Setelah kembalinya Jejaka Misteri.Maka tersebarlah akan akhbar ke seluruh Negeri negeri Nusantara dengan tajuk akhbarnya
"MUKTAMAD SEMENANJUNG". Mengetahui hal ini Inderadewa dan Aceh Pasai mula bertindak....
Sebelum ini telah masuk pasukan tentera gerila milik Inderadewa ke perbatasan Senayang....
Namun tindak tanduk Inderadewa diketahui Senayang melalui Jejaka Misteri maka dihantar juga segala pendekar dan hulubalang masuk menentang mereka yang berlindung di sebalik hutan yang gelap...
Akan tetapi memang itu juga sebahagian rancangan Inderadewa.Tentera Senayang juga akan turut berpecah kepada kumpulan kecil untuk menangkis dari setiap wilayah namun siapa yang akan menjaga Jauhar Al Jadid jika tentera semakin berkurang....
**************
DI SELAT MELAKA......
Terzahir akan puluhan kapal merentasi lautan Melaka menuju ke selatan semenanjung...
Bendera merah bercorakkan batik bersama lukisan pedang ditengah pada bawahnya dengan tulisan jawi
"Aceh Pasai".Ya itu adalah bendera perang Aceh Pasai.
Raja Aceh Pasai itu telah merancang untuk menyerang Kota Singa pusat pemerintahan Riau Lingga yang selama ini membantu menjadi tulang belakang Negeri Senayang....
Kapal itu akhirnya tiba dekat dengan kawasan Selat Tebrau.
Di antara Selat Tebrau dan Selat Singa itulah dia Kota Singa yang diagungkan....
Semboyan ditiup memberi isyarat untuk bersedia.Bendera dinaikkan lebih tinggi.Raja Aceh Pasai berteriak
"MANSUR!?!! AKU DATANG SIALAN?! TIADA WANGSA DI SINI BAGI MELINDUNGI DIKAU?!".
Ledakan meriam kedengaran.Dinding lasak Kota itu menambat ganasnya ledakan meriam yang bertalu talu.
Pendekar di dalam kota tidak sempat melakukan serangan balas.
Ini serangan mengejut dari Aceh Pasai tanpa sebarang amaran.
Kerajaan Aru naungan Senayang yang sepatutnya tidak membiarkan
selat Melaka dilalui oleh tentera musuh sudah tumbang dahulu..
Ringkas cerita Aru sudah ditakluk Aceh Pasai.Ratu Aru dan Raja Aru sudah berundur ke selatan Pulau Melayu berlindung di bawah Siak...
Jika tidak menyerang balas tembok pertahanan Kota Singa boleh runtuh akibat tembakan bertalu-talu itu..
"HAHAHA BERITAHU AKU MANSUR SEKARANG BERITAHU AKU ?!?! SEKARANG DIMANAKAH PEWARIS KERIS KERAMAT!?! DIMAKAH DULI YANG MULIA BAGINDA SAIFULLAH WANGSA"laung Raja Aceh Pasai itu sepuas hatinya mengejek pemerintah Riau Lingga itu yang tidak dapat berbuat apa apa..
Meriam paling besar dikeluarkan.
Meriam itu tidak dipikul Geliung.
Begitu besar meriam itu bahkan geliung pun bisa tenggelam.
Meriam itu diikat pada lima Jong.
Raja Aceh Pasai itu tersenyum lalu mengangkat kerisnya ke langit.
"BEDIL?!?"teriak Raja Aceh Pasai.
Ledakan yang begitu kuat kedengaran.Sungguh di luar akal Raja Aceh Pasai itu.Walaupun meriam itu menembak namun tembakan hanya mampu dibuat sekali kerana walau telah dipikul lima buah Jong jatuh tenggelam juga meriam itu ke dasar laut.
Sebuah objek bulat besar berwarna hitam dengan suhu yang begitu panas bergerak melanggar dinding Kota Singa.
Adakah ini pengakhiran Riau Lingga?......
Muncul suatu cahaya aneh bergerak dengan laju menghalang peluru meriam itu dari melanggar dinding Kota Singa.
"Itu kan...."Raja Aceh Pasai itu tergamam melihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya.
Jejaka Misteri !
Jejaka Misteri itu menghancurkan peluru itu berkecai dengan sisa sisa bongkahnya jatuh ke dasar laut.
Dari belakang kumpulan kapal Aceh Pasai muncul puluhan Kapal Jong melanggar kapal musuhnya.
Aceh Pasai sudah terkepung.
Pendekar kota Riau Lingga akhirnya bertindak membedil sebagai serangan balas dalam masa yang sama kapal kecil lancang menyusup diantara kapal kapal itu membedil dengan rentaka dan Lela..
"Tak guna..."Raja Aceh Pasai itu berdiri di tengah kapal dengan keadaan kapalnya sudah terbakar.
Pemerintah Aceh Pasai itu melirik ke bawah melihat Jejaka Misteri turun ke lancang turut membantu menghancurkan kapal kapal Aceh Pasai.
"KURANG AJAR ?!?"teriak Raja Aceh Pasai itu segera melompat turun Kapal menginjakkan kakinya ke atas lancang tentera Senayang.
Kedua mata insan itu bertembung.Ini adalah pertarungan muktamad. Muktamad Semenanjung Medini...
Kedua insan itu mengangkat tangan dengan gaya seni silat.
Langkah demi langkah berlaga jugalah kedua tangan mereka.
mereka menatap masing masing dengan tajam...
Keris Keramat Nur Irfan ditarik keluar dari sarungnya.Keris milik Raja Aceh Pasai juga turut ditarik keluar dari bilahnya.
Saksikan yang seterusnya...
"PERTEMPURAN LAUT..."
"BUKU BAKAL BERTEMU RUAS!?!" teriak Nur Irfan menggerakkan sendinyaa...
Share this novel