KEMBALI.....

Fantasy Completed 89

Setelah sembuh dari luka Nur Irfan bersiap meninggalkan kampung tempat dirinya dirawat.
Segala alat pun dipakai lah olehnya.
Baju perisai , Keris Nur Irfan ,Terakol
Baju layang dipakainya dan dipakailah tanjak kebesaran-nya dengan berhiaskan bulan sabit berserta bintang.

Awang Kelana berjalan perlahan menuju ke arah Nur Irfan membawa kain berwarna hitam.

"Tuanku Sultan batin ul wajh walau sudah terzahir akan muka tuanku itu hamba tetap menganggap diri tuanku Jejaka Misteri maka pergilah tuanku dari perkampungan ini sebagai Jejaka Misteri walau sudah ramai rakyat jelata mengetahui tuanku yang sebenar tetapi hamba tetap dengan diri hamba tuanku Jejaka Misteri"kata Awang Kelana seraya menyerahkan kain hitam itu kepada Nur Irfan.

"Sebagai penghormatan buat tuan hamba Awang Kelana. Setelah Raja Aceh Pasai dan Maharaja Inderadewa Chulan hamba kalahkan akan hamba segera kembali kepada tuan hamba membalas budi" balas Nur Irfan mengambil kain hitam itu lalu diikat menutupi mukanya.

"Jikalau ada masalah hamba sudi membantu "kata Awang Kelana.Lelaki tua itu mengeluarkan bilah keris lok 1 itu seperti gaya menyerahkannya kepada Nur Irfan.

"Wahai Awang Kelana hamba minta maaf.Hamba tidak bisa mengambil keris tuan hamba cukup kain hitam ini sahaja"balas Nur Irfan.

"Tuanku tolonglah hamba pinta ambillah keris yang tidak seberapa ini....Hati hamba tidak tenang jika tuanku tidak mengambil keris ini"kata Awang Kelana lagi.

Walau hatinya Awang Kelana terasa serba salah kerana memberikan keris lok 1 yang tidak sama dengan kedudukan Nur Irfan sebagai Sultan ia tetap berkeras mahu memberi keris itu.

"Baik hamba mengambil keris ini dengan syarat tuan hamba beri keizinan kepada hamba untuk mengahwini Sarah Mirza selaku tuan hamba wali kepadanya"kata Nur Irfan.

Terkejut Awang Kelana dengan syarat yang dikenakan Nur Irfan.

"Tuanku itu perlu bertanyakan Sarah Mirza sendiri tuanku lagi pula hamba ini bukan walinya yang sah..."kata Awang Kelana.

Nur Irfan tersenyum mengambil keris lok 1 itu lalu meletakkannya kantung ada pada kuda bakal ditungganginya.

"Berikan hamba berjumpa dengan Sarah Mirza sebentar"pinta Nur Irfan.

"Silakan Tuanku dia berada di dalam pondok hamba"balas Awang Kelana.

Nur Irfan pun berjalan lah dia pergi ke pondoknya Awang Kelana.
Nur Irfan melihat Sarah Mirza sedang menumbuk bawang di tepi sungai dekatnya dengan pondok Awang Kelana.

"Ratna Purnama"panggil Nur Irfan.

"Apa hajat tuanku kemari dan jangan panggil hamba sedemikian jikalau ketahuan orang kampung pasti orang Inderadewa bakal memburu hamba dan Awang Kelana"balas Sarah Mirza Al Aws memandang Nur Irfan yang kini berpakaian gayanya seperti mahu berperang pakaian asalnya Nur Irfan semasa dia menjumpainya di tepi sungai penuh luka.

"Hamba mahu bergerak meninggalkan perkampungan ini.
Hamba mahu mengucapkan selamat tinggal"kata Nur Irfan.

"Selamat tinggal Jejaka Misteri semoga Allah merahmati dan melindungi tuanku dalam setiap perjalanan"ucap Sarah Mirza Al Aws membalas kata kata Nur Irfan.

Wanita itu menatap muka Nur Irfan sebagai Jejaka Misteri terlalu lama seperti menunggu apa yang diucapkan oleh Nur Irfan.

Nur Irfan segera berjalan mendekati Sarah Mirza yang duduk di pinggir sungai.Jejaka Misteri itu mengeluarkan sesuatu dari sakunya.Itu adalah cincin belah rotan.

"Ana Uhibuka Ya nahif ul Jamil.Wakafa Billahi Syahida ma maujud fi qalbi.... Sawf aud
Antazirli (hamba mencintai dikau wahai ratnaku...Cukuplah Allah sebagai saksi apa yang ada dalam hati hamba...hamba akan kembali
tunggu hamba)"kata Nur Irfan.

Wanita itu menjadi merah padam mukanya rasa malu dengan apa yang dikatakan Nur Irfan.Siapa sangka orang yang dia selamatkan dan dia rawat akan jatuh cinta padanya.

"Belum masanya hamba beri jawapan buat tuanku..."balas Sarah Mirza dengan suara yang agak perlahan.

"Kalau begitu ambillah cincin ini dahulu.......Anggaplah ini sebagai tanda terima kasih kepada tuan hamba "kata Nur Irfan.

Selepas itu, Nur Irfan kini kembali sebagai Jejaka Misteri menaiki kuda
itu lalu bergerak meninggalkan perkampungan itu menuju ke Jauhar Al Jadid kini pusat pemerintahan baru yang dipindahkan Laksamana Raden Zainal.

***************

DI JAUHAR AL JADID.....

Suasana di luar istana menjadi huru hara dengan dipenuhi ramai rakyat jelata membangkang meminta supaya pemerintah baru diletakkan menjadi Sultan baru menggantikan Jejaka Misteri atau Sultan Muhammad Nur Irfan.

Laksamana Raden Zainal keluar dari Istana membawa parang lalu berteriak :

"ENGKAU MAHUKAN SULTAN SENAYANG BARU KALAHKAN AKU JIKA AKU KALAH MAKA AMBILLAH SESIAPA PUN MENJADI RAJA".

Semua yang berhimpun terdiam mendengar kata kata itu.Tiada seorang rakyat mahupun pendekar pun yang berani berlawan dengan Laksamana Raden Zainal. Sememangnya Laksamana itu begitu taat setianya kepada Sultan Muhammad Nur Irfan atau nama sebenarnya Nur Irfan bin Muhammad.

"TIADA?!? MAKA NYAH KALIAN DARI SINI AKU TIDAK KIRA!?! MEMBERONTAK AKAN AKU HANCURKAN SEBAGAIMANA AKU PENGGAL KEPALANYA PANJI ARJUNA DI BUKIT PUTUS!!!"teriak lagi Laksamana itu berpegang kepada pendiriannya.

Tiba tiba salah dari seorang rakyat jelata keluar lalu berkata kepada Laksamana Raden Zainal.

"Laksamana apa kata laksamana sahaja menjadi Sultan bukankah laksamana mantan Raja jawa dari Wijayapura ".

"Tidak sama sekali menjadi Raja Jawa dan menjadi Raja Senayang tidak akan sama. Yang layak hanya pemegang Keris Nur Irfan sepertimana yang diwasiatkan oleh Baginda Almarhum Sultan Saifullah Wangsa"balas Laksamana Raden Zainal dengan perlahan.

Tiba tiba dalam kelompok ramai itu kedengaran suara kuda.Keluarlah susuk tubuh seorang jejaka yang sangat dikenali oleh Laksamana Senayang itu.Laksaman itu segera mengangkat sembah begitu juga dengan rakyat jelata yang lain.

"Beta kembali kepada kamu semua....Terima kasih Laksamana Raden Zainal kerana mempertahankan singgahsana beta.."kata Jejaka Misteri turun dari tunggangannya.

"MEMANG SUDAH MENJADI AMANAH BUAT HAMBA TUANKU.
MAHA SUCI ALLAH TIDAK PERNAH MENINGGALKAN HAMBANYA!!!"semakin tunduk laksamana itu bergelinangan air matanya jatuh ke tanah dengan penuh rasa syukur.

"Tuan Hamba angkat kepalamu....Panggil Tun Ali kembali ke sini..."titah Jejaka Misteri.

Dengan gembiranya Laksamana Raden Zainal mengangkat kepalanya menjunjung perintah Sultan Senayang itu.Tanpa membuang masa laksamana itu segera menaiki kudanya lalu bergegas menuju ke Rembau tempat yang ditujukan oleh Tun Ali sebelum meninggalkan Senayang.

Sampai sahaja setelah beberapa hari perjalanan Laksamana itu di Rembau dia terus melilau mencari susuk tubuh Tun Ali mantan Temenggung.

Lalu ditanyakan kepada orang sekeliling dimanakah rumah Tun Ali.
Mengetahui rumah Tun Ali maka dipergilah olehnya ke rumah Tun Ali.

"Assalamualaikum"ucap salam Laksamana Raden Zainal menunggu Tun Ali keluar dari rumahnya.

"Waalaikumussalam"kedengaran suara orang menjawab salamnya.Maka keluarlah Tun Ali dari rumahnya.

"Tun Ali Sultan memanggilmu kembali ke Ujong"kata Laksamana Raden Zainal.

Tun Ali pun gembira lah mendengar kata kata Laksamana Raden Zainal itu.

"Benarkah tuan hamba?!? Sultan masih hidup?"tanya Tun Ali masih tidak percaya dengan kata-kata Laksamana Raden Zainal.

"Benar sahabatku ayuh tuanku menunggumu di Jauhar Al Jadid"balas Laksamana itu.
Maka bersiaplah akan Tun Ali meninggal Rembau tempat asalnya bergerak kembali ke pangkuan baginda Sultan Muhammad Nur Irfan selaku Jejaka Misteri.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience