DI KOTA MELAKA....
"Bendehara Selat Melaka kini semakin diam... Dimanakah pedagang berada sekarang?"tanya Maharaja Inderadewa Chulan.
"Tuanku Maharaja selepas peperangan kita menentang Senayang pedagang takut untuk melalui Selat Melaka.Kini mereka menggunakan Selat Sunda berdagang ke Buantan , Bentan , Kota Trowulan , Bandar Seri Begawan dan Kota dikawasan Sungai Jauhar"balas Bendehara.
"Pelabuhan itu semua milik kerajaan yang bersekutu dengan Senayang"kata Maharaja Inderadewa Chulan.
"Tuanku mahu menakluk pelabuhan itu semua?" tanya Bendehara.
"Tidak pedagang China dan Keling
sudah pasti tidak akan berdagang ke sini lagi.Lagipula bukankah kita mendapat warkah dari Maharaja China Dinasti Long memberi amaran kepada kita supaya tidak mengancam pedagang di Selat Melaka dan Selat Sunda"kata Maharaja Inderadewa Chulan.
" Ada benar kata tuanku itu patik ada cadangan. Kita beri tawaran kepada pedagang di Melaka.Mereka yang berdagang sebelum dua purnama akan dikurangkan cukai dagangannya"kata Bendehara.
"Cadangan yang bagus Bendehara pergi laksanakannya.."titah Maharaja Inderadewa Chulan.
Maka disampaikanlah akan khabar angin bahawa Pelabuhan Melaka menawarkan faedah yang lumayan malah segala kemudahan pelabuhan diberikan dengan harga yang murah.
Maka sibuk kembalilah kota Melaka itu ditambah dengan pedagang Arab dan Parsi . Bagaikan hujan emas lah kekayaan Kota Melaka itu. Sehinggalah ada yang mendakwa Kota Melaka ini adalah kunci untuk menguasai Nusantara.
**************
DI KOTA JAUHAR AL JADID...
"Dato' laksamana hamba dengar khabar berita yang Melaka kini kembali dipenuhi ramai pedagang malah ada yang datang dari Benua Arab"kata Temenggung Tun Ali.
Laksamana itu memberikan pandangan ke arah singgahsana sultan dengan pandangan yang agak muram.Laksamana itu diam sejak Perang Bukit Putus.
"Dato' laksamana engkau bersedih kah kerana terpaksa bertikam sesama saudara di Bukit Putus Kelmarin?" tanya Temenggung Tun Ali memujuk Laksamana itu.
"Tidak sama sekali tuan hamba.Mereka itu berkhianat pada sultan kononnya kita perlu terus maju aku tidak akan menerima mulut yang mengatakan bahawa Tuanku Sultan itu mati maka aku penggal kepalanya"kata Laksamana Raden Zainal.
"Dato' laksamana apa yang membuatkan tuan hamba ini merasakan bahawa baginda almarhum tidak mangkat lagi ? " tanya Temenggung Tun Ali.
"Setelah jatuhnya Melaka kita semua berundur ke Kota ini.Hamba ada mimpi bahawa baginda Sultan masih hidup lalu dia berkata 'Jagakan Senayang untukku Beta akan kembali'"balas Laksamana Raden Zainal.
"Mimpi boleh menjadi permainannya syaitan laknatullah wahai tuan hamba"kata Temenggung Tun Ali.
"Hamba mengambil wuduk sebelum tidur malam.Malah mengamalkan Surah Al Mulk tuan hamba.Hamba cukup solat lima waktu tidak pernah tinggal.Adakah syaitan mendekati hamba?Atau adakah Allah Ta'ala semakin menjauh dari hamba.Bukankah Allah berfirman : aku bersama dengan sangkaan hambaku.Adakah aku gila Dato Temenggung?"ujar Laksamana itu.
"Maka apa sangkaan tuan hamba terhadap Allah Ta'ala?"tanya Temenggung Tun Ali.
"Aku bersangka kepada Allah Ta'ala dia akan menyelamatkan Baginda"kata Laksamana Raden Zainal.
"Begini tuan hamba bukan hamba mahu persoalkan kekuasaan Allah Ta'ala tetapi apa lagi yang mahu kita berkhosnuzon tuan hamba sendiri lihat Raja Aceh Pasai keparat itu menikam baginda dengan pedangnya."ulas Temenggung Tun Ali.
"Dato' Temenggung keluar dari balairong ini sebelum hamba bunuh tuan hamba"ugut Laksamana Raden Zainal.
"Baiklah jikalau itu yang tuan hamba pinta"balas Temenggung Tun Ali. Lantas Temenggung itu bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke pintu keluar.
Langkahnya terhenti sejenak.
"Bukan tuan hamba seorang sahaja bersedih dengan pemergian Baginda Sultan.Hamba letakkan jawatan hamba sebagai Oranga Kaya Temenggung.Jika benar tuanku sultan kembali panggil hamba kemari dari Rembau nescaya hamba datang berjuang"itu menjadi kata terakhirnya.Sejak dari hari itu Tun Ali tidak lagi kedengaran akan khabar beritanya.
***************
DI SEMPADAN SENAYANG - INDERADEWA....
"NYERGGHHH!!?!"suara kuda kedengaran.Terzahir akan ratusan tentera Inderadewa sedia menyerang masuk merentasi sempadan pada waktu malam.
"Dengar sini semua pendekar ku disana adalah permata sesiapa yang berjaya menawan permata itu maka dia lah yang gemilang"kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
Maka berteriak lah tentera Inderadewa.Mereka mula bergerak memasuki sempadan.Tentera mereka mula berpecah menjadi kelompok kecil kerana Laksamana Agus Jaya Angkasa merancang untuk menggunakan teknik perang gerila mengelakkan sebarang pertembungan dengan pendekar pendekar Senayang yang jauh lebih handal.
Sekitar 50 orang pendekar telah mula memasuki hutan tiba tiba satu demi satu pendekar itu rebah dengan panahan yang datang entah dari mana.
salah seorang pendekar itu memandang ke langit dia sedar sekarang ini adalah fasa bulan penuh.
"Tak guna Puteri Ratna Purnama keluar sekarang!?!"teriak pendekar itu mengeluarkan istinggarnya lalu membedil ke arah pokok pokok berdekatan.
"Tuan hamba sekalian ini fasa bulan penuh usahlah hamba ini diganggu"suara wanita itu lembut kedengaran.Anak panah keluar lagi dari semak samun membunuh pendekar di sekitarnya.
"Mambangkah?!? sialan kita masuk ke sarang jin kah?!"teriak pendekar itu mengangkat perisainya berlindung dari panahan Puteri Ratna Purnama.
"Jangan mengarut mungkin itu adalah Jejaka Misteri yang tidak mati lagi dibunuh Duli Yang Mulia Raja Aceh Pasai "balas pendekar yang lain.
"Hamba yang anggun ini bukanlah Jejaka huhuhu...."balas Puteri Ratna Purnama dengan senyuman sinis bersembunyi di sebalik kegelapan hutan.
"Cis jika dilayan lebih ramai akan mati teruskan bergerak!?!"teriak salah seorang pendekar.
Pendekar itu terlanggar benang yang diikat di Pohon Jati.Sampai sahaja benang itu dilanggar kedengaran seolah suara menarik picu bedil tiba tiba tempat itu meledak membunuh pendekar pendekar di situ.
Puteri Ratna Purnama itu keluarlah dari persembunyiannya mengambil senjata senjata api yang berkeluarga milik mayat pendekar itu.
"Ini kerja tuan hamba rupanya..."tiba tiba Nur Irfan keluar dari semak samun.
Puteri Ratna Purnama terkejut melihat susuk tubuh Nur Irfan datang mendekatinya.
"Bukankah tuanku sepatutnya berada di katil berehat dari luka yang tuanku terima?"tanya wanita itu.
"Kita pernah bertemu bukan?"tanya Nur Irfan kembali kepada Puteri Ratna Purnama.
"Benar tuanku anggaplah merawat tuanku adalah balas budi hamba setelah tuanku berjaya menyelamatkan hamba dari hulubalang orang kaya ujong itu"kata Puteri Ratna Purnama.
"Mengapa tuan hamba membuat kerja seperti ini? Adakah ini arahan Awang Kelana?"tanya Nur Irfan.
"Mengapa tuanku begitu peduli.Hamba pohon perkenan Tuanku agar tidak ikut urus campur akan hamba dan Awang Kelana"kata Puteri Ratna Purnama.
"Kalau begitu cukuplah tuan hamba beri nama sebenar agar hamba dapat perkenankan permintaan tuan hamba"kata Nur Irfan.
"Mengapa menggelarkan diri tuanku 'hamba' jawab pertanyaanku dahulu"tanya Puteri Ratna Purnama kembali kepada Nur Irfan.
"Hamba tidak pernah mahu menjadi raja jikalau bukan kerana adat sudah pasti hamba menggunakan istilah 'hamba' sahaja cukup menggelarkan diri ini.Sekarang jawab pertanyaanku!?!"balas Nur Irfan sambil bertanyakan kembali soalan asal.
"Hamba Sarah Mirza Al Aws" jawab Puteri Ratna Purnama.
Nur Irfan terdiam sebentar dengan jawapan yang diterima.
"Al Aws bukankah itu nama yang khusus buat kerabat diraja Empayar Al Aws dari Benua Arab"bisik Nur Irfan dalam hatinya.
"Rahsiakan perkara ini dari sesiapa hamba pohon...."kata Puteri Ratna Purnama.
****************
KEESOKKAN HARINYA...
Nur Irfan keluar dari pondok sakitnya.Badannya masih lagi tidak sembuh berbalut dengan luka peperangan.Lantas jejaka itu duduk di tangga merenungkan nasib kerajaannya.
"Tuanku mengapa duduk di bawah naik keatas mari luka tuanku masih belum sembuh"pelawa Awang Kelana
Nur Irfan mendongak ke belakang melihat lelaki tua itu lalu berkata.
"Awang Kelana....siapa wanita
yang merawat hamba selama ini?"tanya Nur Irfan.
"Namanya Sarah Mirza tuanku..."balas Awang Kelana.
"Tuan Hamba semalam hamba lihat wanita itu membunuh orang orangnya Inderadewa yang mula masuk ke kawasan sempadan. Itu arahan tuan hamba kah?"tanya Nur Irfan lagi.
"Tuanku.....itu bukan kehendak hamba dan bukan suruhan hamba malah dia sendiri yang mahu melakukannya...
Suatu ketika dahulu sebelum kejatuhan Nur Adnin.......
hamba merupakan seorang pedagang dan juga seorang pengembara.Pengembaraan hamba ke benua Arab bagi mendapat restu Baginda Almarhum Sultan Saifullah Wangsa.Hamba telah berjaya menjejakkan kaki hamba buat pertama kalinya di Kota Mekah..
Dikuasai oleh Rajanya berbangsa Arab Turki Abdullah Malikil Aziz Sultan Abdul Qahar kedua kerajaan Empayar AL Aws.Begitu agunglah kerajaan itu meliputi Seluruh Semenanjung Arab , Dari Mesir hingga ke Maghrib dibawah kuasanya ,Dari Benua Parsi hingga ke perbatasan Kerajaan Keling menjadi kekuasaannya dan dari Semenanjungnya Anatolia hingga ke Tanahnya Orang Yunani.
Setelah menjejakkan kaki di Mekah hamba sempat menunaikan haji lalu berjumpa dengan salah seorang pembesar Raja mereka namanya Ismail Yazid.Kami menjadi kawan rapat setelah itu.Hamba menetap di sana kira kira lima purnama.
Tetapi suatu hari terjadinya perang saudara di sana kerabatnya Sultan Abdul Qahar iaitu Malik Al Aws mendakwa dirinya yang sepatutnya menjadi Sultan.Pada masa tersebut hamba berada di Istanbul Pusatu Pemerintahannya Al Aws.
Malik Al Aws bersama pengikutnya merancang untuk menyerang istana dan membunuh segala dari keturunannya Sultan Abdul Qahar.Ismail Yazid dengan beraninya mempertahankan satu satunya anak Raja Al Aws.Namun dia terbunuh dalam mempertahankan anak gadis itu..
Namun sebelum dia terbunuh dia sempat berjumpa dengan hamba.Dia telah memberi amanah kepada hamba untuk menjaga satu satunya pewaris Empayar AL Aws.
Maka hamba sebagai penghormatan terakhir kali buat pembesar raja itu maka dibawalah anak itu balik ke Nusantara.Anak itu adalah Sarah Mirza Al Aws.
Hamba menjaga anak itu seperti anak kandung hamba sendiri.Hamba berinya makan dan minum.Hamba mengajarkannya ilmu persilatan.
Namun tidaklah hamba sangka akan suatu hari Nur Adnin bakal runtuh.Inderadewa dibawah Chulan yang zalim itu sudah banyak menyusahkan rakyat jelata.Maka hamba secara diam diam telah membunuh pendekar pendekarnya mereka.
Setiap malam hamba akan menutup muka hamba membunuh askar Inderadewa yang berkeliaran di kawasan perkampungan ini.Maka sejak dari hari itu kerana banyaknya korban dari pendekar mereka.
Laksamana Parjo ketika masih hidup mengarahkan mereka keluar dari perkampungan ini.Maka tiada lagilah orang mereka itu jejaka kaki ke tanah ini .
Tapi tidaklah hamba sangka apabila usia semakin melanjut Sarah Mirza mahu meneruskan apa yang hamba perlakukan.Hamba sudah menghalang tetapi dia masih berdegil.Tiada yang dapat hamba perlakukan. Hanya doa kepada Allah jualah yang dapat hamba lakukan. Semoga Allah melindunginya" cerita Awang Kelana kepada Nur Irfan.
Nur Irfan pun diamlah mendengar cerita itu. Timbul rasa kasihan dalam hatinya terhadap Awang Kelana serta rasa terharu dengan perjuangan yang dilakukannya mempertahankan haknya.
Demi bangsa
Demi Agama
Demi Tanah Air yang tercinta.....
Share this novel