KALAU ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA HAMBA DIRIKAN
KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA
BADAN DAN NYAWA HAMBA BERIKAN......
"ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR"kedengaran suara para pendekar bertakbir di tembok pertahanannya Melaka.Begitu Ganasnya Ledakan Meriam dan Rentaka.Kelihatan Kota Melaka itu sedang terkepung oleh mereka yang digelar 'PAKATAN SEGI TIGA' iaitu tentera gabungan Aceh Pasai, Inderadewa dan Castile.
"TUANKU!?! APA YANG TUANKU INGIN PERLAKUKAN !?!"pekik Laksamana Raden Zainal.
"BETA AKAN MENENTANG MEREKA DI LUAR TEMBOK KALIAN JANGAN KEMANA TEGUHLAH BERDIRI DI TEMBOK INI JANGAN KALIAN KELUAR!?!"kata Jejaka Misteri memberi amaran.
Jejaka Misteri segera melompat keluar turun ke bawah menentang ribuan pasukan musuh.Ramai pasukan musuh yang terbunuh oleh Jejaka Misteri terutamanya orang Castile.
Tiada satu pedang mahupun sebilah keris yang mampu menembusi batang tubuh Jejaka Misteri dengan adanya Keris Nur Irfan disisinya.
"CIS!?!BERUNDUR SEKARANG BALIK KE KHEMAH LEBIH BAIK HIDUP UNTUK ESOK HARI DARI MATI BUAT HARI INI!?!?!"pekik Laksamana Charles.
Jejaka Misteri itu tidak tinggal diam dia terus mengeluarkan terakol yang tersisip pada bengkungnya lalu terus membedil kuda yang ditunggangi oleh Laksamana Charles.
Akibat bedilan itu Laksamana dari Castile itu terjatuh dari kuda. Jejaka Misteri itu semakin menghampiri Laksamana Charles.Laksamana itu bertindak mengeluarkan 'musket' miliknya lalu cuba membedil Jejaka Misteri namun tiada satu peluru pun yang menembusi badannya.
Jejaka Misteri akhirnya mengeluarkan bilah Keris Nur Irfan dari sarungnya lalu menikam leher Laksamana itu.Maka matilah Laksamana Charles di medan pertempuran itu.
Akhirnya tentera musuh berundur kembali ke khemahnya setelah sekian lamanya mengepung kota itu tanpa hasil.
*********
DI PERKHEMAHAN TENTERA
"Bagaimana untuk hari ini adakah bedilan kita berjaya menembusi tembok itu?"tanya Raja Aceh Pasai.
"Ampun tuanku tidak tuanku kita malah mengalami kerugian hari ini.Ubat bedil kita semakin berkurang.Orang Castile pula mahu mengundurkan diri mereka kerana kematian ketua mereka Laksamana Charles"ujar salah seorang pendekar melaporkan hasil peperangan hari ini.
"Cis! baru tiga hari kita di sini mereka sudah mahu balik ke negeri mereka.Chulan itu juga pengecut tidak mahu ikut turun ke medan perang.Setakat mengahantar wakil aku juga bisa"kata Raja Aceh Pasai.
"HEI KURANG AJAR JUGA KAU YA! ENGKAU MENJADI RAJA PUN ATAS RESTU BAGINDA MAHARAJA INDERADEWA CHULAN SUDAH BERANI DIKAU MERUNGUT DI SINI PULA" Kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.Laksamana itu baru sahaja dilantik oleh Maharaja Inderadewa Chulan setelah kematian Parjo ditangan Raden Zainal Laksamana Senayang.
.
"DIAM KAU BEDEBAH MAHU MATI DI SINI KAU!?! RAJA KAU ITU TAKUT PADA AKU! ITU SEBABNYA DIA BERI ACEH PASAI ITU PADA KU"tempik Raja Aceh Pasai memandang tajam ke arah Laksamana Agus.
"ENGKAU FIKIR AKU TAKUT!?!"Laksamana itu berubah mukanya.Gigi taring pada mulutnya semakin memanjang begitu juga kukunya.Wajahnya sudah kelihatan menyeramkan.
"HEI DUKUN SIALAN MAHU CABAR AKU"Raja Aceh Pasai segera bangun dari kerusinya mengangkat tangannya.Muka Raja itu sudah berurat menahan marahnya terhadap Laksamana Agus Jaya Angkasa.
"Dato' laksamana...Tuanku Raja Aceh Pasai....hamba pohon perkenan supaya bersabar....Laksamana hormatilah Raja Aceh Pasai baginda ini sebagaimana tuan hamba menghormati Maharaja kita.."ujar pendekar di situ.
"SIAPA KAU MAHU CERAMAH AKU.....RAJA SIALAN INI YANG BIADAP DAHULUAN DIA MENGHINA MAHARAJA KITA!!?!"kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
"Memang benar bukan Maharaja kalian itu pengecut!?!Akui sahajalah tiada masalah antara kita!!"kata Raja Aceh Pasai.
"Tuanku! kita ada masalah orang Senayang sudah membedil ke arah perkhemahan kita!"ujar Pendekar dari luar memberi amaran.
"Cis! kau bernasib baik hari ini.
arahkan orang orang kita duduk tetap di khemah mereka .Jarak kawasan perkhemahan dengan tembok mereka terlalu jauh tidak mungkin bedilan mereka mampu sampai ke kawasan ini"ujar Raja Aceh Pasai.
Suara Ledakan meriam kedengaran.Tiba tiba kawasan perkhemahan 'PAKATAN SEGI TIGA' dihantam dengan tembakan meriam dari tembok Senayang.
"CELAKA!?! BERIKAN BETA TEROPONG"pinta Raja Aceh Pasai.
Dilihat melalui teropong terzahir akan begitu besarnya meriam itu.Tidak mustahilah bagi mereka mahu membedil ke arah perkhemahan.
"BERTENANG!!! SEMUANYA KITA AKAN UNDUR KE BELAKANG LAGI"kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
"DATO LAKSAMANA TUANKU RAJA PASAI MAHU KITA BERSIAGA TITAHNYA KITA AKAN MENYERANG TEMBOK ITU!?!"ujar salah seorang pendekar dalam keadaan cemas.
"PANGGIL SEMUANYA ORANG ORANG INDERADEWA JANGAN IKUT RAJA GILA ITU MAKIN RAMAI KORBAN TENTERA KITA NANTI!!"kata Laksamana Agus Jaya Angkasa.
Raja Aceh Pasai bersama beberapa pasukan tentera berkuda membawa Lela dan rentaka pergi mendekati tembok.
"Tuanku orang Aceh Pasai datang mendekati tembok "ujar Laksamana Raden Zainal.
"Panah mereka!?!?!"titah Jejaka Misteri.
"Ampun Tuanku mengapa tidak digunakan sahaja istinggar kita?"tanya Laksamana itu.
"Tidak boleh ubat bedil kita akan lebih cepat kehabisan lebih baik panah sahaja lagi pula selepas mereka berundur tadi beta ada arahkan beberapa orang kita menumpahkan belerang ke luar tembok.Pakai sahaja panah berapi"ujar Jejaka Misteri.
"Menjunjung titah tuanku!"sembah Raden Zainal.
Anak Panah berapi segera dilepaskan ke arah Tentera berkuda .Tentera berkuda Aceh Pasai tiba tiba terkena letupan sampai sahaja anak panah berapi itu menyentuh tanah.
Semboyan dari orang Inderadewa segera ditiup memberi isyarat kepada Raja Aceh Pasai itu untuk segera berpatah balik namun tidak diendahkan.Akhrinya Raja Aceh Pasai itu terpaksa juga berundur dengan ramai dari kalangan pasukan berkuda mula terkorban.
Share this novel