mereka.

"KURANG AJAR!?!"teriak Temenggung Tun Ali.

Temenggung itu segera mengeluarkan terakol dari bengkungnya dengan pantas dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah orang Inderadewa dan Aceh Pasai.

"DATO' TEMENGGUNG KITA BERUNDUR ITU PILIHAN TERBAIK BUAT MASA SEKARANG?!"pekik Laksamana Raden Zainal.

Maka berundurlah mereka kembali ke Istana Melaka.

"Ampun tuanku,mereka telah berjaya menawan Masjid Agung Melaka dan jambatan buat seberang Sungai Melaka"lapor Temenggung Tun Ali.

"Himpunkan seluruh pendekar di sana ! Kita tawan kembali Masjid dan jambatan itu hari ini juga"titah Jejak Misteri.

"NYERGHHH!!"suara kuda kedengaran.Segala pendekar pun datanglah ke perkarangan masjid cuba mengambil kembali masjid Melaka.

"Sukar benar mahu menyeberang Sungai Melaka!! mereka memanfaatkan jambatan ini sepenuhnya"kata Laksamana Raden Zainal

"Kalau begitu bedil mereka semula!!"kata Temenggung Tun Ali.

Jejaka Misteri segera hadir melompat merentasi sungai Melaka membunuh segala pendekar yang ada berkubu di pinggir sungai.

"JEJAKA MISTERI!?!"pekik Raja Aceh Pasai.

"RAJA ACEH PASAI ABDULHAMID!" pekik Jejaka Misteri.

Kedua insan itu akhirnya bertemu antara satu sama lain.Maka segala tari silatnya dibukalah bersiaga menentang apa jua serangan.

Jejaka Misteri itu segera menarik keluar bilah keris lok 8 Nur Irfan. Begitu juga Raja Aceh Pasai mengeluarkan bilah pedangnya.

"HIYARGHH"jejaka Misteri memulakan serang dengan menendang perut Raja Aceh Pasai namun ditankap lalu di bantinglah Jejaka Misteri jatuh ke tanah.

Namun dengan takdir Allah memberi kudrat kepada hambanya Jejaka Misteri memanfaatkan kakinya yang masih dipegang Raja Aceh Pasai .Jejaka Misteri menyilangkan kakinya menyepit kaki Raja Aceh Pasai itu maka jatuh ia juga ke tanah.

Kedua insan itu berguling menjauhkan diri laku kembali bangun bersiaga akan serangan seterusnya.Raja Aceh Pasai segera membuka langkah meluru ke arah Jejaka Misteri segera dia melibas pedang sekuat hati.Jejaka Misteri dengan tangkas mengelak dari libasan pedangnya lalu dirikanlah Raja Aceh Pasai itu.

Akan tetapi tikaman Jejaka Misteri itu tidak menembusi baju perisai milik Raja Aceh Pasai.

"Apakah?!"terkejut Jejaka Misteri melihat tikamannya tidak menembusi baju perisai milik Raja Aceh Pasai.

"HAHAHAH ENGKAU FIKIR KERIS KERAMAT NUR IRFAN MAMPU MENEMBUSI BAJU PERISAI INI"kata Raja Aceh Pasai itu lalu menendang perut Jejaka Misteri sehingga jatuh.

Buat pertama kalinya pengguna keris keramat merasakan kesakitan.

"WAHAI JEJAKA MISTERI KETAHUILAH BAHAN ASING YANG MEMBUAT KERISMU ITU ADALAH SUMBER YANG SAMA DENGAN SENJATA DI TANGANKU INI. DARI HASIL KAJIANKU UNTUK MEMBUNUH PENGGUNA BAHAN ASING INI HARUSLAH JUGA DARI SUMBER YANG SAMA"tanpa membuang masa Raja Aceh Pasai itu segera menusukkan pedangnya menembusi Jejaka Misteri.

"Matilah dikau NUR IRFAN BIN MUHAMMAD SELAKU JEJAKA MISTERI MUKTAMAD SEMENANJUNG MEDINI!?!"kata Raja Aceh Pasai.

Jasad yang menjadi harapan Nusantara itu perlahan lahan jatuh ke dalam sungai lalu dibawa arus lah jasadnya.

"Tuanku!!"pekik Laksamana Raden Zainal.

"Duhai Laksamana engkau fikir bahan asing itu hanya terdapat di Kota Mahligai maka kau salah ia terdapat di benua ini ?!?! NUSANTARA"teriak Raja Aceh Pasai.

Mengetahui Jejaka Misteri sudah dikalahkan maka bertempiaranlah pendekar Senayang hilang harapan berundur dari medan peperangan.

Istana Melaka yang penuh keagungan dibedil sampai hancur.
Dengan hujan ditemani kilat menghiasi suasana yang muram itu.

Maka diamlah kota Melaka itu. Inilah dia sejarah yang berulang.Kejatuhan Melaka....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience