PELUANG KEDUA...

Fantasy Completed 89

Perlahan lahan Nur Irfan membuka matanya melihat sekeliling.Kelihatan seorang wanita sedang merawat lukanya.

"Hamba dimana?"tanya Nur Irfan.

"Di suatu tempat yang tidak boleh Orang Inderadewa mahupun Aceh Pasai menjejakkan kakinya"balas wanita itu.

"Oh tuanku sudah bangun"tiba kedengaran suara lelaki tua.

"Siapa gerangan tuan hamba bukankah sepatutnya hamba di Melaka"kata Nur Irfan.

"Engkau Jejaka Misteri atau Sultan Muhammad Nur Irfan bukan?
Melaka sudah jatuh ke tangan mereka sepekan yang lalu.Oh lupa nama hamba Awang Kelana sudah menjadi takdir Allah kita bertemu di sini"kata lelaki tua itu dengan memperkenalkan dirinya sebagai Awang Kelana.

"Terima kasih Awang sekarang boleh hamba tanya apa yang terjadi kepada Kerajaan hamba sekarang"tanya Nur Irfan.

"Kerajaan tuanku masih berdiri kukuh dibawah Laksamana Raden Zainal mengepalai pemerintahan.Menurut khabar angin dia tidak menabalkan dirinya menjadi Sultan Senayang kerana masih percaya tuanku akan kembali suatu saat nanti dan benar tuanku masih hidup"kata Awang Kelana.

"Hamba harus bergegas ke sana mereka perlukan hamba"kata Nur Irfan cuba bangun dari tempat baru baringnya.

"Berehatlah tuanku biarlah luka tusukkan pedanb itu sembuh dahulu"kata Awang Kelana.

**************

Setelah kejatuhan Kota Melaka
serta kekalahan Jejaka Misteri atau Sultan Muhammad Nur Irfan kepada Raja Aceh Pasai. Pemerintahan Senayang mula goyah hingga berlakunya perang saudara.

Perang saudara berlaku akibat persengketaan Laksamana Raden Zainal dan Temenggung Tun Ali dengan seorang panglima perang bernama Tuan Panji Arjuna akan pengganti seterusnya bagi Jejaka Misteri.

Senayang telah berpecah kepada dua wilayah.Wilayah Barat Senayang dikuasai oleh Tuan Panji Sarjuna dan pengikutnya.

Wilayah Barat meliputi Pahang , Johol,Sungai Ujong dan Jelebu.
Wilayah selatan pula dibawah Laksamana Raden Zainal dan Temenggung Tun Ali meliputi Ujong dan sisa sisa jajahan serta kerajaan naungan Senayang....


DI BUKIT PUTUS...

Suasana perang mula terjadi dengan askar Senayang Barat diketuai Tuan Panji Arjuna sendiri menentang Ketuanan Senayang Selatan yang masih setia dengan pemerintahnya Jejaka Misteri.

"Panji Arjuna tahu jika dia berjaya menawan bukit putus ia akan menjadi lebih mudah buat mereka bagi menawan jajahan lain"kata Temenggung Tun Ali sibuk membedil pendekar Senayang Barat yang cuba menghampiri bukit.Kawasan itu merupakan kubu bagi Senayang Selatan.

"Kalau begitu kita harus bunuh dia disini juga! PANJI SARJUNA!?!" teriak Laksamana Raden Zainal melompat keluar dari kubu mereka membawa istinggarnya.Laksamana itu berlari anak menuju ke arah musuh yang mara menaiki bukit.

"DATO' TEMENGGUNG BEDIL MEREKA DENGAN RENTAKA USAH DIPIKIRKAN HAMBA!?!"teriak Laksamana itu.

Dengan itu Rentaka pun mula membedil dengan ganasnya ke arah musuh.Berat hati mereka bagi membunuh sesama saudara yang berjuang bersama sama dahulu hidup dan mati demi membebaskan diri dari rakusnya pemerintahan Inderadewa kini terpaksa pula membunuh sesama sendiri.

Laksamana itu turun dari bukit membedil setiap pendekar yang mengahalang laluannya.Lama kelamaan habis juga ubat besinya istinggar.Akhirnya kelihatan juga Tuan Panji Arjuna menaiki bukit dengan menghunus keris ditangan kanannya bersama terakol pada tangan kiri nya.

Laksamana itu melihat sekeliling seperti mencari sesuatu.Kelihatan lembing terpacak pada mayat salah seorang pendekar.Dia segera mengambil lembing itu lalu merejamnya ke arah Tuan Panji Arjuna.

Maka terkenalah akan Tuan Panji Arjuna lembing yang direjam oleh Laksamana Raden Zainal.Laksamana itu segera memenggal kepala Tuan Panji Arjuna lalu menjulangnya ke langit sebagai tanda kemenangan.

Melihat kepala Tuan Panji Arjuna dijulang pendekar Senayang segera keluar dari kubu dengan semangat mereka menyerang kembali pendekar yang cuba menaiki bukit
Akhirnya menanglah Senayang Selatan lalu disatukan kembalilah Negeri itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience